Khamis, 10 Disember 2015

KJ AKAN PUKUL SIAPA YANG MEROKOK DALAM PWTC?


Mungkin KJ berseloroh, yup memang benar, orang yang merokok dah tiada adab dah, merokok tanpa had, walau didalam PWTC, Dewan, kadang-kadang memang tidak memberi keselesaan kepada pengunjung, pewakilan serta pemimpin yang hadir.

Jadi kepada perokok, merokoklah di luar sana, bukan susah pun, di PWTC sekarang adalah hari raya UMNO, jadi jom kita beraya sakan wahai ahli UMNO.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang diminta untuk menegur anggota Umno yang merokok di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno (2015) mengatakan akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang melanggar peraturan kerana PWTC merupakan kawasan larangan merokok.

Menurut Khairy, sekiranya beliau sendiri nampak mana-mana anggota Umno yang merokok di dalam PWTC, beliau tidak teragak-agak untuk memukul dan menyebat individu terbabit.
"Saya tak tahu, kalau saya tahu saya dah pukul mereka dan kalau saya sendiri nampak saya dah sebat mereka," kata Khairy.

Beginikah ciri-ciri pemimpin yang dijadikan ikon kepada belia apabila mahu menegur kesalahan orang dengan menggunakan kekerasan?? Apa salahnya sekiranya beliau menegur kesalahan orang tanpa menggunakan sebarang kekerasan??

Patutlah apabila terdapat kes seperti mencuri atau sebagainya pesalah akan dibelasah oleh belia 'prihatin' sehingga separuh mati tanpa disoal terlebih dahulu kerana ikon memberi contoh seperti itu.
Malah, ekoran kejadian menghukum orang menggunakan hukum akal sendiri itu juga orang bukan Islam telah memandang Islam sebagai agama pengganas, Walhal Islam itu agama lembut dan mendidik.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk menegur kesalahan seseorang itu dengan menggunakan kekerasan, sebaliknya tegur dengan sebaiknya walaupun orang itu tidak 'makan saman' dengan teguran kita.

Selain itu, Islam juga mengajar kita untuk menegur pesalah dengan tidak menegur pesalah dikhalayak ramai. Sebagai contoh jika terdapat ahli Umno yang merokok di kawasan larangan, sebaiknya Khairy perlu mendekati pesalah dan memberi teguran agar pesalah tidak mengulangi kesalahannya dan bukannya memekik dari jauh untuk menarik perhatian orang disekeliling.

Jadi, Khairy perlu memperbetulkan cara teguran beliau terhadap mereka yang telah melanggar peraturan dengan menggunakan landasan betul, jangan menghukum dengan hukuman gangster beliau... Jangan tunjukkan Islam itu sebagai agama pengganas- Utaranews.com

3 ulasan:

  1. Seperti biasa KJ hanya berani dengan orang orang UMNO sahaja.
    Typical KJ.

    Yang sedihnya bila dengan pembangkang , macam tikus.

    BalasPadam
  2. dia tak akan pukul la bro. tu bunyi sindiran je. mana mungkin pemimpin yang tengah highlight diri sendiri dalam pau boleh pukul pengundi...hihihi

    BalasPadam
  3. Itu sindiran sajala, takkan itu pun nak jd isu..mcm budak2 la admin..

    BalasPadam