Sabtu, 12 Disember 2015

KUASA PUNYA HAL, LANGGAR TETAP LANGGAR, WALAU DIA TAHU CARA ITU AKAN MEROSAKKAN LAGI UMNO.

Ohh Muhyiddin, ohh Muhyiddin, masih memendam hati yang rakus untuk memberontak dari dalam.

Menyimpan dendam kesumat.. Kesumat yang kronik..

Mungkin pemberontakan ini tetap akan diteruskan sehingga PRU14?

Sudah, sudahlah... Sampai bila.. Nak tunggu UMNO jahanam ke?

Kita dalam keadaan yang agak tidak bagus sekarang ini.

Tuduhan Tanpa Bukti Adalah Suatu Kemungkaran – Puad Zarkashi

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/9144-pau2015-tuduhan-tanpa-bukti-adalah-suatu-kemungkaran-puad-zarkashi.html

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat tuduhan terhadap Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa bukti dan melanggar prisip jemaah parti adalah suatu kemungkaran.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan Muhyiddin itu amat mengecewakan lebih-lebih lagi tuduhan tersebut dibuat sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 masih berlangsung.

“Timbalan Presiden kata beliau hanya akan taat kepada pemimpin yang ada integriti, amanah dan tidak melakukan kemungkaran.

Soalnya jika ada bukti kemukakan bukti, Muhyiddin menyebut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu skandal, ia bermakna terdapatnya salah guna kuasa, penyelewengan, penipuan dan songlap, tapi apa buktinya?” katanya semasa ditemuramah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat malam.

Beliau mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan Muhyiddin di dalam mesyuarat kabinet,

“Sekarang kita bercakap soal integriti, apakah ada intergriti apabila di depan kita kata ok, dibelakang jadi tak ok pula,

“Sebab itu saya rasa masalahnya apabila seorang pemimpin mempunyai rasa dendam yang tidak habis, ini yang akan memusnahkan parti.” Ujarnya.

Beliau berkata apakah Muhyiddin mahukan pembahas (perwakilan) membangkitkan tuduhan 1MDB sedangkan tiada bukti untuk menyokong pertuduhan itu.

“Muhyiddin mahu menggalakkan pembahas berbohong kah? Beliau sendiri tidak memberikan sebarang bukti semasa membuat penuduhan.”

“Sebab itu saya kata tindakan (Muhyiddin) itu memusnahkan harapan perwakilan, pada saya ia adalah kemungkaran yang paling besar.

Tambah beliau lagi, apabila Presiden bercakap soal prinsip berjemaah iaitu disiplin, apabila anda melampau batas (once u cross the line). disiplin perlu dikenakan.

“Pada saya kalau tiada disiplin dalam parti, sesuatu Jemaah pasti akan musnah,

“Dalam hal ini jika Muhyiddin mempunyai integriti, adalah lebih baik beliau berterus terang tentang pendiriannya daripada terus berdolak dalik.”

Mengulas lanjut, Puad berkata UMNO adalah parti yang paling demokratik di negara, di bawah Datuk Seri Najib, seramai 146000 orang mengundi dalam pemilihan MT UMNO baru-baru ini.

“Apa yang tidak demokratik adalah apabila seseorang ahli parti itu tidak menyuarakan ketidakpuasan hati di platform yang betul,

“Saya rasa provokasi-provokasi ini perlu ditamatkan.” Katanya.

9 ulasan:

  1. UMNO sekarang paling demokratik??? Tukar undang-undang hanya untuk kepentingan presiden parti itu demokratik? Tidak membenarkan Muhyidin berucap itu demokratik? Menjadikan menteri beberapa orang yg sedang menyiasat presiden itu demokratik? Menukarkan peguam negara semasa sedang mentiasat presiden parti itu demokratik??????

    Kipaslah Presiden parti banyak-banyak...... satu hari nanti apabila anda terkena paku dengan ruas, barulah anda tahu ..... sesal kemudian tidak berguna.....

    BalasPadam
  2. Bro..
    Najib tetap akan kata dia difitnah. Beliau adala pemimpin dipilih oleh rakyat. Menyerang Presiden samalah seperti menyerang UMNO. Beliau akan pertahankan UMNO...... No retreat no surrender.
    Orang study semua jawapan yang beliau lontarkan sehubungan dengan skandal 1MDB dan 2.6b. Tanyalah pendapat rakyat Malaysia apakah Najib sudah jelaskan secara fakta...... melainkan jawapan pi mai pi mai tang tu.
    Itu pun kira bagus seorang yang ada jawatan berani tanya persoalkan dengan tunts tapi Najib pusing nak tanya kena ada kaedah, ada cara, kena masa dan ketika, .... walhal kes 1mdb dan kemasukan 2.6biliun adalah punca rakyat Malaysia marah dan sudah hilang keyakinan terhadap Najib.
    So dengan ahli UMNO hangpa nasib kena jackpot Najib. Tapi pengundi tetap rasa Najib penipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada rakyat Malaysia marah....kau lebih2 pulak...

      Padam
    2. umah ko kt utan ke?

      Padam
  3. Berasaskan fakta akaun yg telah di audit dan siasat banyak pihak 1MDB tak ada isu seleweng. Noktah. Sekarang ni pro Tun M hanya mencipta persepsi kononnya derma politik itu datang dari 1MDB. Walhal benda ni jelas ia datang dari sumber luar Umno. SPRM sendiri sudahkan. Ia bukan datang dari Umno. Soal identiti tu terpulanglah pada tu... YANG PENTING BUKAN DUIT 1MDB, UMNO TAK HINGIN DUIT KRONI TUN MAHATHIR YANG BERBILLION TU. TAK NAK BANTU TAK KESAH.. TAK ADA ORANG PAKSA. SIMPANLAH DUIT TU UTK BAIL OUT HUTANG ANAK CUCU BESOK.

    John doe cheras

    BalasPadam
  4. Tak habis lgkah barua2 perosak UMNO duk menyalak dlm blog mngata Najib? Suluh diri sndiri dlu lh parti mana yg pemilihan kerusi terbang, wang berkepul bwh meja, pakai kopiah pun tibai.. pemilihan letak senarai 'toyol' utk pksa perwskilan pilih pimpinan.. puak muka tk malu ni lh suka menyalak mngata UMNO. Rumah mreka sndiri roboh

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah Najib dh ada talian hayat dari luar kroni madey. Madey ingat Najib akan melutut minta madey pujuk kroni dia support masa pru dulu. Tp Allah menghendaki selainnya. Lps ni satu persatu projek kroni dia kena cantas. Tu yg madey baran gila nk jatuhkan najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni rakyaat tak tau, tu lah bila madey main presespi rakyaat jadi hanyut....
      anak beranak dan kroni madey sekarang bilionair

      Padam
  6. Jauni mana-mana pemimpin Melayu yg mengajak untuk berpecah belah sesama Ugama dan bangsa. Tindakan cuai mereka itu hanya akan membantu pemimpin Cian DAP yang memang tidak sabar-sabar untuk melunyai dan memusnahkan apa sahaja kepentingan ajaran Islam dan bangsa Melayu dan seterusnya Raja-Raja Melayu.

    Berpegang teguhlah pada tali ALLah insyallah negara akan terus aman dan sentosa untuk semua orang tak kira apa pun bangsa dan ugama mereka.

    BalasPadam