Isnin, 7 Disember 2015

MUHYIDDIN SUDAH BERI JALAN MUDAH UNTUK PERPECAHAN UMNO!! TAHNIAH

Mungkin ini caranya nak selamatkan UMNO.. Sekalung tahniah segerombolan pemimpin kecewa kesumat terhadap Najib.

Mungkin ini ujian berat untuk Najib kerana tikam belakang si Muhyiddin sembab semakin ligat.

Dia anggap dia adalah calon PM yang paling terhebat untuk mengantikan Najib.

Tapi kelakarnya, harapan untuk ratusan ribu hadir untuk sokongan terhadap beliau hanyalah angan-angan kosong seorang pemimpi untuk menjadi Perdana Menteri dengan bantuan Tun Mahathir.

Muhyiddin hendak bohong apa lagi malam ini?

1. Khabarnya Muhyiddin hendak memberi ucapan pada 7 Disember di Kelab Sultan Sulaiman kerana tidak dibenarkan berucap di dalam Mesyuarat Agung UMNO. Apa lagi yang hendak dibohongi Muhyiddin ?

2. Adakah Muhyiddin hendak memberitahu hanya dia seorang saja yang berani bercakap tentang 'penyelewengan' 1MDB? Sedarkah Muhyiddin bahawa Mahathir sendiri sudah mengakui bahawa segala tuduhan dan dakwaan yang dibuat, dilakukan TANPA BUKTI dan hanya berdasarkan andaian semata-mata.

3. Adakah Muhyiddin mahu mengatakan Islam membenarkan umatnya menuduh seseorang tanpa bukti dan hanya bersandarkan andaian semata-mata?

4. Atau adakah Muhyiddin hendak bercakap bahawa wang RM2.6 bilion itu hasil penyelewengan dana 1MDB? Adakah Muhyiddn sedar bahawa pada 3 dan 5 Ogos, SPRM secara jelas menyatakan wang tersebut bukan dari sumber 1MDB dan adalah daripada penderma berdasarkan 4 dokumen yang diserahkan kepada Bank Negara dan perbualan SPRM sendiri dengan penderma.

5. Muhyiddin telah membuktikan yang dia GAGAL bercakap benar dan GAGAL mengemukakan bukti pemyeleqengan Najib dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

6. Adakah dia mahu bercakap mengenai 'hak' berucap di dalam mesyuarat agung tahunan UMNO? Bukankah sebagai Timbalan Presiden dia sepatutnya lebih faham aturan mesyuarat? Sepatutnya dia faham bahawa dalam aturan mesyuarat agung tahunan UMNO Malaysia, peranan untuk merasmikan persidangan sayap UMNO Malaysia dan berucap semasa sesi penggulungan BUKAN hak Timbalan Presiden sebaliknya hanya diberi di atas ehsan Presiden dan Majlis Tertinggi semata-mata.

7. Bukankah sebagai Timbalan Presiden dia sewajarnya sudah faham bahawa dalam Mesyuarat Agung UMNO, selain Presiden yang memberikan ucapan dasar dan pegawai yang membentang peringatan dan laporan aktiviti dan kewangan, hanya pembawa usul, pencadang, penyokong dan jurucakap yang membahaskan usul sahaja yang dibenarkan bercakap; dan hanya Presiden sahaja yang sebenarnya berhak menggulung?

8. Sudah dua kali rakyat dan ahli UMNO dibohongi. Perlukah ke KSS malam ini? Tidak perlu, melainkan jika anda mahu dibohongi dan diperbodohkan berulang kali.

3 ulasan:

  1. Pemimpin yang menipu memang la menanggung beban yang berat kerana bila sesuatu itu bermula dengan penipuan akan seterus nya ditutupi dengabn penipuan... sampai bila2 pun akan terus menipu sehingga lah menjerat di tengkok sendiri. Janganlah kerana sesuap dedak bercampur batang keladi sesorang terus mendokong pemimpin yang terus-terusan menipu:

    Oh dear, it seems Najib Razak had made a huge blunder in last night’s interview which is shown on national television.

    He actually said that back in 2013 when the bank accounts were first created to receive the huge sum of RM2.6 billion, Bank Negara was aware and notified.

    His own words were:

    “There is no intention at all to cheat or to commit an offence because Bank Negara had been notified about the existence of this account.”

    What is perplexing is the fact that back in July 2015 when the news about that RM2.6 billion was exposed, he and his whole army of sycophants denied ever having any sort of accounts!

    Some even went all the way in trying to debunk the Wall Street Journal exposé by saying a whole lot nonsensical arguments such as – the SWIFT codes were incorrect, the accounts don’t exist and the name of Najib Razak was misspelled so the allegations couldn’t be true!

    He also said that Tun Dr Mahathir who was working hand in hand with Wall Street Journal is behind this lie. One of his bootlickers even quipped that no Prime Minister is that stupid to receive money in his personal bank accounts!

    Now all over the sudden, Najib Razak suddenly confessed that Bank Negara already knew about the existence of the accounts when they were first created and he has no intention to cheat.

    Tak menipu ker tu Tuan Blongang?

    BalasPadam
  2. Kalau Najib menipu maknanya kau masuk neraka ke? Sabar dengan kezaliman pemimpin. Jgn memberontak. Itu salah satu jalan menuju syurga Allah

    BalasPadam
  3. Puak protun tak habis2 reka isu demi jatuhkan pemimpin... Oi rpk tanya mana pergi harta umno yg bernilai berpuluh billion tu? Siapa simpan? Siapa sorok? Adakah utk anak cucu Tun sendiri? Kalau itu harta umno kembalikan kepada umno! Sedih tengok negara kita dibawah tekanan kapitalis. Baik lantik Ananda Krishna jd pm. Kembalikanlah demokrasi aebenar.

    BalasPadam