Selasa, 22 Disember 2015

PELURU AKHIR "UNDUR NAJIB" BAKAL MEROSAKKAN IMPLIKASI DAN IMEJ BEKAS TPM?

Tidak dipastikan, adakah benar peluru penghabisan untuk pereka situasi sebenar agenda "Undur Najib" bakal merosakkan sama sekali imej beliau yang sebelum ini orang ingat terlalu suci.

Adakah benar juga, Tun M hanyalah subjektif semata-mata untuk strategi "Undur Najib" yang dimulakan sejak awal tahun 2015.

Kemuncaknya pada pertengahan tahun ini, bulan Mei 2015 yang dijangkakan DS Najib akan meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri, setelah serangan tahap kritikal terhadap PM Najib ketika itu cukup tip top.

Di masa itu, masih lagi bekas TPM memegang jawatan TPM, malah namanya disebut-sebut sebagai penganti DS Najib, mengikut rancangan radikal itu, kemuncak klimaksnya pada awal Jun 2015 tarikh akhir serangan itu bakal berjaya, PM bakal meletak jawatan, tetapi....... Manusia hanya merancang, Allah juga menentukan segalanya, sekiranya tidak baik niat itu, berlakonlah alim macamana sekalipun, gagal tetap gagal.. Jarang taktik jahat boleh menang bergaya.

Baca dan nilaikan

Kini Najib tertunggu-tunggu apakah isu-isu baru yang akan dilemparkan terhadap beliau. Najib mempunyai ‘golden bullet’ berkenaan skandal yang melibatkan Muhyiddin dan seorang jutawan Cina, di mana Dr Mahathir juga tidak tahu mengenainya. Sekiranya Muhyiddin tetap meneruskan rancangannya maka Najib akan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut dan mematikan langkah Muhyiddin dan jutawan Cina itu.

Persepsi yang telah direka kononnya Tun Mahathir Mohamad merupakan individu di sebalik gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Khairuddin Abu Hassan adalah anjing suruhan orang tua tersebut yang sepatutnya melakukan semua kerja.

Dr Mahathir seolah-olah kuasa di sebalik gerakan anti Najib. Walaubagaimanapun, kini banyak persoalan timbul sama ada Dr Mahathir benar-benar dalang di sebalik semua ini atau beliau hanyalah salah seorang daripada mereka yang diarah untuk melakukannya, sama seperti Khairuddin.

Soalan yang lebih menarik pula yang mana orang ramai turut bertanya, samada Khairuddin adalah anjing suruhan Dr Mahathir atau Muhyiddin Yassin?

Terdapat dua watak utama dalam perkara ini. Kita ada tangan yang dapat dilihat dan juga tangan yang tersembunyi. Tangan yang dapat dilihat adalah tangan Dr Mahathir manakala yang tersembunyi adalah Muhyiddin Yassin. Dan itu menjadikan Muhyiddin sebagai tuan boneka dan Dr Mahathir pula adalah bonekanya.

Muhyiddin yang mereka kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri. Lebih kurang 20 Julai lepas, Peguam Negara, atas perintah Muhyiddin, membawa kertas pertuduhan tersebut untuk ditunjukkan kepada Dr Mahathir dan memberitahu orang tua tersebut bahawa ia akan digunakan terhadap Najib pada 29 Julai 2015.

Rancangan adalah seperti berikut. Pada mesyuarat kabinet 29 Julai, kertas pertuduhan tersebut akan dibentangkan ke kabinet dan Najib akan disuruh untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, jika tidak, Peguam Negara yang sedang menunggu di luar akan masuk ke dalam dengan polis untuk menahan beliau.

Setelah menyedari bahawa Muhyiddin adalah dalang sebenar dan Dr Mahathir hanyalah dimanipulasikan, sehari sebelum mesyuarat kabinet, Najib telah menyingkirkan Muhyiddin dan Peguam Negara.

Ia merupakan serangan awal yang bijak, bagi mematikan serangan yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai. Malah, Dr Mahathir tidak menjangkakannya dan terkejut walaupun beliau sendiri pernah melakukan perkara yang sama kepada Anwar Ibrahim pada September 1998.

Dalam artikel saya sebelum ini (BACA DISINI), saya telah menyatakan tentang seorang jutawan Cina yang berkait rapat dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin sejak 1980an apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin sebagai Timbalan Menteri. Seperti yang kita maklum, Khairuddin merupakan seorang yang muflis, dan jutawan Cina tersebut, atas arahan Muhyiddin telah menyelesaikan kebankrapannya. Dengan sebab itulah, Khairuddin dapat ke luar negara, jika tidak beliau akan dilarang daripada berbuat demikian.

Bagi menutup hakikat bahawa Khairuddin adalah anjing suruhan Muhyiddin, bukan Dr Mahathir, maka beliau pergi ke mana-mana dengan Matthias Chang – kerana semua orang tahu bahawa Matthias adalah orang Dr Mahathir. Jadi, kesimpulannya adalah Khairuddin juga bekerja untuk Dr Mahathir.

Khairuddin juga merupakan individu yang menghantar ramai orang untuk berjumpa Dr Mahathir bagi memberikan orang tua tersebut maklumat berkenaan 1MDB dan bagaimana RM42 bilion telah ‘lesap’. Dr Mahathir sudah pasti termakan umpan dan mengambil semua maklumat tersebut.

Kini, Dr Mahathir sedar bahawa Khairuddin adalah anjing suruhan Muhyiddin selama ini. Dr Mahathir juga menyedari bahawa apa saja yang telah diberitahu oleh Khairuddin kepadanya adalah apa yang telah diarah oleh Muhyiddin. Tetapi Dr Mahathir terlalu ego untuk mengakui bahawa beliau telah dipermainkan oleh Muhyiddin dan Khairuddin. Jadi, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain daripada terus menembak walaupun beliau tahu apa yang ditembak adalah kosong semata-mata.

Malaysia Today tidak pernah menamakan jutawan Cina tersebut tetapi Unit Khas dan Putrajaya tahu mengenainya. Mereka juga tahu jutaw
an-jutawan lain yang membiayai kempen anti Najib turut memberikan jumlah wang yang besar kepada DAP.

Pada dasarnya, jutawan-jutawan tersebut menyokong kedua-dua pihak. Ia adalah sifat mereka yang meletakkan wang untuk kedua-dua pihak, andai kata pihak kedua akan menang.

Gerakan anti Najib kini berehat seketika untuk mempertimbangkan langkah mereka yang seterusnya. Setakat ini, tiada isu baru yang digunakan terhadap Najib selain daripada 1MDB dan RM2.6 bilion. Tetapi isu-isu ini tidak dapat menjatuhkan Najib kerana sekiranya mampu berbuat demikian, Najib sudah pun meletakkan jawatan ketika ini.

Kini Najib tertunggu-tunggu apakah isu-isu baru yang akan dilemparkan terhadap beliau. Najib mempunyai ‘golden bullet’ berkenaan skandal yang melibatkan Muhyiddin dan seorang jutawan Cina, di mana Dr Mahathir juga tidak tahu mengenainya. Sekiranya Muhyiddin tetap meneruskan rancangannya maka Najib akan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut dan mematikan langkah Muhyiddin dan jutawan Cina itu.

Selain daripada itu, terdapat juga ‘golden bullet’ yang lain berkenaan Dr Mahathir dan jutawan Cina tersebut, di mana Najib telah menyimpannya sejak beberapa bulan lepas. Namun Najib memutuskan untuk tidak menggunakannya kerana menurutnya, “Biarkan orang tua itu mati dengan bermaruah”.

Persoalannya sekarang, jika Dr Mahathir meneruskan rancangannya, adakah Najib masih enggan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut atau beliau akan berkata, “Mari kita kuburkan orang tua itu selama-lamanya!” Saya rasa kita perlu tunggu dan lihat.

Malaysia Today

15 ulasan:

  1. Dah kena bom berangkai, peluru pandu pelbagai ada hati nak ugut dengan golden bullet!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 4320 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






      KLIK DISINI BOCORAN TOGEL HARI INI




      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos











      Padam
  2. Kadg2 pelik gak page2 yg back up najib ni...aku yg rkyt bawahan ni pun nampak najib mmg teruk...pusing la camne pun...tp tetap sokong umno...cuma xnk najib pimpin lagi je...jgn la smpi kalau nx pru ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun pelik ngan gang-gang yang menyokong TSMY dan TUN neh.... kau sibuk cakap org sokong najib pelik...kau tak rasa yang korang lagilah pelik.... Tu anon 2:25 dah cakap pun siap kena bom berangkai.... tak sebijik pun gugurkan najib...maknanya apa? itu bom meletup macam kentut jer beb... tinggal bau busuk jer. Kalau Najib tu teruk dan korup...jangan kata bom berangkai,.... lontar merecun pun dia dah melatah tergolek gelantang.... Minggu ni aman beb... lu nengok Din Turtle, Celah Gelegar...Dan Kluang Diamond mana jumpa isue????? again Kluang Diamond pun nampak dah game TSMY sebenarnya. Dia pun ala-ala menyesal gak... tak per bro... tak jadi masalah..sampai masa kawan rasa kome akan naik semula wahai KLUANG DIAMOND yakin lah kepada perjuangan.

      Padam
  3. Dalam politik.. segalanya mungkin. Segalanya bermula dari Tun M, dan adakah Tun M juga yg akan menghabiskan nya... Kita cuma harap Melayu terus bersatu dan berkuasa dalam politik Negara ini...

    BalasPadam
  4. Sokong UMNO BUANG NAJIB

    BalasPadam
  5. bnyk pihak berusaha menjatuhkan najib dgn pelbagai tuduhan yg belum dibuktikan... hanya berdasarkan fitnah,andaian dan cakap2 orang lain... najib cool je... tunggu je jika najib pula bertindakbalas...dgn bukti yg sahih...pasti ramai yg hancur lebur...

    BalasPadam
  6. ...aku tak kisah sangat najib...aku kisah fitnah2 yg najib terima...kalau fitnah tu betul, dah lama najib tersungkur....najib bunuh altantuya pun tak oleh buktikan lagi...iisssshh....

    BalasPadam
  7. ...so far, aku nampak tohmahan2 kat najib takde bukti...najib pulak banyak peluru yg masih belum guna....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taik ko! Byk mkn dedak ni, takde bukti kepala abah ko! Bukti terang2 dpn mata, tapi biasalah bak kata najib cash is king!

      Padam
  8. Pada pandangan saya, bukan bagus sangat pun TMY ini. Orang Johor sokong dia sebab dia anak Johor

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn psl muhyiddin, bkn psl tun tp apa yg najib buat tu yg kita nak tau...bleh x sesape yg backup najib ni bgtau kemana die belanjakan duit derma tu? x silap acc dah tutup..tp kemana duit tu? habis guna masa PRU lepas? aissshhh...bukan die ke yang ckap kalau duit derma masuk akaun sendiri tu da kira rasuah...ntah la....aku mmg dah tawar hati kt najib cume yg wat tawar hati kat umno xde ke pemimpin yg berkaliber dlm umno yg berani utk kedepan atau umno mmg tinggal hampas jer kt dlm tu

      Padam
    2. Iskandar....aku anak JOHOR....tapi tak sokong pun TSMY neh.... sokong dia sebelum ni sebab dia TPM yg dipilih oleh PM...jadi kita hormat dia....tapi bila dia sendiri langgar adat...menentang PM...aku rasa dia layak diEsbokkan (ais Box). Memang tak bagus pun.... BLURRRRR sepanjang masa...

      Padam
    3. Sejak bila plak seluruh rakyat MALAYSIA ni jadi juru audit bertauliah.... korang ni kan pasal nak jatuhkan NAJIB...sanggup sampai nak tanya setiap sen duit di belanjakan tu kemana. C..Bai lah korang ni.tak nak tanya ker pembangkan terima duit berllion-llion tu belanja kemana? depa akan jawab ker duit tu belanja untuk jatuhkan kerajaan ISLAM dan cerita yang sama perlu ker NAJIB nak cerita setiap sen yg di gunakan untuk ka;lahkan musuh ISLAM.... kalau dia telan sorang pun...rakyat MALAYSIA mati kebulurker? Biar dia dapat balasannya dari Allah lah..kubur masing-masing.... so far aku nengok...beratur gak rakyat malaysia beli LEGO kat shell baru2 ni.... tak kira lagi yang memenuhkan resort percutian .... FLIGHT ke MADINAH A380 pun penuh jerk.... betul punya tak bersyukurlah .....

      Padam
  9. its all about politic.. powerplay... cronysm.. by worst practisioner of all TDM ��

    BalasPadam