BILA 'KETUM' DIPENJARA, PENGIKUT MERACAU SUPAYA AMERIKA SYARIKAT MASUK CAMPUR URUSAN NEGARA!!



pkr, atas dasar perangai kelompok keparat yang sembangnya keadilan, sembangnya atas dasar kesamarataan, apabila ketua umum di penjara atas kesalahan liwat, berbondong-bondong pengikut taksub penjilat lendir si ketum tidak puas hati seakan-akan kehakiman negara ini tidak adil.

sememangnya mangsa liwat seperti saiful juga inginkan keadilan, mengapa sampai 7 tahun menagguh kes ini, kalau benar apa nak dicanangkan ia konspirasi, mengapa tidak lawan di mahkamah habis-habisan, cara penafian serta membuat cerita kononnya liwat ini hanyalah konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan anwar ibrahim adalah satu cerita paling lawak pernah didengar.

konspirasi? kejadahnya musuh nak guna cara sama bila cara itu gagal pada zaman ketum dipecat menjadi timbalan perdana menteri pada 1998 dulu, kemaruk diri tak boleh tahan dengan nafsu membuak-buak puncanya, kerana lupa diri itulah puncanya.

bak kata zulkifli nordin, setelah saiful membuat laporan polis, air muka anwar ketika itu menampakkan kegusaran dan nampak cuak, itu yang terkeluar idea lari ke kedutaan turki ketika drama itu berlangsung, ingat lagi?

anwar, hanya si pentaksub yang membodohkan diri diperbodohkan, ramai dikalangan orang kuat dia pun sudah keluar dari landasan perjuangan dia, malah dikalangan mereka menjadi fighter lawan ketunya dulu dan kerana diantara mereka tidak mahu malaysia ini dipimpin oleh insan yang rosak sepertinya.

ANGGAPAN PENCACAINYA, BILA MAHKAMAH BEBASKAN ANWAR, ITULAH KUASA RAKYAT, MAHKAMAH MENDENGARNYA

BILA BERSALAH, INILAH MAINAN UMNO UNTUK MENANAM TERUS KERJAYA POLITIK ANWAR IBRAHIM.

orang kata, sudah-sudahlah wahai pencacai, sampai bila nak jadi bodoh piang.

menjadi persoalan, sanggup gadaikan negara demi seorang insan yang konon pejuang, tetapi peliwat, maaf cakap peliwat!!

antara komen di portal malaysia kini, banyak lagi komen menjual maruah negara dekat situ.


ps: menjadi lendir sipenipu, hidup biasanya akan bodoh sampai ketua

3 ulasan:

Game Tersembunyi Di Dalam Google Chrome Apabila Terputus Internet


Setiap kali telefon atau laptop anda terputus hubungan internet ketika melayari dengan Google Chrome, anda pasti akan dipaparkan dengan gambar seekor dinasour T-Rex di pelayar web tersebut.


Tapi tahukan anda sebenarnya T-Rex tersebut sebenarnya satu watak permainan video yang tersedia bersama Google Chrome di komputer atau telefon anda?

Di dalam permainan tersebut, anda perlu memainkan watak T-Rex tersebut dengan melompat bagi mengelak dari halangan pokok kaktus yang ada sepanjang permainan tersebut.


Permainan ini tersedia di dalam Google Chrome versi Desktop dan juga Google Chrome versi mobile. Berikut adalah cara untuk mengakses permainan ini dari kedua-dua jenis pelayar ini :

Untuk Komputer

  1. Pastikan Google Chrome anda adalah versi terbaharu
  2. Putuskan kesemua rangkaian internet dari komputer anda
  3. Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
  4. Apabila gambar dinasour muncul, tekan kekunci space di keyboard anda.
  5. Tekan space untuk melompat dari pokok kaktus


Untuk Smartphone
  1. Pastikan Google Chrome anda versi yang terbaharu
  2. Putuskan kesemua rangkaian internet dari telefon anda
  3. Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
  4. Apabila gambar dinasour muncul, sentuh pada gambar dinasour tersebut.
  5. Sentuh skrin untuk melompat dari pokok kaktus.

0 ulasan:

PEKERJA KILANG BERJALAN KAKI LEBIH 32KM SEHARI TERIMA HADIAH KERETA FORD


DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).

“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.

Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.

Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi

2 ulasan:

PAKATAN RAKYAT SUDAH TIADA HARAPAN - AKTIVIS


PETALING JAYA – Pengundi muda akan memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang di Malaysia sekiranya sikap suka bercakaran sesama sendiri antara tiga komponennya tidak dihentikan segera.

Amaran keras itu dibuat oleh aktivis politik dan kumpulan mahasiswa yang mengakui bahawa mereka kecewa dan sudah tidak meletakkan sebarang harapan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Lantang mengkritik sikap ego kepimpinan PAS, DAP dan PKR, aktivis Kelab Bangsar Utama, Mandeep Singh berkata sepanjang tujuh tahun Pakatan Rakyat dibentuk, gabungan itu tidak pernah lekang dengan pelbagai pelbalahan dan pertikaian.

Mandeep kecewa kerana Pakatan Rakyat masih gagal mencari pengganti sekiranya Anwar dipenjarakan.

“Tujuh tahun anda berada dalam satu pakatan, takkan tujuh tahun tak boleh selesaikan isu-isunya. Ini masalahnya apabila Majlis Presiden tidak berfungsi. Sekarang ini Pakatan Rakyat hanya ada satu moto iaitu ‘tembak sesama sendiri’.

“Mereka kemudiaan salahkan media, tapi mereka juga yang bergaduh setiap hari dalam media. Jadi nak bercakap soal harapan? Tapi saya tak melihat mereka sebagai harapan.

“Kamu kata anak muda komited menyokong Pakatan…bawa kamu naik di Selangor dan menangkan 89 kerusi Parlimen tapi ingat anak muda juga boleh terus jadikan kamu pembangkang di Malaysia,” katanya pada Selasa malam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum ‘Pakatan Rakyat: Masihkah Ada Harapan’ yang turut dihadiri kepimpinan pemuda DAP, PKR dan PAS anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).

Hadir sama sebagai ahli panel ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat; Ketua DAPSY Malaysia, Teo Kok Seong dan jurucakap Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya (UM) Luqman Nul Haqim.

Terbaharu PAS dan DAP terpalit dengan perbalahan berhubung pelaksaan hukum hudud di Kelantan dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Sebelum ini ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat turut berhadapan krisis berpanjangan berhubung pertikaian pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu selepas ‘Langkah Kajang’ yang dicipta PKR.

“Realitinya Jawatan Kerja PAS Pusat tidak berfungsi kerana keputusan parti itu hanya dibuat oleh Datuk Seri Hadi.

“Muktamar PAS pada bulan Jun ini. Jadi PAS harus jelas ke mana hala tuju parti kamu. Kalau kamu harus singkirkan presiden kamu…singkirkan,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh penonton yang hadir.

Mengulas lanjut Mandeep berkata beliau yakin Pakatan Rakyat akan terus bergolak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Jelas beliau sehingga kini pakatan itu gagal mencari pengganti yang layak untuk memimpin gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Pada 10 Februari ini sama ada Anwar masuk (penjara) atau tidak…kita anggap beliau masuk. Kemudian beberapa hari lepas itu Pakatan Rakyat akan terus bergaduh apabila nak berhadapan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

“Saya tak nampak siapa lagi yang akan jadi ketua Pakatan Rakyat. Nak letak Wan Azizah, pastinya PAS tak setuju…nak letak (Mohamed) Azmin (Ali) pun akan ada yang tak setuju.

“Jadi saya tak meletakkan apa-apa harapan lagi kepada mereka. Tapi nasib baik kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) juga tak kuat pada masa ini,” katanya.

Sementara itu Luqman yang turut menyokong pandangan Mandeep berkata, golongan muda sedia menggalas peranan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kepimpinan muda termasuk golongan mahasiswa yakin mereka mampu menyumbangkan idea dan gerak kerja yang lebih baik demi masa depan Malaysia.

“Kalau Pakatan tak boleh, biar kami sahaja yang bertanding dalam pilihan raya dan buat perubahan. Kami sudah buktikan pada PRU yang lalu apabila ada wakil bertanding di Parlimen Pekan,” katanya.

Selain itu Luqman berkata parti komponen Pakatan Rakyat wajar menukar kepimpinan sedia ada yang dilihat gagal memainkan peranan dengan sebaiknya.

“Perubahan mesti berlaku dalam parti. Pakatan Rakyat…kalau nak maju ke hadapan, pucuk pimpinan perlu berubah, semakin tua ini, cakap pun kadang-kadang entah apa-apa.

“Orang muda ada idea yang lebih segar,” katanya. – mStar Online

ps: keadaan lebih bercelaru bila anwar ibrahim dipenjarakan, maka desas desus antara parti dalam pakatan tidak bersatu kita boleh lihat drama itu nanti, tunggu.

2 ulasan:

Tentera Turki Solat Berjemaah Selepas 90 Tahun Dilarang


KUALA LUMPUR: Tentera Turki dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah selepas dilarang berbuat demikian sejak 90 tahun. Ia diharamkan hampir satu abad yang lalu oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk, demikian lapor dailysabah.com.

Mustafa dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1920. Setahun kemudian, dia telah menamatkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah dan menjadikan Turki sebuah republik. Kemudian Mustafa menjadikan dirinya sebagai presiden Turki dan mula mengenakan pelbagai larangan terhadap apa-apa yang bersifat Islam termasuk melarang solat berjemaah dalam kalangan tentera pada tahun 1925.

Islam di Turki terus ditekan dan ditindas sehinggalah parti AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan berjaya memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002. Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki dan beliau melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Akhirnya, selepas 13 AKP memerintah, Erdogan telah menarik balik larangan tersebut pada malam tadi. - Harakah Daily

ps: betullah zaman ini bermulanya era kebangkitan Islam, Turkey, Russia, negara yang disebut-sebut mengusarkan kuasa amerika.

1 ulasan:

ADAKAH PR SEMAKIN KUAT BILA ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN?

Isu anwar ibrahim yang di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara akibat kesalahan meliwat memang penulis tidak langsung updatekan ke dalam blog ini.

Bukan apa penceritaannya akan tetap sama, jadi jelek, ngilu, sedih, drama sinetron dan macam-macam versi dilampirkan (terbaru pegang lilin di luar penjara sg. buloh).

Bibitnya sekarang apakah halatuju pakatan rakyat selepas ini, tidak sampai dua hari, kepala-kepala perang PR bakal berkumpul untuk menerangkan hala tuju mereka, banyak desas desus mengatakan sebilangan besar kelompok pemimpin PR memang menantikan peluang besar sekiranya anwar dipenjarakan.

Siapakah general baru yang akan memegang jawatan ketua pembangkang? Episod ini akan menjadi lebih panas sekiranya tiada kata putus antara mereka, penulis boleh katakan keadaan ini bakal menjadi tekan menekan, tikam menikam antara mereka, kita sedia tahu pas terpaksa berlakon baik dengan dap, dap juga begitu, pkr sentiasa dibelakang dap dan bukan pas, pas juga keseorangan.

Adakah ini bibit-bibit perpecahan PR? Kita nantikan, dalam ilmu perang, general terbunuh kucar kacirlah batallion.

ps: kepada BN inilah masanya kita kuatkan unit-unit kita, rapatkan ukhwah, sememangnya kalau BN tetap seperti dulu, maka PR tidak ada general pun akan bertambah kuat dan kukuh.

1 ulasan:

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN ANGGAP KENYATAAN MENTERI UNTUK PERTAHANKAN PENGGUNA BUKAN ISU RASIS


isu turun harga barang sebenarnya belum lagi sejuk walaupun keadaan panas isu itu pada minggu lepas, pelbagai anggapan dibuat sehingga perkara remeh pun diperbesarkan, sampai hal yang sepatutnya dibela sudah menjadi perihal politik berkepentingan.

mca dan gerakan sudah menjadi suara milik pembangkang sedangkan isunya adalah turun harga barang, parti komponen bn itu ingin menjadi hero kepada orang cina kononnya, berbalik kepada perihal panas itu pengguna semakin memandang teguran menteri itu hanya untuk menjentik peniaga yang tamak, bukan hanya cina, malah melayu dan india pun sama.

Dato Sri Hj. Tajuddin Abdul Rahman selaku timbalan menteri pertanian dan asas tani juga menempelak politikus yang hanya mengambil kesempatan berkenaan isu trun harga barang ini, menidakkan kenyataan menteri ismail sabri itu sebagai kenyataan rasis, tidak sama sekali itu adalah kenyataan rasis, kenyataannya hanyalah untuk peniaga yang tamak, kebetulan yang monopoli adalah orang cina, jadinya itu bukan isu yang besar, peniaga bukan hanya dari cina, malah melayu, india, bangla, negro (dalam nada gurau).


baca seterusnya disini klik FOT

5 ulasan:

PASMA VS PAS MEMANG TIDAK DAPAT DISOROKKAN LAGI

ketamakan segelintir bobrok-bobrok dalam pas yang dianggotai pemikir-pemikir liberal yang berniat menjatuhkan president pas, hadi awang semakin tidak boleh disorok.

Malah penyokong kuat hadi sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan biadabnya cara komplot ini.

Malah dikaitkan dengan dr hatta yang mengepalai serangan senyap ini. Nama-nama seperti mat sabu, husam musa, phahrolrazi dan yang lain juga dalam radar.

Adakah doa "pecah perut" yang ditujukan terhadap umno berpusing kena terhadap pas?

Pemuda PAS Kuantan desak Dr Hatta Ramli, dan 'konconya' letak jawatan

Dewan Pemuda PAS Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.

Ketuanya Fadhli Ibrahim berkata Dewan Pemuda PAS Kuantan berasakan ahli-ahli PAS perlu sedar tentang kewujudan kerjasama yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

"Apa yang membimbangkan kami, keputusan-keputusan yang dibuat PAS adalah didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya," kata Fadhli kepada media di hadapan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Fadhli berkata kebimbangan ini berdasarkan bukti yang mereka peroleh yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sehingga mensabotaj keputusan Parti dan menjadikan Presiden parti tu seperti boneka.

Fadhli turut memberi lampiran bukti berkenaan di dalam bentuk Akuan Berkanun beserta cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp, kumpulan yang dikatakan menerima arahan Hatta Ramli.

Dalam lampiran akuan berkanun itu menyatakan ada individu yang mempunyai akses kepada Kumpulan WhatApp yang bernama 'LAWAN AMNO Media Baru PGS' yang kemudiannya ditukar 'Hawaii Five-O'.

Kenyataan akuan berkanun itu menyatakan kumpulan WhatsApp itu dipercayai dianggotai Hatta Ramli yang menggunakan nombor 019XXXXXX.

Hatta Ramli dirujuk sebagai 'Dr Hatta' dalam kumpulan WhatsApp itu.

Turut sama menganggotai kumpulan Whatsapp tersebut adalah Aiman Athirah Aljundi, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, seperti yang dinyatakan dalam akuan berkanun yang sama.

Dalam kenyataan akuan berkanun itu juga menyatakan Aiman memburukkan Presiden PAS dan kepimpinan Ulamak dengan bertindak  sebagai perancang di belakang Hatta  dalam kumpulan WhatsApp itu.

ps: dap cukup gembira kerana parti-parti melayu Islam  terbesar dirosakkan dari dalam, mereka sudah hampir untuk menawan Malaysia pru14 nanti. Adakah kita semua izinkan.

2 ulasan:

DRAMA U-TURN FASA 1

Tu sebabnya dalam media PR  war-warkan yang lim guan eng dan hadi awang bertinju penulis tetap pertikaikan, dah dah pas yang punya garang mengalahkan serigala kononnya, macam tak kena je gayanya.

Tetapi realiti permainan mereka baru nak bermula, media kita terseronok pula dengan episod drama cium kaki ciptaan mastermind kepala perang kem PR.

Hehehe..

Di bawah ini gambar terbaru antara mereka.

0 ulasan: