KEPADA ADUN TAMAN MEDAN, AWAK KAT MANA?

Awak kat mana, awak kat mana?

Wahai haniza talha kalau prihatin sebagai adun taman medan jangan tunjuk muka bila masalah dah selesai ye.

Eleh bukan tak tahu perangai jibrauk pemimpin pkr ni, bercerita hak rakyat, bercerita untuk rakyat, bila rakyat ditimpa musibah, ohh tak mengapa umno ada, mereka boleh bantu, tak perlu risau, kami hal-hal musibah ni slow sikit nak settlekan.

Jadi buat penduduk yang terlibat dengan ribut petang tadi, cari sampai dapat adun anda, tak jumpa, hambat sampai ke pejabat dia, eh kata nak berkhidmad untuk rakyat.

ps: pkr bila sembang menjaga rakyat dialah paling teragung, tapi perihal sebenar hanya rakyat yang pendam perasaan je tahu perangai sebenar mereka.

5 ulasan:

hadi awang sudah beri signal tolak pkr di permatang pauh?

Drama yang panas antara pas dan pkr di prk permatang pauh sudah mencapai lurah gaung yang dalam.

Hadi awang saran pengundi di permatang pauh tolak calon yang tidak menyokong hudud, maka berdesing bak halilintar kem pkr, azmin ali sebelum ini tidak akan menarik balik apa yang pkr telah katakan sebelum ini, pkr tidak sama sekali akan menyokong enakmen hudud di kelantan.

Sebelum ini pemuda pas pulau pinang sudah menempeleng kepala takuk kem pkr supaya meminta maaf kepada hadi awang, kalau tak jangan harap orang pas nak bantu masa prk permatang pauh nanti.

Paling kelakar, dap tak nak masuk campur, sebab mereka play safe, dap memang pasti menolak hadi awang, tapi nakkan penyokong pas menyokong dap seadanya, apa punya lawak dap ni punya perangai.

Jadi kesimpulan untuk diketahui ramai, pkr dalam keadaan tertekan.

Tapi yakin permatang pauh akan dapat majoriti besar nanti kata penyokong totok ketum baru-baru ini.

#bnboleh

1 ulasan:

BILA FITNAH MENJADI TITIK KLIMAKS DI PRK ROMPIN

Bila tertera satu gambar yang memperlihatkan sepanduk kami sokong GST, penulis sudah jangkakan itu memang editing, yang menjadi masalah pemimpin mereka seronik juga termakan khayalan nikmat inzal fitnah yang dimainkan.

Kalaulah pemimpin pun terlena tanpa asal usul, apatah lagi macai tegar yang ada dalam PR, pas di rompin seboleh-boleh ingin menonjolkan kempen hebat dengan penerangan kekejaman GST kepada pengundi rompin katanya, tetapi mereka hanyut dengan permainan fitnah tak beretiqa.

Adakah dengan cara begini adalah untuk menjatuhkan imej pro ulama dengan menunjukkan kempennya cukup kotor? Itu penulis tidak tahu..

Paling tak boleh diterima katanya pas akan gunakan modal prk ini dengan menyelongkar tentang salahguna kuasa arwah jamaludin jarjis masa arwah menjadi ahli parlimen rompin. Sampai begitu ye, MasyaAllah!!

ps: mudah-mudahan pas jangan kerap sangat guna cara kotor sebegini, dalam paskan ramai yang berstatus ulama, ilmuan. Hurm.. Politik

4 ulasan:

KAJANG BANJIR LAGI AKIBAT TIADA KETELUSAN PENTADBIRAN!!


gambar banjir kilat berlaku di kajang petang ini

selama setahun ini, sudah berapa kali agaknya kajang banjir kilat? agak-agak adun kajang dekat mana sekarang ini?

ketika langkah kajang bergema tahun lepas, malah situasi prk yang agak panas kerana gerakan merampas kuasa menteri besar, wan azizah diangkat sebagai adun kajang yang baru, sudah berapa kali agaknya beliau turun ke lokasi yang sama di kawasan banjir tersebut?

jadi persoalan, mengapa banjir di kajang ini tiada penyelesaiannya? adakah kerana tiada pihak pbt, negeri tidak ambil pusing keadaan ini?

apakah alasan biasa kita dengar, perparitan tidak sempurna, pembangunan melampaui batas, projek mrt, sabotaj dari umno, umno yang telah arahkan sampah sarap menyekat air longkang, umno menggunakan kuasa hujan yang lebat supaya banjir ini berlaku?

kesemua alasan sengal yang dibuat agaknya rakyat kajang sedar ke mereka sebenarnya kena game dengan pemerintah selangor yang satu habuk sesuci pun tidak ambil peduli perihal ini.

jadi apakah relevennya rakyat di permatang pauh memilih pkr yang ceriteranya bermain politik sahaja pandai.

prk permatang pauh bakal berlangsung, jadi keadaan kajang tetap sama, apatah lagi permatang pauh.

ps: selagi boleh kutuk pkr ni, kita kutuk sampai lunyai, sembang je, tapi habuk pun takda.

1 ulasan:

PAS TETAP MERASAKAN AGAK SUKAR MENANG DI ROMPIN


realiti yang mungkin semua tahu, pas bertanding juga demi menyahut demokrasi, malah calon mereka yang kalau diikutkan orang rompin pun tak berapa kenal, kira oklah, pas kali ini makin menonjol dalam menunjukkan dalaman pas yang menyokong pro ulama semakin terserlah.

kalau diikutkan tidak pasti cara apa kempen pas di rompin kali ini, sudah dijangka, perihal gst, perbalahan ds najib dan tun m serta modal-modal politk yang dicipta oleh rafizi dari pkr.

adakah pkr membantu pas di rompin?

kita saksikan drama prk rompin kali ini, walau dilihat keadaan agak kacau sedikit di kem bn, diharap jentera memainkan peranan mereka, nak harapkan pr, mereka juga berbalah besar.

ps: akal diguna bukan pisau

3 ulasan:

BILA KUTUK GST MEMBEBANKAN KONONNYA, DALAM DIAM DIAORANG PUN SEDUT JUGA DEMI KESEJAHTERAAN KATANYA

pkr memerintah selangor, cukup licik dalam merencanakan drama politik yang kalau rakyat yang tidak cerdik, mungkin akan tersandung dalam awangan angau sepanjang masa. itulah terjadi di selangor, pentadbir selangor mengatakan mereka paling hebat serta tiada siapa yang lebih bagus dari mereka.

tetapi hakikat mereka tak dapat nak elak, kes denggi di selangor adalah paling tinggi dalam sejarah, itupun mereka kata bagus, kekeke..

jadi perihal gst, azmin ada mengatakan, perlaksanaan gst amatlah kejam, zalim, mengheret rakyat kelembah hina, keke, dalam diam mereka juga mengenakan gst, lu sembang kasi orang bimbanglah pkr, di selangor cukai perniagaan pun naik, tempat parking yang tidak sepatutnya dikenakan mesin atau kupon, dikenakan, apa gila kah kawasan yang tidak pernah dikenakan apa-apa charge dipetak parking sekarang dah kena letak kupon, alah sembang je.

korang percaya ker, kalau mereka memerintah malaysia, mereka si keparat-keparat ini tetap melaksanakan gst? poyolah


Dalam keadaan negara masih bingung dengan pengenalan sistem percukaian GST bermula 1 April lepas, banyak pihak dilihat cuba ‘mencari untung atas angin’ tidak terkecuali Badan Pengurusan Bersama (JMB) di beberapa kawasan sekitar Selangor yang mengenakan cukai berkenaan sesedap hati tanpa mengikut kiraan tepat.

Daripada maklumat rasmi yang diperolehi Persatuan Kesejahteraan Sosial Malaysia (PKSM), caj GST sebenarnya dikenakan kepada pihak JMB melalui meter tangki simpanan yang ada disetiap kawasan kediaman bertingkat.

Bermakna, hanya pihak JMB dikenakan GST dan bukan pengguna-pengguna air. Caj yang dikenakan juga hanya 6 peratus mengikut peraturan cukai itu.

Pihak JMB boleh memilih untuk menyerap kos GST atau memindahkan kos tersebut kepada setiap meter (kediaman) dengan kiraan yang betul.

Bermakna cara paling tepat untuk memindahkan kos adalah membahagikan kos 6 peratus yang perlu dibayar dengan jumlah meter kediaman.

Lebih malang lagi, ada JMB mengenakan cukai (GST) walaupun tidak berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selain terang-terang tidak memaparkan kod GST pada bil sekaligus melanggar peraturan cukai itu.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tinggal di pangsapuri dan flat kediaman kos rendah antara golongan yang mungkin terjejas sekiranya pihak JMB mereka menggunakan ‘alasan GST’ untuk menaikkan caj servis mereka.

Untuk mengelakkan pengambilan ‘untung atas angin’ pengguna terlibat perlu mendesak pihak JMB kediaman mereka menukar meter pukal kepada meter individu bagi membolehkan mereka mendapat 20 meter padu air percuma setiap bulan.

Difahamkan, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak boleh memulakan proses migrasi dari meter pukal ke meter individu sekiranya tidak menerima permohonan daripada pihak JMB.

MUSTAFA AHMAD

SETIAUSAHA KEHORMAt
PERSATUAN KESEJAHTERAAN SOSIAL MALAYSIA

1 ulasan:

Azmin merajuk tak mahu terlibat dengan jentera pkr di permatang pauh?

Menurut sumber, azmin membatalkan semua pogramnya di prk permatang pauh.

Ini berikutan perbalahan dirinya dengan wan azizah, malah ura-ura azmin juga kecewa dengan mesyuarat pkr yang membelakangkan calon berpotensi untuk diketengahkan.

Permatang pauh bukan hanya perihal pas yang tidak mahu terlibat dengan apa-apa langsung dengan prk tersebut, malah memaksa pkr meminta maaf kepada hadi awang kerana menghina presiden pas berkenaan hukum hudud.

APAKAH DRAMA INI BAKAL MENGHANGITKAN PAKATAN RAKYAT???

Sumber
http://selangorpost.com/?p=1846

5 ulasan:

90% PENIAGA HP C**A ADALAH PENIPU KATA BEKAS PEKERJA YANG BERBANGSA C**A JUGA!!


Tabik kepada bekas pekerja c**a ini, walaupun dia tahu tindakan menyebarkan kebenaran bakal membahayakan dirinya atau menganggu ketenteraman dirinya, demi sebuah keadilan untuk pelanggan, dia tidak boleh tahan dengan penipuan oleh majikan sebangsa dengannya.

malah pembongkaran bahawa 90% peniaga sebangsa dengannya sememangnya menipu secara total demi keuntungan melampaui batas.

jadi bagi penulis, walau dibongkarkan macamanapun, orang kita bukan nak sedar, bukan nak fikir kebenaran, beli sesuatu main serbu je, ikut kemampuanlah, belajarlah jadi pengguna bijak, ini tidak, jadi samdul sebab selalu benarkan ditipu oleh kiasu yang sudah tahu kelemahan kita.


jadi tak salah sebarkan supaya ada kesedaran dalam diri kita, sudah-sudahlah membiarkan kita jadi pelanggan yang tidak cerdik.


Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan.

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.

Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan.

Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi.

sumber 

7 ulasan:

DALAM KATA KHABAR ANGIN, TAHAP KEGELABAHAN AZMIN SANGAT NYATA!!

Hangat dimedia sosial yang Selangor bakal ber drama lagi kerana 5 adun pkr akan melompat parti, gabungan pas+umno+bebas akan membuatkan azmin ali hilang jawatan menteri besar.

Malah perjumpaan antara khalid ibrahim dan hadi awang di indonesia menguatkan dakwaan itu.

Setelah kepanasan ceritera itu adakah ia benar atau tidak tetap menjadi buah mulut orang di Selangor.

Jadi azmin tidak tunggu lama untuk menidakkan khabar angin itu, katanya itu hanya khabar angin zaman purba, ia adalah propaganda barisan nasional.

Kesimpulannya dalam khabar angin bertiup kencang, gelabah juga azmin dibuatnya. Kira rasa terperanjat beruk jugalah tu.

Hahaha.

http://selangorpost.com/?p=1761

6 ulasan: