Khamis, 30 April 2015

apa benar upacara u turn pemuda pas kerana dibeli?

Berita terbaru, makin memanaskan keadaan pemuda pas pulau pinang?

Setelah ber iya-iya memboikot pkr pada prk permatang pauh, semalam mereka membuktikan mereka tidak mempu nak kecutkan telur pkr dan dap.

Upacara u turn itu sangat menjadi tanda tanya kerana cepat benar mereka mengalah, apa benar dakwaan mereka dibeli?

Tersebar sudah photostat cek bernilai rm2.5 juta, adakah jual kati ini sangat memalukan ini benar berlaku?

Kita harap pemuda pas pulau pinang jawab!! Sekiranya tidak benar, jatuh ooo reputasi pas camni.


Rabu, 29 April 2015

Hanya mampu tersenyum dengan parti yang tidak ada prinsip ini!!

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si keldai bukit
Kalau adik sedar diri
Parti mana yang sedang sakit?

Mula-mula garang, kira harapan untuk melihat keberanian parti pas melempang pkr dan dap akhirnya terbukti sudah, dalam pas, PASMA ada banyak $$$$, jadi faham-faham sendirilah...

Ketawa besar pkr dan dap, he he, small matter kawan-kawan.

Pemuda pas tarik balik boikot pkr di permatang pauh

PENDIRIAN TERKINI DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG MENGENAI PRK P.PAUH.

1. Setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timb Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia), maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK P.Pauh.

2. Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK P.Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf.

Sekian, terima kasih.

MOHD YUSNI MD PIAH
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
29 April 2015

Isnin, 27 April 2015

UMNO MANA RETI HUKUM, KATA PENYOKONG PKR BERKENAAN GAMBAR INI!!

rasanya, bila kuasa sudah yakin dan pasti dalam tangan, mereka sudah terlalu yakin benar dengan apa yang mereka lakukan, sampai nak berkempen, dalam surau, alas meja pun guna sejadah, dibawa pula nyonya dap masuk dalam, ini ajaran apa ni?

kalau dicakap lebih-lebih karang, dikata kita ni mana reti hukum, tak belajar agama, tak faham situasi, ai politik kepala jibrauk bawaan pkr makin hancing, sehancing kencingan pemimpin-pemimpin mereka.

jadi apa komen kita nak beri kepada mereka-mereka ini?


ps: matlamat menghalalkan cara, tak mengapa pr buat ok sahaja.

PROJEK UNTUK ORANG KAYA ANCAM KESELAMATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI KAJANG


penulis mudah nak beritahu kepada semua pengundi kajang yang dulunya cukup cerdik, bila ada masalah sebegini, adakah adun hebat itu akan membantu menyelesaikannya? adakah kerajaan negeri yang super hebat itu, akan menilai keadaan sebenar di sekolah menengah agama tersebut?

sudah-sudahnya umno juga menjadi sasaran dan tuduhan, sedangkan yang luluskan projek untuk orang kaya sebegini siapa agaknya? kalau dimasa kelulusan projek ini hanya melihat keuntungan, nampaknya bangsa kita di sepak terajang sahaja walau mereka tahu sekolah disebelah sahaja. tidak sampai 100 meter katanaya.

jadi, kepada kepala otak yang mengatakan adun kajang cukup prihatin terhadap pengundinya, cuba tengok cermin, luku kepala anda dengan kuat kerana begini sembangnya hendak menjaga rakyat, tetapi rakyat pula menanggungnya.

sudahlah banjir kerap kali berlaku di pekan kajang, menjadi persoalan, rakyat di kajang bertanya, mana pergi adun yang dulu menang bergaya bak heroin penyelamat rakyat?

kepada yang membaca, kepada melayu yang hebat pemikirannya, anda ada otak fikir, layakkah orang sebegini menjadi ikon keadilan untuk rakyat?

ps: tuntut penjelasan dari adun kajang serta kerajaan selangor perihal serius ini, yang jadi mangsa pelajar sekolah agama, keselamatan mereka itu penting.

sumber sumber

Ahad, 26 April 2015

Katanya mazlan aliman kena luku kepala dengan orang FELDA di Rompin

Niat jahat sudah pasti akan dilunyaikan, itulah perangai jibrauk NGO anak yang dikepalai oleh Mazlan Aliman.

Hebohan mengatakam fgv rugi, misinya tak jalan, gerak kerja mengatakan pas akan menyelamatkan FELDA juga makin kelakar dibuatnya.

Itulah nasib parti pas di rompin, guna pendekatan gst zalim juga tak jalan, apatah lagi mengatakan misi menyelamatkan FELDA.

PAS PUN TIDAK BANYAK BERCERITA BENAR DI ROMPIN, CERITERA HUDUD PUN TAK DIDENDANGKAN, RAKAN PARTI SEPERTI DAP DAN PKR PUN TAK NAMPAK MEMBANTU. ALAHAI...

Dalam merencanakan ceritera, nampaknya pas semakin pening untuk merampas rompin. Sekian.

ps: anak FELDA jangan terpengaruh dengan pas punya sembang, nanti boleh bimbang.