Sabtu, 9 Mei 2015

BILA SYARIKAT MELAYU ISLAM DISABOTAJ OLEH BANGSANYA SENDIRI, SAYONARA TABUNG HAJI! SEDIH BILA SYAITAN MENJADI JUARA

Penulis mampu copy paste jer, cuma nak beritahu apabila syaitan sudah berjaya rosakkan Islam melayu, maka hancur leburlah kerana bersungguh nak undurkan ds najib cara rakus, penulis nak lihat, syaitan-syaitan ini gelaknya sampai bila?

TABUNG HAJI MENJADI MANGSA PERSEPSI SYAITAN

Nadzri Hamzah

Assalamualaikum Selamat Pagi. Selepas sebuah blog membuat pendedahan tentang pembelian hartanah di TRX yang dikendalikan oleh 1MDB oleh anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties, maka ramailah yang melompat dan segera menjadikannya sebagai satu persepsi yang Tabung Haji Properties telah bersekongkol dengan penyelewengan dan ketirisan besar.

Hartanah yang dimaksudkan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan rata-rata tahu, hartanah di Kuala Lumpur sangat berharga mahal terutama setelah dibangunkan. Bandaraya Kuala Lumpur bukan lagi seperti pada zaman Raja Abdullah mendarat di pertemuan Sungai Kelang-Sungai Gombak pada tahun 1857 membawa 87 orang pelombong Cina untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada harga 30,000 ringgit pada waktu itu.

Pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji tiba-tiba menjadi perhatian besar dek kerana PARANOIA yang keterlaluan apabila melihat kemunculan perkataan '1MDB'.

1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Tabung Haji juga adalah syarikat kerajaan. Anak-anak syarikat Tabung Haji juga secara tidak langsung merupakan syarikat-syarikat kerajaan walaupun kaitannya mungkin sedikit berliku.

Overreaction merupakan perkataan paling tepat untuk situasi yang melibatkan Tabung Haji dan 1MDB sekarang.

Sudah berpuluh-puluh tahun Tabung Haji melabur dalam pebagai instrumen termasuklah hartanah bagi memastikan wang pendeposit berkembang dan bertambah. Dengan nilai wang yang mengalami penyusutan ekoran pertukaran asing, bermakna Tabung Haji perlu melakukan sesuatu bagi memastikan wang dan harapan para penyimpan tidak mengalami penyusutan.

Setakat ini, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam operasi utama mereka melibatkaan jemaah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan urusan ibadah Haji.

Hanya kerana Tabung Haji membeli aset, dikatakan telah menjejaskan wang para penyimpan di Tabung Haji? Atau kerana Tabung Haji membeli aset dari 1MDB?

Berdasarkan maklumat, pemaju komersial dari Indonesia, Mulia Group telah dalam perbincangan dengan 1MDB untuk mengambilalih pembangunan Signature Towers 74 tingkat di TRX - pada harga RM500 juta dan perundingan dengan blok kedua yang ditolak oleh Tabung Haji dan didedahkan oleh pihak tertentu dalam sebuah blog. (RUJUK SINI)

Mulia Group dikatakan sudah hampir mencapai hasrat mereka memandangkan Tabung Haji telah menolaknya.

Mulia Group merupakan pemaju hartanah komersial terbesar Indonesia. (RUJUK SINI)

Sekaligus di TRX, dua buah syarikat pemaju hartanah - Lend Lease dari Australia dan Mulia Group - barangkali telah menyelewengkan wang mereka semata-mata untuk bail-out 1MDB sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji?

Perlu diingat, nama asal TRX adalah KLIFD di mana huruf 'I' membawa maksud International (Antarabangsa). TRX diwujudkan dengan hasrat dan sasaran menjadikan ianya sebagai sebuah kawasan antarabangsa dan mampu menarik pelabur-pelabur asing yang akan menempatkan syarikat-syarikat mereka di situ.

Adakah pembelian hartanah bernilai RM185 juta oleh Tabung Haji di TRX, mampu bail-out 1MDB sebagaimana yang didakwa?

Ada yang mempertikaikan, mengapa Tabung Haji membeli tanah TRX pada harga yang lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB dari Kerajaan. Mungkin sedikit sifir, boleh membuka otak masing-masing.

Andaikan seperti berikut:

Harga belian: RM320 juta

Kos untuk penempatan semula, pampasan, perancangan, pembangunan, pengezonan semula dan pemasaran, infrastruktur (jalan raya, jalan bawah, elektrik, air dan sebagainya) : RM2 bilion (kosnya besar kemungkinan jauh lebih besar)

Sekaligus kos tanah TRX kepada 1MDB : RM2.32 bilion.

Saiz tanah: 70 ekar.

Tanah yang digunakan: 70% atau 49 ekar (kerana sebahagian daripada tanah perlu digunakan untuk jalanraya, kawasan terbuka, fasiliti air dan rawatan air, substesyen elektrik dan sebagainya)

Tanah yang diperuntukkan untuk taman awam: 20 ekar
Tanah yang digunakan selain taman awam: 29 ekar.

Oleh kerana itu, harga bagi setiap kali persegi tanah TRX yang digunakan: RM2.32 bilion dibahagikan dengan 29 ekar = RM1,837 kaki persegi.

1MDB hanya didanai sebanyak RM1 juta secara tunai dan terpaksa meminjam dari bank. RM1 juta tidak mungkin dapat membayar yuran guaman bagi sesetengah projek hartanah.

Oleh kerana itu, seandainya kerajaan tidak membenarkan 1MDB buat duit daripada aset tanah, bagaimana mereka boleh mencari wang untuk membayar faedah dan pinjaman?

Agak malang kerana pihak asing melihat potensi besar TRX yang dirancang oleh 1MDB dan sanggup meletakkan wang mereka yang jauh lebih besar berbanding Tabung Haji pada harga tinggi yang telah ditetapkan oleh 1MDB sedangkan masyarakat Malaysia yang menganggap mereka lebih bijak pula, bertindak dan berfikiran sebaliknya malahan melihat ianya adalah satu usaha bail-out.

TH melabur dalam SATU hartanah menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta.

Syarikat asing beli tanah 1MDB = Salah/. Kata jual Malaysia.

Syarikat swasta beli tanah 1MDB = Salah! Kata kroni

Syarikat GLC beli tanah 1MDB = Salah! Kata bail-out.

Lebih baik tanah TRX itu dikhaskan untuk tanam jagung dan padi je.

TRX land tanam jagung dan padi = Salah! Kata govt stupid and waste prime land.

Eh people... When 1MDB set up TRX and Bandar Malaysia, the main idea was to plan, develop and sell the land to strategic investors to recover the interest costs and repay the loans. How else are you supposed to do that if you are only given RM1 million capital?

1MDB Real Estate Bhd is doing EXACTLY what they are supposed to do.

Jumaat, 8 Mei 2015

taktik berperang bukan semata-mata kita ada senjata yang hebat!

Penulis bukan seorang penganalis politik, tetapi penulis hanya orang biasa, rakyat biasa serta mengakui realiti tidak boleh ditutup dengan persepsi jahat hanya dengan berlawan fakta.

Umno dihimpit pelbagai kontroversi dan cabaran, selepas pru13, harapan untuk mengembalikan kegemilangan nampaknya agak sukar, liabiliti serta persepsi dimain pembangkang memang sangat berkesan sehinggakan sesuatu isu dibangkitkan pembangkang, orang biasa atau rakyat marhein turut serta mengikuti wave persepsi itu.

Maklumat duhujung jari, senjata pembangkang cukup licik menggunakan teknologi dalam meluaskan pengaruh mereka.

Tetapi dipihak BN, agak menyedihkan sehingga kini tiada satupun ikon atau leader cyberwar yang digerakkan untuk meneutralkan persepsi pembangkang.

Anda bayangkan, orang muda sudah melekat dalam minda mereka dengan jenama serangan mereka terhadap BN, ayat seperti rosmah boros, kerajaan zalim, menipu rakyat, rosmah shopping, jet najib, umno parti rasuah.

Ayat serta tagline ini sudah menjadi sangat viral di media cyber, melihat situasi ini, pengneutralan wave fitnah dibalas dengan counter fitnah untuk memberi fakta nampaknya sangat gagal.

Zaman pru13 dulu, unit maya seperti umb, nadi rakyat, blogger-blogger hebat seperti papagomo, parpukari, rbf, dr mim, team blogger Kedah, Selangor, Perak, Penang dan banyak lagi team hebat-hebat yang ada bergerak dalam satu unit dalam membalas kembali asakan fitnah pembangkang, malah disebut-sebut nama setengah blogger oleh media PR sebagai pengacau, ternganggu pemimpin mereka, sampai ada yang terpaksa buat sidang media untuk menafikan isu-isu berbangkit yang dimainkan media kita ketika itu.

Jadi kenapa pada ketika ini keadaannya sangat mendukacitakan? Penulis tak mampu nak cerita lebih lanjut lagi, cuma saranan penulis, bila berperang kita hanya suka bertahan-bertahan serta bertahan, percayalah bibit kekalahan muncul juga nanti.

BERKATA BENAR WALAU PAHIT

Khamis, 7 Mei 2015

semakin ganas dan radikal penyokong pkr kerana tertekan jentera pas tak nampak muka!!







beginikah caranya untuk melepaskan geram wahai penyokong pkr yang gila isim, sampai penyokong bn kena balun, perempuan pun kena tumbuk, pengundi kena baling botol air mineral, kegila babian apakah yang mereka tunjukkan ini?

adakah kerana tertekan disebabkan sokongan orang permatang pauh bakal beralih arah? kerana sangat tertekan dan risau kekalahan sampai melakukan perkara diluar batasan, tetapi memang tidak dinafikan penyokong pkr berapa % je yang berotak, yang lainnya ada yang bermakzab anarcis, liberal, lgbt, penjilat ketua umum.

kalau pemilihan parti mereka pun ada yang pecah kepala, ini pula masa mengundi, inilah pkr, penulis tidak pasti, syaitan apakah merasuk mereka.

anda ada otak fikir, samseng-samseng memang ramai dalam pkr apa ada hal.

Rabu, 6 Mei 2015

Klimaks cara pkr malam terakhir sebelum mengundi!

Ini realiti, penulis dah kobarkan dah, strategi pkr mereka belajar dari luar negara bai, setelah lebih 13 hari berkempen, kita perasan tak wan azizah hanya guna simbolik kipas dia, bermacam blacks ops dari unit gelap mereka, propaganda mudah, dia bagi lemak kaw-kaw drama politik, hari terakhir kita lihat sendiri.

Penulis bukan nak cakap apa, pru lepas taktik last minit pkr tulah yang buat ramai terpaksa u turn, unit syko mereka bergerak cukup licik, walau beribu BN membuat kebaikan di tutup cukup rapi dengan cara mastermind mereka.

Biarlah wan azizah tak buat kerja, biarlah dia tak turun padang, itu semua tidak penting bagi pentaksub, asal bukan umno sudah menjadi darah daging, nak pulih hanya Allah menentukan untuk mereka pulih.

ps: hakikat dan fantasi, BN sentiasa terperangkap cukup mudah dengan strategi dark side pkr. hurm entahlah!!

STRATEGI SUPAYA RUSUHAN DI INDONESIA PADA TAHUN 1998 TERJADI DI MALAYSIA? KERJA GILA APAKAH INI?

kadang-kadang perihal yang terdesak ini cukup keterlaluan bai, agak-agak pemikiran para logikal seperti dalam gambar, adakah inginkan keadaan yang kacau bilau, rusuhan, rogol, bunuh jalanan, bakar bangunan terjadi di malaysia?

kerja gila dari orang terdesak, tidak pasti niat di sebalik diri mereka ini, pdrm serta pihak penyiasat harap siasat segera perihal ini, politik-politik lah juga bangkai, tapi sampai nak jadi huru hara kepala bana kaulah.

ADA OTAK FIKIR BRADER!!


ps: sekiranya terjadi perkara yang di indonesia tu, yang teraniaya rasanya bukan melayu, inilah realiti, pemikiran jumud apakah sampai melihat kekacauan itu satu kenikmatan kerana nak membalas dendam politik?

percayakah anda dengan pusingan u bakal dibuat oleh pengundi pas di permatang pauh?


game last minit oleh gerakan gelap oleh unit-unit pkr, mereka tahu, sokongan pengundi permatang pauh semakin parah kepada mereka, malah pengundi dari pas katanya akan melakukan sabotaj, apa benar? kita perlu melihat ini dari sudut luar kotak.

pas, walau mereka marah sekalipun dengan pkr, kebencian dengan umno tidak boleh dibuat apa lagi, orang yang bergasak dalam politik sudah tahu peranan unit-unit serta penyokong tegar mereka di permatang pauh.

kerja bn disebalik turun padang, jumpa pengundi, percayalah, unit gelap pkr akan lakukan apa saja termasuk turunkan $$$ untuk si lebai malang, prinsip asal bukan umno sudah ditanam beb, imej baik di bawa oleh umno ditutup rapat dengan ceritera gst, rosmah serta 1mdb, jet, serta keburukan pemimpin umno yang mereka targetkan.

walau dibelasak kiri dan kanan kesedaran mereka mungkin dapat 2-5% sahaja untuk tidak menyokong pkr, walau pkr tolak hudud, dap membuli pas, tetapi percayalah walau penulis bukan ahli nujum, bn mungkin dapat mengurangkan majoriti sahaja, bukan menang bergaya.

TETAPI, HARUS DIINGAT, JENTERA PKR DALAM KEADAAN GUSAR DENGAN CALON BN, KERANA WAVE ORANG MUDA MEMANG MEMBERI IMPAK KEPADA MEREKA, SERTA IMEJ WAN AZIZAH YANG TERUK DI KAJANG, RAKYAT KAJANG SUDAH BERTANYA DAN MEMBERI KATA DUA KEPADA WAN AZIZAH.

JADI APA RELEVANNYA WAN AZIZAH MASIH NAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH? ADAKAH KERANA UNTUK SELAMATKAN KARIER POLITIK SUAMINYA NANTI, SEKIRANYA MENANG, ADAKAH AKAN ADA PRK LAGI BILA ANWAR SUDAH BEBAS DARI PENJARA?

GAME-GAME POLITIK INI LICIK, AZMIN PUN CERDIK DALAM MEMAINKAN PERANANNYA, LEGASI KELUARGA ANWAR DALAM PKR PERLU DIRANAPKAN, KERANA AZMIN TAHU SELAGI KRONISME ADA DALAM PKR, TETAP BEGITULAH PARTI ITU DICOP PARTI ANAK BERANAK,

MENCALONKAN WAN AZIZAH ADAKAH UNTUK MEMBENAMKAN TERUS KARIER POLITK ANWAR ATAU MERANAPKAN LEGASI ANAK-BERANAK ANWAR DALAM POLITK, KITA PUN TIDAK PASTI, TAPI BUNGANYA MACAM KE ARAH BEGITU.

WALAU TAK LOGIK WAN AZIZAH BOLEH KALAH, TETAPI PERCATURAN BN TIDAK BOLEH DIANGGAP ENTENG, MALAH BN JUGA TIDAK PERLU TERLALU YAKIN, PENGUNDI PAS KALAU BUAT PROTES, MUNGKIN BOLEH JADI KEKALAHAN WAN AZIZAH.

ps: cuma kerja keras antara jentera perlu ditingkatkan lagi, jangan terlalu syok sendiri, kupasan konon pengundi permatang pauh sudah berubah, ahli pkr hilang kepercayaan, sokong bn kononnya, ramai keluar parti, hakikat mereka nak sebat dana dari bn je.. ini sudah berlakulah masa pru13 lepas.. keluar parti bukan main, tetapi sokongan belum tentu kepada bn.. harap sedar ye jentera semua. ini peringatan saja, politik dark side memang itu mainan pr.

Selasa, 5 Mei 2015

PRK ROMPIN, CITA-CITA PAS MERAMPAS PARLIMEN ROMPIN MUNGKIN HANYA CERITERA KLASIK SAHAJA!!


hari ini hari mengundi di prk rompin, corat coret di hari mula penamaan calon sehingga hari ini berkemungkinan jawapan yang di anggap sudah ditentukan, bn mungkin akan menang, pas juga sedar parlimen rompin bukan mudah untuk dirampas kerusinya.

mungkin kurangkan majoriti membolehkan pas gembira tidak terkira, tetapi hakikat di prk yang telah berlangsung baru-baru ini pun banyak undi merosot kerana prk pengundi luar jarang nak turun, kiranya mungkin juga cuti di hari biasa agak sukar untuk majikan swasta.

tetapi melihat cara kempen parti yang bertanding, nampaknya bn sememangnya kita tahu agenda membantu rakyat itu sesuatu yang wajib, rumah mampu milik FELDA generasi ke-2 pada mulanya harga yang nampak macam mahal, rm120,000 diturunkan dengan harga rm90,000.

bertuah orang FELDA, itupun agenda pas katanya nak selamatkan FELDA, selama ini apakah yang telah pas selamatkan untuk kebaikan FELDA?

realiti ladang rakyat tidak boleh disorok, alasan paling hebat, kerajaan umno telah sabotaj, itu sahaja modalnya, umno sini umno sana.

jadi hari ini penentu adakah BN akan menang dengan majoriti besar atau majoriti kurang sedikit, untuk kalah rasanya tidak logik kot.

Isnin, 4 Mei 2015

Ceramah ustaz kazim di permatang pasir di penuhi dengan penyokong pas?

Ustaz kazim auranya cukup hebat, di mana-mana sekiranya beliau ada, orang tak usah ceritalah ramainya, mungkin pendapat "hater" ustaz kazim beranggapan auranya semakin menurun akibat kelancangan tak beretiqa seorang mufti gila popular baru-baru ini, mengaitkan beliau dengan hadis palsu cukup panas sehinggakan ustaz kazim tidak mahu keluar siaran di mana-mana stesen tv.

Katanya ribuan hadir dalam ceramah perdana bersama ustaz kazim pada malam ini, ramai juga penyokong pas tidak segan untuk hadir dalam ceramah perdana ini, tahniah kepada penganjur, permatang pauh dalam keadaan kelam direnjat dengan sabotaj oleh pengundi pas, kita tunggu sahaja pada hari mengundi, apa benar pentaksub pas tidak akan memberi undi kepada wan azizah? Tunggu dan jangan terlalu gembira ya buat kem BN.

Pkr licik dalam minit terakhir hari mengundi, mereka cukup terkenal dengan taktik gelap pada akhir 24 jam sebelum mengundi.




SETIAP PILIHANRAYA PASTI RAMAI MASUK BN, TETAPI NAK BERI KEMENANGAN TIDAK PASTI!

Pendapat penulis, yup memang benar ia propaganda, memang benar  ada kumpulan besar akan masuk BN, mana-mana pilihanraya perkara ini perkara wajib, tetapi adakah yang kata nak keluar parti join BN mereka ikhlas menyokong atau masa mengundi batang hidung pun tak nampak.

Ini fakta, di Selangor pada pru13 kurang lebih 3,000 masyarakat India di parlimen subang keluar parti, kalau siapa masih ingatlah, gah pegang spanduk, gah pakai baju BN, keputusan tetap tak boleh menang parlimen tu sebab yang konon nak sokong BN tu kembali sokong pkr, semua tau la, dua-dua pihak dia sebat, BN dia dapat, pkr dia dapat, yang rugi BN.

Taktik konon sedap dimata tetapi tidak diundi, percayalah bro.

Ahad, 3 Mei 2015

SAMPAI BEGITU PKR LAYAN JENTERA PAS DI PERMATANG PAUH?

Ada info baru-baru ini yang mengatakan pergaduhan antara lima penyokong pkr dengan dua penyokong pas, agak panas juga pergaduhan antara mereka ni di permatang pauh, sedangkan pemuda pas pulau pinang sudah  tarik balik boikot terhadap calon pkr, wan azizah.

Nampaknya penolakan secara halus bergema kembali, kali ini pkr membakar api perbalahan itu kembali, banner yang banyak digantung di sekitar permatang pauh membangkitkan bibit perbalahan yang rumit nak diceritakan, pkr dan dap serta pasma lawan pas!!

ps: mengikut gayanya memang calon bn punyai harapan, tetapi tahap ketotokan pengundi pas sukar di ramal, mungkin mereka sabotaj atau melakukan undi simpati, Entah?