Sabtu, 23 Mei 2015

umno bukan tak bagus tetapi ramai pembongak didalamnya

Realiti umno ketika ini, inginkan kekuatan tetapi sebilangan antara mereka hanya hebat berbicara, tetapi hakikat mereka hanya anggap tak mengapalah, atasan je yang buat kerja, janji duit turun.

Bukan umno tidak bagus, bukan umno tidak hebat, cuma golongan muda merasakan macam eletislah parti ini, sesuaikah dengan aku, jadi umno perlu melakukan perubahan imej untuk memberitahu kepada marhein, hanya umno membantu rakyat.

Jadi diharap perubahan-perubahan ini diperlukan dan idea-idea baru untuk umno terus relevan untuk rakyat.

Jangan biar dap ambil alih, buruk padahnya, parasit-parasit dalam umno perlu dilemparkan dalam gaung.

Penyatuan untuk semua ahli-ahli umno, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Adakah tagline...

Dari rakyat untuk rakyat boleh didendangkan, ayuh #bangkit

Kabinet bayangan PR seolah-olah Tanah Melayu mak bapak dia yang punya!

Terkedu juga penulis bila melihat idea bakal-bakal menteri kabinet dari PR yang hampir 70% nya adalah kiasu yang sememangnya anti dengan kuasa orang melayu.

Kemana perginya pemimpin pas yang berwibawa? Agenda dap sudah nampak ketara, tetapi dikalangan orang kita sesama umno, sesama pas berperang sesama sendiri.

Apakah nafsu kalian sudah ditutup untuk melawan agenda dap? Adakah kalian suka benar mengizinkan pemimpin dap tergelak besar sehingga terkincit kerana mereka tidak perlu bersusah payah dalam menawan sepenuhnya kuasa orang melayu di bumi bertuah ini? Tepuk dada tanyalah hati.

#Bersatulah

Selasa, 19 Mei 2015

rumah untuk orang bawahan mana azmin?

Heboh katanya kerajaan negeri Selangor sangat telus dalam menjaga kebajikan rakyat bawahan.
Dengan adanya rumah mampu milik berharga rm250,000 seunit, agak-agak mampu dimilili oleh siapa? Orang kita kah? Mampu milik tu kira harga paling afdal yang mampu kerajaan negeri berikan.

Ok, sekiranya rumah mampu milik boleh dibuat, rumah murah takkkan tak nak buat azmin, buatlah juga rumah kos rendah, kalau kerajaan negeri johor pun boleh buat, komitmen kerajaan negeri melalui pkns takkan tak da satu pun projek untuk orang bawahan, asyik jaga minoriti jer.

Sudahlah rakyat bawahan di Selangor ni diperlukan bila mengundi je, kebajikan mereka dibuat lupa, kesian.

Rumah ppr dan pprt tidak dijaga dengan baik, dibiarkan, sewa dahla naik, kebajikan apa sebenarnya yang diperjuangkan?

ps: orang melayu di Selangor macam anak tiri jer, ibarat kelas ke-2, itupun ramai tak sedar, bila ngundi bagi juga dekat balaci dap berkuasa, bodoh ke gila?

Ahad, 17 Mei 2015

patutnya asak sampai tekanan mamat kit siang ni supaya minta maaf!!

Memang benar dia berhak bersuara dari sudut undang-undang, tetapi apakah dengan memberi ceramah sebegitu dia terus dianggap hero?

Mungkin pasma memang menjadi talibarut dap untuk hal ini, jadi perlulah dikalangan pemimpin pro-ulama bedal cukup-cukup kit siang ni, renyuk dia dengan tekanan, tetapi tulah, hanya bertanya ada beranikah?

Pemimpin pas tunjuklah sikit kejantanan sikit, ini bila dengan umno je berani, siap baring atas jalan untuk menunjukkan memberontak, malah ada yang sanggup jadi sawan kerana terlalu marah, tetapi, realitinya banyak kali pemimpin dap terlalu kurang ajar dengan pemimpin pas yang pro ulama, mana pergi jalak lenteng untuk membalas balik? Telur takda ke?

Kalaulah penulis penyokong pas totok, dah lama jadi hulk, tapi tulah itu hanya mimpilah, sebab sekarang ramai telurnya kena kemam.

#JanganJadiPondan


Parti melayu Islam bakal berpecah, dap senyum lebar

Nampak gayanya, kita terimalah hakikat, parti besar orang melayu iaitu umno dan pas diambang perpecahan kronik, pkr tidak hairan sebab dalam parti mereka yang ramai bukan orang melayu.

Jadi siapakah yang paling beruntung dalam pasca perpecahan ini? Sudah tentu dap, sudah gerakkan jenteranya mencari pengundi baru, malah mereka merekrut anak muda orang melayu untuk memperkukuhkan parti mereka di pru akan datang.

Nampaknya keadaan tidak terkawal bila Tun Mahathir sudah declare war dengan Ds Najib, maka perpecahan ini memang tidak boleh disorok lagi.

Pas pula dengan gerakan menolak hadi awang secara sulit juga semakin terserlah, malah menguburkan pro ulama juga semakin tersusun.

Penulis hanya tertanya, adakah ini berakhirnya politik untuk orang melayu?

Walau sudah pasti ia tetap akan berlaku di pru 14 nanti, apa kesannya selepas itu? Kesat ketiak lalu cubalah bau.

Sekian.
Headbomb