SukaGuam

NAJIB DISABOTAJ? OLEH SIAPA? LAIN MACAM "GAMEPLAN" TERANCANG NI

Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak.
------------------------------------

1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan  yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.

2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).

3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir.

4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.

5. Namun demikian, pegawai kanan berkenaan (dan yang sekutu dengannya) yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini  telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara. Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan.

6. Justeru, ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, aktivis NGO dan rakyat, bahawa yang merosakkan imej DS Najib bukanlah sangat oleh pihak luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.

7. Saya berkesempatan meluahkan perkara ini secara terus-terang kepada DS Najib pada petang semalam  untuk menjelaskan situasi sebenar, dan dari riak wajah Perdana Menteri, beliau menerima baik dan memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kami cuma berharap beliau mengambil tindakan tegas terhadap individu ini ( dan yang sekutu dengannya).

8. Sebagai contoh, ketika Tun Mahathir hadir di awal pagi program, pihak penganjur menyediakan satu bilik tertutup supaya DS Najib boleh minum secangkir kopi bersama Tun Mahathir, sebagai memulakan semangat ukhwah persahabatan dan silaturrahim.

9. Apabila DS Najib sudah dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai keadaan di PWTC, penganjur berpandangan bahawa DS Najib perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu wajah dengan Tun Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.

10. Kami yakin dan percaya, sekalipun program dialog itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara DS Najib dan Tun Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing.

11. Malangnya, pegawai berkenaaan telah berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri, menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada DS Najib kononnya Perdana Menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program Dialog bersama NGO ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Tun Mahathir sudah bersedia untuk bertemu DS Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup.

12. Bayangkanlah 'feel good factor' yang akan dialami oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya foto DS Najib dan Tun Mahathir sedang menikmati kopi dan berbual dalam keadaan mesra menjadi viral dan foto mereka bersalaman mesra menjadi tatapan rakyat yang rindukan persahabatan dan perdamaian pemimpin-pemimpin mereka. Tidak mengapalah Dialog bersama NGO tidak dapat diteruskan, asalkan persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua pemimpin ini dapat ditautkan apatah lagi dalam keberkatan hari Jumaat di bulan Sya'ban ini,

13. Kepada pihak-pihak yang memberi nasihat dan semangat kepada kami (anda tahu siapa anda), jutaan terima kasih kami ucapkan.

14. Kepada individu berkenaan dan sekutunya (anda tahu siapa anda), hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam (scapegoat). Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.

15. Jika masih berterusan, terutama melalui agen-agen anda, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi-saksi hidup kerana apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak-pihak yang berbeda pandangan dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.

16. Tampaknya, ada pihak yang tidak senang melihat perubahan landskap politik yang bakal berlaku sekiranya perancangan semalam berlangsung dengan jayanya kerana pertembungan berterusan antara DS Najib dan Tun Mahathir boleh terus menguntungkan agenda peribadinya.

17. Kami tidak akan teragak-agak menyatakan kebenaran yang hak dan yang batil. Kami berpegang teguh dengan Sabda Rasulullah SAW- "Kulill Haq Wa Lau Kaana Murro" (Maksudnya, berkatalah yang hak (benar) sekalipun ia pahit).

18. Ingin kami jelaskan niat sebenar SukaGuam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memulihkan perpaduan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang kini jelas terbahagi kepada banyak kumpulan. Bagi kami, jika tidak berjaya sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya program ini dapat membuka langkah pertama untuk meleraikan kekusutan yang berlaku sesama kita.

18. Mana tahu, dengan kemuliaan Ramadhan yang bakal menjelang, Allah bukakan pintu rahmat-Nya untuk mendamaikan hati semua pihak dan mengorak langkah perpaduan yang sangat dirindukan rakyat Malaysia.

19. Marilah kita teguh dan beristiqamah dengan perintah Allah melalui firman-Nya:-
" Sebenarnya, orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat" (Al Hujurat, ayat 10).

Ikhlas,
Khairul Anwar Rahmat
SukaGuam

3 ulasan:

BILA POLITIKUS KECEWA SERTA ORANG YANG GILA PROJEK MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEROSAKKAN IMEJ NAJIB

Inilah masanya kita mengambil peluang untuk hidup setelah sebelum ini hidup dalam tidak diberi perhatian, dilupakan, tiada jawatan, nak fulus sebab hidup pun dalam dunia mewah, tipu orang bawah, membiasakan selamatnya diri sendiri kerana itulah sahaja untuk teruskan hidup ini walau caranya agak najis serta hina.

Siapa kambing hitam dan batu api dalam merencanakan perpecahan teruk dialami oleh umno kali ini.

Adakah dengan membuat serangan mematikan imej najib boleh selamatkan umno?

Aku pasti percaya bangsat-bangsat ini akan bersuka ria dengan taktik busuk mereka, semalam sudah membuktikan, mungkin anggapan mereka 90% rakyat bersama dengan tindakan tidak hormat mereka. Mereka silap, ikut sikap dan cara penyokong totok anwar Ibrahim yang ekstrem cukup silap dan salah. Mereka mungkin juara dalam alam cyber. Biarkan.

Bersabar kawan-kawan seperjuangan, jangan gusar, selagi ada hayat kita lawan habis-habisan kebobrokan si bangsat najis orang kecewa. Membuat sesuatu atas kepentingan perut mereka sahaja.

Tengok muka-muka penyamun bersama tun, anda akan faham kebobrokan niat mereka, kambing hitamnya adalah tun sendiri, ini diakui oleh orang yang pernah bersama dengan mereka dahulu. Cara mereka nak menangkan isu cukup hina caranya.

Let's the rumble on!!
Fight!!

6 ulasan:

Evil Bastard

BILA KAPITALIS MENGAJAR APA ERTI DUIT RAKYAT??

Hallo brother, dulu masa zaman dia memerintah, siapa soal lebih-lebih, isa lah jawabnya. Mati kering bai.

Orang kampung pula hanya berbangga dengan senibina gah tetapi tidak dapat hasil daripadanya, ramai benarkah melayu pada zaman itu berjaya?

Berapa ramai orang melayu kecewa kerana hasil negara tidak dipusing balik kepada rakyat, zaman tu tiada Facebook, tiada twitter, tiada instagram, seronok lah kamu kontrol pukul keliling, orang nampak nikmat je.

Teringat masa zaman aku remaja, 1998 dulu, peluang kerja nothing, yang kaya ramai orang kiasu, tu pasal orang kiasu sokong dia, dia lebihkan kiasu, rumah setinggan penuh dekat selangor time tu, yang tinggal setinggan siapa lagi, orang melayulah ramai, dulu Sekolah siap ada yuran kena bayar, sekarang siap dapat rm100 bantuan sekolah, yuran masuk Sekolah pun takda.

Wei malaun, berapa banyak keuntungan proton untuk negara? Apa best litar sepang yang hanya orang elite je boleh pergi, apa nikmatnya klcc setakat orang kita mampu tangkap gambar sahaja, kat dalam tu semua orang asing kawal.

Aku nak tanya orang Felda, apa beza zaman dulu dengan sekarang? Aku berani jamin sekarang orang Felda berbangga sebab dah ada bangunan sendiri di Kuala Lumpur.

Walaupun korang semua hina najib, hina keluarga dia, berapa billion turun untuk orang melayu dan bumiputra lah woi.

Sabah Sarawak pun dapat manfaat, ada highway, banyak kawasan dah ada letrik, rumah baru.

Apa sebab 1mdb diserang? Korang fikir elok-elok, yang handle projek long term untuk membawa hasil kepada negara terutama kepada orang untuk melayu, bukan calang-calang punya idea, lu orang tanya, duit tu hilang ke?  42billion, betul ker, tunggulah siasatan PAC lah bodoh.

Yang lu orang nampak hilang, yang untung lu orang selit dekat punai bagi pekasam, apa musibat perangai ni!

Yang nyata agenda utama nak jatuhkan najib cara Kotor, InshaAllah aku percaya, Allah bersama dengan orang yang benar.

Sekarang si pemakan lendir busuk tengah ketawa sebab mereka berjaya pecah belahkan melayu, nak selamatkan umno tetapi umno yang dia rosakkan, fugima punya orang kecewa, haprak punya orang menipu, haprak punya orang kebulor duit. Macam boleh dapat jawatan menteri pulak bila bersungguh2 nak jatuhkan najib. Pigidah!!

49 ulasan:

HANIPA TERUK DIMALUKAN KERANA KRITIK HADI, GOLONGAN PASMA MAKIN HANCUR DIKERJAKAN

LAGI DAN LAGI KEMALUAN YANG DAPAT.

MAKIN PARAH KEADAAN TEAM PASMA.

MAKIN TIDAK KERUAN MAT SABU.

AKHIRNYA PAS SEPAK HABIS GOLONGAN PEROSAK DALAM PAS, TIADA SIAPA YANG BAKAL SELAMAT.

2 ulasan:

WALAU PAS ANTI DENGAN DAP, PAS TIDAK SAMA SEKALI KELUAR DARI PAKATAN KATA HADI

Amacam? Adakah game hadi ini akan menyesakkan dap, konco-konco dap tak senang duduk dengan keadaan pemimpin pasma dah kena langgar dengan golongan pro ulama, jadinya sahlah dap cukup pening sebabnya dana sudah turun, harapkan mat sabu, hancus jadinya, maka keadaan ini akan mengakibatkan pas berpecah dua.

Jadi kita layankan sahaja gameplan hadi untuk menyesakkan dap dalam pakatan, perang terbuka bakal berlaku lagi, pakatan yang tiada sepakat.

Anwar Ibrahim semakin tidak keruan, perancangannya untuk hijack pas dari dalam dengan bantuan dap tidak berjaya, sayonara wahai jebon, broker dan pasma.


PAS TETAP BERSAMA PAKATAN KATA HADI AWANG

KUALA SELANGOR – PAS akan terus melaksanakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat, walaupun parti itu diserang siang dan malam oleh rakan sekutunya dalam pakatan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun parti lain dalam pakatan memperjuangkan perlembagaan sekular, yang bercanggah dengan perjuangan PAS, namun PAS tetap meneruskan tahaluf siyasi selagi mana ia tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.

“Sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat adalah dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama…agenda ini kita rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam polisi Pakatan Rakyat.

“Perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam polisi bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 di sini hari ini.

Katanya, walaupun parti rakan Pakatan Rakyat memperjuangkan perlembagaan sekular, PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan.

Sambil tidak menamakan parti tersebut, Abdul Hadi berkata PAS juga tidak pernah mencampuri urusan kepimpinan dalam parti lain yang berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, aspek tahaluf siyasi merupakan dasar yang telah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu dan telah melakukan beberapa bentuk kerjasama politik.

PAS sebelum ini dikritik hebat sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP yang tidak senang dengan cadangan parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana dikatakan bertentangan dengan polisi Pakatan Rakyat.

Krisis kedua-dua parti itu bertambah getir apabila DAP sebelum ini mengumum memutuskan hubungan kerjasama dengan Abdul Hadi tetapi tidak dengan PAS dan tidak mahu terlibat dalam Muktamar PAS kali ini.

Tiada wakil DAP hadir pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, sementara sebuah lagi parti dalam Pakatan Rakyat, PKR diwakili Timbalan Presidennya Mohamad Azmin Ali.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyentuh mengenai pelaksanaan undang-undang hudud dan menafikan parti itu bersikap gopoh dalam melaksanakan undang-undang tersebut kerana ia merangka undang-undang itu sekian lama.

Maka, katanya parti itu menolak mereka yang tidak mahu memberikan jalan kepada pelaksanaan hukum Islam itu.

“Jangan siapa yang menyekat perjuangan kami atau memesongkan perjalanan kami secara berterangan atau menipu helah dengan cara mengikat PAS supaya tidak bergerak ke hadapan dalam membawa agenda Islam,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan kerajaan Kelantan pimpinan PAS wajib mengusahakan pelaksanaan hudud kerana ia desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam.

Lebih seribu perwakilan menghadiri muktamar itu dan tengah hari ini mereka akan menentukan barisan kepimpinan PAS bagi sesi 2015-2017 dalam sesi pemilihan.

BERNAMA

2 ulasan:

DAP MENARUH HARAPAN SUPAYA HADI AWANG DITUMBANGKAN DENGAN JAYANYA

Dap anggap percaturan mereka dianggap berjaya, malah harapan supaya pasma mengambil alih pas sepenuhnya dengan pemilihan ketua pemuda, ketua muslimat serta presiden parti akan menguatkan pakatan rakyat dalam menghadapi pilihanraya ke-14 akan datang.

Mat sabu seboleh-boleh memberi impian yang tinggi, mengatakan tidak perlu bermusuh dengan dap, dap baik, mulia, hebat, pas tidak perlu takut, adakah benar perwakilan pas termakan dengan ayat-ayat cinta dari mat sabu itu?

Melihat keputusan semalam yang menampakkan pro ulama menang besar dalam pertandingan ketua pemuda pas, ketua muslimat pas, nampak gayanya harapan dap untuk menendang hadi hanya mimpi di siang hari, inilah masalah bila golongan pasma hanya menjadi pak turut kepada dap.

Mungkin juga golongan keldai dap sudah masuk perangkap, kita tunggu sahaja apa terjadi dengan pertandingan jawatan presiden, naib serta timbalan, adakah hadi terselamat, mat sabu pula hilang pedoman, kita tunggu.

Di bawah ini antara surat arahan dari dap, supaya pasma menang dengan bergaya dalam pemilihan jawatan dalam pas. apa nak dikata, bila kafir pula merencana parti Islam.

sumber surat klik sini


1 ulasan:

DAP JADI PENCATUR UNTUK BENAMKAN PRO ULAMA PADA PEMILIHAN PAS NANTI!

Sekiranya pemilihan umno dicaturkan oleh mca atau mic, malah ada pemimpin mca yang terang-terang gunakan ayat begini, "bakal presiden umno perlu ditukar pada pemilihan ini".

Agak-agak tuduhan umno bachul, umno kecut, umno dikemam telur oleh mca pasti berkumandang, tetapi hal itu mustahil berlaku dalam BN.

Tetapi apa terjadi terhadap pas sangat memalukan, apabila, pemimpin dap seperti nga kor ming pula menjadi jurucakap serta jurupromosi kepada bakal presiden pas yang dicalonkan pada pemilihan nanti.

Sudah ketara peranan pro dap untuk kawal selia parti Islam itu, adakah tidak terdetikkah naluri akar umbi yang mereka memang bakal dikeldaikan cukup-cukup oleh si kafir yang mencaturkan pemimpin mereka selepas pemilihan pas nanti.

Memalukan sekiranya golongan pro ulama tidak mampu nak lakukan apa-apa. Serius, jatuhnya hadi, tiada makna pas bercerita parti itu memperjuangkan Islam.

#KeldaiDap


6 ulasan: