Sabtu, 13 Jun 2015

AZMIN PENDUDUK DAMANSARA DAMAI TUNTUT JALAN KE-2, SESAK TERUK TAK TERTAHAN, TOLONGLAH FAHAM AZMIN, TOLONGLAH!!

AZMIN PADA 21 MAC 2015 YANG LEPAS BERKATA DENGAN NADA MENUSUK KALBU, "APA NAK JAWAB DEPAN ALLAH JIKA ABAIKAN PENDUDUK DAMANSARA DAMAI"

AYAT SHAHDU DARIPADA SEORANG MB YANG PALING TELUS DI SELANGOR INI, TAPI SEKARANG PENDUDUK DAMANSARA DAMAI SUDAH TIDAK TAHAN DENGAN KESESAKAN YANG KRITIKAL PADA WAKTU PUNCAK, MALAH BUKAN WAKTU PUNCAK PUN JALAN SESAK YANG TIDAK MASUK AKAL, JADI PENDUDUK BERHAK AZMIN TUNAIKAN JANJI SUPAYA JALAN ALTERNATIF DI BINA.

KONDO BANYAK NAK SIAP PEMBINAANNYA, MALAH ADA YANG BAKAL DIBINA, ADAKAH LEBIH 100,000 PENDUDUK TERPAKSA HADAPI KEADAAN JALAN YANG TIDAK RELEVEN DI DAMANSARA DAMAI, MAKA DIHARUSKAN JALAN ALTERNATIF DIBUAT.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR DEMO PAGI TADI DI DAMANSARA DAMAI..





















Jumaat, 12 Jun 2015

MENGAPA NAJIB DI SERANG BERTALI ARUS OLEH TUN M?

APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?

Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya.

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. –

Blog Najibrazak.com

Khamis, 11 Jun 2015

PILIHANRAYA NEGERI ITU JALAN TERBAIK UNTUK MATIKAN EGO DAP DAN PAS, AZMIN MAKIN TERSEPIT?

AZMIN MUNGKIN TIDURNYA TIDAK LENA, AZMIN MUNGKIN TERFIKIR YANG JAWATANNYA TIDAK SELAMAT, BERDEGAR-DEGAR LAUNGAN CABAR MENCABAR ANTARA DAP DAN PAS, DAP ARAHKAN LETAK JAWATAN, PAS KATA KALAU BERANI PECATLAH SEMUA.

MAKIN BERGASAK LAH PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR!


Keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara PAS dan DAP dengan terbaru muktamar parti Islam itu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya, mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini hilang majoriti dan kestabilan, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar perlembagaan itu berkata, pertembungan terbuka antara dua parti komponen PR itu menyebabkan kerajaan negeri kini tidak dapat lagi berfungsi tanpa persefahaman dan permuafakatan sesama mereka.

"Bila kamu (PAS) serang DAP macam itu, bagaimana kamu mahu kata 'business as usual' (kerja seperti biasa)?

"Sama ada kamu suka atau tidak, sistem kerajaan Westminster ini berasaskan keyakinan dan majoriti. Kalau tidak, bagaimana mahu mentadbir kerajaan?" soalnya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Aziz merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang menyerang DAP semasa muktamar yang berlangsung minggu lepas.

Ia disusuli kenyataan balas pemimpin DAP diketuai penasihatnya Lim Kit Siang yang mengatakan PR sudah berkubur dan hanya menunggu dikebumikan.

Berdasarkan pengamatan situasi semasa, khususnya antara PAS dan DAP, Aziz menegaskan, kestabilan dalam kerajaan negeri Selangor kini sudah hilang.

"Di Selangor, mereka gagal menunjukkan imej kestabilan. Ia tidak baik untuk kerajaan negeri," katanya.

PR mempunyai majoriti 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi dan PKR 13.

Barisan Nasional pula mempunyai 12 kerusi.

Walaupun PKR memiliki jumlah kerusi yang lebih rendah, jawatan menteri besar Selangor diberikan kepada mereka atas persetujuan sesama rakan komponen dalam PR.

"Jangan terkejut jika bakal ada pilihan raya negeri. Rasanya kedudukan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin Ali pun, kita tidak tahu macam mana," kata Aziz.

Menjelaskan mengenai jalan penyelesaian di Selangor, beliau berkata, jalan terbaik ialah dengan mengadakan pilihan raya negeri dan menyerahkan keputusan kepada rakyat.

"Untuk selesaikan masalah ini dengan segera, mungkin baik diadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat membuat keputusan.

"Kemudian, bila sudah ada pilihan raya negeri, tidak perlu lagi pilihan raya umum nanti. Keadaannya sama seperti di Sarawak," katanya.

Menurut Aziz, keputusan itu bergantung kepada budi bicara pihak Istana di mana sekiranya tiada lagi keyakinan terhadap kerajaan semasa, baginda berhak memutuskan mengadakan pilihan raya negeri.

"Istana ada hak untuk mainkan peranan mereka. Semestinya mereka mengikuti perkembangan secara dekat.

"Ini bukan hendak pro Istana, tetapi mengikut sistem, itu sepatutnya yang mereka lakukan.

"Saya tidak rasa kamu boleh salahkan Istana. Mereka juga mempunyai tugas untuk melindungi atau memastikan kerajaan negeri dalam tangan pihak yang stabil dan baik," katanya.

Aziz juga menyentuh mengenai peranan Istana dalam kerajaan negeri semasa krisis menteri besar Selangor sebelum ini, di mana mereka meminta lebih daripada satu nama calon dikemukakan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad juga bersetuju dengan pandangan Aziz, malah mengatakan baginda mempunyai hak mutlak membubarkan DUN.

"Semangat dalam perlembagaan adalah mengenai kestabilan dan ketua negeri semestinya adalah Sultan. Baginda punya hak mutlak.

"Seandainya baginda berdasarkan budi bicaranya merasakan tidak ada lagi kestabilan, maka baginda berhak memanggil pembubaran DUN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dzulkefly berkata, keretakan antara parti dalam PR jelas.

"Bahkan kini lebih parah. Saling serang menyerang. Ini suatu yang sumbang," katanya.

Beliau menegaskan, untuk menyelamatkan keadaan, Azmin harus memulakan usaha memulihkan PR segera jika mahu memastikan ia kekal di Selangor.

"Menteri besar kena segera berperanan untuk memastikan parti komponen PR di Selangor yang beliau pimpin ini dipulihkan, daripada segi rentak kerja dan hubungan kerjasama itu.

"Itu mesti diyakinkan bukan sahaja kepada Tuanku tetapi juga kepada rakyat," katanya.

Krisis PAS dan DAP semakin meruncing sebaik berakhir pemilihan PAS pada minggu lalu yang menyaksikan golongan progresif dalam parti itu tidak menjadi pilihan perwakilan, sebaliknya golongan konservatif dan pro ulama yang mendominasi barisan kepimpinan tertinggi parti.

Serangan terbuka juga dibuat perwakilan terhadap DAP yang dilihat lantang menentang undang-undang hudud yang dibawa parti Islam tersebut.

SUMBER MALAYSIAN INSIDER

Rabu, 10 Jun 2015

LIM KIT SIANG SUDAH TUTUP BUKU DENGAN PAS?

Apakah perbalahan antara dap dan pas bakal berlarutan sehingga berpecahnya pakatan rakyat?
Dap sebaik boleh memberi tekanan kepada pas supaya cepat berambus dari pakatan.

Dap ada planing bagus kerana memungkinkan pasma akan dijadikan parti politik dan bergabung dengan mereka.

Pkr pula pada mulanya ingin menjadi pendamai untuk kedua parti yang bergolak ini, di cerca oleh guan eng supaya jangan masuk campur.

Jadi betullah dalam PR, dap lah taiko nya, bagus juga pas masih dalam PR sebab ini akan membuka ruang sebenar perangai busuk dap yang sebenarnya, sifat tikam belakang dap yang cukup terserlah.

Azmin mungkin agak pening kerana dia pun tak mampu nak kawal, apatah lagi wan azizah, si ketua pembangkang yang baru.

Jadi kita doakan PR pecah teruk. Amin.
#DapShiyal

AZMIN TERASA BAHANG PANAS BILA DAP DAN PAS LEBIHKAN EGO DARI JAGA RAKYAT!!


ADAKAH KRISIS DI SELANGOR BAKAL BERLAKU LAGI? TIDAK DIPASTIKAN, KERANA DAP DAN PAS SUDAH PALU GENDANG PERANG BERSAMA-SAMA, DAP BALUN PAS, PAS BALUN DAP.

MALAH MEREKA UGUT MENGUGUT SEPERTI MENUNJUK SIAPA LEBIH BESAR KEPALA, PKR PADA MULANYA NAK PLAY SAFE, TETAPI TIDAK DAPAT MENAHAN KESABARAN JUGA KERANA MELIHAT KEADAAN INI MELIBATKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

AZMIN DENGAN NADA KESAL, "DAP DAN PAS BUANGLAH EGO KALIAN, JANGAN KHIANATI PENGUNDI YANG MENGUNDI KALIAN" KATANYA.

MEMUNGKINKAN JAWATAN MENTERI BESAR BAKAL TERGUGAT? MEMANG PENINGLAH KAU AZMIN.

BERSEDIAKAN RAKYAT SELANGOR MENERIMA KEADAAN DIMANA POLITIK DI SELANGOR BERGOLAK DENGAN TERUK AKIBAT PARTI POLITIKNYA SEMUA JADI GILA, GILA KUASA?

ps: Pas tahu keadaan ini menyulitkan mereka, tetapi pesan satu sahaja dengan Pas, jangan bagi muka terhadap kiasu, mereka ni dari dulu berniat jahat terhadap Islam dan Melayu.

Selasa, 9 Jun 2015

DAP DAH CERAIKAN PAS DENGAN TALAK 3

Perghh ganas cara dap ye, dewan ulamak pas anggap kerjasama dengan dap sudah berakhir, malah dap memang tidak menganggap pas sebagai rakan.

Unit pro dap dalam pas semuanya kalah teruk, mat sabu yang lantang tu pun kalah dengan undi kecil, sehingga dia pun tak percaya apa terjadi sebenarnya.

Mendidih darah guan eng, dia arahkan kesemua yang ada jawatan didalam GLC atau syarikat kerajaan negeri pulau pinang dipersilakan berambus, dia nak tukar orang lain.

Pas masih dalam keadaan terkejut juga, sebab ingatkan dap nak pujuk mereka ker, nak ajak berbaik ker, tidak sama sekali sepet kiasu dap sudah tidak mahu lagi berkawan dengan pas.

Jadi di Selangor memungkinkan keadaan kacau bilau bakal terjadi? Azmin pula rasa tergugat, jadi BN selangor pula makan popcorn sambil nak lihat apa akan terjadi, adakah akan lebih besar?

Tapi tulah melihat keadaan umno pun makin pecah belah, mungkin agak sukar nak beritahu, umno Selangor patut pandang perihal ini sebagai modal bagus untuk merangka strategi, bukan jilat, jilat jilat, hirup lepastu declare juara isu.

ps: bersatulah umat Islam melayu, jangan biarkan pecah belah.

Sumber
http://selangorpost.com/?p=4321

Isnin, 8 Jun 2015

PASMA AKAN DIJADIKAN PARTI POLITIK, SETELAH RAMAI CALON DARI MEREKA KALAH TERUK PADA PEMILIHAN PAS MINGGU LEPAS

Perihal pasma yang diwar-warkan bakal mengawal sepenuhnya pas pada pemilihan pas yang berlangsung pada minggu lepas nampaknya gagal dengan jayanya.

Strategi pasma bermula dari tahun lepas setelah berlakunya krisis jawatan mb di negeri Selangor, ramai melihat PR berpecah teruk, serangan terhadap hadi agak keras juga kerana pkr dan dap mencaturkan agenda supaya Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan ketika itu.

Hadi pula bukan seorang pak turut, dia ada prinsip, pas pula bukan parti hangguk saja, tetapi pada ketika itulah terbongkarnya terang-terang golongan jebon, broker, anwarinas yang sebelum ini bergerak malu-malu kucing didalam pas.

Sejak dari itu golongan melawan arus ini semacam nak melanggar hadi serta tiada hormat sudah terhadap tuan presidennya.

Mat sabu sangat ketara cara langgarnya, halus, konon nak bawa pas ke arah baru, lebih terbuka.

Akhirnya perancangan rampasan kuasa golongan broker, penjilat dap tersungkur teruk pada pemilihan yang berlangsung pada 4-6 Jun yang lepas.

Boleh dikatakan kekalahan 10-0 yang sangat memalukan, mat sabu hairan kerana undi terhadapnya sedikit, tak logik, hanipa maidin yang mulut macam jibrauk tu pun kalah teruk, mahfuz omar, husam musa, kesemua team jilat dap kalah.

Jadi pembersihan perosak sudah berjaya dilakukan oleh hadi awang. Sekalung tahniah.

ps: Umno bila lagi nak bersihkan perosak dalam parti?

Ahad, 7 Jun 2015

UNTUK SELAMATKAN UMNO, TETAPI HANCURKAN AKAR UMBI PUNYA KEPERCAYAAN, BAGUS BUKAN STRATEGI INI?

Keadaan umno tidak sepatutnya berlaku perihal ini, perihal perang saudara yang tidak sepatutnya berlaku langsung kawan-kawan.

Percayalah isunya kerana kroni-kroni dan golongan kecewa tidak mampu lagi hidup senang kerana tidak dilayan atau bukan lagi untuk orang-orang yang dulu kenyang tanpa bekerja keras, hanya tunggu duit masuk berkoyan-koyan.

Jadi Tun melihat juga permasalahan ini, sehingga IPP milik kroninya ternganggu.
Astro pun ternganggu kerana ada saingan baru, TV setelit baru dilancarkan bulan April lepas.
Banyak lagi kroni kapitalis yang dihidupkan Tun dulu tidak selesa kerana ternganggu fulusnya.

Najib mungkin melakukan sesuatu untuk menghalang si kapitalis kroni kenyang zaman Tun dari bermaharajalela menjerut rakyat. Sudahnya nanti beliau dan kerajaan BN dipersalahkan, kerajaan BN puncanya sedangkan kroni-kroni inilah yang sedap menghirup secara berjemaah.

Kalau perasan, hanya prepaid celcom dan altel tiada gst bila anda beli, telco lain still kenakan gst, sedangkan telco lain mampu untuk tidak kenakan gst. Fikir... Kenapa.
Jadi selepas gst dilaksanakan, wave serangan Tun bermula tanpa berhenti. Nampak?

Jadi golongan ternganggu inilah yang cerdik gunakan Tun untuk selamatkan mereka.
Tidak akan ada sesuatu perihal berlaku tanpa sebab, kebetulan Tun seorang negarawan, ramai pengikut, inilah masanya, matikan kuasa Najib.

Perasan tak yang Tun serang Najib hanya ulang perihal sama, malah tuduhannya adakalanya tidak konsisten, sehingga peribadi Najib pun terpalit.

Sehingga TPM pun terpaksa hadap pencaturan jahat ini,bgolongan ini gunakan cukup-cukup, dikambingkan hitam Muhyiddin TPM untuk terjebak dalam perang saudara terancang ini.

Bagi aku keparat yang makan duit najis cair untuk punahkan UMNO. Anda semua patut insaflah. Kerosakan dalam UMNO sudah berlaku dengan teruk.

Ini bukan nak selamatkan UMNO, Tetapi menjahanamkan UMNO.

#LawanSyaitanAduDomba

TIDAK SAMPAI 48 JAM SUDAH TERKANTOI PERANCANGAN LICIK SUKAGUAM?

Patutlah majlis ini sengaja dibuat dan jadikan Najib sebagai umpan, malah Tun M sebagai mata kail.

Cukup licik permainan ini, cuma ingin bertanya, perbincangan apa yang telah dilakukan pada tarikh tertera tu? Untuk apa? Ada wang besarkah?

Tuan badan yang mungkin nak "play safe" akhirnya terbongkar satu persatu perancangan jahat puak-puak kebuloq makan duit najis yang ditabur pembongak yang niatnya hanya satu, HANCURKAN UMNO DENGAN GUNAKAN NAJIB DAN TUN MAHATHIR.

Patutlah masa majlis tertutup tu tahap keselamatan hancur, siap beri kenyataan tak betul, malah paling penting merosakkan imej Najib sebagai Perdana Menteri.

Siapa boleh jawab? Siapa kena game dan siapa empunya game?