1MDB

MENGAPA TONY PUA MEROYAN?

Bila perang antara bayang-bayang dan hantu sudah mula menjadi hangat dan menuju episod yang lebih hebat.

Si hantu mungkin seronok ingin sangat menjatuhkan orang dengan cara paling kotor dan keji. Tetapi harus diingat, kelicikan IQ bayang-bayang yang sudah berjaya memerangkap si hantu-hantu keparat ini, malah si hantu keparat ini sudah tidak senang duduk, kalau betul tak terlibat sila nafikan, malah saman bekas editor sarawak post, malah saman sekali polis Thailand yang menyiasat dalang bangsat yang sudah pecahkan usus rahsia sulit yang terbongkar.

Mengapa tony pua sudah kalut? Mengapa rafizi juga jadi sawan? Siapa boleh bagi tahu?

Mungkin sebab ini.

Singapore's Straits Times have more information on Thailand police's press conference on Xavier Justo. 

1) Some of the 10 persons identified by Justo and Thai Police include UMNO or BN members

2) The data on the *Sarawak Report) blog has been TAMPERED WITH to discredit PM Najib.

3) Money Laundering had also occurred in Singapore and Singapore Police will have jurisdiction to file charges too.

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/ex-petrosaudi-exec-fingers-malaysians-in-1mdb-scandal

Other than the Singapore Straits Times, Bangkok Post also confirmed the data has been tampered with: 

"This wrongdoing took place in Singapore," he said, adding that police found traces of the data being tampered with by the buyer. http://bangkokpost.com/news/general/625384

12 ulasan:

RAMAI PERLEKEH NAJIB, TETAPI RAMAI TIDAK TAHU APA SUMBANGAN BESAR DIA DAH BUAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA, TERUTAMA RAKYAT BAWAHAN!!

Pada kita, bila cerita persepsi tentang keburukan DS Najib, kita telan bulat-bulat walaupun semua yang dituduh kepada DS Najib bukan betul pun.

Sebagai Perdana Menteri, dia ada tanggungjawab besar, dia seperti bapa dia yang membantu golongan bawahan sehingga ramai politikus iri hati dengan legasinya.

Jangan melihat luaran, lihat sumbangan, jangan melihat populis tetapi lihat kerjanya, jangan lihat hanya yang buruk, cuba pula lihat baiknya. Sedarlah semua.

#KekalNajib

22 tahun Tun memerintah, banyak jasa yg beliau tinggalkan sebagai bukti kehebatan pemerintahan beliau.

Antaranya:
1. KLCC
2. KLIA
3. Lebuhraya Utara Selatan
4. LRT
5. Putrajaya
6. Proton
7. Jambatan Pulau Pinang
Dan banyak lagi.

6 tahun pemerintahan DS Najib, beliau juga telah melakukan banyak jasa utk rakyat. Mungkin tidak sehebat KLCC tapi sumbangannya signifikan dan terbukti.

Antaranya:
1. KLIA2 (lapangan terbang terbesar dunia utk penerbangan kos rendah yg penggunanya adalah rakyat marhaen)

2. Tun Razak Exchange (sebuah bandar hub sistem kewangan tercanggih dunia yg akan menempatkan bangunan2 tercanggih lebih hebat dari KLCC.

3. Lebuhraya PanBorneo (dari Sarawak hingga Sabah TANPA TOL).

4. Projek Greater KL

5. Pembinaan MRT moden utk kegunaan rakyat.

6. Keretapi elektrik Padang Besar ke KL yg memendekkan masa perjalanan ke hanya 4 jam sahaja.

7. UTC di seluruh pelosok negara yg memudahkan urusan rakyat.

8. Terminal Bersepadu Selatan yang canggih dan selesa bg memudahkan rakyat marhaen balik kampung esp time raya mcm sekarang.

9. Jambatan ke 2 Pulau Pinang yang tersergam indah.

Hanya dalam 6 tahun pertama pemerintahan dengan segala macam serangan/fitnah dahsyat dari dalam dan luar negara, banyak bukti jasa DS Najib sudah tersergam indah dan sedang rancak dilaksanakan.

Saya percaya jika beliau memerintah lebih lama dan berjaya mengatasi semua tohmahan terhadap beliau, beliau bakal menjadi antara Perdana Menteri paling hebat yg pernah dipunyai oleh negara kita.

Tapi mcm biasa, WSJ adalah kitab suci yang berdosa jika tidak diimani.

INSAFLAH SEMUA!!

39 ulasan:

SARAWAK REPORT DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG SUDAH KANTOI, KALI INI JELAS SUDAH PERMAINAN JAHAT MEREKA!!

Sepandai - pandai tupai melompat akhirnya tersungkur juga ia ke tanah, sehebat implikasi pembohongan hanya untuk menjatuhkan DS Najib, hebat lagi kebenaran yang hakiki.

Kepada yang termakan berita pembohongan SR tu, sudah-sudahlah, jangan dilimpahi najis fitnah itu.

PERPERANGAN YANG DIHADAPI SEKARANG ADALAH DIANTARA "BAYANG-BAYANG DAN HANTU".

YANG FAHAM SAHAJA MENGERTI.

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
JULAI 15, 2015

Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.

Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:

“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Putrajaya, Malaysia

7 ulasan:

TANGAN-TANGAN GHAIB YANG INGIN SANGAT JATUHKAN NAJIB RAZAK, SIAPAKAH MEREKA?

Serangan terancang, itu sahaja yang boleh digambarkan terhadap perdana menteri DS Najib Razak, dikala serangan berimpak tinggi yang mengaiktkan akaun peribadinya, serangan bertali arus terhadap 1MDB serta serangan peribadi terhadap Rosmah Mansur menampakkan taktikal ini memang licik dan berstrategi.

Perperangan yang kamu akan nampak adalah melibatkan pertempuran antara hantu dan bayang-bayang.


KUALA LUMPUR 13 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbuatan jenayah itu sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata, Peguam Negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia. - BERNAMA

11 ulasan:

BILA PENGKHIANAT SUDAH TIDAK SENANG DUDUK!!

"Perperangan ini bukan boleh dilihat dengam menggunakan mata kasar, perperangan ini melibatkan pertempuran antara hantu dan bayang-bayang" - Warlord

Siasatan ke atas anggota TASK FORCE mesti diperhebatkan biarpun BNM nafi pegawai terlibat.

Semalam Blogger Raja Petra mendedahkan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan dua lagi pegawai BNM sebagai di antara suspek utama pembocoran maklumat siasatan ke atas 1MDB.

Umum menerima penafian ini, bagaimanapun siasatan terhadap suspek mesti diteruskan dan diperhebatkan lagi dengan turut menyiasat setiap anggota task force yang terlibat.

Latar belakang setiap anggota task force yang terlibat perlu disiasat, termasuklah dari segi hubungan silam mereka dengan media barat dan media pro pembangkang, komunikasi mobil, perjalanan-perjalanan ke luar negara, pertemuan-pertemuan di dalam negara, akaun bank peribadi dan keluarga mereka.

Task force perlu dibersihkan daripada anasir-anasir yang tidak mempunyai integriti dan gagal menjaga kerahsiaan bagi menjamin integriti pasukan ini.

Anggota task force ini bukan sahaja tidak amanah dalam melaksanakan tugas, malah secara tidak langsung telah mensabotaj ekonomi negara apabila dengan sengaja membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan dan sebelum siasatan disempurnakan.

Perbuatan membocorkan maklumat siasatan ini adalah satu jenayah yang serius dan telah mengakibatkan spekulasi liar yang menjejaskan ekonomi negara.

tun faisal dot com: Polis wajar teruskan siasatan ke atas anggota Task Force sehingga dalang dijumpai.

http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/polis-wajar-teruskan-siasatan-ke-atas.html?m=1

8 ulasan: