Sabtu, 1 Ogos 2015

JANGAN BANYAK BUNYILAH PEMBANGKANG, DANA HARAM KORANG DAPAT DARI MANA? TERUTAMA MALAYSIAKINI, DAP, PKR!!

Bila berbicara dengan dana politik, bukan main syaitan pendesak menggunakan keseluruhan tentera media mereka mengasak tanpa belas terhadap BN, DS Najib dan umno.

Sedangkan kita juga tahu, permainan licik pembangkang syaitan memainkan persepsi untuk menghilangkan kepercayaan terhadap DS Najib terutamanya.

Setelah "game of shadow" mereka mulakan, ok sekarang diharap mereka juga patut jawab dari mana datangnya dana berjuta-juta untuk mengerakkan gerakan sulit untuk menjatuhkan kerajaan cara kotor yang keterlaluan.

INGAT KERAJAAN TIADA TENTERA PEMBASMI KERJA KOTOR? TUNGGU IBLIS-IBLIS SEMUA, TUNGGU... PERPERANGAN BAYANG-BAYANG DAN HANTU BELUM BERAKHIR!! LAWAN SAMPAI MENANG TERHADAP PENGKHIANAT!!

Sekutu Israel untuk jahanamkan Malaysia.

USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT

1. "Premesh Chandran, Ketua Pegawai Eksekutif media portal Malaysiakini, adalah penerima dana daripada Open Society Foundation yang dibiayai oleh seorang Yahudi, George Soros. Portal Malaysiakini telah ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak USD100,000 yang dibiayai oleh Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), satu lagi organisasi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat."

2. "Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya mempromosikan hak asasi manusia, mendapat kritikan hebat berkenaan dana pembiayaan dan struktur organisasinya. Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melaksanakan siasatan ke atas syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Suaram, yang telah digunakan sebagai saluran untuk menyalurkan dana daripada organisasi luar negara pro-Israel iaitu NED."

3. "Wartawan penyiasat bebas telah menemui beberapa surat yang telah ditulis oleh Anwar Ibrahim, dua daripadanya telah dihantar kepada Presiden NED, Karl Gershman, seorang Yahudi pro-Israel di Washington DC. Surat ketiga dihantar oleh Anwar kepada seorang lagi Yahudi iaitu George Soros untuk memohon kerjasama dalam firma yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen tersebut."

FOREIGN ATTEMPT FOR REGIME CHANGE IN MALAYSIA THROUGH CAMPAIGN FUNDING TO PAKATAN RAKYAT

1. “Premesh Chandran, the CEO of the nation’s most prominent alternative media outlet, Malaysiakini, is a grantee of George Soros’s Open Society Foundations and launched the news organization with a $100,000 grant from the Bangkok-based Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), another organization with dubious affiliations to the US State Department.”

2. “Suaram, an NGO promoting human rights, has borne heavy criticism over its funding and organizational structure. The Companies Commission of Malaysia launched investigations into Suara Inisiatif Sdn Bhd, a private company linked to Suaram, and found it to be a conduit for money being used to channel funds from NED.”

3. “Independent journalists have uncovered letters written by Anwar Ibrahim, two of which were sent to NED President Carl Gershman in Washington DC. A third letter was sent to George Soros, expressing interest in collaborating with an accountability firm headed by Ibrahim. Pakatan Rakyat’s Communications Director, Nik Nazmi Nik Ahmad, verified the authenticity of the documents.”

Source: http://www.globalresearch.ca

Jumaat, 31 Julai 2015

HOTEL MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR BANKRUP LAGI!!


ITULAH KERAJAAN NEGERI PALING KAYA DALAM MALAYSIA, BERJIWA RAKYAT, SENTIASA MEMBANTU BILA AIR DI SELANGOR TIADA, PALING BEST KES DENGGI YANG PALING TINGGI DALAM NEGARA.

AZMIN ALI SELAKU MENTERI BESAR, CAKAPNYA LIPAN PUN BOLEH HANGGUK, INIKAN KITA, KALAU DIA JADI PERDANA MENTERI PUN, APA SAJA KATA DIA SEMUA RAKYAT MARHEIN AKAN TUNDUK LAYU DIUFUK TIMUR, EH KAN HEBAT PEMERINTAHAN DIA.

SIAPA NAK SANGGAH? RAKYAT SELANGOR TAHU JE APA DIA BUAT, KALAU TAK SALAH DIA HEBAT TURUN KE LONGKANG, MEMANJAT LORI SAMPAH, MENYEMAI BENIH PADI, MEMBASUH KAIN, GEMPAK GILA KAU.. SIAPA MAMPU LAWAN?

Khamis, 30 Julai 2015

SARAWAK REPORT BUAT KERJA GILA LAGI, SEBARAN DOKUMEN DRAF YANG NAMPAK BENAR MENIPUNYA!!

Sebagai orang yang faham hal dokumen sulit, mana mungkin cara paling mudah begini orang boleh percaya!

Memang patut Sarawak Report diblock dari layari, penipuan demi penipuan, di sebar oleh page-page musuh untuk membuktikan dokumen ini betul, MasyaAllah, apa nak jadi ni?

Jangan termakan fitnah, memang kerja Sarawak Report untuk merosakkan imej Najib Razak. Itu matlamat mereka, tak kisahlah apa pun janji apa yang di rancang dilaksana dengan arahan mastermind licik. Siapa agaknya ye? Siapa berperanan besar dalam taktik kotor gila ni?

Fitnah Sarawak Report yang melampaui batas.

Sarawak Report Buat Fitnah Lagi
Portal yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak.

Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.

Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan.

Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.

Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.

Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap?
Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.

Malam jumaat yang indah ini diganggu. Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London. Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.
Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint. Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.

Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan. Sudah sudah lah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.

Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."
Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.

Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.

OPERASI TIKAM BELAKANG NAJIB YANG CUKUP RAPI DAN HALUS OLEH BEKAS TPM?

Tidak dipastikan, mungkin motif penyebar video untuk mendapatkan peluru ampuh yang mampu membunuh habis imej Najib, video tak habis rakam menunjukkan perbualan muhyiddin dan tetamu di kediamannya mengatakan duit RM2.6 billion masuk ke akaun Najib. Ayat masuk ke akaun tu tamat disitu.

Malah masih menjadi tanda tanya, adakah Muhyiddin sekadar berseloroh menggatakan duit tu memang masuk ke dalam akaun Najib tetapi dia sendiri pun tidak tahu kebenarannya. Video itu habis disitu, pertanyaan itu telah menjadi modal pihak media anti Najib untuk rosakkan imej beliau secara total.

Ingat lagi video ah moi menampar tangan seseorang yang berbaju melayu yang ingin bersalam dengannya? Video sekerat tu menjadi viral serta kemarahan orang melayu kononnya ah moi tu bertindak biadab, hakikat video penuh membuktikan ah moi itu memang bergurau, dia kenal orang yang hulur salam kepadanya.

Nampak bukan peranan media untuk "spin" sesuatu berita. Kebetulan media-media sosial dikuasai oleh pro pakatan dan dibantu pula page-page pro tun dan team nagas (geng cari makan).

#KekalNajib
#FightFight

Peranan songsang media musuh untuk sebaran persepsi sudah berjaya.

#VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi

1. Dalam video perbualan TS Muhyiddin dengan tamunya, jelas disebut:

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak... Susah nak kiralah, dia cakap (Najib) a lot, a lot'”

Kemudian Muhyiddin menyebut, "Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

2. Persoalannya dari mana datangnya nilai RM2.6 bilion? Jelasnya, itu adalah andaian dan dakwaan Muhyiddin sendiri. Dakwaan ini tiada perbezaan dengan andaian dan dakwaan yang dibuat oleh WSJ.

3. Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita.

4. Lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah.  Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan.

5. Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut. Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya. Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau.

6. Lainlah jika bantuan dana tersebut dimasukkan dalam akaun parti, persatuan, yayasan atau syarikat, barulah dikatakan bahawa dana tersebut untuk parti, persatuan, yayasan atau syarikat. Sekiranya ini berlaku, maka parti, persatuan, yayasan dan syarikat tersebut hanya boleh membelanjakan wang tersebut mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

6. Misalnya, jika ada seorang individu hendak membantu seorang Ketua UMNO Bahagian, dan jika dia masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi Ketua UMNO Bahagian tersebut, maka itu adalah dana untuk kegunaan politik peribadi Ketua UMNO Bahagian itu. Ketua UMNO Bahagian tersebut tidak perlu mengisytiharkan kepada umum, daripada siapa wang itu diperolehi dan berapa jumlah yang diberi.

7. Hanya jika wang tersebut masuk akaun  persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki oleh Ketua UMNO Bahagian tersebut, barulah perinciannya perlu dinyatakan dalam penyata kewangan persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki tadi dan dibelanjakan mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Itupun, bagi dana untuk parti politik, tidak ada peraturan yang memerlukan nama penyumbang dinyatakan bagi menjaga kepentingan penyumbang tersebut.

8. Bagaimanapun jika ada dakwaan bahawa wang yang masuk ke dalam akaun seseorang individu adalah dari sumber yang salah, maka barulah timbul soal ada pembuktian, daripada siapa duit itu diterima dan kenapa ia diberikan. Jika ia didakwa datang dari sumber rasuah, maka perlulah dibuktikan siapa pemberi dan ia diberi sebagai rasuah untuk tugas atau projek apa.

9. Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi. Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak. Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan Petrosaudi tidak menunjukkan duit itu datang daripada mereka. Biarlah Pasukan Petugas Khas Empat Agensi menyiasat dokumen-dokumen ini.

10. Jika duit itu digunakan untuk tujuan salah, maka Pasukan Petugas Khas juga boleh menyiasat sama ada duit itu adalah duit hasil penggubahan wang (money laudering) atau digunakan utk tujuan-tujuan jenayah dan yang menyalahi undang-undang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang dari segi penggunaan wang, maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Bagaimanapun jika tujuannya baik, misalnya untuk membantu rakyat, kita tertanya-tanya juga pihak berkuasa hendak mengambil tindakan di bawah peruntukan apa?

11. Semasa berlaku transaksi, bank terbabit perlulah memaklumkan kepada Bank Negara berkenaan transaksi tersebut. Itu soal peraturan perbankan dan akta-akta berkaitan yang perlu dipatuhi oleh bank tersebut. Tanggung jawab pendeposit cuma perlu memaklumkan dari mana sumber wang dan tujuannya apabila ditanya oleh Bank Negara.

12. Sesiapa sahaja boleh menyumbang wang untuk membantu Najib dan parti. Jika mereka mahu ia digunakan untuk membantu parti, mereka akan dimasukkan ke dalam akaun parti atau organisasi yang berkaitan parti. Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, itu hak mereka yang membuat pilihan tersebut.

13. Biarlah Pasukan Petugas Khas menjalankan tugas mereka menyiasat dakwaan yang ada. Muhyiddin sepatutnya menyerahkan tugas tersebut kepada Pasukan Petugas Khas dan bukan menimbulkan spekulasi kerana kecewa selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

tun faisal dot com: #VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/videomuhyiddin-wang-dalam-akaun.html?m=1

Isnin, 27 Julai 2015

JANGAN GELOJOH WAHAI TPM MALAYSIA

Patutnya isu 1MDB dah sejuk sikit sebab masih dalam siasatan, malah PAC juga mengatakan tiada unsur yang negatif yang sering dituduh kiri dan kanan.

Tidak pasti niat sebenar TS Muhyiddin sengaja memanaskan lagi situasi yang adakah tuduhan itu benar, dah macam Tun Mahathir pula menuduh cincin RM24juta kepunyaan rosmah, pembunuhan Altantuya, sedangkan tuduhan cincin itu memang fitnah, Rafizi kata tuduhan itu gurauan sahaja. MasyaAllah.. Apa nak jadi.

Takkanlah TPM tidak membaca langsung tentang perjalanan penyiasatan 1MDB ini, sebagai orang nombor 2 negara, sepatutnya bersama-sama susah payah dengan PM, bukan tikam belakang bila ada kesempatan, sudahnya orang parti anggap anda sebagai tidak menghormati PM.

Malah melemahkan semangat mengatakan #KalauBesuk pru berlaku, Umno akan kalah teruk. Apa punya penolong general, cepat melatah.

Harap TPM bersabar, jangan gelojoh macam Anwar Ibrahim.

Suara.TV

Kalau mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah saw ni  seperti yang dijelaskan oleh Dr Fathul Bari, bolehlah disimpulkan bahawa TPM tak ikut ajaran Islam yang sebenar:

Dipetik daripada SuaraTV:

Fathul turut menggesa agar masyarakat agar berhati-hati terhadap bahaya fitnah seperti yang pernah terjadi ke atas junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW.

“Cuba kita rujuk kes yang melibatkan Nabi Muhhamad SAW ketika berdepan dengan dakwaan yang melibatkan isteri baginda, Siti Aisyah yang dituduh sebagai penzina, baginda pada ketika itu tidak memberikan sebarang keputusan atau kesimpulan ketika berdepan dengan fitnah tersebut.

“Antara tindakan yang diambil pada ketika itu, baginda menghantar Siti Aisyah pulang ke rumah bapanya. Nabi pada ketika itu menunggu ‘fakta’ iaitu wahyu dari Allah SWT sebelum membuat sebarang keputusan” katanya.

Menurut Fathul lagi masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran atas kes tersebut.

“Sekarang ini wahyu dah tiada, apa yang ada ketika ini adalah siasatan yang sedang dijalankan.

“Jadi pada pandangan saya dalam tempoh ini maka kita perlu tunggu dan bersabar sehingga keputusan siasatan didedahkan kepada umum” ujarnya lagi.