Khamis, 6 Ogos 2015

PADAN MUKA SEBAB GERAI KENA ROBOH KATA MACAI!!

Yang berniaga orang melayu, berniaga kecil-kecilan sahaja, tetapi sejak dua menjak ini, cara balas dendam terhadap peniaga melayu di Selangor agak misteri.

Sebabnya, di kawasan parlimen atau dun milik BN, peniaga kecil-kecilan di balun sedemikan rupa, sebab mudah, peniaga ini mungkin penyokong umno, mudah bukan.

Cara kasar pbt memang agak menghairankan, ini orang panggil pembersihan sokongan, bila jadi keadaan begini, MP BN yang akan dipersalahkan. Idea siapa agaknya yang cukup bangsat dan keparat?

Kerajaan Azmin takkan berhenti membuli peniaga-peniaga melayu, tunggu siapa pula yang jadi mangsa.

Kata seorang kawan, bila kuasa niat nak membuli, mereka lupa, kuasa bukan selamanya dipegang.

PBT MEROBOHKAN GERAI MILIK PENIAGA MELAYU DI SECTION 7 KOTA DAMANSARA.




Rabu, 5 Ogos 2015

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP

Takkan tak pelik dap mempunyai aset, latihan, gaji, penceramah, bangunan, promosi media cetak, rekabentuk, sekolah demokrasi untuk melayu muda, buka cawangan baru untuk melayu yang nak ikut dap, ngo-ngo mereka termasuk dana untuk pasma dan gerakan harapan baru. Hebat bukan kewangan mereka?

Tetapi mangkuk ayun melayu sekor taknak komen lebih-lebih sebab Dap sangat mulia.

DAP DAN KUASA KEWANGAN MEREKA DARI SIAPA?

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?

Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.

2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.

4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.

5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.

3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”

4. Pada 1998 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.

5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.

6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.

7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.

8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.

10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.

11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.

12. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.

Amin Yatim
Petaling Jaya
5 Ogos 2015.

Selasa, 4 Ogos 2015

JAWAPAN YANG SUNGGUH PEDIH UNTUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Lebih baik diam.. Sebab banyak berbicara boleh memalukan diri sendiri.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN JANGANLAH MALUKAN HADI AWANG.

Kepada Yang Di Hormati Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS). Ini adalah beberapa penjelasan kepada persoalan Tuan.

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

#Jawapan1 :

DS Najib menerima sejumlah RM 2.6 billion. Selang beberapa bulan akaun itu ditutup. Kalau tuan duduk dah berfikir dengan baik, sebenarnya membiarkan akaun itu di buka adalah tidak amanah. Akaun akan di tutup apabila tiada lagi wang di dalamnya. Maknanya, ianya telah di keluarkan dan diagihkan secara amanah. Jika DS Najib tidak amanah, dia akan biarkan sahaja wang itu di dalam akaun berkenaan. Banyangkan RM 2.6 billion dengan fix interest rate 3%, buta2 sahaja DS Najib dapat RM 78 juta. DS Najib boleh buat begitu tapi beliau tak mahu.

---

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

#Jawapan2:

Bukankah TSMY telah memberitahu ianya datang dari Timur Tengah? Anda tidak alert dengan perkembangan semasa.
---

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

#Jawapan3:

Tuan sangat lucu. Tuan ambil kenyataan SPRM kemudian Tuan tanya tentang rasuah. "Core bisness" SPRM adalah rasuah. Jika benar ada rasuah, sudah pasti SPRM nyatakan.

----

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

#Jawapan4:

Sudah pasti bersyarat. Penderma mahu menderma pada akaun yg beliau kenali. Beliau juga tidak mahu dikenali. Atas sebab itu DS Najib wujud akaun peribadi atas nama beliau. Dermawan ini tidak suka menunjuk. Tidak seperti tuan yg suka mempamerkan kebodohan diri.

---

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

#Jawapan5:

Apa yang SPRM umumkan adalah bagi pihak SPRM. Dalam perakaunan adalah bidang BNM dan ianya masih dalam siasatan. Mohon saudara lebih celik dgn perkembangan sesama. Soalan begini tak menampakkan anda cerdik.

----

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

#Jawapan6:

Sekali lagi anda menggunakan kenyataan SPRM. Dan SPRM menyatakan dengan jelas bahawa ianya bukan dari 1MDB. Saman bukan pembersih dosa. Kenyataan WSJ juga agak kabur tentang pertuduhan mereka. DS Najib bukan seorang yg suka membuang masa seperti anda.

----

7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

#Jawapan7:

Sudah pasti dimaklumkan. Ianya melibatkan transaksi sejumlah wang yang besar. Ini pengetahuan am.

----

8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

#Jawapan8:

LHDN hanya menyiasat wang yg tidak ketahuan punca. Tetapi dari siasatan SPRM jelas ianya adalah sumbangan luar. Apakejadah pula melibatkan LHDN?

----

9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?

#Jawapan9:

Sebab ianya dalam siasatan. Tunggu habis siasat dan dimaklumkan baru bercakap. Bercakap benda yg tak pasti adalah kerja pemimpin2 PAS.

----

10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

#Jawapan10:

Apa relevan soalan ini? Anda tanya peranan Nik Faisal. Pada masa yang sama anda nyatakan beliau adalah pengarah urusan. Anda sudah makan ubat kencing manis ka belum?

🔥🔥🔥🔥🔥

Saya cuma ada satu ja soalan pada Tuan.

Bila nak jelaskan akaun tabung mamali pada umum??

🔥🔥🔥🔥🔥

Nasihat kepada Tuan Ibrahim:

Ada akaun peribadi tak berdosa. Bersangka2 itu berdosa. Ada dalil dalam Al Quran. Atau anda dah delete ayat tersebut?

Dr Aznil Hisham
4 Ogos 2015

Isnin, 3 Ogos 2015

MAT SABU CUKUP GEMBIRA DENGAN PENGKHABARAN INI

GERAKAN GERAKAN HARAPAN BARU YANG TERNYATA DINAUNGI OLEH GOLONGAN KECEWA MEMBUKTIKAN YANG MEREKA DILANDASAN YANG BETUL, TETAPI MELIHAT KEADAAN PAS, TIDAK PULA PAS MERASA GOYANG ATAU TERGUGAT, MEREKA ISTIQOMAH DENGAN PERJUANGAN PAS.

PEMIMPIN PAS PRO ULAMA SEKARANG BUKAN LAGI PAS YANG DIPIMPIN OLEH GOLONGAN ANWARINAS, PENJILAT DAPig, GENG BROKER, SEKARANG KEPIMPINANNYA TIDAK TERBURU-BURU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN, MEREKA MENILAI, SEBABNYA TAKUT MENJADI FITNAH. CUKUP BERBEZA CARA PAS YANG DAHULU, BEKERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP SEMASA ANWAR MENJADI KETUA PEMBANGKANG, IBARAT OTAK MEREKA SUDAH ROSAK, SEGALA BAHAN FITNAH SEMUA DITELAN HIDUP-HIDUP.

JADI GHB WUJUD UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN OTAK ROSAK YANG DIWARISI SEMASA PRU13 YANG LEPAS, MUNGKIN HADI AWANG SEDAR KEADAAN INI, JADI DIA BIARKAN GHB MENJADI DURI DALAM DAGING PAS ROSAK DENGAN SENDIRINYA NANTI.

Realitinya PAS juga alami perpecahan agak teruk sekarang ini, jadi siapa agaknya yang untung?

ps: UMNO JUGA DALAM PROSES PENCUCIAN, TETAPI AMATLAH PAYAH SEBAB YANG MUSANG MENYAMAR RAMAI SANGAT!!


Pak cik sultan Terengganu keluar PAS

Bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail hari ini mengumumkan keluar PAS.

Beliau yang sudah beberapa tahun menjadi ahli parti Islam itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan muktamar lalu yang menolak kumpulan profesional.

Katanya, hasil dari muktamar itu menyebabkan terdapatnya pergolakan dalaman yang menyebabkan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif.

“Saya rasa dukacita di atas pergolakan politik dalaman PAS. Saya merasakan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuk saya terus berada dalam PAS walaupun sebagai ahli biasa,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas lanjut ketika dihubungi Malaysiakini, katanya, beliau impikan terdapat 30 peratus kumpulan profesional dalam parti Islam itu.

“Kita lihat yang tidak dipilih dalam PAS itu yang banyak bercakap dan berhujah di parlimen, tetapi (mereka) dibuang begitu sahaja.

“(Saya) kecewa dan tak kena pada saya. Mana-mana parti pun berkongsi (kepimpinan). Kepimpinan akan kuat. Kita nak kedua-dua pihak (ulama dan profesional),” katanya lagi.

Beliau berkata keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan keputusan PAS Kuala Terengganu yang memutuskan hubungan dengan anggota parlimen kawasan itu, yang juga anak saudaranya Datuk Raja Bahrin semalam.

PAS kawasan itu mengambil tindakan tersebut kerana mendakwa Raja Bahrin telah menerima jawatan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Dok (tidak), dok, saya dah buat keputusan ini (keluar PAS) sebelum ini lagi. Bukan kerana Raja Bahrin (gambar),” katanya.

Tengku Ibrahim bagaimanapun berkata PAS sendiri akan rugi besar jika menyingkirkan Raja Bahrin.

Lagi pun, katanya, status Gerakan Harapan Baru yang disertainya masih lagi sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Biar (GBH) settle down dahulu, kita tunggu dan lihat apa dia punya polisi dia, tujuan dan matlamat parti baru mahu ditubuhkan,” katanya.

KENAPA DAP JADI KAKU BILA KELUAR AYAT 'ISYTIHAR DANA POLITIK"

Bila kita dia henyak sampai tak cukup tanah, tapi bila dia, membisu sambil tergetar-getar, hansap punya Dap, tetapi memang perasan habis cara dap sejak tuduhan RM2.6 billion dalam akaun Najib, pemimpin Dap senyap mentikus, hanya yang jadi sawan adalah geng-geng Pkr dan Ghb.

JADI KALAU NAK KETELUSAN, OK SAMA-SAMA ISYTIHARKAN DANA POLITIK, BERANI KE?


KUALA KUBU BAHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memperkemas undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaan bagi menangani penyebaran fitnah di media sosial.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata sekiranya fitnah di media sosial dibiarkan berleluasa, ia akan mengubah paradigma pemikiran rakyat serta mewujudkan trend 'perbicaraan melalui media sosial'.

"Bila berdepan keadaan 'trial by social media' (perbicaraan melalui media sosial) kita sebagai anggota pentadbiran dah diisytihar bersalah sebelum dibicarakan.

"Tetapi bila sampai kepada pembangkang, itu semua dianggap tuduhan fitnah, dianggap tidak benar...bukankah ini agak aneh," katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini, hari Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO bahagian Hulu Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Najib berkata kerajaan tidak boleh menghalang kemajuan teknologi namun tidak boleh memberikan kebebasan mutlak hingga perkara yang tidak benar menjadi benar.

Beliau berkata UMNO juga perlu menjadi pengamal media sosial yang aktif dan menyediakan program tertentu bagi menukar persepsi rakyat.

"Hari ini persepsi lebih besar daripada realiti, kita perlu faham bagaimana situasi berdepan serangan alam maya supaya kedudukan parti kita lebih baik," katanya.

Tambahnya, anggota parti perlu memikirkan strategi bagi menarik sokongan rakyat dan tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan sesuatu program.

Dalam pada itu, mengenai rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib berkata beliau akan memastikan jemaah menteri menyampaikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Najib juga berkata tiga UMNO negeri yang dikunjunginya iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan itu dan akan menjadi dorongan kepadanya untuk terus memantapkan parti dan membawa kejayaan kepada negara.

BERNAMA

TURUNKAN NAJIB BUKAN BOLEH SELESAIKAN MASALAH

SEBENARNYA TARGET UTAMA TURUNKAN NAJIB ADALAH UNTUK MENAIKKAN SESEORANG YANG BAGAIMANA? YUP ITULAH BERDEGAR-DEGAR SAMPAI ORANG BIASA PUN DENGAN TANPA SEGAN SILU MEMAKI HAMUN KEPIMPINAN NEGARA, WALAUPUN YANG DICACI ITU DIA SENDIRI PUN TIDAK FAHAM DAN MENGERTI, HEBAT PERANAN MEDIA FITNAH SEKARANG INI.

MAKSUDNYA PAS JUGA FAHAM SITUASI, SELAGI TUDUHAN ITU BELUM BENAR-BENAR BETUL, PAS MENGAMBIL SIKAP TUNGGU DAN LIHAT, MASALAHNYA DALAM UMNO PULA KADANG-KADANG TERLEBIH MAKAN KETUM SAMPAI SAWAN TERLAMPAU TERUK. MENUDUH LEBIH HEBAT DARI PEMBANGKANG, ITULAH MASALAHNYA.


KUALA LUMPUR - Kemelut yang melanda negara ini susulan penyelewengan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad tidak akan selesai dengan menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan sekarang perlu bertanggungjawab.

"Isu penyelewengan dana negara, apa jalan keluar? Kita tak mahu tumbang satu sistem jahiliah kemudian dibina satu lagi sistem jahiliah yang baharu. Yang akhirnya masuk empat tahun...lima tahun, sepenggal, dua penggal, balik kepada kerosakan...kehancuran.

"Sekarang isu, 1MDB...Ia tidak selesai dengan turunnya timbalan perdana menteri dan tidak selesai dengan turunnya, Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan yang ada mesti bertanggungjawab, sebab itu kita kata mesti buat perubahan secara menyeluruh di mana rakyat mesti diberi keyakinan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Peringkat Pas Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Tegasnya, semua pihak tidak sepatutnya menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini sebagai 'usaha mengekalkan' Najib kerana pemimpin nombor satu negara itu perlu bertanggungjawab dengan kegagalannya bagi mengelakkan rakyat terpaksa menanggung beban pada masa akan datang.

"Sebab itu apabila Tuan Guru Presiden kata Najib perlu bertanggungjawab. Jangan kita anggap bahawa ini usaha untuk mengekalkan Najib...Perdana menteri.

"Sebab bagi kita, tukar perdana menteri, kalau ganti dengan yang sama, polisi yang sama, bebanan rakyat terpaksa dipikul berterusan," katanya.

Mengimbau kembali 'pertukaran' perdana menteri sebelum ini yang didakwanya menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala beban yang ditinggalkan bekas perdana menteri.

"Tuan-tuan, ingat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad diserang semua institusi yang ada, akhirnya beliau letak jawatan, diganti dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang membawa 'Islam hadhari', mari (datang) pilihanraya, rakyat beri kembali mandat