UMNO PAS

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI POLITIK DIKUASAI MELAYU! TUNJANG POLITIK DIKUASAI UMNO BAKAL LUMPUH KERANA KEBODOHAN KITA DALAM MENILAI TAKTIK MUSUH!!

Ketika kita asik bertempur sesama sendiri, adakah kita sedar akan musuh Islam sedang ketawa kerana kita cukup mudah menghadam umpan.

Cukup sedih bila kita yang sentiasa menghirup apa saja yang dijaja musuh Islam demi kerosakan total parti politik terbesar orang Melayu iaitu UMNO.

Pas juga mengalami detik hitam dalam sejarah parti mereka. Dap sudah makin berjaya dalam perancangan mereka untuk ambil alih kuasa orang melayu dibumi bertuah ini.

BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA SAHABATKU SEKALIAN.

DS Najib sebagai Presiden UMNO cuma alat sahaja oleh musuh-musuh UMNO, sasaran utama mereka adalah membunuh UMNO keseluruhannya.

Jika menilik jangan selapis sahaja, ibarat mengaji Al Qur'an, apabila sudah khatam akan lebih baik jika tahu terjemahannya.

Jangan kutip cerita tepi jalan, ibarat mengurat perempuan..kalau mengurat di "bus stand", ia akan berakhir di "bus stand" juga.

Musuh umno tidak akan berhenti untuk menyerang UMNO sehinggalah UMNO berkubur, tidak kira siapa Presidennya.

Hari ini DS Najib Presiden UMNO, beliau diserang, esok lusa jika orang lain menjadi Presiden tetap akan diserang juga.

Saya bukan taksub pada individu, tetapi atas nama parti, siapa sahaja presiden saya tetap sokong.

Saya berada di bawah empat presiden UMNO, Tun Hussien, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini DS Najib.

Kerana itu saya berani berkata, tidak perlulah kita mendahului dengan bertindak kurang bijaksana dengan mendesak DS Najib untuk meletakkan jawatan, sejarah UMNO telah membuktikan, mereka tahu bila mereka akan berundur.

Kita alat parti bukan jadi perkakas pemimpin, organisasi itu bergerak kerana Presiden dan untuk membunuh organisasi, Presiden itu perlu dilumpuhkan.

Berhujah biar ada rasional dan fakta, jangan kerana kita benci, kita telan semuanya.

UMNO tidak akan berjaya ditewaskan oleh musuh kecuali oleh yang ada didalam UMNO itu sendiri, sejarah pintu kota Melaka tidak akan terbuka jika bukan kerana si kitul yang membukanya dari dalam kota Melaka.

Sedarlah, bukan mudah untuk memporakperandakan UMNO, sehingga ke tahap mereka terpaksa kutip segala macam sampah sarap dan bangkai yang pernah bersama UMNO untuk membuat umno itu busuk dan hanyir.

Seperkara lagi, kejayaan Yahudi ialah apabila melayu sudah berpecah belah, PAS berpecah dengan kewujudan Gerakan Harapan Baru, UMNO bersengketa sesama ahlinya, PKR bakal berkubur, DS Najib dan Azmin sedang diusahakan untuk dibunuh, siapa yang untung?....

Kalau tidak boleh menjadi garam, jangan pula menjadi langau.

- Rafi Awang Kechik
Presiden Nadi Rakyat

11 ulasan: