Khamis, 24 September 2015

NAJIB DITANGKAP PULA DI AMERIKA, MEMANG TAHAP UNGKA KESERONOKAN PEMBENCI MEREKA!!

Akhirnya Najib ditangkap juga, kali ini di Amerika, FBI, CIA, Mossad, M-16 sudah mengepung kedududukan PM Malaysia di sana.

Hurm amat malang sekali bila pengkhianat bersuka ria dengan menggunakan agensi USA serta Israel untuk menjatuhkan Najib.

Pengkhianat ini memang jangan sesekali kita beri muka, geng pro sutun dan pembangkang sangat celaka, terutana tun Madey!!

Kat bawah ni antara gambar-gambar Najib ditangkap, ditangkap gambarnya... Tengoklah sendiri.


Rabu, 23 September 2015

SAH NAJIB DITANGKAP DI UK, BERGEMBIRALAH PUAK PRO SUTUN!!

Kalau TPPA bukan main mereka tentang, tapi apabila dah takda cara lain nak kenakan Najib, mereka gunakan taktik keji dan hina dengan membiarkan kuasa asing dengan mudah masuk campur perihal pentadbiran negara.

Jadi apa relevannya puak pro sutun ini dibiarkan sesuka hati, harap undang-undang keras menanti pengkhianat, khairuddin muflis dah kantoi dah, ini yang macai-macai mereka menyebarkan fitnah keji.

Harap dikenakan tindakan berat keatas perosak dan pengkhianat!!

NAJIB DAH DITANGKAP?

AS tidak mempunyai asas untuk mengganggu Najib walaupun dakwaan NYT dan WSJ
OLEH: SHANTI RAMACHANDRAN

Penulis bertanya: Mengapakah 'The Wall Street Journal' terus menerbitkan artikel fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?

SURAT DARIPADA RAKYAT:
Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT) dan Wall Street Journal (WSJ) - yang kebetulan surat khabar adik-beradik dimiliki oleh baron media Sir Rupert Murdoch - telah menerbitkan cerita-cerita yang tidak berasas dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)  dan mungkin ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat.

WSJ adalah yang pertama yang melaporkan bahawa FBI telah memulakan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, memetik sumber-sumber.
Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai akhbar harian kewangan, melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya dibuat oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan - yang telah ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Kemudian, yang memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel yang sama: "Jurucakap pejabat FBI di New York  berkata tiada ejennya telah diatur untuk bercakap dengan Encik Khairuddin atau mempunyai apa-apa hubungan sebelumnya dengan dia." Jika benar, mengapakah WSJ kemudian terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?

Keesokan harinya, NYT menerbit satu artikel mendakwa seorang juri besar persekutuan di Amerika Syarikat telah memeriksa dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib - mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan berkata siasatan itu sedang dikendalikan oleh unit Jabatan Kehakiman yang menyiasat rasuah antarabangsa.
Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel yang sama: "Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas."

Menariknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang telah menjadi pengkritik hebat PM Najib - telah dilaporkan berkata Najib mungkin ditangkap oleh FBI. Namun begitu, Dr Mahathir mengakui: "Itu hanya suatu kemungkinan berdasarkan undang-undang antarabangsa ketika ini."
Dengan ketiga-tiga sumber yang dianggap berwibawa bercanggah sesama sendiri selepas membuat tututan yang sensasi- tetapi tidak berasas - ia membuat kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku sekarang dan mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di Malaysia.

Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak di luar sempadannya hanya dalam dua jenis aktiviti - penyeludupan dadah dan jenayah perang, termasuk serangan keganasan.
Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini.

SHANTI RAMACHANDRAN
Kuala Lumpur