APABILA KEBENARAN DAN PEMBONGKARAN IPP YTL, KRONI BEKAS PM PALING LAMA TERSEBAR, CACING KEPANASANLAH DIBELAKANGNYA!!



Memang perihal inilah yang mungkin takkan mampu disanggah oleh pentotok Tun Mahathir, rupanya gerakan jahat ingin sangat menjatuhkan perdana menteri Najib Razak, kerana sambung kontrak syarikat kroni sepet paling kejam dalam menghirup wang rakyat.

Patutlah sekiranya minyak turun, tarif pula tidak turun, yang kena TNB, ramai tidak tahu perihal ini, ramai yang menyalahkan kerajaan perseketuan, yang jadi mangsa adalam PM, UMNO, celaka punya sepet, kau sedut habis duit free, musibat punya Tun Mahathir, nak kenyang sampai masuk kubur ke?.

Sekarang demage kau sendiri yang lakukan, kau fitnah Najib sampai hilang pedoman, dari FBI, tangkap, tuduh curi, songlap, rosmah, anak dia kawin, sampai ke peribadi Tun Mahathir balun.

Mudah-mudahan, kebenaran ini akan menjadi titik tolak, kesedaran rakyat, mana yang rakus, mana yang ikhlas, biarpun Najib dituduh pelbagai tohmahan serius, tetapi hakikatnya dia nak selamatkan duit rakyat dari disedut oleh penghisap darah yang licik.

Kepada Mahathir, mula-mula gerakan menjatuhkan Najib, tuduhan tu nampak macam real, setelah kecerdikan Najib satu persatu melakukan taktik warfare serangan halus kembali, maka segerombolan pentotok media kamu pula jadi sawan kerana sudah tiada modal untuk diserang.

KEBENARAN CUKUP SUKAR UNTUK DITELAN.

DIBELAKANG YTL SUDAH PENING KERANA WANG BESAR SUDAH DISEKAT!!

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat YTL yang dikuasai oleh taikun perniagaan kaum Cina mengaut “wang percuma” selama 21 tahun.

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Najib kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat. Semua ini berlaku melalui 1MDB yang membeli beberapa IPP tersebut.

Untuk makluman, dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli “tenaga” dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai “lebihan” tenaga. Ini adalah “perintah” mandatori dari Tun M sewaktu beliau berkuasa.

Atas sebab itu perjanjian PPA ciptaan Tun M itu dianggap paling kejam di dunia.

Paling kejam sekali adalah di dalam PPA tersebut ada klausa yang mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah. Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL. Adakah ini dikategorikan sebagai tidak kejam?

Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan perjanjian kejam ini kepada khalayak. Beliau dilaporkan dipecat oleh Tun M daripada jawatan beliau selaku CEO TNB pada tahun 1996.

Dalam pendedahan beliau, kos sebenar TNB untuk mengeluarkan “tenaga” ialah 8 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Tun M memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM23 sen.

Akibatnya beliau bersemuka dengan Tun M dan pernah menyatakan “Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it”.

Inilah yang dikatakan menjadi punca utama kepada pemecatan Allahyarham Tan Sri Ani Arope selaku CEO TNB pada tahun berkenaan.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/…/hanya-kerana-taikun-cina-…/

9 ulasan:

1MDB VS YTL, SIAPA AKAN MEMENANGI PERTEMPURAN KORPORAT INI? SATU BERJUANG UNTUK RAKYAT, SATU LAGI BERJUANG UNTUK KRONI!!


Semalam, Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.
Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

http://www.malaysia-today.net/najib-is-either-brave-or-he-…/

http://theflyingkick.blogspot.my/…/mansuh-ipp-mansuh-ap-man

9 ulasan:

MATAWANG

PERANG KUASA EKONOMI ANTARA AMERIKA SYARIKAT DAN CHINA, TEMPIASNYA KEPADA MALAYSIA!!

China kita tahu momentum kuasa ekonominya dengan menjual produk murah dan ciplak, kerana kos murah cabang untuk mengaut keuntungan itu sangat tinggi.

Amerika pula ingin sangat menganggu gugat serta menyaingi China, kerana dibiarkan  China dengan kuasa ekonominya lumpuh habislah keadaan yang tidak mampu diperkatakan lagi.
Tempiasnya pasti akan kena kepada negara-negara membangun.
Apa pilihannya? Adakah jalan keluar?

RUNTUHKAH EKONOMI DUNIA SEKARANG INI

KENAPA PASARAN SAHAM DAN MATAWANG SEDUNIA BERGOLAK JATUH?
1. Sejurus krisis kewangan dan ekonomi 2008, para analisa ekonomi dan kewangan berpendapat ekonomi dunia bergerak dengan ‘two-track economy” di mana negara-negara maju mengalami kelembapan ekonomi dan negara-negara membangun ekonomi yang cergas.

2. Mengelapai kumpulan negara-negara membangun adalah negara China di mana ekonominya tersangatlah besar hinggakan dengan kuasa ekonomi China, harga barangan asas seperti petroleum, arang (untuk menjana kuasa eletrik), besi, minyak kelapa sawit, dan galian (metals) meningkat naik.

3. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun mengalami ekonomi yang lemah lagi lesu.

4. Amerika Syarikat membuat keputusan untuk melonjakkan ekonominya dengan merendahkan kadar bunganya. Mereka mencetak berbilion-bilion matawang dan menggunakan wang tersebut untuk membeli bon-bon Perbendaharaan Amerika. Duit tunai yang kini di pegang oleh pelabur-pelabur yang menjual bon-bon itu berselerak ke pasaran-pasaran kewangan di negara-negara membangun untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dari bon-bon yang mereka telah jual tadi. Malaysia adalah salah-satu dari negara penerima aliran tunai AS tersebut.

5. Akhir-akhir ini, ekonomi Amerika telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Bank pusat Amerika di katakan akan menaikkan kadar bunga, “mengostankan” kembali aliran tunai balik ke Amerika. Ini adalah suatu sebab-sebabnya matawang-matawang bebrapa negara membangun jatuh.

6. Di samping itu, negara China pula menunjukkan tanda-tanda ekonominya tidak akan berkembang sekencang tahun-tahun lepas. Dengan itu, permintaan untuk barang-barang asas menurun, membuatkan harga-harga barangan komoditi menurun.

7. Di masa yang sama, susulan dari pemulihan persahabatan di antara Amerika dan Iran, jualan minyak dari negara Iran di jangka akan menambahkan bekalan minyak dunia. Di tambah pula, Amerika sekarang mengeluarkan minyak (untuk kegunaan dalam negeri) dua kali ganda kepada tahap tertinggi dalam tempuh 30 tahun kebelakangan ini. Oleh kerana lebih banyak bekalan dari permintaan, dari tahun 2010 di mana minyak berharga USD110 se tong, sekarang USD40.00 se tong.

8. Oleh kerana sekarang China pula perlu melonjakkan ekonominya, pada minggu lepas China menurunkan nilai matawang Yuannya. Ini adalah untuk membuatkan harga barangan eksportnya lebih murah di pasaran antarabangsa.

9. Ini telah memberi kejutan kepada negara-negara lain, di mana negara-negara lain juga perlu menurunkan kadar pertukaran matawang mereka agar eksport mereka boleh berdaya-saing dengan eksport China.

10. Tetapi yang terutama sekali dalam menyebabkan pergolakan pasaran matawang dan saham adalah penilaian para analisa ekonomi yang mengatakan senario ekonomi dunia sejak dari tempuh 7 tahun lalu akan bertukar dari satu dunia di mana negara China dan negara-negara membangun stabil pertumbuhan ekonominya beralih pula kepada suatu senario dunia di mana bukan sahaja ekonomi China lemah tetapi juga ekonomi-ekonomi ngara-negara membangun yang bergantung kepada jualan eksport komoditi-komoditi asas akan mengalamai kelembapan ekonomi, beserta ekonomi Eropah yang masih terbelenggu sejak tahun 2008.

Hanya Amerika Syarikat di antara kuasa-kuasa ekonomi besar dunia yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang meningkat.

3 ulasan: