APAKAH BENAR ADA SKANDAL TERDAHULU YANG MERISAUKAN MUHYIDDIN SEHINGGA DIA TERPAKSA MELAWAN ARUS?


Pening juga kalau nak merungkai perihal apakah sebenarnya yang nak ditunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri sorang ni, tingkah lakunya tidak menunjukkan dia sebagai seorang pemimpin yang betul-betul memperjuangkan parti, malah melawan arus dengan melanggar apa saja tindakan presidennya, Najib Razak walau sebelum ini berjanji akan membantu UMNO dalam perperangan dengan pembangkang,

Nampaknya tembelang dia sebagai bekas TPM, serta seorang yang tiada kesudahan untuk mengeruhkan keadaan, malah terpaksa menikam belakang presidennya, mengikut sahaja kata mahadewata raya Tun Mahathir, apakah yang sangat ditakutkannya sehingga apa sahaja tindak tanduk Tun Mahathir yang nampak tidak betul dia ikutkan sahaja. Misteri yang malang.

APALAH BENAR ADA SKANDAL MUHYIDDIN YANG DISIMPAN KETAT-KETAT OLEH TUN MAHATHIR?

Amat pelik apabila seorang yang sudah berkecimpung dalam politik tidak mengenali siapa bosnya?
Malah terlihat janggal apabila duduk dalam satu parti dan organisasi tetapi bertuankan orang yang bukan ada jawatan dalam parti.
Apalah gunanya ada parti tetapi akhirnya orang luar dari parti yang menjadi ikutan dan diberi kesetiaan. Begitulah nampaknya yang terjadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Timbalan Perdana Menteri.
Sudah jadi pengetahuan umum TS Muhyiddin disingkir dan dilucutkan jawatan kerana tidak setia pada ketuanya.
Malah amat tepat tindakan yang diambil oleh DS Najib kerana melantik dan melucutkan jawatan Menteri adalah prerogativenya, ditambah lagi memiliki timbalan yang sentiasa “blur” dan pura pura “blur” pada isu yang dibangkitkan terutama nya 1MDB walaupun selalu duduk di sebelah Presiden di dalam setiap mesyuarat .
Malah Idola dan pujaan hati Muhyiddin iaitu Tun Dr Mahathir juga akan menyingkir sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.
Apa apa yang dikatakan dan diluahkan oleh TS Muhyiddin selepas dilucutkan jawatan boleh dianggap tidak bernilai kerana dia ad lah dalam kategori orang yang dibuang , dan bukan orang yang meletak jawatan.
Orang berprinsip akan meletakkan jawatan kerana jawatan itu d lantik oleh orang yang dianggap sebagai tidak dipercayai lagi, namun dalam kes TS Muhyiddin dia tidak begitu, dia sayang jawatan tetapi tidak suka orang yang melantiknya. Dalam politik tidak boleh begitu.
Kini sahih dan nyata, apabila TS Muhyiddin bertuankan Tun Mahathir dengan mengiringinya membuat kenyataan membela pesalah dalam sidang media Tun Mahathir baru-baru ini.
Apakah yang mendorong TS Muhyiddin menyokong Tun Mahathir walau pun sehingga artikel ini ditulis masih belum nampak sehelai dokumen sahih pun berkenaan 1MDB?
Hanya dengan soalan, dakwaan dan andaian sahaja TS Muhyiddin sudah setuju dengan Tun Mahathir?
Sedang Clare Brown pun sembunyi diri walau dengan gah mengaku ada pelbagai bukti dan dokumen tetapi gagal hadir diri ke di sini untuk menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia akan bukti itu.
Mungkinkah TS Muhyiddin sesuai jadi PM “remote” yang dikehendaki Tun Mahathir sebelum PM sebenar tampil pada jadual Tun Mahathie iaitu tahun 2020?
Ada orang berpendapat TS Muhyiddin amat takut dan terikat dengan Tun Mahathir dan memberi kesetiaan kepadanya atas sebab tersimpan satu skandal tanah yang membabitkannya hampir 20 tahun lalu.
Kes itu disimpan oleh Tun Mahathir atas sebab dia memang suka memegang sesuatu sebagai insuran untuk mempastikan seseorang itu akur kepadanya.
Malah dikatakan ia juga alat “remote” dan kawalan jauh supaya orang yang dilantik ini akan sentiasa ingat bahawa jika tidak setia kes dan isu ini akan di bawa naik untuk mengenekan nya.
Jadi TS Muhyiddin bukanlah setia tetapi “takut”. Semua boleh rujuk kepada isu seperti di bawah ini dan bertanya kenapa Tun Mahathir tidak ambil tindakan dan cuma mengalihkan TSMY ke pusat sahaja.
Apakah motifnya?
Adakah sama juga ketika Tun Mahathir tahu lebih awal akan perilaku Anwar seawal tahun 1993 tetapi masih mahu menggunakan Anwar untuk sekian waktu sebelum waktu sepatutnya baru dibangkitkan kes?
Banyak lagi boleh dipersoalkan berkenaan hubungan TSMY dengan Tun Mahathir ini, grand design Tun Mahathir yang mahukan “bin Mahathir” bila tiba waktunya tetap berjalan dan ia tidak boleh diumumkan sendiri tetapi diumumkan oleh PM pak turut. PM pak turut mestilah yang boleh dipegang tengkuknya dan TSMY ada ciri ciri tersebut.
Sila rujuk kes ini :-
Muhyiddin Yassin’s scandal exposed


25 ulasan:

BILA GENG KECEWA BUAT SIDANG MEDIA!!

Umumnya semalam dikatakan Tun M tidak sihat, malah ada yang mengesyorkan dia berehatlah, sudah-sudahlah buat hal dengan umno, tetapi apakan daya. Rupanya beliau takkan berhenti sehingga Najib meletak jawatan.

Hari ini disidang media khas, Tun M siap bawa geng, antaranya Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal, Ku Li, Ong Tee Kiat dan Sanusi Junit.

Mungkin para pencinta totok Tun M mengharapkan satu peluru besar untuk serangan terhadap Najib Razak bakal mereka juarai.

Tetapi, rupanya, sidang media itu hanyalah untuk membalun SOSMA yang mengantikan ISA.
Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang ditahan akta SOSMA kerana tindakan mereka berdua ibarat membahayakan Negara kerana melibatkan pihak luar.

Isu IPP milik YTL yang mengusarkan kroni si senja ini kerana keseluruhan kontrak untuk wang percuma tidak disambung oleh kerajaan.

Jadi anda faham sendirilah kenapa mereka jadi sawan. Fulus untuk perut mereka dah dicantas. Hati gusar, jiwa kacau, nak tak nak perlu dilakukan sesuatu luar jangkaan.
Relevan lagikah mereka ini?

32 ulasan: