MB TERENGGANU INGIN LANTIK HADI AWANG SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN NEGERI?

Untuk yang kalian yang beragama Islam, bila kesatuan Ummah itu kuat, kerakusan kiasu dan seangkatan dengannya akan lemah.

Tetapi bila kita bersengketa, musuh ketawa sampai terbaring kerana idaman mereka hanyalah kuasa dominan. Fahamkanlah kekuatan itu. Bukan merosakkannya. Bersatulah demi Agama. InshaAllah pasti kuat!!

MB Terengganu buat hal?

MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.

“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).
“Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.

Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.

Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran.

2 ulasan:

DAP PERTIKAI TANAH RIZAB ORANG MELAYU!!

Bayangkan, Dap menang, kita tinggal asap je, sebab kita tahu dap tu apa, tapi kita sebenarnya terperangkap dengan kebodohan diri kita sendiri, isunya mudah, kita sudah terbiasa dengan keadaan selesa, sudahnya Dap pertikaikan hak kita pun kita tak terasa.
Itulah Melayu... Melayu... Ohh Melayu...

Dap nak hak tanah rizab orang melayu

Seorang pemimpin DAP Selangor hari ini mempertikaikan status rizab Melayu di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam kerana berpendapat penduduk di situ majoritinya merupakan kaum Cina.

Sambil mencadangkan status tanah rizab itu ditukar, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim turut mencadangkan nama perkampungan tersebut ditukar kepada nama Cina berikutan pertukaran status itu.

"Usaha  menukarkan (status) sudah dilakukan bertahun-tahun. Sampai sekarang tak ada jawapan. Ini pihak Pejabat Tanah dan Galian kena bantu.

"Dan saya cadang, kalau esok kita berjaya tukar dan warta, batalkan (status) Bagan Nakhoda Omar ini kerana ia diduduki ramai, hampir 100%, penduduk nelayan Cina.

"Jadi nama dia kena tukar. Kita kena tulis Bagan Nakhoda Chong," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.

Ng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan itu berkata, nama Omar itu tidak diperlukan kerana ia mengingatkan penduduk di situ kepada Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

"Omar tak payah, sebab kita akan ingat Noh Omar. Macam Nakhoda Noh Omar. Tak elok. Itu pemimpin politik yang rakyat tidak suka. Jadi, Bagan Nakhoda Omar kita tukarkan Nakhoda Chong. Itu lebih baiklah," katanya.

Bagaimanapun, Adun Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak membidas kenyataan Ng, menyifatkannya sebagai rasis.

"Sekinchan kuat sangat rasisnya. Kalau buat (tukar), jangan kuat sangat sampai nama pun nak jadi isu. Tak profesionallah," katanya.

Sementara itu, dalam responsnya kepada Ng, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengingatkan beliau nama kampung itu tiada kaitan dengan Noh.

Beliau juga mengatakan, kerajaan negeri akan menyemak dengan Pejabat Tanah dan Galian berhubung status tanah rizab Melayu itu.

"Kita boleh batalkan (tanah yang diwartakan sebagai rizab Melayu) dan gantikan tapak lain dengan nilai yang sama (dengan tanah tersebut).

"Pastinya kita nak tengok susun atur bangunan kampung sedia ada supaya masalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat dapat diambil kira," katanya tanpa menyatakan sama ada beliau bersetuju status tanah itu perlu ditukar atau tidak.

4 ulasan: