Sabtu, 28 November 2015

Taktik Pembangkang Makin Tepu dan Layu untuk Menipu Mahasiswa

Masa pru13 dikatakan 80% anak muda sangat mempercayai pembangkang, malah apa saja isu yang dibangkitkan untuk menaikkan rating pakatan rakyat ketika itu dihadam bulat-bulat sehingga sesuatu perkara yang tak betul pun terus jadi betul.

Maksudnya strategi tipu dahulu, menang paling utama semakin memakan diri pembangkang sekarang yang dikenali pakatan harapan.

Orang tua pernah berkata, buat jahat pasti ada balasannya, buat fitnah untuk juara tidak membawa apa-apa pun kebaikan, malah ia akan memakan diri.

Anak-anak muda sekarang mungkin bukan mudah nak percaya bulat-bulat apa yang dijaja puak pembangkang, dikatakan ramai sudah muak dengan cara tuduh dahulu, bukti kemudian.

Cuma nak bagi tau Rafizi, dia boleh pencen lah untuk buat sesuatu modal popular, orang sudah cerdik menilai...

IDEA PEMBANGKANG MAKIN LESU DAN MATI PUCUK

Masa depan BN Semakin Cerah.

Ramai orang menyatakan generasi Y dan generasi G (Generasi Google) sudah tidak lagi menyokong kerajaan BN kerana lebih tertarik dengan DAP,PKR atau PAS. Rupa rupanya pandangan ini meleset dan tidak benar sama sekali.

Debat bertajuk "Baik Buruk Pemotongan Budget IPTA 2016" telah membuktikan sokongan orang muda dan Mahasiswa kepada kerajaan BN semakin kuat. Seramai 3 orang GENG Mantap yang terdiri daripada Tengku Izwan, Asyraf, Affifi telah menerima cabaran YB Rafidzi untuk berdebat dengan anak anak didiknya daripada Angkatan Muda Keadilan (saat akhir bertukar kepada Mahasiswa Progresif).

Cabaran ini telah disambut dengan tarikh dan tempat yang ditentukan oleh Geng Mahasiswa Progresif. Pertandingan yang diadakan didewan pembangkang yang dihadiri hampir 200 mahasiswa akhirnya terkejut dengan hujah Geng MANTAP. Akhirnya penipuan, maklumat separuh masak, kebuntuan dan kesamaran menjadi nyata. Rupa rupanya pemotongan budget bukanlah satu perkara yang diluar kotak pemikiran warga dan dunia universiti. Hampir kesemua universiti hebat didunia seperti Harvard, Yale, dan oxford mendapat peruntukan yang lebih kecil daripada kerajaan mereka berbanding peratusan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Dah kaedah endowment digunakan untuk menjana pendapatan mereka.

Penglibatan MANTAP yang secara sukarela  dalam menerangkan kebenaran mengenai isu pemotongan budget IPTA, isu budget Jabatan Perdana Menteri dan Membongkar salah laku kerajaan Selangor jelas menunjukan sokongan kepada kerajaan BN akan terus meningkat. Rata rata mahasiswa mula berfikir tentang rasionalnya pemotongan ini dan betapa jahatnya pembangkang Malaysia dalam menabur fitnah kepada kerajaan.terutamanya YB Rafidzi.

Masa Depan BN dengan gaya politik negara maju semakin jelas. Mahasiswa bukan selamanya hak pembangkang. Lebih banyak perbincangan terbuka antara mahasiswa akan menjadikan mereka lebih celik dan matang politik politik.

Semoga Malaysia menjadi negara maju yang harmoni.

#MantapSerangKubuPembangkang

Khamis, 26 November 2015

TAKTIK SIMPATI SEORANG BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kepada Muhyiddin Yassin sudah-sudahlah berdrama untuk mengalun simpati, padahal cara Timbalan Presiden Umno sepatutnya membantu parti.

Bukankah berkali-kali memgatakan beliau adalah Umno totok, tapi dengan cara terang-terang melanyak Tuan Presiden ibarat tidak sekapal, konon tidak sehaluan, konon dianiaya, mengepalai golongan pemberontak dari dalam, kejadahnya nak bantu parti macam ni?

Sudahlah berdrama wahai TS Muhyiddin Yassin, ayuh kita kembalikan kekuatan Umno.

MUHYIDDIN BERSYUKUR KERANA TIDAK DIGANTUNG ATAU DIPECAT OLEH MT.

1. Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO agar perasmian persidangan sayap-sayap semasa Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh Ketua Sayap masing-masing adalah tepat bagi menjaga keharmonian dalam parti dan menghalang insiden yang tidak diingini berlaku. Khairuddin Abu Hassan yg akan didakwa kerana cuba sabotaj ekonomi negara umum akan datang ke PAU UMNO? Apa tujuan beliau? Sudah tentu untuk menimbulkan kekecohan seperti mana yg beliau lakukan di program "Nothing To Hide".

2. Adakah Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dinafikan haknya? Tidak. Tiada sebarang peraturan yang menyebut bahawa perasmian sayap-sayap adalah hak Timbalan Presiden parti. Malah sebenarnya MT berkuasa penuh menentukan aturan persidangan dan mesyuarat agung parti, termasuk perasmi dan wakil MT ke setiap persidangan sayap.

3. Apakah dosa Muhyiddin? Muhyiddin Melanggar tata etika dan disiplin UMNO beberapa kali dan memungkiri janji untuk menjadi Timbalan yang membantu presiden parti. Muhyiddin sewajarnya sudah dikenakan tindakan disiplin kerana menceritakan rahsia parti kepada pemimpin parti pembangkang, terlibat dalam sidang akhbar yang secara terbuka mengkritik kepimpinan parti dan bersekongkol dgn orang yang menyeru agar Presiden parti dikalahkan di kawasan Parlimen beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

4. Tingkah laku Muhyiddin bukan contoh teladan yang baik kepada ahli parti, terutama golongan muda yang baru berjinak-jinak dengan parti. Ia memberi gambaran salah seolah-olah pemimpin UMNO bebas melanggar tata etika dan disiplin parti tanpa dikenakan sebarang tindakan.

5. Muhyiddin juga tidak mengotakan janji untuk membantu Presiden parti. Selepas digugurkan dari Jemaah Menteri pada 31 Julai 2015, Muhyiddin berkata "Timbalan Presiden Umno adalah untuk bantu presiden Umno, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu."

6. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, pada 16 Ogos di Pontian, sewaktu merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian, Muhyiddin bukan sahaja TIDAK MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu, malah mempersoalkan pula Najib. Katanya "Perdana Menteri kata tunggu, tunggu, tunggu. Sampai bila lagi hendak tunggu? Sampai bulan jatuh ke riba?" Pada 7 Oktober, Muhyiddin menuduh "ada tangan ghaib yang melindungi kesalahan 1MDB." Pada 24 Oktober pula Muhyiddin mendakwa seolah-olah ada campur tangan dalam siasatan 1MDB. Malah, Muhyiddin juga pernah bertemu kumpulan moderat G25 pada September 2015 bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menentang Najib. Perkara ini didedahkan oleh seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail.

7. Selepas digugurkan, tidak nampak pula Muhyiddin turun ke bahagian-bahagian MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu. Dia lebih banyak bersama Tun M, penyokong Tun M dan bermain golf, termasuk di Indonesia. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi nampaknya lebih bersungguh-sungguh membantu Presiden dan turun padang menjelaskan isu di negeri-negeri.

8. Muhyiddin cukup bernasib baik kerana tidak dipecat atau digantung oleh MT semasa mesyuarat pada 24 November 2015.

DATUK SULAIMAN RAZI
Veteran UMNO Johor

Rabu, 25 November 2015

BILA MENJAJA CERITERA TAK BETUL JADI BETUL PASAL TNB

Ai lah pembangkang, hebat menjaja cerita, cerita yang sangat palsu dan hanya pencinta fitnah yang makin suka menghadam bulat-bulat apa yang terpacul dari mulut pemimpin mereka.

Betullah zaman ini zaman fitnah jahat, zaman makanan fitnah busuk bermaharajalela...

Apa nak jadi?

TIADA LAGI SUBSIDI ELEKTRIK

Isu subsidi elektrik tiada dalam bajet 2016

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui 'posting' laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa subsidi elektrik tahun 2015 sebanyak RM150juta akan dipotong kesemuanya dalam bajet 2016 dan ini bermakna dalam tahun 2016 rakyat tidak lagi menikmati subsidi elektrik lantas tarif elektrik akan naik.

Jawapan :

Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakkan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh dengan sempurna.

Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63billion.

Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan 'Subsidi dan Bantuan Tunai' dalam Bajet 2016. Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah.

Tamat

Selasa, 24 November 2015

PENJUALAN ASET 1MDB, MENGAPA PERLU MELATAH?

Serangan keatas 1MDB tidak berhenti lagi hendaknya, tuduhan mengatakan penjualan aset besilah, rugilah, melucukan Malaysia lah dan bermacam-macam tuduhan.

Jadi apakah penjualan ini boleh mengakibatkan Malaysia akan dijual kati?

"PENJUALAN ASET PENJANAAN TENAGA 1MDB, JANGAN MENGELABAH TAK TENTU PASAL!

Coretan Ringkas Lokman Adam

Akibat dari serangan bertubi-tubi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga imej 1MDB rosak, 1MDB tidak dapat menerbitkan IPO mereka pada November 2014 dan Mac 2015. Ini membawa kepada masalah aliran tunai.  Bagi mengurangkan hutang, 1MDB terpaksa menjual semula aset penjanaan tenaga mereka yang sebenarnya menyumbang kepada kewujudan hutang tersebut. Semalam, perjanjian telah dimetrai bersama China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan bayaran tunai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion (pada 31 Mac 2015).  Ini bermakna Aset tersebut telah dijual dengan harga RM17.26 bilion. Ini adalah hampir sama dengan harga pembelian oleh 1MDB terlebih dahulu iaitu sebanyak RM 18 billion. Tambahan pula, harga RM17.26 billion ini adalah lebih tinggi daripada harga bidaan TNB yang dikhabarkan sebanyak RM15 bilion.

Adalah fakta bahawa harga tariff IPP Edra terendah dikalangan semua IPP termasuk TNB sendiri. Sebagai contoh, pada tahap pembidaan tariff IPP, Edra Energy membekal tenaga kepada TNB dibawah kontrak Power Purchase Agreement (PPA) dengan harga RM 0.34 iaitu 1 sen di bawah harga TNB sendiri dan jauh lebih murah berbanding IPP lain. Pengurangan 1 sen ini, selama tempoh 20 tahun kontrak PPA, mengurangkan kos TNB sebanyak RM 2.9 billion. Itu sebab bila Edra mula bekal dulu, dalam tempoh 3 bulan sahaja TNB berjaya raih keuntungan hingga 2.3b. Bila TNB untung, bukan ke pekerja TNB juga yang dapat manfaat dan rakyat buat kali pertama merasai penurunan kadar eletrik tahun ini.

Cerita yang mengatakan nasib pekerja TNB akan terjejas seperti MAS sangat tidak munasabah.  Yang dijual ialah ekuiti Edra, bukan kita jual TNB. Aset Edra hanya menjana 14% dari keperluan tenaga negara.  50% dijana oleh TNB sendiri, 24% oleh Malakof dan selebihnya oleh pihak lain.  Bila aset Edra dijual, ianya dijual sekali dengan kontrak membekalkan tenaga kepada TNB, yang mempunyai tempoh berlainan, tetapi secara purata, selama 10 tahun.  Ini bererti kadar RM 0.34 itu akan kekal sehingga akhir tempoh kontrak PPA.

Selepas tamat kontrak PPA ini, jika CGN Group perlu memenangi tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga.  Sudah tentu Suruhanjaya Tenaga akan memilih tariff IPP yang terendah dikalangan mereka yang menyertai tender tersebut. Dengan itu, kontrak PPA TNB sudah pasti akan berada pada tahap yang murah.  Maka tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi jika aset tenaga 1MDB jatuh ketangan asing.  Jika CGN Group berdegil menaikkan harga dalam tender, mereka tetap akan menerima nasib yang sama seperti syarikat penjanaan tenaga milik YTL yang ditamatkan kontrak PPA 30 September 2015 lalu.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar janganlah gelabah tidak tentu pasal.  Kalaupun anda prihatin, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul terlebih dahulu.  Plan rasionalisasi 1MDB sudah hampir sempurna.  Penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia akan selesai tidak lama lagi.  In sya Allah jika penjualan ekuiti tersebut berjaya, masalah hutang 1MDB akan selesai dan 1MDB dijangka akan memperolehi lebihan asset sekitar RM10-12 billion.  Dengan modal RM 1 juta yang diberikan oleh kerajaan, 1MDB berjaya raih keuntungan lebih 10 ribu kali ganda dari modal awal mereka.  Cuba bayangkan jika perniagaan mereka tidak diganggu oleh Tony Pua, Rafizi dan Tun Mahathir."

#KekalNajib
#1MDB