#AdaOtakTepu
Khamis, 3 Disember 2015
KITA BERHAK DAPAT FREE, KITA KAN BAYAR CUKAI
#AdaOtakTepu
Rabu, 2 Disember 2015
MELAKUKAN KEROSAKAN TERHADAP PARTI SENDIRI, ITU SAHAJA MAMPU DILAKUKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI YANG DIPUJA-PUJA
Tidak akan berhenti sehingga hati puas, hati yang puas melihat kerosakan mutlak, bukan untuk dirinya sahaja, malah kesemua yang berkait dalam organisasinya yang dulu dia pimpin.
Pemimpin datang dan pergi, tetapi adakalanya bila pemimpin yang niatnya sudah ke lain, niatnya cukup tak baik, maka terimalah kerosakan itu untuk kesemua yang berkait.
Semuanya kerana sudah terdesak, modal sudah tidak "umphh" seperti awal-awal gerakan untuk turunkan PM Najib, melakukan tuduhan melampau, fitnah, serkap jarang, tetapi satu pun serangan terhadap Najib itu betul, malah banyak yang tidak betul.
Jadi setelah kesemuanya sudah dicuba, gunakan cara buruk, tuduh, hina, sabotaj, game plan untuk memalukan Najib tidak berjaya. Maka ayat terakhir, modal terakhir, Umno Akan Kalah pada PRU14 nanti. Mudah... Senang...
Ada hamba Allah beritahu kepada saya, sekiranya serangan negatif itu bertalu-talu, sabar, rileks, kita jangan lawan dengan negatif juga kepada musuh itu, kerana musuh sudah kawal habis segalanya bentuk yang negatif, jadi kita racunkan mereka dengan positif.
Jadi bila mereka sudah terdesak untuk lakukan apa saja tohmahan, maka mereka pula tertekan, nampak bukan keadaan sekarang?
Kepada PM Najib, teruskan bekerja untuk rakyat, percayalah, fitnah dan kejahatan, selalunya jarang akan menang dengan mudah!!
#KekalNajib
#RakyatBersatu
Selasa, 1 Disember 2015
MAT SABU TERUS MENYERANG PAS
Parti barunya PAN tertubuh kerana dendam dan atas kekalahan ramai golongan professional semasa pemilihan pas jun yang lepas.
Walau kita tahu gerakan untuk ambil alih PAS daripada kekuasaan pro Ulama tidak berjaya, maka wujudlah PAN.
Malah serangan agresif PAN terhadap PAS tiada kesudahan, memungkinkan perbalahan ini berlarutan sehingga PRU 14, mungkin.
Tetapi kalau anda pembaca buku-buku propaganda politik, seni politik, adakah perbalahan antara PAN dan PAS ini hanyalah strategi untuk menarik lebih ramai lagi orang menyokong PAS kerana elemen simpati?
Adakah dekat dengan PRU nanti mereka bergabung semula dalam sebuah unit yang lagi besar untuk benamkan terus BN pada pilihanraya nanti? Tiada siapa tahu, sebab kita kena faham, drama-drama alih perhatian ini, pakar dia sangat ramai dalam pakatan.
Betul ke tidak?
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amanah-ditubuh-kerana-pas-diresapi-pemikiran-isis-kata-mat-sabu