Ohh Muhyiddin, ohh Muhyiddin, masih memendam hati yang rakus untuk memberontak dari dalam.
Menyimpan dendam kesumat.. Kesumat yang kronik..
Mungkin pemberontakan ini tetap akan diteruskan sehingga PRU14?
Sudah, sudahlah... Sampai bila.. Nak tunggu UMNO jahanam ke?
Kita dalam keadaan yang agak tidak bagus sekarang ini.
Tuduhan Tanpa Bukti Adalah Suatu Kemungkaran – Puad Zarkashi
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/9144-pau2015-tuduhan-tanpa-bukti-adalah-suatu-kemungkaran-puad-zarkashi.html
KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat tuduhan terhadap Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa bukti dan melanggar prisip jemaah parti adalah suatu kemungkaran.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan Muhyiddin itu amat mengecewakan lebih-lebih lagi tuduhan tersebut dibuat sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 masih berlangsung.
“Timbalan Presiden kata beliau hanya akan taat kepada pemimpin yang ada integriti, amanah dan tidak melakukan kemungkaran.
Soalnya jika ada bukti kemukakan bukti, Muhyiddin menyebut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu skandal, ia bermakna terdapatnya salah guna kuasa, penyelewengan, penipuan dan songlap, tapi apa buktinya?” katanya semasa ditemuramah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat malam.
Beliau mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan Muhyiddin di dalam mesyuarat kabinet,
“Sekarang kita bercakap soal integriti, apakah ada intergriti apabila di depan kita kata ok, dibelakang jadi tak ok pula,
“Sebab itu saya rasa masalahnya apabila seorang pemimpin mempunyai rasa dendam yang tidak habis, ini yang akan memusnahkan parti.” Ujarnya.
Beliau berkata apakah Muhyiddin mahukan pembahas (perwakilan) membangkitkan tuduhan 1MDB sedangkan tiada bukti untuk menyokong pertuduhan itu.
“Muhyiddin mahu menggalakkan pembahas berbohong kah? Beliau sendiri tidak memberikan sebarang bukti semasa membuat penuduhan.”
“Sebab itu saya kata tindakan (Muhyiddin) itu memusnahkan harapan perwakilan, pada saya ia adalah kemungkaran yang paling besar.
Tambah beliau lagi, apabila Presiden bercakap soal prinsip berjemaah iaitu disiplin, apabila anda melampau batas (once u cross the line). disiplin perlu dikenakan.
“Pada saya kalau tiada disiplin dalam parti, sesuatu Jemaah pasti akan musnah,
“Dalam hal ini jika Muhyiddin mempunyai integriti, adalah lebih baik beliau berterus terang tentang pendiriannya daripada terus berdolak dalik.”
Mengulas lanjut, Puad berkata UMNO adalah parti yang paling demokratik di negara, di bawah Datuk Seri Najib, seramai 146000 orang mengundi dalam pemilihan MT UMNO baru-baru ini.
“Apa yang tidak demokratik adalah apabila seseorang ahli parti itu tidak menyuarakan ketidakpuasan hati di platform yang betul,
“Saya rasa provokasi-provokasi ini perlu ditamatkan.” Katanya.