UMNO PAS

DAP, PAN DAN HALUAN KIRI UMNO SUDAH PANAS PUNGGUNG KERANA IDEA PERPADUAN ANTARA PAS DAN UMNO BAKAL DIREALISASIKAN

Dap menjangkakan, serangan kepada Pas, merosakkan kepercayaan terhadap Umno, menjahanamkan imej parti terbesar orang Melayu Islam itu bakal merencanakan progres politik baru dengan mewujudkan parti Amanah.

Wujudnya parti amanah ibarat idea baru untuk imej parti Islam baru yang lebih tunduk kepada Dap itu sendiri. Bila berpecah, matlamat utama untuk menakluk Putrajaya bakal tercapai PRU 14 nanti. Dap akan menjadi abang besar untuk Pakatan Harapan, maka ranap sudah kuasa Islam itu bila Pakatan Harapan memerintah, ditakutkan, segala apa keputusan, perlulah Dap yang tentukan, termasuk hal ehwal orang Islam.

Itu yang mengusarkan, jadi Pas dan Umno sememangnya perlu bekerjasama. Maka Dap akan termenung kerana rancangan mereka gagal dan sudah hancur.

PAS BERSAMA UMNO, GAGALKAN RANCANGAN DAP TAKLUK PUTRAJAYA!

Menurut Nik Abduh, tawaran yang dibuat Umno itu adalah tawaran yang istimewa buat Pas dan jika presiden Pas menerima pinangan tersebut, ia akan mengukuhkan pentadbiran kerajaan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, Nik Abduh berkata, jika Pas dan Umno bersatu, ia membuktikan penyatuan semula umat Melayu/Islam dinegara ini, sekaligus menutup peluang parti bukan Melayu untuk merampas kerajaan selepas dipecah belahkan oleh parti bukan Melayu yang mengidam untuk memerintah negara.

"Kita menerima apa yang disebut perdana menteri kerana selama ini kita berada dalam padang politik yang tidak adil apabila cadangan pembangkang ditolak mentah-mentah kerana merasakan sudah cukup untuk mereka sahaja memerintah," kata Nik Abduh.

Nampaknya, semakin ramai yang menyokong usaha Umno meminang Pas untuk mengekalkan dan mengukuhkan kerajaan berlandaskan Islam. Siapa sangka Pas yang ditendang Pakatan gara-gara DAP tidak menyukai dasar perjuangan Islam telah diterima Umno untuk mengukuhkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Andy tidak menolak kemungkinan perkara ini memanaskan lagi 'punggung' pemimpin DAP yang sememangnya mahu melihat parti Islam itu dihancurkan. Ialah, DAP yang telah berjaya menendang Pas dari Pakatan dan berjaya memecah belahkan ahli parti Islam itu, sudah pasti menyangkakan Pas tidak lagi relevan di hati rakyat malah kepada mana-mana parti untuk bekerjasama.

Tetapi, hari ini DAP dikejutkan oleh parti Melayu terbesar di negara ini apabila Umno sendiri telah menghulurkan tangan silaturahim kepada Pas untuk sama-sama menguatkan kerajaan. Pasti Lim Guan Eng tak senang duduk.

Kredit: ANTI TMI

11 ulasan:

KITA BAKAL TIADA NILAI DI BUMI SENDIRI?

Pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, yang boleh merubah pemikiran kita adalah

1. Buku yang kita baca
2. Orang yang kita jumpa

Apakah nilai jatuh bangun kita bernama manusia ini hanya mampu menyalahkan orang bila kita alami kejatuhan, hilang pendapatan, dianiaya orang, dinafikan hak dan pelbagai situasi yang perit.

Melihat keadaan segerombolan media negatif yang menjaja kesusahan rakyat, rakyat dibelengu kesusahan, tetapi bila dilihat tuduhan itu, keadaan semasa di dunia yang ekonominya memang bermasalah, bukan di Malaysia, tetapi satu dunia.... Telan ketat-ketat satu dunia alami krisis ini.

Dalam menjaja keadaan tidak menentu, sepatutnya pemikiran kita di ajar dengan positif, bila negatif, depan rezeki pun kita akan memaki hamun.

Jadi sepatutnya nilai kita menjadi manusia ni, bersabar, tekad untuk berubah, usaha, doa.

Ada satu nukilan ringkas yang tersebar di Whasap..

Cara Menyelesai MELAYU Merempat di Bumi Sendiri.

Jln penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

🔹Masaalah dtg dr ALLAH dan hanya ALLAH yg boleh menyelesaikannya.

🔷Bukti di zmn kini:
🔹Sri Lanka org Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi.
🔹Lihat di masjid mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Juma'at.
🔹Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jama'ah melimpah spt solat Juma'at.
🔹Dulu org Turki tak amal agama, kdr inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.
🔹Kini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah.

🔹Melayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjema'ah di Masjid.

🔶🔸👉Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafa'at dr agama yg telah sempurna. Yg tak sempurna ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah ALLAH swt.🔸🔶

Kebaikan dan kehebatan akan hadir sekiranya jalan itu benar!!

#KitaOrangHebat

1 ulasan:

Tun Mahathir

BELAJAR DAN HADAM SITUASI SEBENAR PERMASALAHAN KRITIKAL INI!!

Jangan langsung tidak peduli, jangan langsung buat perihal pekakkan telinga, terbongkar sudah bibit-bibit ketidak adilan terhadap rakyat kerana bekas mantan kita sayangi itulah puncanya.

Yang menanggung siapa? Perdana Menteri walau bukan Najib sekalipun akan tetap pening kerana perjanjian tidak adil ini menyusahkan semua, yang untung kroni, yang gembira kroni belaan mantan tersebut.

Maka bak kata orang, lebuhraya Pan Borneo boleh bagi free, kejadahnya lebuhraya di semenanjung berjela tol kena hadap...

Pengakuan Tun Mahathir pada 8hb Januari 2007....

Mahathir akui isu kesilapan Perjanjian Konsesi Termasuk Tol berpunca daripada Zaman Pentadbirannya !!

“Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli-ahli politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima-lima lebuhraya bertol dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Kita semua maklum bagaimana baru-baru ini kadar tol dikebanyakan lebuhraya dinaikkan, kecuali lebuhraya-lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS. Ini adalah kerana lebuhraya-lebuhraya PLUS dimiliki 51 peratus oleh UEM Berhad dan 49 peratus oleh Tabung Haji. UEM adalah 100 peratus milik Khazanah. Langkah pemilikan PLUS Berhad telah dibuat di bawah pentadbiran Najib pada tahun 2009.

Bagi kenaikan tambang ERL yang dimiliki YTL Berhad, konsesi ERL telah ditandatangani juga semasa pentadbiran Mahathir. Menurut perjanjian konsesi tersebut, sekiranya kerajaan enggan membenarkan kenaikan tambang, kerajaan wajib membayar RM2.9 bilion kepada YTL atau membenarkan mereka menyambung konsesi selama 30 tahun lagi.

SUMBER:-

http://www.thesundaily.my/node/171646

0 ulasan:

PAN PAS

SI SOMBONG YANG TERLALU ANGKUH KONON PARTINYA SEMPURNA SEGALANYA!!

Ikutkan lama sangat tak taji pas sebab ikutkan mungkin mereka ada nilai yang baik dan persahabatan.

Tetapi melihat sejak dua menjak ni, kulit sebenar pas sudah dilihat siapakah mereka, mereka angkuh kononnya dengan pas sekarang, kekuatan msksimum mereka makin terserlah.

Di sebalik pemilihan parti mereka pada jun lepas, pro ulama menang bergaya, maka nilai parti pas semakin menaik, malah golongan kalah dalam pemilihan mula memberontak dan memilih untuk mewujudkan parti baru.

Mereka juga berpecah teruk, tetapi ego mereka perghh, mereka berpecah bukan sedikit, tetapi mereka hanya menganggap pecahan itu biasa, malah dap dan pkr pun sukar bekerjasama dengan pas.

Bila terbuka mulut pemimpin pas mengatakan, umno lemah baru nak cari pas, hulur salam persahabatan kerana umno lemah kata mereka, pas sudah mampu mengantikan umno, pas tidak perlu tangan persahabatan dengan umno kerana umno parti sekular, tidak Islamik, hanya pas mampu memberikan pemerintahan paling sempurna, dari segi ekonomi, sosial dan memberikan nikmat untuk semua rakyat.

Perghh gila tahap tertinggi kesombongan parti hijau ini, mungkin Allah menguji mereka ini, sikap pemimpin mereka hanya mengajar erti permusuhan, adu domba, tuduh menuduh, mereka paling Islamik, serta paling sempurna. Jadi itulah kulit sebenar mereka.

Moga Allah membuka mata hati mereka, bukan semua dalam umno tu syaitan, bukan semua dalam pas itu malaikat.

Kena ingat, bertelagah, bila dap naik menjadi dominan di putrajaya, usah sembang nak cerita siapa paling hebat, sekarang ni dap membalun pas pun, hanya gigit semut je balas balik. Ada pemimpin pas pun hanya suam-suam kuku je hentam dap, tetapi bila umno, dia punya marah, tiang letrik pun boleh bengkok mereka karate, Islam apa tu?

Apa sebenar pas nak tunjukkan kepada umum? Paling kuat atau paling sombong?

#JiwaBesar
#KekalNajib

18 ulasan:

TUN M MAHADEWATA RAYA YANG CERDIK MENGENAKAN PERDANA MENTERI SELEPASNYA UNTUK KEKENYANGAN KRONI-KRONI BELAANYA!!

Maaf, realiti ini tidak siapa boleh sangkal, bagaimana gerakan licik Tun Mahathir untuk memberikan kekenyangan maksimas kepada kroni-kroni nya seperti YTL untuk mengaut keuntungan paling teratas dengan menyusahkan rakyat.

Kenaikan, demi kenaikan untuk memberi bola tanggung kepada pemerintah hari ini.
Contoh ERL, kenaikan tambang dari RM35 kepada RM55 sangat terkesan kepada pengguna, perjanjian ERL pada tahun 1997, pada tahun itu siapakah Perdana Menteri yang bersetuju perjanjian tidak adil ini? Sedangkan dia tahu perjanjian ini akan merosakkan dan menyusahkan.

Yang kena tempias sudah tentu pemimpin yang mengalas tugas pada ketika ini, sudah pasti yang kena hamun, maki, caci dan carutan adalah Perdana Menteri kita sekarang ini, DS Najib Razak.
Tun Mahathir adalah insan licik yang Allah jadikan untuk kita berfikir, cerdiknya dia mencipta legasi kroni kenyang makan duit sambil garu telur pun duit mengalir.

Yang kaya gila kroni dia, yang kena hadam rakyat. Yang kena hina DS Najib juga, kononnya dia yang punca kenaikan ini semua, nilai balik IPP letrik yang tidak disambung kontraknya, tarif elektrik mampu lagi dengan harga asal. Kroni Tun Mahathir cukup marah dengan DS Najib ketika ini. Malah serangan bertali arus Tun Mahathir adalah kerana isu korporat dark side, kroni - kroni yang tidak mampu lagi kaut keuntungan wang percuma.

Moga Allah merahmati DS Najib, sekiranya nak melawan kejahatan, kekejaman dan ketamakan orang seperti mantan, perlu ada kesabaran dan strategi yang betul.

#KekalNajib
#SokongPerjuangan
#TidakAkanMengalah

18 ulasan: