Sabtu, 26 Disember 2015

ARAB SAUDI TIRU MALAYSIA UNTUK MANTAPKAN EKONOMI? RAFIZI MANA RAFIZI?

Pernah diberitahu, ekonomi dunia bakal jatuh sangat teruk dijangkakan pada 2017-18, jadi setiap negara sudah dimaklumkan perihal rumit ini, berdasarkan harga minyak mentah yang jatuh merundum sehingga tiada nilai yang menguntungkan bagi pengeluar minnyak buat masa ini.

Dijangkakan harga komuniti minyak dunia akan turun lagi, jadi ekonomi dunia bakal kacau bilau.

Apa solutionnya? Apakah perancangannya? Tu sebab idea tidak popular dari DS Najib banyak negara melihatnya dengan satu idea yang sangat positif.

GST dan 1MDB, perancangan jangka panjang yang taktikal, tetapi bagi penganut persepsi, Rafizi dan Tun M sahajalah mampu menaikkan ekonomi dalam keadaan kritikal ketika ini hanya dengan membuat andaian, hebat bukan?

Biasanya tindakan yang tidak popular itu akan membuatkan segalanya negatif, tetapi mampu memberi satu jawapan positif untuk tindakan tidak popular itu untuk semua, faham ke tidak?

SAUDI BAKAL MENCONTOHI LANGKAH MALAYSIA MEMPELBAGAIKAN SUMBER PENDAPATAN (TERMASUK GST) BAGI MENANGANI KEJATUHAN HARGA MINYAK

Pada tahun 2009, 41.3% daripada pendapatan negara adalah dari sektor minyak dan gas - berjumlah RM 85.1 bilion keseluruhan pada tahun 2009.

Pada tahun ini, pendapatan untuk sektor berkenaan dijangka berjumlah RM 31 bilion sahaja - berkemungkinan akan menjadi lebih rendah kerana ia mengikut jangkaan harga minyak Brent pada nilai US$48 setong. Pada masa ini, harga minyak Brent ialah US$ 37.80 setong.

Ini bermakna lebih kurang RM 60 bilion hingga RM 70 bilion daripada pendapatan negara akan berkurangan pada tahun 2016 berbanding tahun 2009 - jadi, dari mana tambahan RM 70 bilion setahun boleh diperoleh untuk menyelamatkan ekonomi kita?

Pada tahun 2009, kerajaan memperkenalkan ETP dan Model Ekonomi Baru 2009 kerana sudah menjangkakan senario seperti ini mungkin akan berlaku.  Lihat
http://www.epu.gov.my/epu-theme/pdf/nem.pdf

"Dari pertengahan 1970-an, sumbangan daripada minyak dan gas meningkat dan kini menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan. MBE mencadangkan beberapa pembaharuan dalam mempelbagaikan sumber-sumber pendapatan negara.  Asas cukai yang lebih luas adalah satu bahagian penting dalam pembaharuan, di mana pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah komponen utama.

Asas cukai yang lebih pelbagai diperlukan untuk mengimbangi pengurangan hasil daripada sektor minyak dan gas pada masa hadapan. Secara keseluruhan, satu lagi matlamat pembaharuan fiskal adalah untuk mengurangkan kadar cukai peribadi dan korporat, yang akan memberi insentif kepada individu dan syarikat untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan mereka."

"Dengan rizab minyak sebanyak 4 bilion tong dan kadar pengeluaran kira-kira 250 juta tong setahun, mempelbagaikan sumber pendapatan boleh membantu negara membuat persiapan apabila rizab minyak berkurangan,"

Ini adalah masalah yang tidak pernah dihadapi dan tidak juga cuba untuk ditangani oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir - itulah sebabnya mereka tidak berani untuk melaksanakan GST dan pembaharuan cukai yang lain.

Dan kerajaan Tun M mungkin juga tidak membayangkan bahawa satu hari nanti penggunaan minyak dalam negara akan melebihi pengeluaran minyak negara kita - yang mana betul-betul telah berlaku pada tahun 2013 dan 2014.

Dengan perancangan yang teliti oleh Kementerian Kewangan, EPU dan PEMANDU sebagai sebahagian daripada ETP pada tahun 2009, kebergantungan negara kita kepada sektor minyak telah menurun daripada paras bahaya iaitu 41.3% pada tahun 2009 kepada hanya 14.1% atau lebih rendah pada tahun 2016.

Malah, walaupun harga minyak dan gas menurun pada paras sangat rendah, eksport Malaysia terus berkembang manakala pendapatan negara kekal stabil manakala ekonomi domestik terus berkembang dan negara kita meneruskan trajektori pertumbuhannya.

Tidak seperti negara-negara lain yang bergantung kepada sektor minyak dan komoditi, langkah yang sengaja dan dirancang untuk mengurangkan kebergantungan negara sejak lebih daripada 6 tahun yang lalu menyebabkan kedudukan kewangan Malaysia kurang terdedah kepada penurunan harga tenaga global.

Jika kerajaan tidak mempunyai pandangan jauh dan disiplin untuk mengurangkan kebergantungan ini, ia boleh menjadi masalah besar kepada Malaysia pada tahun ini dan tahun depan.

Semalam, Raja Arab Saudi telah mengarahkan pembaharuan ekonomi untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap minyak berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah - dengan salah satu daripada langkah yang diambil oleh Saudi dan negara Arab yang lain ialah perlaksanaan cukai GST dalam masa terdekat ini.

Mari berikan kredit kepada pihak yang menjayakannya

PEMANDU, Idris Jala, EPU dan Perdana Menteri Najib Razak sememangnya berhak mendapat kredit kerana telah menjangkakan dan mempersiapkan negara dengan langkah-langkah pencegahan untuk menyelesaikan masalah ini dan meletakkan Malaysia pada landasan yang kukuh.

Sumber :
http://www.yourmiddleeast.com/business/saudi-to-diversify-economy-away-from-oil-king-salman_37609

Jumaat, 25 Disember 2015

DAP DAH MULAKAN STRATEGI DOMINAN KE PUTRAJAYA PADA PRU 14, KITA MASIH BERTELAGAH SEBAB INGIN TUNJUK SIAPA PALING ISLAM!!

Permasalahan mudah, politik sudah rosakkan ukhwah kita dan mengepalai perpecahan itu dengan lebih sistematik.

Matematik mudah, pakatan memerintah, kepalanya walau orang Islam, tetapi yang memberi segala apa keputusan adalah si dominannya yang bakal kawal selia apa saja, hal ehwal bumiputra, Islam, hak istimewa dan ekonomi.

Bukan kerana Umno itu sempurna, Pas itu maksum, ini berkisar kuasa mutlak umat Islam dalam memerintah, apa guna sembang ligat, kalau yang memberi keputusan adalah Kiasu?

Mahu tak mahu, ego dalam berpolitik buanglah ke laut, Jadi kesimpulannya, Pan dan Pkr tidak relevan dalam memberi harapan kepada umat Islam.

Hanya ada Umno dan Pas. Itu harapan kepada umat Islam di Malaysia.

MESTI ISLAM KETUAI KERAJAAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

BATU PAHAT: Kerajaan Malaysia mestilah diketuai oleh orang Islam dalam realiti penduduk negara ini adalah terdiri daripada majoriti Muslim, sementara agama-agama lain hanya merupakan minoriti, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS berpegang kepada perkara itu sebagai prinsip dasar dan tidak boleh menerima pembentukan kerajaan majoriti bukan Islam, sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, berbanding 40 peratus bakinya terdiri daripada pelbagai agama.

“Maka dalam konteks negara Malaysia, majoriti rakyat adalah orang Melayu Islam. Mesti terima hakikat, Melayu Islam memimpin negara. Sama ada nak cara Umno, (atau) cara PAS, itu bab lain. Kita (rakyat) dah lama dah (dengan) cara Umno (memerintah), mari (pilih) cara PAS (perintah) pula.

“Ataupun Umno bersedia untuk membuat perubahan, balik (kembali) kepada Islam. PAS tidak akan berganjak dengan perjuangan Islam. PAS mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam. Orang bukan Islam tidak boleh mengepalai negara,” tegasnya pada program Nadwah Pemerkasaan Duat (Nekad) 11.0 di Parit Haji Salleh Ros, di sini 19 Disember lalu.

Menurut Tuan Guru, dalam fekah dan sejarah politik, hanya pemerintahan Islam sahaja yang terbukti mampu memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelbagai agama dan bangsa.

Terang beliau, berdasarkan keputusan PRU13 lalu, kedudukan kerusi Parlimen tidak selari dengan taburan penduduk dalam negara.

Ujarnya, ketika Umno adalah majoriti daripada 133 kerusi BN, kerusi Ahli Parlimen Islam Melayu dari blok pembangkang hanya berjumlah 39 kerusi, manakala bukan Islam pula sebanyak 50 kerusi.

“Mengikut politik Islam, ini salah. Islam mesti berkuasa. Ini pandangan PAS. Ada dalam kalangan Pakatan Rakyat, mahu ke Putrajaya tidak peduli majoriti bukan Islam menang pun tak apa. Ada orang, dia nak menang di Johor, sanggup jadi alat DAP, tak boleh.

“Saya kata tak boleh, PAS tak boleh terima. Kita boleh kerjasama, tetapi Islam mesti berkuasa,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, semua pihak tahu mengenai masalah Umno, tetapi Pakatan Rakyat juga ada masalah di mana Islam tidak menguasai.

Tegas beliau, orang Islam tidak boleh mengizinkan bukan Islam menguasai kerajaan dan berlaku campur tangan terhadap Islam sepertimana dilakukan Amerika, China dan kuasa besar lain.

“Kita berbalah, berbalahlah dengan Umno, tetapi kuasa politik Islam Melayu mesti dipelihara. Ini tanggung jawab kita. Maka kita ajak Umno balik semula kepada Islam. Salah ke kita ajak Umno balik semula kepada Islam? Tidak salah. Umno kata dia nak ke Islam, PAS kata nak ke Islam, mari kita bincang.

“Bagaimana nak laksanakan Islam itu? Selamatkan negara dengan Islam. Ini tanggung jawab kita. Kita mahu orang Islam yang berkuasa di negara ini. Selamatkan orang dengan Islam. Dalam hal ini, PAS tidak keras, cuma media dia sengaja nak laga-lagakan.

“Kita berlawan pilihan raya (menentang Umno). Tetapi kita harap rakyat berfikir dengan matang. Jangan selama-lamanya beri (undi) ke Umno. Berilah juga kepada PAS (menjadi) kerajaan sekali, tengok kita memerintah bagaimana.

“Kita boleh berbeza pendapat, boleh jadi pembangkang, pembangkang yang menasihat. Ada orang kata tak boleh menasihat, kena bangkang terus, itu bercanggah dengan Quran,” ujarnya mengaitkan kisah dakwah Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Harun sebagai sandaran.

Terangnya, kumpulan majoriti Islam yang menguasai negara juga mestilah mengikut kaum paling ramai, kuat dan berpengaruh sepertimana sejarah Islam dipimpin oleh Quraisy, diikuti Qurdish dan Turki.

Tegas beliau, PAS menolak sikap DAP dan parti sepertinya yang berjuang ke arah menguasai Malaysia secara kepentingan perkauman tanpa menangani realiti masyarakat majmuk negara ini dengan sebaiknya.

“DAP nak buat Pilihan Raya Majlis Perbandaran, saya tak setuju. Pilihan raya yang dibuat itu berdasarkan penduduk bandar. Kalau dibuat pemilihan itu, maka 90 peratus lebih bandar dikuasai oleh satu kaum sahaja.

“Sedangkan mengikut ilmu kemasyarakatan, sesuatu bandar tidak boleh hidup dengan penduduk bandar sahaja. Dia hidup dengan peniaga kecil, pemandu teksi, dia hidup dengan berbagai-bagai kalangan,” jelasnya.

Selasa, 22 Disember 2015

Kewujudan macam cendawan blog-blog hantu untuk merosakkan minda nitizen, takkan biarkan je kot?

Perang propaganda terbaru dari pembangkang, unit-unit ini cukup tersusun kerja gerila mereka, mudah sahaja, buatkan tajuk blog yang berkaitan DS Najib, DS Rosmah, tajuknya cukup tragis, share ke group-group bisnes, group bikers, group sekolah, group kawan-kawan kolej/Universiti dan group family, maka kerosakan dari fitnah itu bermula dengan hanya satu klik.

Jangan pandang enteng, walaupun tajuk dan cerita memang fitnah dan meragukan, ia tetap memberi impak negatif kepada golongan nitizen, bayangkan berjuta-juta hanya baca pada tajuk.

Kepada SKMM bertindaklah, selagi ada kuasa, berlawanlan dengan pejuang gerila radikal dari pembangkang yang sememangnya dilatih sampai ke luar negara untuk belajar senjata media cyber begini.

Jangan pandang kecik anak perang gerila begini, buruk padahnya.

Unit anti perang gerila ni taknak ke diwujudkan? Perang sudah masuk cara baru dan sangat radikal, jika tunggu, pasti jahanam di kemudian hari.

PELURU AKHIR "UNDUR NAJIB" BAKAL MEROSAKKAN IMPLIKASI DAN IMEJ BEKAS TPM?

Tidak dipastikan, adakah benar peluru penghabisan untuk pereka situasi sebenar agenda "Undur Najib" bakal merosakkan sama sekali imej beliau yang sebelum ini orang ingat terlalu suci.

Adakah benar juga, Tun M hanyalah subjektif semata-mata untuk strategi "Undur Najib" yang dimulakan sejak awal tahun 2015.

Kemuncaknya pada pertengahan tahun ini, bulan Mei 2015 yang dijangkakan DS Najib akan meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri, setelah serangan tahap kritikal terhadap PM Najib ketika itu cukup tip top.

Di masa itu, masih lagi bekas TPM memegang jawatan TPM, malah namanya disebut-sebut sebagai penganti DS Najib, mengikut rancangan radikal itu, kemuncak klimaksnya pada awal Jun 2015 tarikh akhir serangan itu bakal berjaya, PM bakal meletak jawatan, tetapi....... Manusia hanya merancang, Allah juga menentukan segalanya, sekiranya tidak baik niat itu, berlakonlah alim macamana sekalipun, gagal tetap gagal.. Jarang taktik jahat boleh menang bergaya.

Baca dan nilaikan

Kini Najib tertunggu-tunggu apakah isu-isu baru yang akan dilemparkan terhadap beliau. Najib mempunyai ‘golden bullet’ berkenaan skandal yang melibatkan Muhyiddin dan seorang jutawan Cina, di mana Dr Mahathir juga tidak tahu mengenainya. Sekiranya Muhyiddin tetap meneruskan rancangannya maka Najib akan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut dan mematikan langkah Muhyiddin dan jutawan Cina itu.

Persepsi yang telah direka kononnya Tun Mahathir Mohamad merupakan individu di sebalik gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Khairuddin Abu Hassan adalah anjing suruhan orang tua tersebut yang sepatutnya melakukan semua kerja.

Dr Mahathir seolah-olah kuasa di sebalik gerakan anti Najib. Walaubagaimanapun, kini banyak persoalan timbul sama ada Dr Mahathir benar-benar dalang di sebalik semua ini atau beliau hanyalah salah seorang daripada mereka yang diarah untuk melakukannya, sama seperti Khairuddin.

Soalan yang lebih menarik pula yang mana orang ramai turut bertanya, samada Khairuddin adalah anjing suruhan Dr Mahathir atau Muhyiddin Yassin?

Terdapat dua watak utama dalam perkara ini. Kita ada tangan yang dapat dilihat dan juga tangan yang tersembunyi. Tangan yang dapat dilihat adalah tangan Dr Mahathir manakala yang tersembunyi adalah Muhyiddin Yassin. Dan itu menjadikan Muhyiddin sebagai tuan boneka dan Dr Mahathir pula adalah bonekanya.

Muhyiddin yang mereka kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri. Lebih kurang 20 Julai lepas, Peguam Negara, atas perintah Muhyiddin, membawa kertas pertuduhan tersebut untuk ditunjukkan kepada Dr Mahathir dan memberitahu orang tua tersebut bahawa ia akan digunakan terhadap Najib pada 29 Julai 2015.

Rancangan adalah seperti berikut. Pada mesyuarat kabinet 29 Julai, kertas pertuduhan tersebut akan dibentangkan ke kabinet dan Najib akan disuruh untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, jika tidak, Peguam Negara yang sedang menunggu di luar akan masuk ke dalam dengan polis untuk menahan beliau.

Setelah menyedari bahawa Muhyiddin adalah dalang sebenar dan Dr Mahathir hanyalah dimanipulasikan, sehari sebelum mesyuarat kabinet, Najib telah menyingkirkan Muhyiddin dan Peguam Negara.

Ia merupakan serangan awal yang bijak, bagi mematikan serangan yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai. Malah, Dr Mahathir tidak menjangkakannya dan terkejut walaupun beliau sendiri pernah melakukan perkara yang sama kepada Anwar Ibrahim pada September 1998.

Dalam artikel saya sebelum ini (BACA DISINI), saya telah menyatakan tentang seorang jutawan Cina yang berkait rapat dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin sejak 1980an apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin sebagai Timbalan Menteri. Seperti yang kita maklum, Khairuddin merupakan seorang yang muflis, dan jutawan Cina tersebut, atas arahan Muhyiddin telah menyelesaikan kebankrapannya. Dengan sebab itulah, Khairuddin dapat ke luar negara, jika tidak beliau akan dilarang daripada berbuat demikian.

Bagi menutup hakikat bahawa Khairuddin adalah anjing suruhan Muhyiddin, bukan Dr Mahathir, maka beliau pergi ke mana-mana dengan Matthias Chang – kerana semua orang tahu bahawa Matthias adalah orang Dr Mahathir. Jadi, kesimpulannya adalah Khairuddin juga bekerja untuk Dr Mahathir.

Khairuddin juga merupakan individu yang menghantar ramai orang untuk berjumpa Dr Mahathir bagi memberikan orang tua tersebut maklumat berkenaan 1MDB dan bagaimana RM42 bilion telah ‘lesap’. Dr Mahathir sudah pasti termakan umpan dan mengambil semua maklumat tersebut.

Kini, Dr Mahathir sedar bahawa Khairuddin adalah anjing suruhan Muhyiddin selama ini. Dr Mahathir juga menyedari bahawa apa saja yang telah diberitahu oleh Khairuddin kepadanya adalah apa yang telah diarah oleh Muhyiddin. Tetapi Dr Mahathir terlalu ego untuk mengakui bahawa beliau telah dipermainkan oleh Muhyiddin dan Khairuddin. Jadi, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain daripada terus menembak walaupun beliau tahu apa yang ditembak adalah kosong semata-mata.

Malaysia Today tidak pernah menamakan jutawan Cina tersebut tetapi Unit Khas dan Putrajaya tahu mengenainya. Mereka juga tahu jutaw
an-jutawan lain yang membiayai kempen anti Najib turut memberikan jumlah wang yang besar kepada DAP.

Pada dasarnya, jutawan-jutawan tersebut menyokong kedua-dua pihak. Ia adalah sifat mereka yang meletakkan wang untuk kedua-dua pihak, andai kata pihak kedua akan menang.

Gerakan anti Najib kini berehat seketika untuk mempertimbangkan langkah mereka yang seterusnya. Setakat ini, tiada isu baru yang digunakan terhadap Najib selain daripada 1MDB dan RM2.6 bilion. Tetapi isu-isu ini tidak dapat menjatuhkan Najib kerana sekiranya mampu berbuat demikian, Najib sudah pun meletakkan jawatan ketika ini.

Kini Najib tertunggu-tunggu apakah isu-isu baru yang akan dilemparkan terhadap beliau. Najib mempunyai ‘golden bullet’ berkenaan skandal yang melibatkan Muhyiddin dan seorang jutawan Cina, di mana Dr Mahathir juga tidak tahu mengenainya. Sekiranya Muhyiddin tetap meneruskan rancangannya maka Najib akan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut dan mematikan langkah Muhyiddin dan jutawan Cina itu.

Selain daripada itu, terdapat juga ‘golden bullet’ yang lain berkenaan Dr Mahathir dan jutawan Cina tersebut, di mana Najib telah menyimpannya sejak beberapa bulan lepas. Namun Najib memutuskan untuk tidak menggunakannya kerana menurutnya, “Biarkan orang tua itu mati dengan bermaruah”.

Persoalannya sekarang, jika Dr Mahathir meneruskan rancangannya, adakah Najib masih enggan menggunakan ‘golden bullet’ tersebut atau beliau akan berkata, “Mari kita kuburkan orang tua itu selama-lamanya!” Saya rasa kita perlu tunggu dan lihat.

Malaysia Today

Ahad, 20 Disember 2015

PENCINTA DAP, AHLI RADIKAL, PEMIMPIN HATI HITAM DILARANG BACA PERIHAL INI!! TOLONG JANGAN BACA

Kita doakan, supaya Islam bersatu, musuh terkulup, mereka jadi sawan sampai berbuih mulut, mungkin ada yang cakap sorang-sorang depan cermin, malah ada yang tempeleng muka sendiri kerana ini perkara yang bakal mendukacitakan penjilat Dap.

Malah Mat Sabu pun sudah termencarut dengan sendirinya kerana mungkin idea wujudkan parti baru untuk melawan Pas ibarat menempah kubur politiknya sendiri.

Mungkin idea wujudkan parti untuk mengantikan Pas sudah menjadi satu idea paling gagal bagi golongan Professional yang ada dalam parti Amanah.

Benarlah kata Hadi Awang, parti baru serpihan Pas mungkin mampu bertahan hanya 2 tahun. Mungkin lebih cepat.

Jadi kerjasama antara Pas dan Umno adalah satu perkara paling penting untuk mengagalkan terus dominan Dap untuk terus berkuasa.

PAS SEDIA MAAFKAN KESALAHAN UMNO

KUALA LUMPUR - Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan Pas.

"Ini bukan perkara baru ramai pemimpin lain masuk dalam Pas mereka ada kedudukan baik, mereka diterima dengan hati terbuka itu di kalangan ahli (Pas).

"Sekarang ini antara parti (Pas-Umno) kita akan laksana perkara sama (memaafkan dan melupakan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Persidangan Agung Perkasa ke-6, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu yang Pas dalam proses memberi penjelasan menyeluruh kepada ahlinya mengenai kerjasama itu.

Kehadiran Takiyuddin dan Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali di Persidangan Agung Perkasa menarik perhatian ramai dan  menguatkan lagi dakwaan bahawa Pas akan bekerjasama dengan Umno.

Takiyuddin berkata, kehadiran mereka adalah atas jemputan Perkasa.

Ketika ditanya adakah ahli menerima untuk bekerjasama dengan Umno, beliau berkata, setiap keputusan yang dibuat Pas adalah secara kolektif bukan hanya atas kepentingan peribadi.

"Boleh lihat benda baru ada suasana faham masing-masing, pokoknya dalam Pas apa yang dibawa oleh presiden bersikap kolektif atas nama parti itu keputusan kolektif," katanya.

Sinar Harian
20 Disember 2015