Dap

PENCINTA DAP GEMBIRA BILA ISRAEL BANTU USD300 JUTA KEPADA DAP?

Kalaulah nama Israel dikaitkan dengan BN, paling teruk merinyai sudah pasti golongan pentaksub, tahap maki mereka bukan sikit anak, malah makian mereka kalau diamati, mayat dalam kubur pun boleh bangkit, begitulah tahap aura kebencian pentaksub kepada BN, Umno terutamanya.

Bila masing-masing macai bedul pakatan, bertanya RM2.6 billion, kami rakyat Malaysia juga berhak bertanya, duit Israel sebanyak USD300 juta bersamaan kurang lebih RM1.4 billion untuk Dap tercinta itu berhak juga disiasat. Kalau benar duit itu sudah dimiliki.

Malah setelah tuduhan USD300 juta ini, memungkinkan menunjukkan Dap mampu lakukan apa saja demi menakluk Putrajaya.

Apa orang Islam melayu tak terasa ke? Israel tu... Mana USD300 juta? Jawab Dap, sila jawab.

DAP TERIMA DANA USD300JUTA DAN JANJI BERI ISRAEL PANGKALAN TENTERA ! DAP KALAU ADA TELOR SILA SAMAN RAZALI !

DAP perlu menjawab di atas dakwaan telah menerima dana RM1.2 billion (USD300 juta) dari pihak Israel pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
 
Desakan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.

Dr Mohd Zuhdi (foto di bawah, kiri) berkata dakwaan itu telah dibuat oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman.
 
Menurutnya, kegagalan DAP menjawab pendedahan itu akan mengesahkan hubungan DAP dan Israel yang sedang diperkatakan.

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

“Ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.

Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.

“Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
“Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.

Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.

Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut. Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu.

abu suffian

2 ulasan:

Dap Pas

DAP DAN SEBARAN KOMUNIS MODENNYA! RAMAI ORANG KITA SUDAH YAKIN UNTUK UBAH KERAJAAN DEMI KOMUNISME?

Sejak 2008, titik tolak Dap berkuasa, menjadikan gabungan pakatan ibarat terkuat dan berpotensi untuk menjadi penganti kerajaan yang sedia ada sekarang.

Gabungan hebat Dap, Pkr dan Pas membentuk satu entiti paling kuat dan hebat.

Itu hanyalah diatas kertas, Pas sudah sedar siapa Dap, Umno sudah bongkarkan berkali-kali wajah sebenar Dap, sampai ada satu masa sebelum Pru13 lepas, ada dikalangan pengikut Pas yakin kerjasama dengan Dap lebih baik dan Islamik dari Umno.

Anda bayangkan diceramah Pas, wakil pemimpin Dap mampu berhujah dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis, malah bertakbir, yang sahutnya penyokong Pas.

Pemimpin Dap mampu berwajah-wajah demi menarik orang melayu menerima mereka, pakai kopiah, pergi ke surau, masuk surau, masuk masjid, makan pakai tangan, sudahnya itu hanyalah hipokrit tahap teratas untuk umat Islam Melayu.

Pas pula egonya usah cakap, habis lipat 18 diaorang canang, katanya Pas sudah berjaya mengIslamkan Dap. Fuh.. Ayat... Memang lagend. Hakikat, semua tau.

Akhirnya, perancangan Allah itu hebat, Pas dan Dap sudah tidak boleh dekat. Mereka ibarat taiko vs abang long. Dramanya sehingga wujudnya pecahan dari Pas, parti Amanah. Yang ketawa Dap juga, berjurai-jurai air mata mereka ketawa sebabnya pecahan orang melayu dah menjadi 3-5 pecahan.

Itupun bila Umno ajak Pas bekerjasama, punya galak pula dihina bagai katanya Umno sudah tenat baru nak hulur tangan persahabatan, kata Tuan Ibrahim.

Jadi mungkin era kuasa Melayu sudah sampai waktunya? Hanya Allah mengatahuinya.

Makin Jelas DAP Ada DNA Komunis

December 28, 2015

AIDCNews – Semakin jelas DAP yang diasaskan oleh Ahli Parlimen PAP Bangsar, Devan Nair pada tahun 1966 mempunyai elemen Komunis.

Pada mulanya, Nair cuba menghidupkan semula PAP, sebuah parti dari Singapura PAP (People Action Parti) atau PETIR (Parti Tindakan Rakyat) di Malaysia, tetapi kerana Malaysia telah berpisah dengan Singapurapada 9 September 1965,usaha itu menemui kegagalan.

Oleh itu Nair menggunakan nama baharu dengan membuang perkataan ‘People’ diganti dengan ‘Democratic’, dari ‘People Action Party’ (PAP) menjadi Democratic Action Party (DAP).

Walaupun nama berbeza, namun perlembagaan DAP termasuk berkenaan tata cara pemilihan pemegang-pemegang jawatan parti disalin daripada PAP Singapura.

Pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan pada 19 Mac 1966.“Devan Nair, James Puthucheary dan Lim Chin Siong telah dianggap oleh pihak keselamatan British yang menjajah Singapura ketika itu sebagai ‘open front leader’ Parti Komunis Malaya (PKM).

“Perkara ini didedahkan Richard Clutterbuck, “Conflict and Violence in Singapore and Malaysia 1945-1983,” Graham Brash (Pte.) Ltd, Singapore, 1984, halaman 66 dan 99,” dedah AIDC.

Selanjutnya sila baca tulisan terbaharu AIDC bertajuk “Singapura Sudah Berminat Lima Negeri Tanah Melayu Sejak 1964.

”Sementara itu,Neezam Perkasa merujuk kembali pendedahan AIDCNews 4 Julai lalu yang membuktikan DAP mempunyai elemen Komunis.

“Bila aku kata DAP adalah serpihan Komunis, ramai dikalangan bangsa Melayu kita terutamanya padayang menyokong perjuangan DAP menolaknya. Sekarang apa lagi mahu disembunyikan jika ianya adalah benar. “Siapa lagi yang memperjuangkan DAP? Siapa lagi yang mahu lihat negara kita di bawah telunjuk Cina DAP ini lagi?

“Sedarlah wahai anak bangsa jangan kamu terpedaya dengandakyah DAP kerana matlamat mereka sama dengan komunis tetapi mereka lakukan dengan cara berpolitik bukan lagi dengan mengangkat senjata. Tapi matlamat mereka tetap sama.“Bangsa Melayu kita yang masih lagi dok memuja perjuangan bekas serpihan komunisini lagi tanpa menyedari kamu juga memperjuangkan komunis ala moden ini,” katanya.

Pendedahan AIDCNews 4 Julai lalu yang bertajuk “Pemuda DAP Nyanyi Lagu Komunis” menyebut kenyataan pegawai eksekutifkanan badan pemikir DAP Kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, Steven Sim Chee Keong mengakui bahawa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pernah menyanyikan lagu Komunis dalam kongres Pemuda DAP.

Lagu komunis yang dimaksudkan itu berjudul “Internationale”“Sejarah asal usul lagu Internationale. Pemuda Sosialis DAP menyanyikan lagu ini semasa Kongress sayap pemuda tersebut,” kata Steven Sim dalam Facebooknya.

Steven, aktivis DAPSY Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam berkata lagu Internationale sudah dinyanyikan dalam sayap pemuda parti itu sejak dari tahun 2012.“DAPSY Pulau Pinang memimpin dengan menyanyikan lagu Internationale dalam bahasa kebangsaan buat pertama kalinya,” katanya dalamTwitter.

Mengulas mengenai isu itu, Neezam Perkasa berkata menyanyikan laguKomunis-Internationale dan perjuangan DAP yang memertabatkan Malaysian Malaysia mempunyai perkaitan.“Ingatlah kembali tema DAP iaitu MALAYSIAN MALAYSIA.

Apakah maksud MALAYSIAN MALAYSIA ini? Bukankah maksudnya memberi hak kesamarataan terhadap semua kaum. Bukankah ianya sama juga dengan apa yang diperjuangkan oleh PKM dahulu?

“Bukalah mata wahai bangsaku. Jangan kita percaya pada Cina(DAP) dari serpihan Komunisini. Jangan gadaikan anak cucu kita kerana terlalu percaya dengan DAP.

.“Mari kita sama-sama menolak DAP. Apakah kamu semua sanggup atau masih lagi percaya pada DAP ini lagi?,” katanya lagi.

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/28/makin-jelas-dap-ada-dna-komunis/?_e_pi_=7% 2CPAGE_ID10%2C7910896657

#ABCD
#MelayuBersatu

10 ulasan:

politik

BERI NAJIB RAZAK PELUANG

Sememangnya bukan mudah untuk menghadapi keadaan dunia celik IT era fitnah yang macam air.

Bukan mudah menjadi Najib Razak, segerombolan musuh pelbagai rupa merenyok tanpa belas kepadanya.

Tetapi dia tahu, nak memahami rakyat yang seramai 30 juta bukan satu perkara mudah, bukan mudah dah puaskan hati semua orang.

Musuh-musuhnya tanpa henti menyerang, memalukan dirinya dan keluarga, hanya orang berjiwa besar sahaja yang mampu bertahan, fitnah, caci, maki, hamun, hina dan pelbagai tohmahan dia alami, sekiranya berlaku kepada kita, agaknya apa kita akan buat?

Yang baik selalu akan dikeji, yang gelap jiwa selalunya akan disanjung ibarat hero. Itulah terjadi sekarang.

Yang penting, minda dan cara negatif jarang boleh menang dengan mudah.

BERI NAJIB RAZAK PELUANG - SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi peluang seperti perdana menteri terdahulu yang
juga melakukan kesilapan. Sambil menegaskan baginda tidak memihak sesiapa, katanya Najib tetap adalah perdana menteri.

"Saya tahu perdana menteri banyak dibidas tetapi saya kata berikannya peluang. "Terdapat isu-isu yang masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat, yang perlukan jawapan, tetapi saya mesti katakan bahawa ini juga harus ada kesudahannya.

"Setiap daripada kita ada membuat kesilapan tetapi kita mesti sedia belajar, betulkan kesalahan dan lakukan apa yang betul,” titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star.

Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa kedudukan baginda adalah di atas politik dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak termasuk antara Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Baginda bertitah setiap kali bertemu dengan sama ada Muhyiddin atau Najib, baginda cuba mengelakkan diri daripada bercakap tentang politik.

"(Muhyiddin) ada luahkan rasa tidak puas hati. Saya dengar dan menyimpannya. Saya juga berjumpa dengan perdana menteri dan elakkan bercakap mengenai politik
dengannya.
"Biarlah ahli politik kendalikan hal politik. Saya di atas politik. Jika beliau (perdana menteri) memerlukan nasihat, saya di sini sebagai kawan," katanya.

Baginda berkata selain mesyuarat rasmi, Najib sering kali juga mengadapnya untuk tujuan tidak rasmi di mana kedua-dua mereka membincangkan isu-isu negeri.

Ini termasuk keperluan untuk meningkatkan kerjasama dengan Singapura yang menurut baginda difahami oleh Najib lebih baik berbanding pemimpin terdahulu.

"Saya tidak mahu ungkit kisah lalu dan saya tidak ingin menyelar mana-mana ahli politik, sama ada yang masih aktif atau sudah bersara. Perdana Menteri memahami dan menghargai keperluan untuk bekerjasama dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

"Saya dapati sukar untuk memahami rasional ataupun tidak rasional mana-mana pemimpin Malaysia yang mahu negara ini bergaduh dengan Singapura. Ini adalah apa yang saya panggil PEMIKIRAN BENGKOK," katanya.

Walaupun baginda tidak menyebut mana- mana nama, tetapi Sultan Ibrahim dipercayai merujuk kepada pengkritik lantang Singapura iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir dilaporkan menuduh Najib ‘tunduk’ kepada jiran di selatan negara dengan membatalkan apa yang dikenali sebagai projek "jambatan bengkok".

16 ulasan: