PARTI BUNGA MEMANG BERMASALAH KATA EZAM KOTAK


Parti bunga hanyalah dipenuhi segerombolan serigala dan dubuk-dubuk lapar yang masing-masing tengah menunggu habuan datang, jadi kesimpulan apa berlaku dalam parti bunga semua boleh menilat, tikam menikam, rosak merosak antara satu sama lain sudah berlarutan sehingga perang saudara berhadapan juga sedang berlaku dalam parti bunga.

Jadi apa yang nak dibanggakan dengan bunga? Ezam si kotak ni pun bukannya boleh pakai, hanya spisis gila jawatan, parti apa pula dia nak masuk selepas keluar dari bunga?


baca seturusnya dissini

http://www.pru14.tv/2016/12/31/ezam-serlahkan-parti-bunga-memang-bermasalah

1 ulasan:

Azmin Ali,

YURAN TASKA DI SELANGOR NAIK, TIADA SIAPA PULA BISING SAMPAI KOMA ISU NI

Persatuan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Negeri Selangor (PTNS) bercadang menaikkan kadar yuran bulanan taska di seluruh negeri ini bermula Januari depan antara RM10 hingga RM50 dengan alasan kenaikan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusinya, Mahanom Basri mendakwa kenaikan tersebut disebabkan berlaku peningkatan kos operasi termasukan kenaikan tahunan kadar sewa premis, peningkatan harga barangan selain perlu mematuhi peraturan daripada aspek kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan agensi kerajaan.

“Setiap pengusaha taska yang berdaftar di negeri ini berusaha mengikuti setiap syarat ditetapkan seperti menjalani kursus pensijilan, syarat ditetapkan bomba, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai lain,” katanya pada sidang media bagi memberikan penjelasan berhubung kenaikan kadar yuran taska di Shah Alam semalam.

Menurutnya jika kadar yuran lama diteruskan, besar kemungkinan ramai pengusaha taska terpaksa gulung tikar dan sebilangan pusat asuhan pula sukar untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka akibat kekangan kewangan.

“Malah ada pengusaha taska terpaksa mengambil keputusan menutup taska akibat menanggung kerugian.” tambah Mahanom.

Kata Mahanom lagi, kenaikan yuran berkenaan diterima baik kalangan ibu bapa bagi memastikan taska-taska di negeri ini dapat beroperasi dengan lebih berkualiti sebagai sebuah institusi profesional.

Difahamkan pada masa ini, kadar taska dikenakan oleh ahli PTNS adalah sekitar RM150 hingga RM650 bagi seorang kanak-kanak, bergantung kepada lokasi dan usia kanak-kanak berkenaan.

Kali terakhir yuran taska di negeri ini dinaikkan adalah pada 2013 semasa kerajaan memperkenalkan kadar gaji minimum di negara ini.

http://www.selangorpress.net/selangor/2016/12/kadar-yuran-taska-seluruh-selangor-bakal-naik-januari-nanti/

1 ulasan:

#SalamTingkat9,

NAK REBEL ATAU DIGELAR TELUR KULUP HANYA BERSERAH TAKDIR? #Cukuplah #Selangorbaru

Jika sesuatu perkara yang luar maksimas otak bertindak, atau ini caranya mengajar pentadbiran haprak Azmin.

Ayuh..

Bukan setakat Azmin dan korupsinya, malah pembangkang di Selangor yang kebanyakan pemimpinnya 'play safe' dan agak pengecut.

Hanya membenak seronok menghitung projek, penjilat ketawa tamak.

Anak muda bangkit untuk #Selangorbaru #Cukuplah pemimpin pengecut dan korupsi mengawal bicara..

Tolak Azmin tolak pembangkang Selangor pengecut!!

Rebel cara Jamal Yunus. Saya sokong. Anda bagaimana?

2 ulasan:

Azmin Ali

CUKAI NAIK 200% DI SELANGOR PADA 2017

Akhirnya, siapa setuju? Adakah ini satu perkara yang mengembirakan rakyat Selangor.

Setelah masalah air tidak selesai, rumah urut dan mesin judi semakin bercambah dan menaikkan income kepada kerajaan Selangor.

Tahniah, yahuuu..
Cukai tanah naik hampir 200%?
Dulu cukai tanah RM33 + cukai parit RM18.... jumlah RM51..
Utk 2017 cukai tanah RM89 + cukai parit RM18... jumlah RM107..

Ayuh undi lagi Pkr.. Yes yes..

3 ulasan:

Huan Cheng Guan

BR1M: Mahathir Dicabar Buat Laporan Polis Terhadap Dap

U PINANG, 28 Dis – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mencadangkan Tun Dr. Mahathir agar membuat laporan kepada SPRM terhadap Dap memandangkan parti tersebut juga telah mengeluarkan poster kenyataan umum kepada rakyat untuk memohon dan mengemas kini BR1M di beberapa pejabat Dap negara ini. 

Tindakan Dap yang membantu penyaluran BR1M yang dianggap sebagai rasuah oleh Tun Mahathir itu membuktikan bahawa Dap juga terlibat dalam pengagihan wang rasuah dari kerajaan untuk diagih-agihkan kepada rakyat.

“Saya cadangkan beliau buat laporan SPRM terhadap Dap berhubung tindakan Dap yang membantu kerajaan menyalurkan ‘rasuah’ kepada rakyat dengan memberi ruang kepada rakyat untuk menyemak dan mengemas kini maklumat BR1M di pejabat parti mereka.

“Ini disebabkan Tun Mahathir kata BRIM itu rasuah, dan Dap pula terbabit menyediakan paltfom untuk kemudahan rakyat dan ahlinya menyemak BRIM,”kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu katanya, Tun Mahathir sepatutnya perlu juga membuat laporan kepada SPRM memandangkan parti tersebut juga boleh dianggap bersekongkol dengan pengagihan ‘rasuah’ dari kerajaan.

“Jadi saya cadangkan beliau membuat laporan kepada pihak SPRM supaya menyiasat Dap yang juga dilihat bersekongkol dengan rasuah dalam membantu pemberian BRIM itu. Manalah tahu Dap juga sudah terima ‘rasuah’ dari kerajaan.

“Kalau beliau tak berani nak lapor, saya boleh laporkan ke SPRM berhubung kait peranan Dap dalam membantu kerajaan memberi ‘rasuah’ kepada rakyat,” ujarnya sinis.-MediaUMNO

4 ulasan:

KADANG-KADANG MALAS NAK JENTIK, TETAPI TERPAKSA BERSEBAB #Cukuplah #SelangorBaru



Tengah sedap membalun PKR di Selangor, tengah best Jamal Yunus melanyak bersungguh-sungguh Azmin, sudahnya perilaku dan perangai segelintir pemimpin Umno Selangor yang tidak cerdik menjaga foto peribadi dan keluarga menjadi masalah.

Lantak hangpa nak bermewah ka, apa ka, Selangor ini BN tengah kerja keras untuk kembalikan Selangor kepada BN, sudah beritahu pun sikap-sikap inilah yang menjadi buah mulut nitizen, malah strategi jangan menonjolkan entiti mewah sedangkan negara sedang dalam keadaan ekonomi yang pelahan tidak diendahkan segelintir pemimpin.

Mungkin bukan salah pemimpin itu, mungkin kerana tidak faham situasi sekarang adalah zaman smart phone, Najib Razak juga tahu, pru14 adalah penentu BN. Mereka mungkin tidak sedar ataupun lupa perkara itu.

Tapi hamlau-hamlau ini bukan nak faham, mungkin selesa nak kalah.

KAMI TAHU ADA LEBIH RAMAI PEMIMPIN HEBAT DI SELANGOR YANG BAGUS DAN TERBAIK, MEREKA BEKERJA KERAS, MEREKA TURUN KE AKAR UMBI, MEREKA SEDAR DENGAN KERJA KERASLAH KITA MAMPU LAKUKAN SESUATU POSITIF. 

TETAPI PEMIMPIN YANG KEPALANYA TIDAK SEDAR PERMAINAN MEDIA, PERMAINAN PERSEPSI HANYA MENGHABISKAN DUIT KEPADA GOLONGAN MENJILAT SAHAJA.

#Cukuplah #SelangorBaru

Isteri Pemimpin Umno Berfoya Ketika Rakyat Sedang Derita


Penyebaran beberapa keping foto isteri seorang pemimpin utama Umno Selangor berfoya di luar negara nyata mendapat reaksi negatif netizen yang mendakwa perkara tersebut sebagai bukti kehidupan mewah golongan terbabit ketika rakyat sedang menderita dengan pelbagai tekanan kos sara hidup.

Hasil tinjauan Selangor Press mendapati bahawa netizen mengkritik gaya hidup mewah dan bermegah keluarga kepimpinan Umno yang disifatkan gagal memahami kehidupan rakyat kebanyakan yang sedang tersepit dengan keadaan semasa ekonomi negara.

Malah penyebaran foto berkenaan dilihat berjaya mencalarkan imej Umno Selangor secara keseluruhan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga pemimpin utama parti itu.

Foto isteri pemimpin Umno Selangor itu didakwa diambil semasa bercuti ke Las Vegas, Amerika Syarikat memaparkan beliau menaiki limosin mewah.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan diberikan pemimpin berkenaan berkaitan  penyebaran foto tersebut.


http://www.selangorpress.net/selangor/2016/12/netizen-kritik-isteri-pemimpin-umno-berfoya-ketika-rakyat-sedang-derita/

3 ulasan:

Khairuddin,

KHAIRUDDIN ADALAH PARASIT MELAYU PALING KOTOR

Sekiranya masih ingat bagaimana peranan Khairuddin dalam melumpuhkan karier politik Anwar Ibrahim pada tahun hitam negara kita iaitu pada 1998 lalu.

Kita melihat situasi 'perancangan tertinggi' yang sangat teliti sehingga terbenamnya Anwar Ibrahim yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Tertulis juga bila buku 50 dalil mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi PM berjaya mempengaruhi Tun Mahathir ketika itu.

Tahun 2014 juga telah berjaya sang parasit bernama Khairuddin ini sehingga terjadinya perbalahan antara Tun Mahathir dan Najib Razak. Sehingga kini percaturan itu nampak berjaya merosakkan habis hubungan ayah dengan anak.

Tidak sampai dua tahun, iaitu tahun 2016 tercatit pula dia sudah berjaya melakukan satu perancangan yang cukup dangkal, Tun Mahathir terpaksa menjilat Anwar Ibrahim, dengan menebalkan muka di Mahkamah untuk bersalam kononnya ingin berbaik atau terpaksa berbaik dengan Anwar Ibrahim.

Tidak dilupa, kerana dia juga, Tun Mahathir bertelagah dengan Ibrahim Ali, sedangkan kedua-dua mereka ini adalah sahabat baik.

Tidak perlu lama, tahun 2017 ini kita semua pasti akan melihat, pergolakan dalaman dalam parti PPBM yang sangat besar. Pergaduhan antara Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin bakal terjadi tanpa tapisan, ini kerana percaturan parasit bernama Khairuddin ini cukup licik dan berstrategi.

Walaupun ramai penyokong PPBM menganggap Khairuddin ini adalah pejuang, kuat melawan, berani, tetapi dia juga adalah bangsa perosak Melayu dan membunuh Melayu secara terang dan nyata.

Sumber dari Facebook Mohd Faizal
https://www.facebook.com/mdfaisal.rohbanahmad/posts/1860427830854528

2 ulasan:

PPBM,

PERANG DALAMAN PARTI BUNGA SUDAH BERMULA

Bila perjuangan berlandaskan dendam, iri hati serta busuk hati, maka kesemua ini hanyalah untuk memuaskan nafsu serakah golongan kecewa.

Bagus juga mereka ini keluar dari Umno. Sebab utama adalah dalam parti bunga bersepah spisis serigala dan dubuk lapar yang nampak habuan mereka akan kokak sehingga licin.

Perlucutan jawatan secara paksa srikandi bersatu, Anina bakal menjurumus parti bunga itu berperang secara terbuka antara satu sama lain.

Adakah ini petanda bakal hancurnya parti yang kononnya hebat serta diperakui bakal memenangi lebih 80 kerusi parlimen di pru 14 nanti?

Kesimpulannya bila nilai kejahatan dan kebusukan hati itu menjadi niat perjuangan maka jawapannya anda boleh lihat apa terjadi terhadap parti bunga ketika ini.

3 ulasan:

Amanah,

DRAMA UNTUK TARIK PERHATIAN?

Pertelagahan Khalid Samad dan Mat Sabu berkenaan Hj Hadi ke Iran hanyalah drama ciptaan.
Walaupun nampak garang Khalid Samad menempelak Mat Sabu yang kononnya memuji Hj Hadi ke Iran baru-baru ini mengamit satu cerita yang tidak sensasi.

Pan sedang tengelam dalam dunia populariti, Bunga sedang mendahului, maka strategi alih tumpuan digunakan untuk nitizen kembali mengingati Pan yang sedang tenggelam.

Jenama Pan yang cukup panas bila dibicarakan dihadapan orang Pas. Malah Pas sudah berbicara jangan bermimpi untuk menghulurkan salam terhadap Dap dan Pan.

Pan dalam kepeningan dengan cadangan Pkr supaya bergabung dengan Pan. Tidak relevan menengelamkan Pan demi impian ke Putrajaya.

Jadi kesimpulannya. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Pakatan Harapan.

0 ulasan:

Datuk Huan Cheng Guan,

KERAJAAN PULAU PINANG KERAJAAN 'GANGSTER' - Datuk Huan Cheng Guan

Kenyataan Media

Huan Cheng Guan

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

1. Kerajaan Pakatan Harapan kini dilihat menjalankan pentadbiran negeri ala-‘Gangster’ iaitu mengambil tindakan penguatkuasaan secara ‘terpilih’ terhadap rakyat negerinya yang mengkritik secara terbukan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

2. Ini jelas dapat dirujuk kepada tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merobohkan tandas sebuah kafe sehari selepas  pemiliknya mengeluarkan kenyataan mengkritik pentadbiran kerajaan negeri tersebut di surat khabar Cina.

3. Tindakan ala-‘gangster’ kerajaan negeri  tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan terdapat dua lagi premis miliknya turut digempur  dan salah satu daripadanya telah diperiksa dengan ‘sangat’ teliti dari siang sehingga larut malam semata-mata untuk mencari apa kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

4. Sekiranya  kerajaan negeri ini benar-benar mahu menegakkan undang-undang dan keadilan mengapa tidak dilakukan pemeriksaan terhadap banyak lagi premis lain yang melakukan kesalahan secara terang-terangan?

5. Mengapa mahu menjalankan penguatkuasaan undang-undang secara terpilih dan pilihan tersebut terhadap mereka yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri sahaja?

6. Ini adalah pentadbiran ala-‘Gangster’ yang dilakukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap sesiapa sahaja yang berani mengkritik dan satu amaran kepada rakyat negeri Pulau Pinang yang lain supaya jangan mengkritik pentadbiran negeri, jangan mengkritik Ketua Menteri dan jangan mengkritik parti yang mentadbir negeri.

7. Jika Kerajaan Negeri tidak mahu berhenti daripada pentadbiran ala-‘Gangster’ ini, maka saya sarankan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh gunakan motto perkhidmatan berikut bagi menggantikan motto sedia ada:

“Jangan kritik kami sekiranya anda tidak mahu hidup anda disusahkan oleh kami”

3 ulasan:

Azmin Ali,

INILAH MASANYA KITA LAWAN CUKUP-CUKUP, #Cukuplah #SelangorBaru #SelangorBebasMaksiat

Adakalanya cara rebel untuk mengajar pemimpin yang angkuh dan berlagak macam Azmin Ali perlu dilakukan.

Mungkin cara Jamal Yunus nampak jelek, tetapi hakikat biarlah mesej itu  sampai untuk semua tahu.

Zalimnya kerajaan Selangor perlu diajar.

6 ulasan:

Amanah,

PAN ANGGAP SARANAN PKR SUPAYA BERGABUNG IBARAT MELUDAH KE MUKA MAT SABU

Dr Arif dari PKR menyarankan supaya PKR dan PAN bergabung dalam Pakatan Harapan supaya PAN tidak terjerumus diserang membuta tuli oleh PAS.

Saranan yang nampaknya menjengkelkan pemimpin PAN. Malah Mat Sabu juga sudah geli geleman dengan saranan itu, Khalid Samad terus emosi berlebihan dan menganggap cadangan itu ibarat menghina parti yang ditubuhkan untuk melawan PAS.

Azmin Ali juga menjadi duri dalam daging dalam idea cantas mencantas ini kerana, kita sedia maklum Azmin cukup menjaga makan minum PAS Selangor, ini adalah untuk menyelamatkan Azmin dan mengajak PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

PAN sudah nampak permainan PKR ini, jadi sebelum menjadi buah mulut dan dipersetujui oleh bosnya DAP, awal-awal lagi dibantah dan tidak dipersetujui.

Jadi Pakatan Harapan nampaknya masih pening dalam mencari satu idea untuk melawan BN, sudahnya parti Bersatu sudah dianggap pengacau pula dalam Pakatan Harapan.

Pasti akan ada pertelingkahan perebutan kerusi di pru nanti.


4 ulasan:

Dap Pan

OPERASI FLASH FLAG PAN KANTUI, FAIZ MEMANG ORANG PEMBANGKANG

Setelah menghina Sultan Kelantan bersolat, sehingga membangkitkan kemarahan nitizen secara total.

Pembangkang terpaksa melakukan operasi ubah taktik "demage" mereka hadapi dengan terpaksa menuduh kembali kebiadapan Mohd Faiz itu adalah kerja gelap Umno.

Katanya Mohd Faiz bukan ahli Amanah, malah Mohd Faiz adalah ajen operasi gelap daripada Umno.
Tugas-tugas khas Umno untuk melakukan kerosakan terhadap pembangkang katanya.

Tetapi mereka silap, kerana Mohd Faiz memang orang pembangkang yang berjiwa liberal, sosialis serta golongan Anarcis.

Cakaplah apa sahaja, bangkai gajah mana mampu nak disorokkan dengan hanya berlapikkan daun pisang.

Pembangkang di Malaysia melahirkan golongan bodoh paling bebal teratas dalam dunia.




5 ulasan:

Bersatu

MENCIPTA MUSUH UNTUK KAMBUS MUSUH!! SIAPA TERKENA DAN SIAPA TERPEDAYA?

Strategi perang bukan hanya mengangkat senjata, bukan hanya menggunakan 'smart bomb'.
Strategi itu meluas sehingga ke bibit cara-cara propaganda yang begitu jahat dan sadis.

Begitu juga dengan politik, senjata berkaliber untuk pembunuhan karekter hanyalah dengan satu peluru. Iaitu seks.

Mana-mana umpan untuk pembunuhan karekter ini sudah di rancang, malah target utama supaya terus ditengelamkan dengan umpan itu. Iaitu seks.

Tidak kisah lelaki ataupun perempuan. Bila sudah terperangkap umpan ini, maka bermimpilah ia akan diselamatkan bila ia tersebar.

Maka disebalik strategi umpan itu. Adakalanya sasarannya salah, malah rupanya itu hanyalah salah satu propaganda alih perhatian yang mungkin berjaya.

Jadi kesimpulan berkenaan video seks srikandi parti bunga yang kecoh dimedia sosial, penulis hanya dapat jangkakan itu hanyalah senjata alih tumpuan.

Diikutkan tidak ada satupun dikalangan cytro bunga yang elit-elit bising perihal ini, malah tidak ada pemimpin mereka yang ingin nafikan.

Permainan ini dilampirkan oleh kalangan cytro umno sahaja.
Sekadar bertanya, adakah ini dikatakan umpan yang mengena, tapi dimakan pula sasaran yang dipilih?

Persepsi alih tumpuan sudah berjaya? Atau sememangnya benar video itu memang wujud?
Kita tunggu permainan yang lain.

#JasonBourne
#CivilWar

0 ulasan:

BERSIH 5,

LAGI PENGHINA SULTAN KELANTAN, RAMAI YANG BIADAB DILAHIRKAN OLEH PEMBANGKANG KAYU

Nampaknya golongan liberal hatinya legam ibarat batu sudah melonjak-lonjak jiwanya bila Islam itu semakin di hormati.

Sultan Kelantan dihina lagi oleh manusia sesat dan rosak ini.

(Sebarkan sebaik mungkin)

0 ulasan:

Najib Razak

GUNAKAN STRATEGI BIJAK DALAM MENGHADAPI MUSUH - NAJIB RAZAK

Yang mana kenal rapat dengan YAB Perdana Menteri akan mengetahui bahawa beliau gemar membaca buku, terutamanya buku mengenai perperangan dan ketenteraan baik dari perspektif sejarah, kajian taktikal dan strategi mahupun falsafah.

Ini jelas dapat dilihat melalui cara beliau mengendalikan pentadbiran negara ataupun mengendalikan permainan politik.

Dua pakar strategis perperangan yang juga merupakan ketua kepada angkatan tenteran yang terhebat dalam sejarah tewas apabila membuat keputusan untuk berperang dengan dua barisan hadapan dalam satu kempen. (Having two fronts in one campaign)

Maksudnya, untuk berperang dengan dua musuh berbeza sekaligus.

Dua individu tersebut adalah Napoleon Bonaparte (1821) dan Adolf Hitler (1945) yang mana masing-masing sedang di dalam satu kempen perperangan yang besar, membuat keputusan untuk menyerang Russia.

Kesannya, kedua-dua empayar yang gagah ini dikalahkan dengan teruk.

Saya lihat YAB Perdana Menteri mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah kedua-dua perperangan ini dari sudut pentadbiran mahupun politik.

Dalam pentadbiran, perperangan beliau untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan juga menaikkan pendapatan per kapita rakyat dimulakan dengan memberi fokus terhadap golongan B40 yang telah menghasilkan pelbagai produk yang menggunakan jenama 1 Malaysia. (BR1M, KR1M, dll)

Fokus beliau terhadap golongan B40 ini bermula sejak dari tahun 2009 apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Badawi sehinggalah tahun 2016, kira- kira 7 tahun lamanya.

Bermula dengan pembentangan bajet tahun ini, saya lihat beliau sudah 'selesai' dengan B40 dan kini sedang mengorak langkah untuk menguruskan kumpulan M40 pula.

Kebanyakan program, projek, parsel dan pek untuk kumpulan B40 telah siap tersedia dan berjalan mengikut rutin yang mana agensi terlibat bukan lagi berada pada proses perancangan tetapi pada proses pelaksanaan.

Begitu juga dengan cara YAB Perdana Menteri mengendalikan politik.

Susunan beliau dalam mengendalikan musuh politik sebenarnya teratur dan tertib.

Beliau bermula berhadapan dengan musuh utama parti UMNO yang diwariskan oleh Tun Mahathir iaitu Anwar Ibrahim yang pada akhirnya tewas apabila dipenjarakan akibat salah laku seksualnya sendiri.

Setelah itu, barulah beliau berhadapan dengan musuh politik yang wujud dalam UMNO sendiri yang menjadi duri dalam daging.

Dalam kes ini, beliau tidak sekali harung mengendalikan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Mukhriz dan Dato' Seri Shafie Apdal sekaligus, tetapi diselesaikan satu persatu.

Perlu diingatkan, pada masa yang sama, beliau juga mempunyai tekanan dari musuh luaran, iaitu pembangkang yang terdiri daripada PKR dan DAP.

Ketika ini, beliau mempunyai prospek untuk berperang pada dua barisan hadapan dalam satu kempen, iaitu barisan untuk berperang dengan musuh luaran (pembangkang) dan barisan untuk berperang dengan musuh dalaman. (Kumpulan Tun Mahathir)

Sudah tentu beliau akan tewas dengan teruk apabila memilih untuk berperang dengan situasi sebegini.

Maka, pelbagai tindakan taktikal telah disusun dan dilaksanakan yang mana antaranya adalah untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz untuk keluar dari parti, menggantung Dato' Seri Shafie Apdal sehinggalah pada akhirnya kesemua mereka ini duduk bersama-sama barisan pembangkang, dan lebih memudahkan lagi apabila mereka bersama DAP.

Maka, bermula dengan kemungkinan untuk berperang dengan musuh yang pelbagai, kini mereka kesemuanya duduk di bawah bumbung yang sama.

Sekaligus ini telah menjimatkan sumber, tenaga dan juga mobilisasi tentera.

Muncung meriam tidak perlu diubah kedudukannya kerana musuh sudah berada setempat.

Inilah antara apa yang saya dapat perhatikan tentang YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak tentang kebijaksaan beliau mengendalikan pentadbiran negara dan juga politik.

Saya yakin, sekiranya diberikan peluang oleh Allah SWT, kita sebagai rakyat Malaysia akan dapat merasakan hasil daripada perancangan beliau dalam masa terdekat.

Kalau bukan kita pun yang merasa, anak-cucu kita InsyaAllah pasti mendapat hasilnya.

P/S: MRT fasa pertama sudah beroperasi, jom sama-sama kita 'rasa' hasilnya!

@Raziz Rashid

#JomNaikMRT
#Strategi
#RespectMyPM
#KekalNajib

0 ulasan:

Azmin Ali,

Pemberontakan Dap Selangor terhadap Azmin?

DAP CUBA SABOTAJ KERAJAAN SELANGOR KERANA KRONI TIDAK DISAMBUNG KONTRAK

Banyak keperluan dan kepentingan kroni DAP disekat Azmin Ali sejak kebelakangan ini. Banyak projek yang cuba dimasukkan ke dalam bajet dan pembangunan negeri Selangor telah di sekat dan ada yang dihentikan kontrak mereka serta merta.

Banyak taukeh dan pengusaha mengadu nasib pada DAP kerana mereka tidak dapat menyambung kontrak dengan kerajaan negeri.

Oleh itu, DAP mahu bertindak balas terhadap kepimpinan PKR di Selangor dengan cuba mensabotaj segala usaha yang telah dirancang oleh Azmin dan barisan Exconya.

DAP juga mahu memastikan selepas PRU 14 nanti muka Azmin Ali tidak lagi dilantik untuk menjadi MB Selangor lagi

Dalam hal ini menunjukkan bahawa sikap DAP yang mahukan mereka yang boleh tunduk dan boleh dikeldaikan seperti Mahathir dan lainnya.

0 ulasan:

[SEBARKAN] BIADAB MENGHINA SULTAN KELANTAN #PDRM


Makin menggila pemuja Mahathir dalam memberi hujah, mungkin ketaksuban mereka sudah level macam pengikut ayah pin, malah lebih teruk daripada itu.

Kepada macai bunga, pergi mati dengan parti kulupmu.

2 ulasan:

Tun Mahathir

ALLAH TIDAK MENGKEHENDAKI SEMUA UMAT MANUSIA MEMELUK ISLAM - MAHATHIR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Allah tidak mengekehendaki semua umat manusia memeluk Islam dan agama itu mengajar sifat kesederhanaan dan menolak ekstremisme agama.

Dr Mahathir turut memuji Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang berani mengatakan pendirian tegas mengenai ajaran Islam terutamanya dalam konteks di Malaysia dan dunia Islam.

“Dalam ucapan Presiden (Amanah) tadi amat jelas bahawa hakikat dalam dunia ini terdapat bukan sahaja orang Islam tetapi juga ada orang bukan Islam.

“Kalau kehendak Allah seperti itu, semua jadi Islam. Tetapi dia tidak menyuruh semua orang menjadi Islam.
“Sebaliknya mereka ada berbangsa-bangsa sulaya mereka akan dapat hidup dalam keamanan dan bersikap persahabatan dengan semua kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Amanah di SACC, Shah Alam hari ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam majlis itu turut bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir
“Saya setuju apa yang Tun katakan,” ujarnya.

Mohamad Sabu dalam ucapan dasarnya menegaskan tujuan politik Amanah adalah meraikan kebersamaan tetapi dalam masa yang sama menghormati perbezaan dan kepelbagaian.

“Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama di dalam perkara aqidah.

“Berbeza dalam perkara muamalat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah,” katanya. – SuaraTV

5 ulasan:

STRATEGI DAP SUDAH BERJAYA SETAKAT INI, MELAYU TIDAK AKAN SEDAR! #PadanMuka

SEKADAR DARI SUDUT PANDANGAN RAJA PETRA KAMARUDDIN

Strategi pecah dan perintah Kit Siang

Saya berbangga menjadi seorang pelajar Joginder Singh Jessy. Antara buku beliau adalah ‘History of Malaya (1400-1959)’, ‘Malaysia, Singapore & Brunei, 1400 1965’, ‘The Making Of The Modern World’, dan ‘A short history of South East Asia’. Sehingga hari ini saya suka dengan sejarah dan saya masih mengambil kursus sejarah berkenaan dengan sejarah English dan Eropah (kerana di sekolah kita hanya belajar sejarah Tanah Melayu dan Asia).

Apa-apa pun, apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana 3500 orang British boleh memerintah India yang mempunyai rakyat sebanyak 300 juta orang. Dan mereka melakukan perkara yang sama di Tanah Melayu. Sebagai contoh, hanya satu (ya, hanya satu) 'penasihat' British boleh mentadbir Kelantan dari tahun 1909 sehingga ke tahun 1941 dan disokong oleh hanya segelintir anggota polis Sikh yang berpangkalan di Singapura (yang akan dibawa ke Kota Bharu hanya apabila diperlukan).

Jawapannya sebenarnya adalah sangat mudah. Orang British adalah pakar dalam pecah dan perintah. Dan orang India dan orang Melayu (dan juga orang Cina di China) boleh dibahagikan dan diperintah. Jadi 3500 orang kulit putih boleh memerintah lebih daripada 300 juta penduduk India manakala seorang Mat Salleh di Kota Bharu boleh mentadbir seluruh negeri dan memberitahu Sultan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan (jika tidak anggota polis Sikh akan dibawa dengan bot dari Singapura - dan selepas tahun 1915 dengan menggunakan kereta api).

Jika rakyat Kelantan bersatu, mereka akan sedar bahawa keseluruhan 300,000 mereka boleh dengan mudah menendang keluar seorang Mat Salleh dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh 30 anggota polis Sikh. Tetapi bukankah kerana ini juga Melaka telah jatuh (kerana perbalahan dalaman, seperti mana yang Tun Dr Mahathir Mohamad begitu gemar untuk mengingatkan kita)? Dan Mahathir terus mengingatkan kita berkali-kali bahawa melainkan jika orang Melayu bersatu, mereka akan berdepan dengan bahaya dijajah oleh orang lain sekali lagi.

Apabila Mahathir bercakap tentang 'dijajah' beliau bukan hanya merujuk kepada kuasa asing seperti pada masa lalu. Apa yang dimaksudkannya adalah bukan Melayu. "Melayu akan jadi hamba di negara sendiri" adalah mantra yang Mahathir sentiasa laungkan. Jadi orang Melayu perlu bersatu atau tidak mereka akan kehilangan kuasa politik mereka, adalah peringatan yang berterusan yang Mahathir dan orang-orang seperti beliau katakan setiap hari.

Dan tidak ironikah bahawa Mahathir adalah orang yang sekarang ini memecahbelahkan orang Melayu dan meletakkan orang Melayu dalam keadaan bahaya yang menurutnya perlu dielakkan dengan apa jua cara skali pun?

Sebenarnya, British tidak mencipta strategi pecah dan perintah. Beribu-ribu tahun lebih awal sebelum itu, Sun Tzu telah pun bercakap mengenainya. "Seni menggunakan tentera adalah ini: Apabila sepuluh tentera berdepan dengan seorang musuh, kepung musuh itu; Apabila kita mempunyai kekuatan lima kali ganda daripadanya, serang musuh itu, Jika dua kali ganda kekuatannya, bahagikan musuh itu, "kata Sun Tzu.

Sun Tzu juga berkata seni perang adalah tipu daya. Jadi, anda perlu memainkan helah ke atas musuh anda dan memperdayakan mereka. Buat mereka fikir yang anda lakukan satu perkara walaupun anda sebenarnya melakukan perkara yang lain. Sebagai contoh, buat Bersih kelihatan seperti ia adalah mengenai pilihan raya yang bebas dan adil dan mengenai memberi keadilan kepada rakyat Malaysia sedangkan sebab sebenarnya adalah untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya anda boleh 'membebaskan' RM100 bilion yang telah anda ‘kunci’ di bawah pemegang amanah, proksi, calon-calon dan kroni.

Dan itu, secara kebetulan, adalah sebab mengapa PAS menolak untuk terlibat dalam perhimpunan Bersih 5.0 Sabtu lalu. Malay Mail Online berkata, "Hadi gembira PAS menolak Bersih 5, dan menggelarnya perhimpunan yang berbahaya" manakala Malaysia Outlook berkata, "Hadi menghentam kemelut jalanan Baju Kuning Bersih".

Ya, Abdul Hadi Awang mengetahui sebab sebenar mengapa perhimpunan Bersih 5.0 diadakan dan mengapa Mahathir dan Lim Kit Siang begitu bersemangat mengenainya. Mahathir mempunyai sebabnya yang tersendiri, begitu juga dengan Kit Siang.

Pada Mahathir ia adalah satu Kempen Anti-Najib dan beliau sangat-sangat mahu menggulingkan Najib dan dengan secepat mungkin supaya RM100 bilion beliau tidak akan berada dalam bahaya dan dinasti politik beliau mungkin menjadi realiti. Jika Najib tidak digulingkan maka Mahathir akan kehilangan kedua-duanya: RM100 bilion beliau dan juga dinasti politiknya.

Pada Kit Siang, ia adalah tentang akhirnya menjalankan strategi pecah dan perintahnya yang telah lama ditunggu-tunggu. Pada tahun 2008 (dan 2013) mereka berjaya menjalankan langkah pertama, iaitu untuk menyatukan orang Cina di bawah satu panji politik. Kini mereka perlu menjalankan langkah kedua dan terakhir: iaitu untuk memecahbelahkan orang Melayu kepada lima, enam atau tujuh.

Kita tidak boleh lupa bahawa orang Melayu telah dibahagikan kepada tiga pada tahun 1990 (Umno, PAS dan Semangat 46). Tetapi orang Melayu masih mengekalkan kuasa politik. Orang Melayu sekali lagi dibahagikan kepada tiga pada tahun 1999 (Umno, PAS dan PKR). Tetapi orang Melayu masih tidak kehilangan kuasa politik. Jadi itu bermakna bahawa tiga sahaja tidak mencukupi. Ia mesti lebih daripada tiga: sekurang-kurangnya lima, enam atau tujuh.

Langkah pertama adalah untuk memecahbelahkan PAS. Ini telah pun berlaku. DAP menaja dan membiayai penubuhan PAN. Kemudian mereka perlu bertindak ke atas Umno dan dengan penubuhan PPBM atau Pribumi mereka juga telah berjaya untuk berbuat sedemikian. Jadi sekarang ini orang Melayu terbahagi kepada Umno, PAS, Pribumi, PAN dan PKR.

Tetapi itu masih tidak cukup bagus. Apa yang kita kini ada adalah Umno yang kuat dan PAS yang kuat menentang Pribumi yang lemah dan PAN yang tidak boleh mendapatkan 10% daripada ahli-ahli Umno dan PAS. Umno dan PAS kedua-duanya perlu dilemahkan lagi jika strategi pecah dan perintah itu mahu memberi kesan. Dan jika Umno dan PAS bekerjasama atau menubuhkan pakatan pilihan raya untuk mempertahankan orang Melayu dan Islam daripada serangan orang Cina DAP atau Evangelist Christian, ia akan menjadi halangan utama untuk DAP dan Pakatan Harapan.

Walau dengan cara apa sekali pun, Umno dan PAS dibenarkan untuk duduk semeja untuk apa jua alasan (perpaduan ummah, kepentingan Islam, atau apa sahaja). Umno dan PAS perlu kekal terbahagi dan Umno dan PAS mesti lebih dibahagikan secara dalaman, lebih daripada sekarang.

Pada masa lalu perpecahan dalam PAS adalah semata-mata perpecahan antara ulamak dan golongan ‘liberal’ (apa sahaja yang dimaksudkan dengan ‘liberal’ itu). Media bercakap tentang Erdogan atau Anwarinas berbanding dengan yang konservatif (apa sahaja yang dimaksudkan dengan 'konservatif' itu).

Itu sebenarnya adalah strategi yang tidak bagus kerana ia memberi gambaran bahawa di satu pihak anda mempunyai orang-orang Islam yang sebenar dan di sisi lain anda mempunyai orang-orang Islam yang sekular yang menyokong berjudi, minum arak, seks bebas dan kesatuan gay. Ini bermakna mereka yang berada dalam PAS mengikut perintah Allah manakala mereka yang berada dalam PAN melanggar hukum Al-Qur'an.

Sesiapa yang merancang strategi bodoh ini perlu ditembak. Kini orang PAN dikenali sebagai fasiq atau munafik manakala mereka dalam PAS adalah soleh. Untuk memastikan strategi ini berkesan, perpecahan dalam PAS mesti terjadi antara ulamak dan ulamak dan bukannya antara ulamak dan golongan sekular. Dan untuk memberikan gambaran ini, mereka menggunakan nombor dua dalam PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk melakukan sebaliknya daripada segala-galanya yang nombor satu, Abdul Hadi Awang, lakukan.

DAP mempunyai beberapa Kuda Trojan dalam PAS. Seorang sudah agak terbuka mengenainya: Mahfuz Omar. Beliau mempunyai tulisan 'Ejen DAP' pada dahinya. Kuda Trojan yang lain seperti Husam Musa telah pun dihapuskan seperti tikus. Husam juga sebenarnya adalah Kuda Trojan sindiket perjudian. Tetapi ada orang lain yang sedang bersembunyi dan yang tugasnya adalah untuk mencipta perselisihan di antara nombor satu dan nombor dua dalam PAS.

Sebab itu kita melihat apabila Hadi berkata kita pergi ke timur, Tuan Ibrahim berkata kita pergi ke barat. Kadang-kadang bukannya Tuan Ibrahim pun yang menyediakan kenyataan itu tetapi orang lain yang buat bagi pihaknya. Banyak kali Tuan Ibrahim sebenarnya langsung tidak memahami isu ini. Itulah sebabnya apabila Hadi berkata, beliau tidak menyokong Bersih 5.0, Tuan Ibrahim akan mengutuk penahanan Maria Chin. Ini memberi gambaran bahawa Hadi dan Tuan Ibrahim tidak sehaluan dan bahawa PAS sudah terbahagi sedangkan yang sebenarnya ialah Tuan Ibrahim tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Sebenarnya ini adalah satu strategi yang sangat bijak dan, jika ia berkesan, kali ini Kit Siang akan berjaya memecahbelahkan PAS. Kit Siang juga akan menggunakan PAS untuk memecahbelahkan lagi Umno dengan menggunakan “kerjasama” Umno-PAS (yang mana telah pun mereka lakukan). Orang Melayu mesti berpecah kepada, Umno Pro-Najib, Umno Anti-Najib, PAS Pro-Hadi, PAS Anti-Hadi, Pribumi, PAN, PKR Pro-Azmin dan PKR Anti-Azmin.

Ya, itu adalah matlamat utamanya. Tiga pada tahun 1990 sudah tidak berjaya. Tiga pada tahun 1999 juga tidak berjaya. Lima pada hari ini juga seolah-olah tidak berkesan. Ia akhirnya harus menjadi lapan untuk berkesan: Umno Pro-Najib, Umno Anti-Najib, PAS Pro-Hadi, PAS Anti-Hadi, Pribumi, PAN, PKR Pro-Azmin dan PKR Anti-Azmin. Dan apabila itu terjadi, orang Melayu akan mengikut cara Red Indian yang juga dikenali sebagai yang penduduk asal Amerika di Amerika Syarikat, yang mana adalah apa yang Kit Siang sedang gunakan sebagai panduan beliau.

Ia telah dianggarkan bahawa pada kemuncak negara India, terdapat kira-kira 100 juta penduduk asal di Kanada, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Orang putih secara sistematik telah membasmi mereka selama beratus-ratus tahun dan ahli sejarah kini memanggilnya sebagai ‘genocide’ atau pembunuhan beramai-ramai. Christopher Columbus sendiri dikatakan telah membunuh 500,000 kaum India. Malah Paus di Rome mengeluarkan fatwa yang menghalalkan pembunuhan beramai-ramai kaum India kerana menurut Paus, "Anda hanya perlu melihat ke dalam mata mereka untuk mengetahui bahawa mereka bukanlah manusia."

Ya, sejarah memberitahu kita bahawa lebih ramai orang India membunuh orang India daripada apa yang orang putih bunuh. Dan ini adalah kerana orang putih menggunakan orang India untuk membunuh kaum India. Ia adalah strategi pecah dan perintah yang biasa yang menyebabkan satu kumpulan penduduk asal untuk membunuh kumpulan penduduk asal yang lain. Oleh itu, 100 juta penduduk India telah dikurangkan kepada kurang daripada tujuh juta penduduk India hari ini atau hanya 2% daripada penduduk semasa di Amerika Syarikat dan Kanada.

Itulah satu-satunya cara untuk membuatkan orang Melayu kehilangan kuasa politik. Anda perlu membahagikan mereka dan membahagikan mereka lebih jauh lagi. Lihatlah Singapura dan Pulau Pinang sebagai contoh. Jika ia boleh dilakukan di Singapura dan Pulau Pinang maka ia membuktikan bahawa ia boleh dilakukan di tempat lain juga. Dan sejarah telah membuktikan bahawa cara yang paling berkesan untuk pecah dan perintah adalah dengan menggunakan penduduk asal untuk melawan dan membunuh penduduk asal yang lain.

Tetapi Hadi bukanlah bodoh, seperti ramai rakyat Malaysia, khususnya orang Cina DAP fikirkan. Hadi mempelajari Undang-Undang Syariah di Universiti Madinah antara tahun 1969 dan 1973 dan selepas itu di Universiti Al-Azhar di Kaherah di mana beliau belajar Sains Politik.

Jadi Hadi seorang yang berpengetahuan. Dan beliau tahu apa yang DAP rancang dan cuba untuk lakukan. Hadi juga mempunyai helahnya tersendiri. Dan Hadi menggunakan helahnya dengan baik.

Kuasa politik Melayu segaris dengan ketuanan Islam di Malaysia. Dan jika orang Melayu melihat ketuanan Melayu sebagai asas ketuanan Islam, Umno dan PAS akhirnya akan sehaluan dan orang-orang seperti Tuan Ibrahim dan Kuda Trojan lain dalam PAS tidak diperlukan lagi.

Masalah dengan orang-orang seperti Tuan Ibrahim adalah beliau hanya melihat gambaran yang kecil dan menjadikannya boleh dimanipulasi dengan mudah oleh Kuda Trojan DAP dalam PAS. Hadi, bagaimanapun, melihat gambaran yang lebih besar jadinya beliau adalah seorang ahli politik yang lebih baik. Politik bukanlah satu ‘zero sum game’. Terdapat juga situasi menang-menang. Politik hampir sentiasa mengenai kompromi dan kerjasama. Dan ini adalah sesuatu yang Hadi tahu dan Tuan Ibrahim perlu belajar.

-Raja Petra-

2 ulasan:

HARGA GULA BAKAL NAIK MELAMBUNG?

Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk menaikkan kenaikan harga gula seperti disebarkan di media sosial.
Sebaliknya kerajaan sedang mengkaji permintaan MSM Malaysia Holdings Berhad yang memohon menaikkan harga gula sebanyak 20 peratus berikutan kos gula mentah yang meningkat hampir 40 peratus sejak awal tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu memandangkan harga pasaran bahan mentah itu boleh berubah.
Beliau melahirkan kekhuatiran trend itu hanya bersifat sementara kerana masalah iklim menyebabkan pengeluaran gula dunia tidak mencukupi sementara permintaan semakin meningkat, menyebabkan harga gula mentah dunia naik.
Harga gula di pasaran dunia kini mencecah AS$0.26 bagi satu paun (0.45 kilogram) berbanding AS$0.16 pada tahun 2013 bagi berat yang sama. Kali terakhir kerajaan menaikkan harga gula pada 2013 iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.84 sekilogram.
SUMBER KLIK SINI

0 ulasan:

Dap Pas,

APABILA POLITIK TAMAK HALOBA DIGUNAKAN OLEH PEMANGSA RAKUS IAITU PKR, DAP, PAN SERTA BUNGA


IKTIBAR DARI AMALAN POLITIK PEMANGSA

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KANCAH politik dengan memangsa dan menyerang pihak lain demi untuk melonjak dan mengukuhkan kedudukan diri adalah amalan politikus Machievelli. Haiwan politik seperti ini lebih bahaya dari tentera bersenjata kerana boleh tampil dalam pelbagai hipokrit rupa. Namun, ianya rapuh dan busuknya pasti terhidu sebagaimana kebatilan tidak selamanya bertahan, kebenaran pasti muncul jua.

*Menjatuhkan TSKI*

Masih tidak terlalu jauh untuk imbas kembali tuduhan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI). Bukan musuh dari kalangan parti lawan, tetapi rakan satu parti sendiri memangsakan beliau. Integriti dan kecemerlangannya menerajui Kerajaan Negeri Selangor dirobek dengan senarai panjang fitnah.

Semua gara-gara 'Langkah Kajang' yang konon distrategikan 'Budak Pintar' Rafizi Ramli. Malangnya rancangan gopoh itu menjadi 'kejang', malah menggugat keutuhan koalisi PAS, PKR dan DAP serta kestabilan kerajaan negeri yang dipimpin bersama.

Kesudahan drama pincang ini Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail gagal 'diproksikan' untuk menjadi MB. Saifuddin Nasution dan PKR pula terpaksa memohon maaf kepada TSKI di mahkamah atas semua rekayasa memalukan. Sementara Rafizi melutut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berperanan meringkokkan bosnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

Kesan lain yang tidak harmoni apabila tercalarnya hubungan dengan istana atas kedegilan ditunjukkan hingga mengundang murka Tuanku Sultan dan penarikan darjah kebesaran.

*Banjir Kelantan*

Bukan hanya TSKI, turut menjadi mangsa adalah PAS kerana tidak menjadi 'Pak Turut' mereka. Sedangkan PAS bertegas atas prinsip mempertahan dan mengukuhkan kepimpinan yang sah dari mandat rakyat.

Lalu, musibah banjir dijadikan kesempatan melunaskan dendam; Kerajaan Negeri Kelantan diserang mereka. DAP tampil menghulur bantuan tetapi diberi menerusi 'agen berkepentingan' mereka, tanpa beradab dengan kepimpinan negeri. Malah, mulut lancangnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (LGE) angkuh menempelak Kerajaan Negeri Kelantan sebagai lemah mengurus banjir.

Tetapi Allah menunjukkan kuasa-Nya, banjir yang menimpa Pulau Pinang sejak tahun lepas semakin buruk tanpa dapat ditangani sebaiknya LGE. Juga terdedah, betapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat peruntukan besar untuk menangani banjir dari Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN.

*Setuju Tidak Bersetuju*

Usaha mengangkat Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Dun Kelantan dikecam kuat DAP. PAS difitnah melanggar perjanjian Pakatan Rakyat, sedangkan terma tersebut tidak wujud. Malah, pernah dimeterai perjanjian "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" antaranya melibatkan perjuangan dasar parti masing-masing.

Memartabatkan syariah adalah perintah Allah dan PAS hanya menunaikan taklifan berkaitannya. Malah, diangkat usaha itu sebelum wujud Pakatan Rakyat. Ia juga perjuangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering mereka sandarkan namanya secara salah.

Meroyan dan melalak DAP, serta secara jahat menuduh PAS bersama Umno untuk tujuan itu. DAP cuba jadi 'Abang Besar' memaksa PAS tinggalkan kewajipan itu.

Disebalik semua desakan itu, DAP sebenarnya lebih khianat apabila mahu melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui Pakatan Rakyat. Bahkan 'berselingkuh' dengan BN merundingi projek jambatan serta kelihatan lebih mesra bersama pimpinan Umno-BN.

*Catur Buang TGHH*

Kecewa para pencatur politik dengan pendirian teguh PAS, maka batang tubuh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba dimangsakan. Ketidakhadiran beliau ke Mesyuarat Pakatan Rakyat dan sidang Parlimen dimomok isukan. Walhal apabila disemak rekod kehadiran, disiplin komitmen beliau jauh lebih baik.

Semakin berang mereka kepada beliau tidak tertahan lagi apabila DAP secara terang-terangan campur tangan dalam rumah tangga PAS. Setelah gagal memperkudakan 'anak-anak derhaka' (yang akhirnya menubuhkan PAN), dilobi mereka 'pasukan baharu' kepimpinan tajaan mereka pada pemilihan Muktamar PAS.

Bahkan terdahulu, DAP Sarawak dan Sabah memutuskan hubungan dengan PAS, begitu juga DAPSY terhadap Pemuda PAS diikuti pengisytiharan DAP putus hubungan dengan TGHH.

*PRN Sarawak*

Kecurangan hubungan DAP, PKR dan PAN makin terserlah pada PRN Sarawak. Bagaikan haiwan karnivor, mereka saling menyerang dan memangsakan apabila bertembung kerusi ditandingi.

Lebih lagilah kepada PAS yang dimangsakan dengan pelbagai tuduhan dan gangguan menggunakan PAN. Natijahnya, gabungan bernama Pakatan Harapan (PH) itu tidak membawa sebarang impian untuk masa depan Sarawak.

*Skandal & Korupsi*

Ghairah sungguh cybertrooper dan media upahan menyerang pimpinan PAS dengan isu-isu pemilikan kenderaan dan rumah, pembalakan, suapan wang RM90 juta dan hasil perlombongan. Hidangan makanan kepada pimpinan PAS juga diisukan.

Malangnya yang meletup terdedah serta berhadapan siasatan dan pendakwaan adalah isu banglo mewah LGE. Begitu juga kejutan dari deretan kenderaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan banglo mewah Ketua AMK Ampang, Adam Rosly.

*Pujuk Rayu*

Sayu hati mendengar pelbagai pujuk rayu pimpinan PH kepada PAS untuk bersama, akui iktiraf dan seia sekata dengan permintaan mereka. Lebih mencemaskan mereka apabila analisis banyak pihak menunjukkan perlunya PAS dalam menjayakan pelbagai agenda politik negara.

Peliknya sebelum itu mereka mengkeronyok PAS seteruk-teruknya hingga pimpinan PAS kehairanan mencongak logik rakan pembangkang menyerang sesama parti pembangkang.

*Lobi - Laga*

Gerakan untuk menjatuhkan TGHH tidak berakhir dengan keluar para perancang berkenaan menubuhkan wadah-wadah lain. Dilobi dan dicanang Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengambil alih kedudukan Presiden. Juga cuba dilaga-lagakan dengan dakwaan tidak sefahaman.

Terbaru, Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad pula disasarkan dengan tuduhan korup dan menentang TGHH yang dihujahkan secara telahan andaian berbayang serkap jarang.

Kesiannya yang timbul apabila LGE terpaksa umum Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikannya nanti. Manakala Rafizi Ramli secara rasmi melepaskan jawatan Setiausaha Agung PKR dan menyerahkannya kepada Saifuddin Nasution.

Harakah

0 ulasan:

Penahanan Maria Chin dan sebabnya

*KENYATAAN MEDIA*

*JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA (ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA)*
*PENAHANAN PUAN MARIA CHIN ABDULLAH DI BAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 [AKTA 747]*

Jabatan Peguam Negara amat prihatin terhadap pandangan dan persepsi masyarakat berhubung penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan undang-undang negara sentiasa dihormati dan dikuatkuasakan sewajarnya.

Berhubung isu penahanan Puan Maria Chin Abdullah, perlulah difahami bahawa Akta 747 adalah merupakan suatu undang-undang prosedur yang mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas berhubung penangkapan, penahanan dan penyiasatan berkaitan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama Akta 747 mentakrifkan “kesalahan keselamatan” sebagai bukan sahaja terhad kepada kesalahan berhubung dengan keganasan tetapi turut meliputi antara lain, kesalahan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Justeru, penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah seksyen 4 Akta 747 yang bertujuan untuk membantu siasatan pihak Polis Diraja Malaysia kerana dia disyaki terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, adalah teratur dari segi undang-undang.

Oleh yang demikian, Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kelak.

*TAN SRI DATO’ SRI HAJI* *MOHAMED APANDI BIN ALI*
_PEGUAM NEGARA MALAYSIA_
_25 November 2016_
NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4​, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 *PUTRAJAYA*
Tel.   : 03 - 8872 2000
Faks : 03 - 8890 5609
Web  : www.agc.gov.my

0 ulasan:

DAP SUDAH KEPANASAN ISU VIRAL KIASU CABUL PENGUATKUASA WANITA MBSA

KALAU MBSA TARIK BALIK REPORT POLIS LEPAS INI TIADA KOMPROMI LAGI. SELEPAS INI PBT SELANGOR AKAN DIKUTUK.

Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.

Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.

Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga, atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham


akili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

0 ulasan:

RUMAH MAMPU MILIK DIJADIKAN RUMAH ENAP DESA, KERAJAAN GUAN ENG MAKIN BUSUK PERANGAI

GEORGE TOWN: Seorang pemilik rumah mampu milik di Gelugor yang berang dengan tindakan jirannya menyewa unit bersebelahan kepada orang asing, menghantar nota bantahan kepada kerajaan Pulau Pinang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

K L Soh, 50, yang bosan selepas kehabisan semua saluran mengadu, memutuskan untuk berjumpa exco negeri yang menjaga hal ehwal perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menemui Jagdeep dan bertindak menyerahkan satu dokumen berhubung kebimbangannya kepada wakilnya, Fakhurrazi Ibnu Omar.

“Saya sudah mengadu kepada hampir setiap orang – Biro Aduan Awam, majlis perbandaran, Jagdeep, semua orang. Tetapi sehingga hari ini, tiada tindakan diambil.

“Saya sedih untuk mereka yang memohon rumah mampu milik apabila kita ada orang yang menyewa rumah mereka RM200 sehari. Ada yang tinggal lebih 2 bulan.

“Saya juga bimbang dengan keselamatan saya kerana orang asing berulang-alik di sepanjang koridor setiap hari, dengan ada yang mengotorkannya juga.

“Ada yang biadap kerana mereka menghempas pintu dan membuat bising,” kata wanita kelainan upaya itu kepada wartawan di luar bangunan DUN hari ini.

Di Pulau Pinang, pemilik rumah mampu milik tidak dibenarkan menjual atau menyewa rumah mereka selama 10 tahun. Pemilik juga perlu mendiami rumah terbabit.

Pangsapuri Soh masih baharu dengan penduduk berpindah ke sana kira-kira setahun lalu.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan yang menemani Soh berkata, penguat kuasa perlu mengadakan rondaan bagi memastikan pemilik tinggal dalam rumah mampu milik mereka.

“Kita ada hampir 20,000 pemohon rumah mampu milik dalam senarai menunggu. Ini amat tidak adil kepada mereka,” kata Huan.

Soh berkata, beliau sudah mengadu kepada Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan bersama pangsapuri terbabit.

“Mereka tahu mengenai masalah itu. Tetapi mereka belum menyelesaikan masalah itu. Saya sudah tinggal di sini 19 bulan. Saya sudah e-mel kepada Jagdeep, tetapi beliau tidak balas.

“Pada Februari tahun ini, selepas saya mendapat bantuan MCA, pejabat Jagdeep membalas e-mel saya. Menurut e-mel itu, mereka akan ambil tindakan. Tetapi sehingga hari ini, tiada apa yang berlaku,” katanya.

Baru-baru ini, Parti Cinta Malaysia mendedahkan blok pangsapuri Soh itu turut didiami orang kaya,s selain banyak unit disewakan melalui laman web hartanah secara dalam talian.

FMT masih menunggu maklum balas Jagdeep berhubung masalah Soh.

Sumber FMT http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/21/wanita-berang-rumah-mampu-milik-jadi-rumah-inap-desa/

0 ulasan:

[SHARE/VIRAL] BERSIH 5.0 YANG BUSUK, KEJI, HINA DAN KARUT, MELAYU BODOH SAHAJA IKUT BERSIH

HIPOKRASI TUNTUTAN BERSIH 5.0 - SIRI 3

Tuntutan ketiga himpunan haram BERSIH 5.0 adalah mahukan hak membantah dan bersuara tanpa sebarang rasa takut jika ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Realitinya, hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan berbeza pandangan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

Rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan pelbagai dasar, program dan aspirasi kerajaan mempunyai banyak saluran untuk mengemukakan bantahan melalui wakil-wakil mereka di Parlimen selain diizinkan menganjurkan sebarang seminar, bengkel, persidangan dan seumpamanya.

Malah untuk mengadakan sebarang himpunan sebagaimana BERSIH 5.0 pun kerajaan Malaysia izinkan dengan syarat mematuhi undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (dalam konteks ini DBKL) dan Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Isunya adalah penganjur BERSIH 5.0 sendiri GAGAL MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIBAHASKAN DAN DIGUBAL DI PARLIMEN SEMENJAK MERDEKA lagi.

8 ulasan: