Selasa, 5 Januari 2016

APAKAH KEPUTUSAN KERJASAMA ANTARA PAS DAN UMNO BAKAL GAGAL? GEMBIRALAH MUSUH ISLAM

Diharap walau apa sahaja keputusan dari Hadi Awang, memungkinkan suatu yang postif, atau berbalik kepada keadaan normal, Pas tetap seteru dengan Umno cuma kali ini tidak semacam bersama pakatan rakyat dahulu, melawan Umno dengan amarah, dendam, iri hati, membuta tuli hamun, maki dan caci.

Kita perlu ingat, musuh Islam sedang bergembira dengan keadaan pecah belah antara orang melayu sekarang, tu pasal Dap cerdik bermain strategi, mereka melahirkan Pan, adakah kerjasama Pas dan Umno bakal terjadi?

Adakah keputusan itu akan merosakkan sama sekali usaha kafir untuk menakluk negara bertuah ini dari tangan orang Islam?

Ramai kata mustahil, tetapi kena ingat tidak ada yang mustahil bila kafir melakukan dark side strategi, yang rugi kita, yang melopong bukan Umno sahaja, malah Pas juga. Orang Islam hanya ada pada nama, Singapura contohnya.. apa jadi?

KERJASAMA PAS-UMNO: HARON DIN MINTA TUNGGU PEMGUMUMAN PENTING HAJI HADI AWANG

SEGALANYA jelas terserlah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin spritual PAS Datuk Seri Dr Haron Din yang juga Mursyidul Am PAS adalah dua tokoh PAS yang cenderung kepada 'perpaduan ummah' iaitu kerjasama PAS-UMNO. Dengan barisan kepimpinan diperingkat pusat yang menyokong secara total kepimpinan keduanya selepas 'gunting dalam lipatan' telah keluar beramai-ramai menubuhkan parti baru selepas tewas dalam pemilihan PAS Jun tahun lalu. Pemerhati politik menunggu penuh minat pengumuman yang dijangka dibuat oleh Haji Hadi mengenai apakah parti tersebut bersetuju menerima pelawaan UMNO untuk mengadakan kerjasama politik. "Pinangan' dari UMNO dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO awal Disember lalu di PWTC. Difahamkan PAS bakal mengumumkan keputusan rasmi mengenai kerjasama politik diantara parti Islam itu dengan parti pemerintah, UMNO dalam masa terdekat ini. Mursyidul Am PAS Dr Haron Din dipetik berkata keputusan itu akan diumumkan dalam sehari dua ini oleh pimpinan tertinggi parti. "Mungkin perlu tunggu sehari dua lagi, akan ada pengumuman rasmi.sama ada jadi tak jadi dalam sehari dua ini", katanya. Haji Hadi dijadual memberi taklimat khas mengenai perkara tersebut kepada seluruh pimpinan PAS negeri, Ahli Parlimen PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan akar umbi yang bakal berlangsung di Kota Baru Sabtu ini. Sebelum ini perkongsian pentas antara Haji Hadi dan Najib dalam program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang diadakan pada bulan lalu menimbulkan pelbagai persepsi dan perdebatan, sama ada di media arus perdana mahupun di media sosial. Selain itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin UMNO dan PAS untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal. Menurutnya usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai. PAS sebelum ini mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan parti serpihannya (PAN) yang mempunyai objektif yang sama untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional daripada menguasai Putrajaya. Malah, Haji Hadi berkata, perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata-mata ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. "PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu kuasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain iaitu ambil alih pemerintahan. "Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan perdana menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa," kata Haji Hadi.

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/9781-kerjasama-pas-umno-haron-din-minta-tunggu-pengumuman-penting-haji-hadi.html

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. bila pulak PAS itu ISLAM dan UMNO pulak di kafirkan PAS. Mana ada musuh ISLAM suka.. musuh org melayu la

    BalasPadam
  3. Kalau nak tegur dan nasihat, lbh mudah dan berkesan jika berkawan dan berbaik baik, dr dgn cara bermusuhan, berkonfrontasi, mengutuk, mengata. Sambil tu boleh bekerjasama memperbaiki apa yg patut diperbaiki. Kalau sebelum ni dgn kafir pun boleh peluk cium, takkan sesama Islam, berbaik baik dan bertolak ansur tak boleh ?
    Tp kalau dah letak ego, angkuh kat depan, dia jer yg Islam, konon konfom syurga, sampai bila pun gitu ler, duk jaja aje, tp tak ke mana.

    BalasPadam
  4. Dah terantuk baru nak tengadah.
    Ada sapa kisah PAS & UMNO nak bergabung.....????
    Yang satu mainkan isu MELAYU dan yan satu lagai isu ISLAM.
    Dua-dua tak boleh pakai.

    BalasPadam
  5. Sebenarnya, gabungan PAS & UMNO boleh berjaya.Sebelum ni, ramai beranggapan PAS ialah party ALTERNATIF kepada UMNO. Tetiba PAS nak bergabung dengna UMNO. Hilanglah sebuah party alternatif tetapi....Aspan kata, "Yang penting nya UMNO itu perlu menukar barisan kepimpinan terlebih dahulu. Barulah kerjasama itu membawa faedah. Kalau bekerjasama dengan kepimpinan hari ini dalam UMNO tidak mustahil PAS akan jatuh bersama akan berjaya kalau"
    Kalau ini berlaku, gabungan PAS & UMNO boleh mencapai satu kejayaan. Kalau UMNO kekal dengan barisan kepimpinan sekarang, kemungkinan besar pengundi Melayu akan berada di jalan buntu. Samada mereka simpan UNDI MEREKA atau kami undi BEBAS. Either way, UMNO & PAS lah yang menanggungnya.

    Fikir-fikirkanlah.


    yang benar,
    Mak Limah AJK UMNO cawangan Felda bkt gambir

    BalasPadam
  6. Sebenarnya, gabungan PAS & UMNO boleh berjaya.
    Sebelum ni, ramai beranggapan PAS ialah party ALTERNATIF kepada UMNO. Tetiba PAS nak bergabung dengna UMNO. Hilanglah sebuah party alternatif tetapi....Aspan kata, "Yang penting nya UMNO itu perlu menukar barisan kepimpinan terlebih dahulu. Barulah kerjasama itu membawa faedah. Kalau bekerjasama dengan kepimpinan hari ini dalam UMNO tidak mustahil PAS akan jatuh bersamanya...."
    Kalau kepimpinana UMNO yang ada hari ini ditukarkan, tidak mustahil gabungan PAS & UMNO boleh mencapai satu kejayaan. Kalau UMNO kekal dengan barisan kepimpinan sekarang, kemungkinan besar pengundi Melayu akan berada di jalan buntu. Samada mereka simpan UNDI MEREKA atau kami undi BEBAS.

    Either way, UMNO & PAS lah yang menanggungnya.

    Fikir-fikirkanlah.


    yang benar,
    Mak Limah AJK UMNO cawangan Felda bkt gambir

    BalasPadam