Selasa, 26 Januari 2016

IS PANAS HATI DENGAN KECEKAPAN PIHAK POLIS DAN TENTERA MALAYSIA?


KUALA LUMPUR: Wakil militan IS menghantar mesej amaran kepada Malaysia berikutan usaha negara ini yang giat memerangi kumpulan terbabit.
Menerusi rakaman video yang bertajuk "Mesej Awam Kepada Malaysia" itu disiarkan dalam bahasa Malaysia itu, unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya.
"Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.
"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.
"Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah."
Selain dari video ancaman itu, terdapat juga satu video yang menyeru 'saudara' Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.
Di dalam video tersbut, dilihat salah seorang ahli Katibab, Abdul Halid Dari menggesa mereka untuk berikrar kesetiaan terhadap pemimpin IS, abu Bakr Al-Baghdadi.
Selain itu, Abdul Halid juga ada menyebut tentang ajaran Nabi Muhammad bagi menyakinkan pejuang di Somalia untuk menyertai IS.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin ketika mengulas mengenai video ancaman berkenaan berkata ancaman dan cabaran kepada Malaysia itu mencerminkan pendirian kurang ajar kumpulan Katibah.
"Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.
"Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka," katanya sebagaimana lapor mStar Online.
Katanya juga, bahagian anti pengganas akan lebih berhati-hati kerana serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.
"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak mampu untuk membiarkan pengawal kami ke bawah," katanya.
Tentang video yang ditujukan kepada Somalia pula, Ayob Khan berkata biarpun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Arab, tapi Abdul Halid bercakap dalam bahasa Melayu dan beliau mengesyaki pembabitan rakyat malaysia di dalam kumpulan Al-Shabaab.
"Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas," katanya.

4 ulasan:

  1. Pendidikan agama secara menyeluruh kpd semua berteraskan aliran Maturidi-Ash'ariyah-Salaf sebenar dpt mengekang ideologi ideologi ganas sebegini.
    Pemahaman cara wahabiyah, mmg begitulah hasilnya ; kafir mengkafir, syirik mensyirik, bid'ah membid'ah, murtad memurtad, kemudian menghalalkan darah yg tak sealiran dgnnya.

    BalasPadam
  2. bodoh punya indon..pegi la bom israhell tu

    BalasPadam
  3. diaorang ni sebenarnya belajar ilmu agama sekerat ja, tapi buat-buat faham lebih.
    ISIS ni mmg hasil agensi zionis mossad di bwh sayaret makarel, apa yg menarik founder ISIS sendiri org yahudi zionis di kenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi atau nama betoi dia Elliot Shimon mak bapak elliot shimon tu field agent mossad.
    punca ISIS & ISIL di wujudkan ialah sbb bnyk peluang tentera dajal ni buleh ambik kesempatan untuk melemahkan struktur sosiopolitik negara-negara islam dan masa yang sama membuat keuntungan atas hasil kawasan rampasan baru seperti di syria iaitu laluan saluran minyak yang sekarang ni di kendalikan oleh genea energy syarikat milik rupert murdock dan jacob rothchild.
    jadi kepada umat islam ug dok percayakan ISIS ni seperti tentera langit fikir-fikir kan lah lagi sbb dlm sejarah tamadun negara-negara islam kita dah menyaksikan banyak sekali kumpulan-kumpulan pemberontak di wujudkan oleh org kafir untuk menjatuhkan dan melemahkan islam dari segala sudut, percayalah ada juga segelintir ulama-ulama yang kita sanjung adalah agent dajal, mereka akan membuat kenyataan atau fatwa baru untuk menghalalkan kejumudan umat islam sendiri. amat bahaya mereka ini..

    BalasPadam
  4. Bodoh....jauh mana jer israel dari syria dibanding malaysia...
    Bagus mrk serang zionis klu ingin sgt mati syahid....
    Bodoh...beginilah jadinya jika belajar agama sekerat2....
    Bodoh2 aku pun...bunuh org tak bersalah bukan amalan agama Islam...itu amalan yahudi zionis...
    Yahudi nie....bunuh nabi pon mrk sanggup apatahlah lagi manusia tak bersalah....itu sejarah!!!!
    Celaka dan sial hidup korang yg gila nak bunuh manusia sesuka hati tu....bangsat korang!!!!!

    BalasPadam