Rabu, 27 Januari 2016

Mudah nak faham politik Pas sebenarnya

Dikala mereka diambang perpecahan, tahukah anda, strategi licik Pas bukanlah untuk melanyak Dap yang terang-terang memijak kepala Pas ketika bersama Pakatan dahulu. Tetapi strategi Pas hanyalah akan memecahkan undi Umno dikawasan melayu.

Kenapa ayat Istiqomah hingga kemenangan digunakan? Mudah sangat nak selami taktik ini.
Ketika PRU, kawasan melayu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Umno-Pas-Pan.

Siapa yang untung? Sudah pasti Pas, sebabnya mudah, serang Umno dengan gunakan modal-modal apa saja walau fitnah, wujudkan persepsi sangat jahat, Umno dilantun kiri dan kanan, Pas, Pan, Pkr dan Dap.

Disebalik perbalahan Pas dan Pan, sebenarnya wave politik alih perhatian cukup berkesan, wave simpati keterlaluan sudah dijangka. Pas mendapat simpati orang melayu.
Mudah nak buat kira-kira, 3 penjuru, Pas pasti akan menang tipis, memungkinkan 60-70%% kawasan Melayu mereka tawan.

Di kawasan cina pula, Dap adalah king, 99% mereka sudah pasti dalam tangan, pasti.
Jadi strategi alih perhatian supaya Umno terjerat bakal terjadi. Malah memungkinkan kekalahan buruk untuk Umno.

Walaupun ada kata Dap teruk, yup memang teruk dan tak boleh pakai, tetapi Pas lagi licik dalam memasang bom masa kepada Umno.

Pemimpin Pas menyerang PM Najib tanpa belas, pengikut hamun Umno tanpa noktah, Umno pula tak membalun Pas kerana kesihan mereka berpecah.

Bayangkan, PM Najib menghulur salam perpaduan, kita tengok betapa angkuh tahap gaban mereka punya ego. Nak selamatkan kuasa Islam, sudahnya Umno dah nak karam baru cari Pas kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kalaulah strategi ini berjaya, Dap dan Pas bakal bergabung semula, Pan berkubur, mungkin ramai masuk Pas kembali. Politik punya game licik bukan? Sudahnya BN bakal berkubur.
Apa pula strategi Umno selepas ini? Tunggu dan lihat?

#KitaDalamBahaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan