Isnin, 8 Februari 2016

BILA NAK SEDAR WAHAI PANGLIMA PERANG PEMBANGKANG SELANGOR?

Seni perperangan itu licik, tetapi perperangan bukan semata-mata mengangkat senjata, zaman era baru, zaman media sosial, perperangan penjurus kepada persepsi.

Mengapa pembangkang mampu mengegarkan taktik persepsi pasti menang dahulu, keputusannya biarkan sahaja.. mudah je, kaitkan dengan keadaan semasa, jentik, berikan impak emosi kepada mereka, pasti mengena.. tu pasal Rafizi hebat dalam perperangan ini, Anwar Ibrahim antara pencetus idea ini. dark side war.
Perihal Pembangkang di Selangor

Ok bercerita perihal si Azmin di Selangor, mengapa dia steady walau banyak isu berbangkit walaupun isu rasuah, masyarakat, denggi, sampah, projek hantu, rumah urut serta banyak lagi ditaji pelbagai rupa, dia masih steady.

Dia mengamalkan politik pegang kepala jaringannya, maksudnya, ada apa impak isu yang keluar, dia akan lakukan sesuatu perkara yang bila marhein baca, perghh, memang seorang MB menjaga rakyat kononnya.

Tetapi realiti dia adalah sang penyamun kekayaan yang hebat, kalau berlaku isu, jentik-jentik sayang sahaja. Mungkin dia hanya ketawa kerana ilmu politik sudah dikhatam dengan mahagurunya, Anwar Ibrahim serta Tun Mahathir.

Isunya sekarang mengapa Azmin mampu ketawa kerana tiada isu besar boleh menjentiknya? Mudah kerana pembangkang di Selangor tiada ikon seperti Chegu Bard yang kerap membongkarkan skandal Azmin, cuma Chegu Bard popularitinya tidak seberapa bagus, malah tidak memberi serangan yang boleh mengoyangkan Azmin.

Mengapa? Sebabnya pembangkang Selangor terlalu selesa, tidak ada kehebatan media massa dan sosial serta ngo yang mengoyangkan ibu pejabat SUK dengan isu-isu berat, isu DEIG dah tenggelam, isu pintu gerbang walau ada unsur rasuah pun tenggelam, terbaru isu kubah masjid yang dikatakan membazir juga tenggelam, sepatutnya pengerusi Umno Selangor ambil kesempatan untuk menaji Azmin, nak harap portal Selangor Post? Maaf cakap, Azmin mungkin garu kepala, menatang apa tu?

Permasalahan portal Selangor Post berkisar dengan ilmu syok sendiri yang merasuk majoriti kepimpinan Umno Selangor, apa nak jadi ni?

Kalau benar nak tawan Selangor, perang propaganda dah mula dan dah dilantik unit-unit serangan bertali arus, tetapi apa jadi? Lesu, lunyai, bobrok, hipokrit, malu, serius malu, apalah nak jadi.

PM Najib pernah usulkan kekecewaan itu pada konyensyen Umno Selangor pada november 2014 lalu, Sekarang 2016, lagi 2 tahun lebih nak pru, kemana pergi komandan yang pakar-pakar sebelum ini?

Apa nak jadi Umno Selangor? teguran ini untuk semua, bukan untuk kepentingan. Nak menang perang ke nak hulur kepala kepada musuh? Politik apa yang merasuk kalian semua?

Bersambung... 

Perihal ketua perang Media Selangor kepunyaan Umno diketuai oleh bekas orang Pas yang pernah bekerja dengan TV Pas, tunggu pendedahan yang lain. 

Jangan lupa hastag
#SalamTingkat9

6 ulasan:

  1. Da kalo ko pandai sangat..nape tak ngko ajer yg taji azmin..sembang kencang..cer buat!!..

    BalasPadam
  2. Hahaha..betul..rasuah kunun..
    Aku ok je bawah azmin walaupu 4 kali pangkah BN..
    Yang pasti aku tK akan pangkah unno next election..

    Lu pk la sendiri kepala bom..

    BalasPadam
  3. tengoklah kau berdua kat atas ni....doa rakyat Selangor tetap Allah dengar....tapi harapan rakyat Selangor biarlah wakil Najib dengar dan sampaikan pada Najib yang kami betul2 tidak sanggup hidup di bawah pemerintahan pembangkang...oleh itu tolong lantik seorang panglima perang yang sentiasa bersedia dan bersiap siaga untuk menyerang dalam berbgai bentuk melalui road show..blog kain rentang ,,,,strategi tu penting bukan mcm Noh...entah apa strategi dia ....kami tak tahu langsung tak nampak....kalau nak tahu sapa yang layak ...utuk pegng jawatan itu..tanya mohmad khir toyo...

    BalasPadam
  4. hahaha..strategi dah dekat nak 10 tahun?
    umno masih di buai mimpi..
    tidur tak bangun..sedap lena..

    puak ni minum kat kedai mamak seolah2 mcm perintah negeri..dapat duit jadi ketua cawangan lesap ntah kemana..

    aku sensara masa zaman khalid ibrahim..tapi umno menongkah arus kata khalid ibrahim hero..bila azmin nak betulkan balik..semua blogger pemakan dedak kata rasuah lah itu lah ini lah..

    bukak mata sikit..



    BalasPadam
  5. Kalau UMNO nak kuat di Selangor...senang jer. Suruh Najib lepaskan jawatan. Kuatlah balik. Selagi Mr 2.6 Bilion masih di situ..., toksah mimpilah.

    BalasPadam
  6. selangor akan tetap dalam milik pembangkang , kerana UMNo tidak mahu merebutnya, kerana UMNO terlalu lemah untuk merampasnya!
    rakyat selangor sebenarnya masih sayang pada parti UMNO, tetapi UMNO yang tidak pandai menyambut salam dari rakyat selangor, UMNo yang tidak mahu menyambut salam rakyat selangor, habis tu nak buat macamana?

    pembangkang tidak kuat, tapi UMNO yang lemah , khususnya di selangor

    BalasPadam