Jumaat, 12 Februari 2016

BN MASIH RELEVAN DI SELANGOR KATA PENGERUSI UMNO SELANGOR

 
SHAH ALAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan parti itu yang dikeluarkan Penolong Setiausaha Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalulail menyentuh kepimpinan negeri.

Menurutnya, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Bahagian Pandan untuk menjelaskan dakwaan yang dikeluarkan oleh Rosli dalam sebuah portal, semalam.

“Itu masalah cawangan, jadi biarlah ketua bahagian yang memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Kalau setiausaha atau ketua bahagian yang membuat dakwaan tersebut barulah saya boleh berikan komen,” katanya.

Syed Rosli mendakwa Umno Selangor berisiko hilang sokongan jika semua pemimpin di peringkat cawangan sehingga pusat hanya memikirkan projek untuk kepentingan peribadi dan membelakangkan tanggungjawab hakiki memberi khidmat kepada rakyat.

Menurutnya dalam satu portal berita, sifat ego, pentingkan diri sendiri serta mempunyai masalah kepimpinan hanya menjadikan pengundi sesebuah negeri terutama yang dikuasai pembangkang akan terus melupakan parti serta BN.

Sementara itu, Adun Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata, Umno Selangor masih lagi mendapat sokongan rakyat walaupun parti berkenaan tidak berjaya menubuhkan kerajaan di negeri ini selama dua penggal berturut-turut.

Beliau berkata, masih ada lagi wakil di dalam parti yang mendapat sokongan rakyat sehingga mereka dipilih menjadi pemimpin.

“Memang kita mengaku Umno kalah di Selangor tetapi bukan kalah semua kerana masih ada lagi wakil Umno yang memimpin di peringkat Dun dan Parlimen.

“Menang kalah adalah perkara biasa tetapi ia tak bererti kita kalah selama-lamanya dan lagipun negara kita masih dipimpin oleh Umno,” katanya.

Mengulas dakwaan yang mengatakan UMNO Selangor berisiko hilang sokongan jika semua pemimpin di peringkat cawangan sehingga pusat hanya memikirkan projek untuk kepentingan peribadi berbanding tanggungjawab kepada rakyat, Shukor berkata, dakwaan tersebut bersifat tuduhan rambang dan tidak mempunyai asas.

Katanya, Rosli sepatutnya tujukan dakwaan berkenaan kepada individu tertentu supaya apa yang dimaksudkan difahami oleh semua pihak.

“Kalau begini kenyataan yang dikeluarkannya kita pun tak faham apa yang cuba disampaikannya.

“Dia perlu sebut nama individu tertentu untuk menyokong dakwaannya itu kerana ia lebih baik daripada melakukan tuduhan secara rambang seperti ini,” katanya lagi

Beliau yang juga Adun Kuang berkata, Rosli boleh menyertai pembangkang jika dia terus mengkritik parti secara rambang seperti ini.

“Lebih baik dia jadi pembangkang kalau tak boleh nak berbaik dengan pimpinan dan ahli di dalam parti.

“Senang kita nak berdepan dengannya nanti,” katanya.
 
Ps: Realiti ke fantasi? nilaikan
 
#SalamTingkat9

9 ulasan:

  1. UMNO masih relevan jika Najib lepaskan jawatan sekarang....!!!

    BalasPadam
  2. Komen saya walaupun pembangkang x kuat skrg ini di Sgor tp Umno ttp x dpt mengambil semula sgor.Silap2 kalah semua semua kerusi.Nak hrp Mca mic dan gerakan bye2 shj lah.Mimpi di siang hari.Dgn isu semasa skrg lagi la pulak..Pm pun x de mood nak kempen di sgor takut malu kalah lagi.

    BalasPadam
  3. Umno kena buat Kempen secara besar-besaran di Selangor... sbb hanya 2 tahun sahaja lagi.

    Buat Kempen kesedaran ttg Kesedaran Perbelanjaan Berhemat ke, Kempen kesedaran Jalan Raya ke..

    BalasPadam
  4. UMNO akan releven kalau Tun Mahathir shut up his fooking mouth...what a loser pensioner

    BalasPadam
    Balasan
    1. YA.Salah TUN M,
      Salah DAP.
      SALAH YAHUDI nak jatuhkan Islam umno.
      Semua oranng salah, kecuali NAJIB & SI PEMAKAN DEDAK. HAHAHAHA

      Padam
    2. Yalah Cik Milah...bab kelakuan salah ni semuanya asyik salahkan DAPlah..., Tun M lah...waimah Yahudipun disalahkan juga. Pok Najib tak salah. Dia suci dan terpilih katanya....ahaks...ahaks...??? Bak kata Tanpa Nama 2:03 selagi Najib ada disitu, tak ada yg relevan ngan UMNO sekarang ni. Toksah mimpilah....

      Padam
  5. tak semua org umno macam itu...rosli boleh cakap macam itu..itu hak dia..tapi jgn keterlaluan sangat..umno selangor masaih relevant walau sekadar pembangkang di Selangor..

    BalasPadam
  6. Memang Umno releven tapi kalau panglima perang tak bertindak tak serang mana nak tarik sokongan dari mereka yang dulu membabi buta sokong PKR dan PAs kembali sokong Umno.kita tahu orang Umno setia tapi masalahnya orang yang buta hati dan buta akal .orang ni perlu di brain wash...tunjukkan bukti betapa parti Pkr ni dan Pas ni cuma boneka Dap tunjuk bukti mereka ni lagi kuat raduah tunjuk buktu mereka ni penipu besar tunjuk bukti selama ni kerajaan pusat yang banyak biaya sekolah agama ,guru agama kat selangor..biar malu Pas dan Pkr yang cakap macam hebat tapi kosong...please lah lagi 2 tahun...perang saraf ni penting..,kalau Noh tak boleh buat asyik nak ulit bini dia yang penyanyi kembar tu ganti orang lain....yang ada strategi perang saraf dah cakap tanya khir toyo dia tahu sapa calon sesuai...tolonglah...saya tak sanggup lagi hidup dalam cengkaman pembangkang di Selangor ni...cuma cina cina tongsan yang sanggup termasuk pak lebai Pas yang bodoh jadi balaci Dap..

    BalasPadam
  7. Bila mata hati dh trtutup mk x dpt menilai mana intan mn kaca. Org Selangor sedarlah. Punyalah teruk dok bwh pakatan masih nk sokong lg ke? Mb korang tu mn nk jaga kebajikan org melayu. Klu jg x kn org kmpg keramat protes prj datum jelatek yg bg jutawan cina duduk. Buat pintu Gerbang 7 juta apa ada berlian emas ke? Kubah masjid smpai 34 juta pehal? Di masa yg sm berapa byk peniaga melayu tepi jln dirampas dihalang berniaga. Apsal cina x kacau. Asyik politik je sampai denggi x terkawal. Jln lubang sana sini. X buat keja ke? Nk bebaskan penjenayah jd pemimpin buat ape? Ada ke patut nk buat highway lalu hutan simpan. X sekolah ke apa? Dh terang2 nmpk dap yg menonjol. Masih nk berpaut pd pembangkang lg ke? Harapkan pas x kn boleh menang tanp sokongan pakatan. Kembalila kpd pemerintahan pusat. Jgn berkelompok2

    BalasPadam