Jumaat, 26 Februari 2016

DAP VS PKR! ADAKAH PAKATAN HARAPAN MAKIN TIDAK BOLEH DIHARAP?

Melihat situasi, boleh dikatakan, pakatan harapan bolehlah kita anggap tiada harapan.

Tetapi drama antara Dap dan Pkr sudah sampai ke episod tuding menuding, tuduh menuduh.

Azmin pun kena sergah dengan Lim Guan Eng, tapi peliknya Pkr membiarkan sahaja, malah Tian Chua meminta maaf pula kepada Dap.

Nampaknya kehebatan Dap dalam memegang telur pemimpin Pkr sudah sampai level teratas.

Jadi ada harapan ke Pakatan Harapan?

GEORGETOWN - Setelah mendiamkan diri sejak sidang Dun November lalu, Adun Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng akhirnya menjawab isu pemecatannya sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera.

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri memecatnya dan rakan iaitu Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen itu tidak akan berhasil jika bertujuan menutup mulut mereka dari terus mempertahankan suara rakyat.

Ini kerana beliau dan empat rakannya selain Adun Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu hanya bertindak atas kepentingan awam ketika menyuarakan pendapat mereka mengenai cadangan projek penambakan laut di negeri ini.

"Fitnah dan serangan peribadi terhadap saya tidak akan menghalang saya dari terus bertanya soalan dan mempertahankan hak rakyat. Keputusan kepentingan awam tidak akan membawa kepada perkara negatif sebaliknya amat diperlukan dalam isu penambakan laut. 

"Sebagai pemimpin, kita tidak boleh membelakangkan suara rakyat. Mengapa kami sebagai Adun yang dipilih rakyat, dikecam dan diserang dengan pelbagai tohmahan selepas menyuarakan hak rakyat," katanya pada sidang media di sini petang hari ini.

Sebagai wakil rakyat di kawasan Kebun Bunga, beliau berkata, Bukit Bendera adalah sebahagian dari kawasannya.

"Tindakan ini saya sifatkan sebagai salah kerana memecat wakil yang dipilih rakyat. Ia seolah-olah menidakkan hak pengundi saya yang mahu wakil mereka berada dalam perbadanan itu bagi menyuarakan pandangan," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan menandatangani surat pemecatannya kerana berpendapat tindakan itu menyalahi undang-undang.

"Ia satu kesilapan besar dan kemungkinan menyalahi undang-undang. Saya tidak akan menandatangani surat pemecatan itu.

"Tambahan pula, saya tidak diberitahu terlebih dahulu bahawa sudah dipecat sehingga diberitahu ketika mahu menghadiri mesyuarat sebelum Tahun Baru Cina.

"Saya mahu bertanya beberapa soalan, adakah salah jika saya menyuarakan pendapat rakyat? Adakah salah jika saya minta untuk mengadakan sesi taklimat awam berhubung isu penambakan laut," katanya.

Kah Peng juga hairan kerana meminta kerajaan negeri dan pemaju untuk memberi penjelasan lebih lanjut berhubung projek penambakan laut , ia dianggap satu kesalahan besar.

"Adakah perlu beberapa ahli politik bertindak begitu dramatik apabila kami sebagai Adun pilihan rakyat bertanya soalan berhubung pajakan tanah dalam sidang Dun? Bukankah sidang Dun satu platform untuk wakil rakyat mengetengahkan soalan rakyat terhadap kerajaan negeri,"  katanya.

Menjawab soalan berhubung dakwaan kononnya Chin Wen dan empat Adun PKR menyasarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I yang kini dipegang Mohd Rashid Hasnon, Kah Peng berkata, ia satu penipuan dan tidak masuk akal.

"Ia tidak benar sama sekali. Bagaimana dakwaan ini boleh dibuat sedangkan kami hanya menyuarakan pendapat berhubung kepentingan awam? Saya menafikan dakwaan itu kerana ia tidak masuk akal sama sekali.

"Kami tidak pernah mempunyai niat itu, apa yang kami pentingkan adalah hak rakyat dalam penambakan laut," katanya.

Menurutnya, tanah di negeri ini adalah hak rakyat dan kerajaan negeri hanya sebagai pemegang amanah.

Untuk itu, jika kerajaan negeri mahu menggunakan tanah awam, maka rakyat perlu diberitahu.

"Ingin saya tegaskan bahawa  tiada siapa pun yang boleh mengawal saya untuk melakukan perkara yang betul malah tiada siapa boleh mengarahkan saya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang," katanya.

Ditanya mengapa tidak berjumpa dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menerangkan perkara sebenar, Kah Peng berkata, tidak pernah diberi peluang untuk berbuat demikian.

"Saya dan rakan-rakan lain hanya menjalankan tugas berdasarkan amalan kerajaan negeri iaitu cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), namun kami dihentam teruk. Saya tidak faham mengapa kami difitnah dan dikecam dengan begitu teruk.

"Bagaimana saya nak jumpa dengan orang yang kecam saya dengan begitu teruk? Bagaimana saya mahu bersemuka dengan individu yang menggelar saya dengan bermacam-macam perkataan tidak elok," katanya.

Tambahan pula, beliau tidak pernah dijemput oleh mana-mana pihak dari kerajaan negeri untuk berbincang perkara itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.

Terdahulu, Kah Peng dan Chin Wen dari PKR Pulau Pinang yang tidak mengundi usul berkaitan penambakan tanah yang dibentangkan Adun BN November lalu ditamatkan khidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Chin Wen dipecat dari jawatan pengarah di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) manakala Kah Peng sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera.

Mereka adalah antara lima pemimpin PKR yang tidak mengundi terhadap usul untuk diadakan pendengaran awam bagi penambakan tanah dan penangguhan semua pelan penambakan sehingga kajian impak laut, alam sekitar dan sosial dilaksanakan.

Tiga lagi Adun PKR ialah Dr Norlela Ariffin (Penanti), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/isu-pecat-glc-kenapa-kami-diserang-bila-pertahan-hak-rakyat-1.489211

Tiada ulasan:

Catat Ulasan