Rabu, 24 Februari 2016

MAKSUDNYA TEGURAN #SalamTingkat9 ADA KEBENARANNYA? UMNO SELANGOR KENA BELI DENGAN AZMIN?

Maaf, bukan nak sesedap rasa menuduh, malah melihat wave #SalamTingkat9 baru-baru ini menegur apa terjadi kepada tingkat 9 berkenaan media bukan tertakluk kepada apa terjadi dengan lesunya media Selangor dalam membalun Azmin.

Tetapi adakah kerana PM Najib suda tahu keadaan berlaku di Umno Selangor?

Adakah memang benar mereka-mereka yang faham, Tidur lena dan nyenyak sambil khayal tanpa mengusik satu pun pentadbiran Azmin kerana majoriti mereka sudah kenyang dengan projek-projek?

Nasiblah nak buat macamana, bila ditegur mereka do nothing, malah menuduh penegur itu pemberontak, pemberontak abah dia, sampai bila nak bagi rakyat Selangor terima azab dengan cara pemerintahan Pkr, Dap, Pas? Cakap mudah, tetapi masing-masing sendawa sambil ketawa, siapa kau nak buat goyang dekat Umno Selangor?

Hallo bro, Perdana Menteri ada... #NajibRazak ada. Beliau akan melihat problem ini... Percayalah..

Ingat lagi 2 tahun tapi masih ketawa kecil, alamatnya selamanya Dap akan kenyang kat Selangor.

#SalamTingkat9

Umno Selangor baru berbunyi tetapi layakkah ?

Catatan Umum

23 Febuari 2016

terbaca laporan berita portal Antarapos.com yang melaporkan kenyataan (Datuk) Johan Abd Aziz selaku Setiausaha Umno Selangor yang mendesak Azmin Ali memberi jawapan konkrit bukan sekadar penafian dangkal berkaitan pendedahan che'GuBard mengenai tiada tender terbuka dan penipuan di media.

Pertamanya Bn Selangor sendiri tidak serius mendepani Azmin Ali , umum sendiri boleh melihat perkara ini yang mana cara Bn mendepani Lim Guan Eng yang mentadbir Pulau Pinang jauh lebih ganas dengan serangan tanpa henti.

Perkara ini saya pernah perjelaskan dalam kenyataan penuh saya 16 Febuari yang bertajuk Azmin makin ego tak lut teguran ; projek tukar kubah dan pejabat Masjid negeri bukan sekadar RM32.4 juta tetapi RM65.7 juta (klik tajuk untuk baca lanjut)

saya mengajak semua membaca semula dan meneliti para ke 6 dan ke 7 kenyataan che'Gubard seperti di bawah :


6.Dalam kesempatan ini juga saya sempat meneliti agihan projek penyelenggaraan jalanraya di Selangor. 3 syarikat mendapat tempat selaku Kontraktor utama. Syarikat yang mendapat kontrak ini juga dipertikaikan kerana ada syarikat yang mempunyai rekod projek tidak siap dibawah JKR masih mendapat tempat. Malah sebuah syarikat yang mendapat tempat hanya mengambil alih pejabat, peralatan dan kakitangan sebuah syarikat lain yang ditolak di peringkat awal. Dari segi jumlah harga ia meningkat secara mendadak dan sangat menjolok mata.


7. Tiga syarikat utama tersebut melantik pula, syarikat-syarikat sebagai ‘sub-con’, untuk pengetahuan semua sebahagian besar syarikat tersebut ialah syarikat kaitan dengan UMNO malah ada dimiliki oleh pemegang jawatan dalam UMNO Selangor. Ia tidak salah jika dilihat dari segi prestasi adakah tidak ada syarikat lain lebih layak? Ingatkah kita bahawa Khalid Ibrahim antara alasan disingkirkan kerana ia tidak mempedulikan parti termasuk dalam agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai projek tender dan seumpamanya dalam Selangor maka ia lebih teruk sebahagian besarnya disalurkan kepada ‘kaitan’ UMNO. Adakah ini sebahagian dari benda yang disengajakan dan patutlah serangan UMNO pada Azmin sendiri agak tumpul dan tumpuan Azmin kepada Anwar longgar serta ia juga dilihat mengagalkan penubuhan pakatan pembangkang (pakatan harapan) yang kuat untuk mendepani UMNO Barisan Nasional.


Boleh kah Umno menafikan yang Umno Selangor sendiri sedang menikmati 'kenikmatan' di bawah Azmin Ali. Dari Umno pusat mengalir tenang perbagai bantuan dan di peringkat negeri mereka juga masih mampu meraih projek dan lain - lain.

Budiman Zohdi, Adun Sungai Panjang bising sekejap kononya bersungguh isu DEIG namun kenapa sekarang dia menyepi ? Adakah benar dia tidak disenangi bila sekejap itu menyerang tanpa henti Azmin ?

Keduanya, tindakan Johan yang juga merupakan ADUN Semenyih ini umpama menepuk air dalam dulang kena muka sendiri, kerana yang dibangkitkan ialah persoalan tender terbuka yang merupakan janji aspirasi Reformasi dan pembaziran dalam perbelanjaan pentadbiran. Persoalanya Bn melakukan jauh lebih banyak kesalahan dalam perkara ini, beranikah Johan melakukan teguran kepada Kerajaan Bn sama ada di peringkat pusat atau peringkat negeri yang lain ? Soal ketelusan dan integriti pentadbiran juga Bn tidak layak bercakap kerana dalam aspek Selangor sahaja Bn sendiri tidak telus kerana rakyat Selangor sudah memberikan kuasa 2 penggal kepada bukan Barisan Nasional tetapi oleh kerana Bn tidak telus, tiada integriti dan tidak menghormati suara rakyat (demokrasi) maka Bn telah menyekat bantuan dan mewujudkan (menggunakan) perbagai agensi menyalurkan dana (wang rakyat) atas nama rakyat Selangor kononya tetapi ia juga penuh ketirisan dan minima pemantauan.

Noh Omar sendiri rasanya terus diam bukan apa tetapi masih terus tersandar 'kekenyangan' rasanya.

Dan yang terakhir Umno memukul sayang dan tidak bersungguh Azmin kini juga adalah kerana Umno tidak akan mampu mendepani kekuatan pakatan pembangkang yang kuat yang mana kini tertumpu dengan Pakatan Harapan yang mana Azmin Ali terus menjadi faktor kelemahan pemecah perpaduan dalamnya.

Jadi kepada Umno Selangor atau Bn Selangor itu sendiri ingatlah majoriti pengundi atau rakyat Selangor ialah mereka yang cerdik dan bermaklumat. Jangan lah menepuk air dalam dulang ia umpama menutup badan dengan kain perca, tutup sedikit banyak terdedah.

Sekian

che'GuBard

untuk mebaca kenyataan lengkap dan melihat dokumen yang dimaksudkan sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html

5 ulasan:

  1. Umno dab rakyat yg bukan dari selangork dah nnpk ssgt gejala assmin bayar umno selangork pada pemimpin tertentu dlm umno ... gunting dlm lipatan atau presiden umno pun dah tak mampu buat apa masing2 sudah kenyang...? Isu Pakatan Rakyat di selangor cukup banyak DIEG...gerbang.. kubah masjid ....dan billboard bebas Anwar telan belanja berpuluh2 juta... tapi umno selangork bisu mcm setan bisu bersama PAS..... ahli2 bawagan umno krna ajar pemimpin atasan umno ini.....

    BalasPadam
  2. Hahaha....aku dh kata dh.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya pentadbiran kerajaan negeri selangor dlm keadaan plg teruk sejak beberapa tahun. Dulu zaman khalid kita susah nak hentam kerana dasar jimat cermatnya. Tp zaman azmin ada bnyk leaking dlm perbelanjaan. Bnyk sgt unsur korupsi. Kenapa umno selangor diamkan diri masih jd misteri. Dari dulu kita fhm perlantikan mengejut azmin ibarat beri peluru kpd umno dgn skandalnya. Apa yg jd skrg mmg teruklah. Peluang depan mata.

    BalasPadam
  4. Kan? So apa terjadi sebenarnya

    BalasPadam