Rabu, 10 Februari 2016

MENGAPA WUJUDNYA SOLIDARITI #SalamTingkat9?

Gerakan awal untuk pelangkung kepala media Selangor berkisar keangkuhan manusia yang pernah menjadi tulang belakang media Pas, malah kewujudan solidariti #SalamTingkat9 adalah kerana kerana ingin sampaikan kebenaran.

Apakah begini standard kepala perang media Umno Selangor?
Ayuh bersolidariti melanyak parasit tingkat 9. 

10 Kekecewaan Solidariti #SalamTingkat9 terhadap operasi media sosial Selangor Post:

1. Kecewa dengan prestasi portal Selangor Post yang hanya mendapat kurang dari 150 paparan setiap hari. Artikel yang dihasilkan kebanyakannya copy-paste daripada portal media perdana.

2. Kecewa dengan prestasi Page Facebook Selangor Post yang mendapat purata 12 Like, Share dan Comment untuk setiap posting.

3. Kecewa dengan twitter Selangor Post yang hanya mendapat sekadar 72 followers sahaja.

4. Kecewa dengan sikap ketua operasi Selangor Post yang tidak menghormati teguran yang dilakukan, malahan bertindak untuk menengking, mengherdik dan menyerang peribadi si penegur dengan menggunakan akaun palsu.

5. Kecewa apabila terdapat aktivis media sosial yang tiada kaitan dengan Selangor Post dimasukkan di dalam laporan sebagai kakitangan Selangor Post tanpa pengetahuan mereka.

6. Kecewa apabila hasil penulisan blog, Facebook, Twitter, grafik kreatif dan video oleh aktivis media sosial yang tiada kaitan dengan Selangor Post dimasukkan di dalam pelaporan mereka sebagai hasil yang mereka lakukan.

7. Kecewadengan tindakan mereka untuk memanipulasikan data dengan bots, scripting, auto-refresh dan pelbagai teknik dalaman untuk meningkatkan reach walaupun interaksi Like, Share dan Comment mereka rendah (12).

8. Kecewa apabila Ketua-ketua bahagian menjemput Selangor Post untuk melakukan liputan di kawasan tidak dilayan malah ditolak.

9. Kecewa apabila terlalu banyak isu-isu tempatan Kerajaan PKR Selangor yang tidak didedahkan oleh Selangor Post dan hanya didedahkan oleh aktivis media sosial bebas.

10. Kecewa dengan operasi media sosial UMNO Negeri Selangor sejak sebelum PRU-13 sehingga kini yang tiada perubahan malahan semakin lemau dan teruk.

Solidariti #SalamTingkat9 ingin menyatakan bahawa kami TIDAK BERMINAT untuk mengambil alih Selangor Post dengan tujuan kewangan!

Solidatiri #SalamTingkat9 ingin melihat perubahan ketara operasi media sosial UMNO Selangor demi untuk merampas kembali negeri yang kami cintai ini dari Kerajaan PKR.

Perubahan perlu dilakukan segera, harapan kami kepada Dato' Seri Noh Omar selaku panglima perang BN Negeri Selangor untuk melantik individu yang LAYAK dan BERJIWA BESAR sebagai ketua operasi media sosial BN Selangor.

Kami ingin menegaskan bahawa kami sama sekali TIDAK BERMINAT untuk mengambil alih Selangor Post kerana tidak mahu mencuci 'najis' (kesilapan) yang dilakukan sehingga kini.

#SalamTingkat9

4 ulasan:

  1. mcm aku cakap sebelum ni en bom..azmin ali ok jadi mb..

    ok drp khalid ibrahim..

    azmin ali senang nak jumpa..mesra rakyat..aku pun task sangka dia taka da protokol..tak mcm khalid ibrahim..

    khir toyo pun ok jgk..senang jumpa..

    tapi noh omar ni..aku bagi salam dia tak sahut..,masa tu dlm lift..aku nak ke cimb tingkat 5..dia naik g ofis umno..mcmana org nak support..muka pun buat buat garang..

    fikirlah..selagi najib tak settle masalah dia..kau cakap lah selangor pst ke..atau kau combine sesama kauorg..tetap diorg ni kuat..

    BalasPadam
  2. Tak de muka mcm panglima garang lansung.... muka tembok ade le... muka hang kebun pun jadi laaaa.... kjaan sgor ssgt lemah cuma umno tak pandai main isu yg ada di sgork...

    BalasPadam
  3. Noh onar ni sehati sejiwa la dengan mat bashah..hahaha

    BalasPadam
  4. Apa diharapkan lagi dari UMNO Selangor...? Nak menang PRU 14 nanti...ibarat mimpi di siang hari. Silap haribulan 12 kerusi dun yang dimenangi pada PRU 13 yang lepaspun terbang melayang....!!! Jadilah UMNO/BN Sifar kerusi...!!!???

    BalasPadam