Isnin, 29 Februari 2016

MINYAK PETROL TURUN SERENDAH RM1.60 UNTUK RON95, TETAPI BARANG TAK TURUN-TURUN, KENAPA YA?

Kalau tak mampu mengucapkan Alhamdulillah, ucaplah syukurlah minyak akhirnya turun sangat rendah.

Kalau dulu para pentaksub serta pembenci Perdana Menteri akan menghalakan muncung tohmahan bertalu-talu. Tidak kurang juga yang memaki hamun sehingga kejung mulutnya kerana minyak naik walaupun 20 sen.

Sejak penurunan harga minyak mentah dunia, negara kebanggaan pencacai seperti Veneuzela yang harga petrolnya serendah 60 sen seliter duit Malaysia. Terpaksa menaikkan harga petrol yang tertinggi. Naik sehingga RM3.20++ sen seliter. Terkedu macai-macai jibrauk yang dahulunya memuji kerajaan Venuezela.

Sekarang di Malaysia bermula 1 Mac 2016, harga minyak petrol turun sehingga RM1.60 seliter bagi Ron95, Ron97 RM1.95 seliter.

Yang menjadi masalah sekarang adalah harga barang, kalau diikutkan harga barang akan meningkat sekiranya harga minyak naik, itu teori Rafizi si sotong lembut menjaja cerita pada pru13 yang lepas.

Adakah peniaga memang sengaja menaikkan harga barang walaupun tahu keadaan bahan mentah, minyak serta ringgit dah pun stabil? Ini menunjukkan ada ketidak adilan dalam aliran bahan mentah ke orang tengah dan seterusnya ke peniaga.

Pasar malam disekitar Selangor contohnya, katanya lesen tapak sudah tidak perlu dibayar.

Tetapi harga makanan terutamanya naik mendadak, sebungkus nasi ayam dahulunya RM4.00 sahaja, sekarang dah RM5.00. Nampak kenaikannya, hampair 40% barang makanan dijual naik mendadak.

Barang mentah, seperti telur, tepung maintain harganya, malah harga telur gred B pun baru RM8.50 sepapan. Ada yang tidak kena perihal ini. GST bukan alasan, banyak harga makanan dinaikkan kerana ramai peniaga nak keuntungan maksimum bukan?

KPDNKK perlulah turun dan pantau. Kadang-kadang harga barang yang naik mendadak mampu memberi imej tidak bagus kepada kerajaan pusat walaupun harga minyak turun sangat rendah.

#KekalNajib
#DH

6 ulasan:

  1. Tanya lah apek2 pembekal dan peraih. Barangan dan sumber dalam Negara pun mereka gunakan kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Penguasaan 'supply chain" oleh satu puak dan sebahagian peniaga yang tamak haloba mesti dipecahkan. Kerajaan mungkin create perbadanaan pembekalan demi mengugat penguasaan "supply chain" ini. Kalau ada badan yang boleh membekal barangan keperluan maka kos kehidupan boleh dikawal.

    BalasPadam
  2. RAKYAT PERLU TANYA KEPADA PM TPM DAN MENTERI YANG BERKENAAN DI KABINET MENGAPA HARGA MINYAK SEMAKIN TURUN TETAPI HARGA BARANG STEADY JE TAK TURUN-TURUN.....

    BalasPadam
  3. Bro..satu dunia turun minyak,ni hanya sementara bro,cuma harap menteri2 jgn dok sibuk2 psl parti masing2 sibuk kan psl rakyat soru miss harga brg mahal.Jgn ckp ya2 tp kosong.

    BalasPadam
  4. To Said keruak jgn ckp bnyk2 komen ttg umno n tun,pergi buat kerja.Pi tgk Ttg Astro dok telan duit rakyat,Rtm membosankan,internet di msia mahal nak mampus.Jika dibandingkan dgn negara2 jiran.

    BalasPadam
  5. dah nama pun jaga mca dan gerakan yg bnyk kuasai gedung pasaraya, brani kpdnhep arahkan diorang turunkan harga?
    mca dan gerakan la yg bnyk jd funder pemimpin umno ni. ingat rakyat x tau ker?
    falsafah umno ni biar melayu mati kebulur asal mca/gerakan kaya raya. kok tak nnt nipis pula poket menteri menteri yg mengaku melayu ni....sayang bangsa konon...pirah mabuk...

    BalasPadam
  6. errr dulu pemimpin umno yg canang bila gst diperkenalkan harga barang akan lbh murah berbanding sblm gst....itu yg wakil umno masuk kg bg penerangan kat kg aku.
    tp lps gst dijalankan apa sudah jadi? mana janji2 palsu korang yg kononya harga barang lbh murah tu? harga udang kara yg korang mampu melahap tiap hari kat hotel tu yg korang selamatkan dari gst.
    skrg korang salahkan wakil pkr lak?
    pkr ni kerajaan memerintah malaysia ke smpi diorang ada kuasa utk turunkan harga barangan? setau aku kerajaan negeri x de kuasa utk turunkan harga barangan. kau ingat rakyat bodoh sgt ke utk berfikir dgn waras terjahan kau ni.

    BalasPadam