Jumaat, 26 Februari 2016

PERTELAGAHAN ANTARA PKR DAN DAP SUDAH KE FASA LAIN!!

Fasa pertelagahan Dap dan Pkr sudah sampai ke puncak inzal, Azmin takkan duduk diam bila dilanyak oleh Lim Guan Eng, kata Guan Eng tolong jangan masuk campur hal negeri Pulau Pinang.

Adakah perihal kerjasama Pakatan Harapan akan lunyai selunyainya sehingga Pru 14 nanti, adakah akan wujud pakatan lain pula?

Sepatutnya inilah masanya BN lakukan sesuatu, gunakan masalah ini dalam penerangan kepada rakyat. Terangkan ke akar umbi dengan skala besar, beritahu yang masalah besar sekiranya Pakatan Harapan mentadbir negara, bagaimana mereka nak tadbir negara sekiranya asyik bertelagah.

Yang paling gembira situasi ini adalah Pas, dimomokkan Pas sudah terlampau kuat, sehingga kata pentaksub, Pas bakal mengantikan semua parti yang ada, sebabnya parti Pas tiada masalah dan sempurna dari parti seperti Umno, Pan, Pkr dan Dap. Fuhh gempak sangat Pas sekarang.

Jadi apa rasionalnya rakyat kata Pakatan Harapan lebih bagus dari Barisan Nasional?

Krisis Dalaman Pakatan Harapan Makin Parah

FEBRUARY 25, 2016

SHAH ALAM: Kurang dua bulan selepas menandatangani kod etika yang bersejarah, Pakatan Harapan berdepan krisis apabila dua pemimpin utama parti itu berperang mulut secara terbuka.

Krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dilihat semakin parah apabila bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

Lim dan Azmin masing-masing mempertahankan pendirian sendiri enggan berganjak dalam kontroversi membabitkan keputusan untuk menggugurkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada jawatan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang.

Lim mendakwa Azmin campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Pulau Pinang selepas beliau mengumumkan bahawa PKR akan mempertahankan dua Adun yang disingkirkan ketua menteri itu daripada jawatan mereka dalam GLC negeri tersebut.

Pada Rabu, Azmin menjelaskan bahawa beliau membuat pengumuman itu selepas keputusan dibuat PKR dan atas kapasitinya sebagai pemimpin No.2 dalam parti.

“Mengapa pilih saya? Saya menyampaikan keputusan biro politik parti… bukan sebagai Azmin Ali,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam.

Azmin berkata beliau tidak tahu mengapa Lim menuduh beliau campur tangan walaupun keputusan itu dibuat oleh parti bukan dirinya sendiri.

“Ini telah disahkan oleh (Naib Presiden PKR) Tian Chua,” kata Azmin.

Setiausaha Politik Lim, Wong Hon Wai yang bercakap mewakili Lim, menegaskan bahawa tidak wajar Azmin ‘campur tangan secara terbuka’ dalam hal ehwal pentadbiran negeri lain.

Beliau berkata penyingkiran dua Adun PKR daripada lembaga pengarah GLC di Pulau Pinang adalah sama dengan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR pada 2014.

“Khalid berkata satu perkara semasa mesyuarat dan bertindak dengan cara yang lain selepas itu. DAP menghormati keputusan PKR memecat Khalid dan tidak mencetuskan perang mulut dengan parti itu.

“Kami perlu konsisten kerana kedua-dua keadaan adalah sama. Tetapi mengapa PKR mengeluarkan kenyataan harian mengenai senario yang sama ini?,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakatan Harapan menandatangani kod etika yang dikatakan yang pertama seumpamanya di kalangan parti pembangkang pada 9 Januari lalu.

Kod tersebut merangkumi tujuh fasal utama termasuk prinsip dan kaedah membuat keputusan, membina kesatuan politik antara parti, menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama –

Mstar

#KekalNajib
#DH

1 ulasan:

  1. Tak pelah noh dan wakil Umno yang lain kamu malas buat kerja untuk menjatuhkan Pembangkang kat. Selangor sedangkan kami rakyat. Selangor tidak senang hidup ...so..biarlah kami minta je dan berdoa je pada. Allah semoga Pembangkan g kalah dengan teruk sebab kezaliman yang mereka lakukan ke atas penduduk. Selangor..biarlah Allah yang tentukan sapa bakal jadi Mb yang baru untuk Bn yang pasti bukan Noh kerana dia pemimpin yang tahu bercakap tapi tak buat kerja...saya rakyat jati Selangor akan berdoa siang malam semoga Bn menang besar pada PRu 14 ..InsyaAllah...kepada yang teraniya tolong berdoa sama ...dulu saya doa biar Khalid jatuh sebab paksa saya sekeluarga kejar lori air macam pelarian...kini saya berdoa agar azmin tumbang sebab selain denggi..jalan raya tidak terurus selain dia makn duit rakyat Selangor melalu DEIg...so...ingatlah walau saya hanya rakyat biasa tapi doa saya Insya Allah ,Allah dengar sebab saya rakyat yang dizalimi....begitu juga berpuluh mungkin beratus orang lagi yang lebih teruk nasibnya seperti gerai diroboh.cukai tanah dinaik kan berkali kali ganda....so...hanya doa senjata orang Muslim

    BalasPadam