Jumaat, 18 Mac 2016

LIM GUAN ENG SEMAKIN CELARU, ISU BANGLO SUDAH KE TAHAP MEROSAKKAN REPUTASINYA!!

Persoalan, adakah kali ini Lim Guan Eng bakal terperangkap dengan isu banglo pembeliannya yang meragukan serta banyak persoalannya ketidaktelusan dalam pembelian itu.

Sejak tahun 2009 isu ini sudah dicanang, mungkin tidak cukup bukti, maka isu itu kelam.

Ketika Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Yb Shabudin Yahya membongkarkan isu ini di Parlimen maka terkuarlah segala hal berkaitan banglo ini.

Guan Eng, satu perkataan untuk anda, check mate.

LIM GUAN ENG SELAMAT JIKA...

Berdasarkan Kes Khir Toyo, Lim Guang Eng Wajib Didapati Bersalah Kecuali…

Jika benar laporan media hari ini bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan kontrak pembelian banglo beliau yang berharga RM2.8 juta adalah berdasarkan “willing seller, willing buyer” maka beliau sudah pasti bersalah.

Menurut beliau, pembelian banglo yang mencetuskan kontroversi kerana terlalu luar biasa murah daripada harga pasaran itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau ‘teman’ yang sesuai.

“Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan.”

Ada dua perkara penting dalam kenyataan ini yang jelas merupakan pengakuan bersalah Lim Guan Eng. Pertamanya, beliau mengaku membeli rumah di bawah harga pasaran. Keduanya beliau tidak menafikan penjual tersebut merupakan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau.

Dalam Kes Mohamad Khir Toyo lawan Kerajaan Malaysia, beliau didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.

Beban pembuktian melalui Seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertutuduh sebagai penjawat awam.

Dalam kes Dr Khir Toyo beliau telah membeli rumah terbengkalai dengan harga RM 3.5 juta mengikut penilaian daripada Penilai Hartanah Rahim and Co daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd.

Namun beliau didapati bersalah kerana Mahkamah berpendapat bahawa beliau mengetahui balasan tersebut tidak mencukupi kerana beliau tahu harga asal rumah tersebut yang dibeli Ditamas ialah RM 6.5 juta.

Walaupun rumah tersebut sudah runtuh dan separuh siap, namun Mahkamah Persekutuan menerima hujahan bahawa tertuduh telah melakukan transaksi pembelian hartanah dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dan balasannya tidak mencukupi.

Orang dalam kes ini, Shamsudin Haryoni, merupakan salah seorang pemilik saham syarikat Ditamas. Shamsuddin juga merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan negeri Selangor.

Elemen kedua dalam perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan pihak pendakwa tidak perlu membuktikan berlakunya unsur rasuah dalam pertuduhan di bawah Perkara 165, Akta Kanun Keseksaan.

Dalam kes Khir Toyo, salah seorang pemilik syarikat hanya mendapat surat sokong Khir Toyo. Walaupun surat sokongan tersebut telah ditolak oleh PKNS, Mahkamah berpendapat hubungan rasmi itu dan hubungan baik Shamsuddin dan Khir Toyo serta pengetahuan Khir mengenai harga rumah asal tersebut merupakan elemen yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan.

Dalam kes kes Lim Guan Eng hari ini, beliau dengan jelas mengakui mengetahui pembelian hartanah tersebut jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Ini bermakna ketika Khir Toyo mendakwa beliau membeli hartanah tersebut mengikut harga pasaran tetapi masih didapati bersalah, mustahil Lim Guang Eng boleh melepaskan diri dari hukuman apabila secara terang-terangan mengakui beliau tahu harga rumah beliau di bawah harga pasaran.

Dalam konteks Lim Guang Eng, hubungan tersebut jelas apabila salah seorang pemilik rumah tersebut juga merupakan pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang.

Kes Lim Guan Eng lebih kuat berbanding dengan kes Khir Toyo kerana syarikat terbabit bukan sahaja mendapat tanah dengan harga yang agak meragukan, tetapi juga Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada pembangunan komersial.

Oleh kerana keputusan kes Dr Khir Toyo telah sampai ke Mahkamah Persekutuan ia telah menjadi satu “precedent case” yang tidak boleh ditolak oleh Mahkamah yang lebih rendah. Justeru hanya dua kemungkinan untuk Lim Guan Eng terlepas kali ini:

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara enggan mendakwa beliau.

2. Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya dalam semakan kehakiman kes Dr Mohamad Khir Toyo. Ini sekaligus membuka jalan untuk Mahkamah lebih bawah membuat tafsiran semula di bawah seksyen 165 ini.

#LGErasuah
#Kolam

6 ulasan:

  1. budaya orang cina yang perlu kita paham ..
    sanggup rugi untuk satu urusniaga tapi untung berganda dengan urusniaga yang lain
    mana ada cina sukarela nak rugi berniaga
    siasat siapa owner tu .. anak bini .. adik beradik .. saudara mara yang ada buat projek dengan kerajaan negeri ... mesti ada kaitan

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no

      082---> 313 ---> 669---> 888

      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..




      KLIK DISINI 4d 5d 6d





      Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
      butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu

      silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: 082---> 313 ---> 669---> 888

      ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


      ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



      ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



      ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



      ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



      ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






      Padam
  2. cina mana ada istilah halal haram ... yang ada cuma UNTUNG RUGI

    BalasPadam
  3. PAS SELANGOR....PAS PULAU PINANG ATAU PAS PUSAT DAH BUAT LAPURAN PULIS DAN SPRM KE BELUM PASAL BANGLO LGE DI PULAU PINANG...? Pelik sungguh perangai org PAS ni....

    BalasPadam
  4. Ambiga n puak bershit 4.0 kata itu halal....tiada unsur lasuah!!!!!
    Ptuuiiihhhhh....

    BalasPadam
  5. RAMAI RAMAI LAH GERAKKAN SPRM SUPAYA JANGAN TIDUR SIASAT SAMPAI LUBANG CACING, SEBAB PUAK PAKATAN KECING RAKYAT RAMAI JUGA YANG BEKERJA DALAM PEJABAT SPRM

    BalasPadam