Sabtu, 5 Mac 2016

POLITIKUS KARUT YANG SENTIASA TIDAK PUAS!!

Kadang-kadang melihat situasi yang Mahathir lakukan sekarang menunjukkan betapa terdesaknya insan yang bernama negarawan ini.

Dikalangan ahli umno yang menyokong Tun Mahathir sudah terpalit hiba didalam hatinya kerana beginikah seorang negarawan ulung yang sudah tahap kurang waras sehingga kemaruk sangat supaya Najib perlu meletak jawatan.

Adakah kerana segala peluru hitam yang sudah dibedil sebelum ini iaitu bermulanya gerakan #UndurNajib tahun lepas makin layu ditelan kebenaran.

Malah serangan tanpa bukti serta berulang-ulang membuatkan penyokong Mahathir sudah berpatah arang.

Ini kerana tindakan bersekongkol dengan pembangkang adalah titik kegagalan serta menghina dirinya sebagai insan yang perlu dihormati.

Adakah Mahathir lupa pembangkang yang dahulunya menjaja diseluruh pelusuk Malaysia sebagai mahafiruan, Diktator, menghukum musuh politik tanpa ada prasangka. Atau pembangkang sendiri sudah dihanyutkan kebodohan kerana deklarasi selamatkan Malaysia dengan menjadikan Najib Razak sebagai mangsa.

Sudah tidak ada kesabaran menunggu PRU14? Adakah sang kepala tua yang berniat hendak selamatlan kroninya yang hampir pupus? Pembangkang sedar perihal ini atau memang ada janji bulan dan bintang kepada pemimpin pembangkang yang menyokong deklarasi ini? Mungkin jawatan menteri atau GLC? Siapa tahu. Itu pun sekiranya Najib dapat ditumbangkan secara rakus.

Harus diingat, cara kotor keterlaluan menjerumus kepada gagal yang hina.

Mereka ingat strategi mereka terlampau "intelligent"? Kita hanya lihat apakah bakal terjadi. Berjaya atau sebaliknya.

Mereka ada sekelompok manusia rakus. Tetapi Najib Razak ada Allah. Allah jugalah menentukannya.

#RespectMyPM

16 ulasan:

  1. mungkin itulah akibatnya kerana terlampau memuja pemimpin hinggakan pemimpin hilang pertimbangan dan keluarlah karut-marut cth arwah nik aziz sanggup menyamakan lge (ttg keadilan) dgn khalifah omar abdul aziz alangkah terhirisnya hati org islam yg waras.

    BalasPadam
  2. "Dikalangan ahli umno yang menyokong Tun Mahathir sudah terpalit hiba didalam hatinya kerana beginikah seorang negarawan ulung yang sudah tahap kurang waras sehingga kemaruk sangat supaya Najib perlu meletak jawatan."

    Apa masalahnya jika najib letak jawatan? atau sekurang kurangnya beliau berehat sehingga penyiasatan bebas tanpa "sogokan dan pengaruh" najib?

    Tidak adakah pengganti beliau yang layak? adil dan saksamakah pentadbiran najib di mata rakyat?

    BalasPadam
  3. "Adakah kerana segala peluru hitam yang sudah dibedil sebelum ini iaitu bermulanya gerakan #UndurNajib tahun lepas makin layu ditelan kebenaran."

    Momentum dan pergerakan baru bermula, enjin baru panas, dimana pula bukti kempen ini makin layu?

    Apabila di setiap penjuru negara ini rakyat bercerita najib itu korup?

    BalasPadam
  4. "Malah serangan tanpa bukti serta berulang-ulang membuatkan penyokong Mahathir sudah berpatah arang."

    Bukalah mata dan hati saudara...fikiran perlu terbuka menilai baik dan buruk yang pahit tu ubat, dan paling penting adalah masa depan negara, masa depan anak2 kita dan agama kita.

    BalasPadam
  5. "Ini kerana tindakan bersekongkol dengan pembangkang adalah titik kegagalan serta menghina dirinya sebagai insan yang perlu dihormati."

    Bersekongkol untuk menjatuhkan Najib, sila baca dan perhatikan kenyataan Tun bahawasanya UMNO masih tetap di hati beliau dan tidak akan menyokong parti N.A.J.I.B !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau UMNO masih dihati... kenapa pula declare keluar n menentang pula anak didik dia

      Padam
  6. Sbb fitnah yg menyeronokkan, maka sang pentaksub jilat saja.. Ish ish

    BalasPadam
  7. "Adakah Mahathir lupa pembangkang yang dahulunya menjaja diseluruh pelusuk Malaysia sebagai mahafiruan, Diktator, menghukum musuh politik tanpa ada prasangka. Atau pembangkang sendiri sudah dihanyutkan kebodohan kerana deklarasi selamatkan Malaysia dengan menjadikan Najib Razak sebagai mangsa."

    Pelbagai gelaran yang diberi oleh kawan dan lawan di arena poltik adalah asam garam yang perlu di terima.

    Tujuan dan matlamat Tun lebih penting dan adakah Tun berjaya mengharumkan nama Malaysia dihormati dipentas dunia berjaya?

    BalasPadam
  8. "Sudah tidak ada kesabaran menunggu PRU14? Adakah sang kepala tua yang berniat hendak selamatlan kroninya yang hampir pupus? Pembangkang sedar perihal ini atau memang ada janji bulan dan bintang kepada pemimpin pembangkang yang menyokong deklarasi ini? Mungkin jawatan menteri atau GLC? Siapa tahu. Itu pun sekiranya Najib dapat ditumbangkan secara rakus."

    PRU14 tetap akan tiba itulah kesabaran kami rakyat marhaen, diharap Najib tidak menggunakan kuasa esekutif tambahan yang beliau terima baru2 ini untuk menghalang PRU akan datang dengan alasan 'menggugat keselamatan awam' padahal yang sebenarnya 9menggugat kedudukan beliau"

    Jika Tun mempunyai kroni seperti didakwa, maka bawa TUN ke mahkamah atau jika mahu lebih menarik, tubuhkan suruhanjaya di raja.

    Berlaku adillah, jika Tun di siasat maka Najib juga wajib di sisasat secara bebas tanpa sebarang gangguan dan tanpa pengaruh melalui kroni atau proksi beliau.

    Najib ditumbang secara rakus? kami rakyat marhaen mahukan najib di adili dimahkamah seterusnya jika didapati bersalah di sumbat kedalam penjara.

    BalasPadam
  9. "Harus diingat, cara kotor keterlaluan menjerumus kepada gagal yang hina."

    Apakah cara pencacai upahan ternakan najib memaki hamun Tun dan menghina itu adalah bersih?

    BalasPadam
  10. "Mereka ingat strategi mereka terlampau "intelligent"? Kita hanya lihat apakah bakal terjadi. Berjaya atau sebaliknya."

    Kepada Allah S.W.T kami berserah setelah kami berusaha untuk najib letak jawatan, fikirkan lah demi masa depan anak2 kita dan agama apabila mereka mempunyai pemimpin yang korup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. xcrewborcostegas6 Mac 2016 9:07 PG

      dah lama dah tuduh korup ni.. dulu dulu pun gitu jgakyang didendang zaman reformasi..waima pembankang perintah di negeri selangor , penang .. gitu jgak tuduh korup... ayat standard... cari lah alasan lain.. macam sykt kroni tak dapat boperasi lagi sebab lesen tak boleh sambung ker....

      Padam
  11. "Mereka ada sekelompok manusia rakus. Tetapi Najib Razak ada Allah. Allah jugalah menentukannya."

    #RespectMyPM

    Jika Najib punyai Allah kenapa perlu takut? Sudah tentu Allah SWT jualah yang akan mengadili pemimpin bernama Najib.

    lagi sekali, Kenapa Najib perlu Takut?

    #RespectnsaluteTun. (walaupun umur dah 90 tahun)

    BalasPadam
    Balasan
    1. xcrewborcostegas6 Mac 2016 9:15 PG

      najib taktakut... dia cool ,relax... hanya tunggu masa musuh musuh nya masuk perangkap... selalunya pelanduk yg lupa perangkap.. sudah masuk perangkap baru mudah sembelih sorang sorang.

      Padam
  12. Keke gila iseng pentaksub haha, macam kenal sahaja siapa pentaksub nih

    BalasPadam
  13. Bro admin blog..

    Tang dia balas respectsalutetun tu aku tktahan.. lemah longlai dh cai dedak tu..

    Merata blog dia masuk utk pksa kita jilat tun sakit jiwa tu dn bncikan najib. Pikir2 skrg modal fitnah yg nereka create 1thn lps sampai skrg ibarat lelaki yg mati pucuk...

    Kasihan. Makin byk Najib dpt simpati scara mndadak dgn izin Allah, mgkin berkat sabarnya tk melatah.. tk lakukan 'Ops Lalang' mcm tun dulu serta berkat istiqamah mengunjungi Baitullah wpun dicaci hina mcm2.

    Saya tetap sygkn Najib PM krn sy rasai dasar pemerintahnya mmg btul2 utk rakyat bwhn dn yg terpinggir. Cuma bila iblis berbisik pd org2 trtntu, kebaikann lngsung dipadam...

    BalasPadam