Rabu, 20 April 2016

BILA DISEBUT PENYATUAN, RAMAI DIKALANGAN HATI HITAM PANAS TERBAKAR RENTUNG SAMPAI LEGAM

Bila Zakir Naik menyahut seruan supaya Pas dan Umno bersatu diatas kapasiti kesatuan Ummah, maka ramai dikalangan pentaksub yang berkiblatkan parti, terutama Pas yang dahulunya kerap kali tidak boleh dekat dengan Umno, malah cara kasar dan bengis digunakan untuk melawan Umno, kerana anggapan mereka melawan Umno itu adalah jihad, tetapi itu pemahaman dahulu wahai saudara ku Pas.

Dahulu Pas dipenuhi parasit jahat yang impian mereka ingin kawal segalanya dalam Pas, tetapi usaha mereka juga nampaknya gagal, maka wujudlah Pan atau Amanah selian Mat Sabu, yang dikenali sebagai khadam Dap oleh pengikut Pas.

Umno juga begitu, setelah anasir busuk sudah dinyah keluarkan dari Umno, maka Umno juga bukan seperti yang disangkakan, ketika zaman Mahathir memang tidak dinafikan, nilai Islam hanya lah dianggap tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, tetapi itu dahulu, Perdana Menteri sekarang, Najib Razak caranya berbeza, sangat berbeza, semua boleh menilai walaupun fitnah terhadapnya boleh dikatakan sangat terlampau, tetapi Allah bersama orang yang sabar serta Najib Razak sendiri adalah insan yang bersungguh-sungguh inginkan penyatuan sesama Islam di bumi bertuah ini terlaksana walaupun nampak susah.

Cuma yang nampak, bila penyatuan itu berlaku, bukan diatas kapasiti politik sekalipun, membuatkan musuh terkedu perit kerana umat Islam semakin kuat.


BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!

Atas kertas, ini adalah solusi yg terbaik dalam penyatuan ummah.

Realiti, ianya tak semudah yg disangka.

Aku pun kadang2 tak faham mengapa PAS (segelintir) masih memusuhi UMNO.
"Dosa" yg dilakukan oleh Tun Mahathir kepada PAS membawa kebencian hingga ke kepimpinan terkini.
Aku sedar bahawa PAS dalam proses pembersihan parasit di dalam organisasi mereka.
UMNO juga dalam proses pembersihan anai2 yg dikepalai oleh Mahathir.

Pembersihan ini terpaksa di bayar dengan harga yg mahal. Namun ianya berbaloi. Jika BN kalah dalam PRU 14 kelak, sekurang2nya kita tahu kerajaan yg baru akan dianggotai oleh parasit dan anai2.
Adakah anda berfikir bahawa kerajaan yg dikuasai oleh parasit dan anai2 ini adalah kerajaan yg sihat? Aku tak fikir begitu. Jika mereka boleh rosakkan satu organisasi yg utuh. Apatah lagi sebuah kerajaan yg rapuh.
...
Sekarang adalah satu zaman yg mana rakyat boleh menilai dgn baik. Kerajaan yg di panah fitnah bertali arus sudah pasti akan lumpuh. Namun, mahukah kita sebagai rakyat melumpuhkan negara dengan fitnah?
Ianya akan jadi satu kitaran hidup yg baru. Kerajaan yg baru juga akan diserang dgn panah2 fitnah. Soalan yg seterusny, sampai bila?

"Key master" di sini adalah rakyat. Jika rakyat itu bijak menilai dengan tahap kesedaran yg waras, tanpa prajudis, kita akan mempunyai sebuah masyarakat yg utuh.
Pemain2 politik akan sedar. Mereka tak boleh lagi bermain atas dasar persepsi dan agak2. Rakyat mesti bijak. Kelak, yg binasa adalah mereka juga.

Negara berada dalam arus pembangunan yg baik. Keadaan ekonomi pulih insha Allah. Dalam negara menghadapi krisis ekonomi dan di serang oleh parasit2 dan juga anai2, kerajaan masih mampu membawa ekonomi negara kesatu tahap yg lebih baik.

Bagi saya, untuk menilai kekuatan sesebuah kerajaan adalah dengan melihat bagaimana mereka hadapi ketika krisis. Adakah pemimpin mereka melepaskan jawatan dan lari dari masalah? Jika ada pemimpin sebegitu, ianya adalah sebuah kerajaan yg amat lemah.

Berfikir dengan tenang. Jangan jadikan emosi sebagai panduan dalam kita menentukan hala tuju negara. Rasional dalam pemikiran rakyat sangat perlu. Jgn kita sesekali terikut dgn permainan kotor pemain2 politik.
Kita perlu tegas tapi biar dalam keadaan yg berhemah.

- Dr. Aznil Hisham.

20 ulasan:

  1. Alhamdulillah. tepat sekali tulisan Dr Aznil. org yg hitam hati mcm PAS biar Tuhan berikan petunjuk atau balasan. PAS dr dlu mereka lemah tp dabik dada sombong mengutuk UMNO siang mlm. konon UMNO ajk bersatu sbb UMNO lemah. sdngkn UMNO yg memerintah, siapa yg lemah sbnrnya?

    org UMNO xprnah tolak persaudaraan dgn PAS tp PAS keras hati sombong mcm lah mereka dh dpt 2/3 undi rakyat. sifat sombong ni sifat syaitan. lastly jdlah balaci sampah DAPig

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua,
      Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan
      Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 750juta saya sters hamper bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya jumpa situs angka togel dan pesugihan AKI DARMO, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi AKI DARMO kata PARAH MEMBER AKI. pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 3 Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 3.M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi AKI DARMO DI 082 = 310 =142 =255 situsnya http://sporttoto4d.blogspot.co.id agar di berikan arahan. Toh tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sama baik, jika ingin seperti saya coba hubungi AKI DARMO pasti aki bantu

      Padam
  2. Hati hitam punya orang apa cerita pun dia tetap itu macam juga. Senang cerita kasi buang saja. Mula-mula ada sikit bising tapi lama-lama ini orang sudah kena buang orang akan kasi lupa sama dia.Nanti parti akan ok jugaklah.

    BalasPadam
  3. Bersatu atau berpecah, ada aku kisah.
    Dua-dua haprak, tak boleh di harap.
    By the way, apasal Zakir Naik ni campur urusan politik
    Malaysia.....?????
    Kenaopa tak tumpu hanya kepada berdakwah......????
    Aku nak tanya Dr.Zakir Naik: Apa hukum mencuri duit rakyat berbillion dari sudut pandangan ISLAM,KRISTIAN, BUDDHA, HINDU JUDISME dll.......??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua agama kata mencuri tu haram.Sama juga dgn menuduh org mencuri wlpun telah dibuktikan tidak bersalah.Sana sini menyebar fitnah tanpa takut dgn balasannya adalah cukup besar dosanya.

      Padam
    2. Zakir Naik bercakap tentang penmatuan ummah. Pembangkang tak akan atau mahu faham. so tak payah masuk sini.

      Padam
    3. Pegangan "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" dah basi ketinggalan zaman yg tidak progresif.

      Harusnya, "Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi". Kenapa nak merintih roboh orang yg dah tak bersama, kita carilah pengganti untuk terus hidup.

      Padam
  4. Tanda diri sendiri, tuduh curi duit tu x betul langsung, tapi hadam juga persepsi tu, dh x takut dosa ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua,
      Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan
      Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 750juta saya sters hamper bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya jumpa situs angka togel dan pesugihan AKI DARMO, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi AKI DARMO kata PARAH MEMBER AKI. pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 3 Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 3.M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi AKI DARMO DI 082 = 310 =142 =255 situsnya http://sporttoto4d.blogspot.co.id agar di berikan arahan. Toh tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sama baik, jika ingin seperti saya coba hubungi AKI DARMO pasti aki bantu

      Padam
  5. Saranan Dr. Zakir supaya orang Islam samada PAS atau UMNO adalah berdepatan sekali dengan ajaran Islam dan nasihat beliau adalah benar. Padahal didalam al Quran dan Hadith sudah jelas ada larangan tegas supaya umat Islam tidak berpecah belah dan memutuskan silaturrahim. Mereka yang tidak setuju dengan Dr. Zakir Naik sebenarnya sudah cukup berani kah untuk berdepan dengan amaran Rasulullah SAW bahawa mereka yang memutuskan silaturrahim haram syurga buat mereka?

    BalasPadam
  6. Wahai Cik Minah
    Awak kuat sangat tuduh orang curi duit berbilion ni apa pasal. Ada bukti kukuh ke atau sekadar persepsi kebencian dan bertujuan fitnah semata-mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok tak bergoyang jika tiada angin bertiup. Dah terang lagi bersuluh. Kenapa menjemput agen Rothchild (pemuka Yehudi Zionist yg menguasai politik & ekonomi dunia) bertapak, beroperasi dan beri lesen kpd Banker Yehudi Goldman Sachs? Kenapa bayar komisyen 500juta USDollar kpd mereka untuk pinjaman RM42,000,000.00 (RM42 bilyon)? Kenapa RM2.6 terrr...transfer ke akaun peribadi PM, satu insiden belum pernah terjadi dalam catatan rekod maupun sejarah. Jika untuk kegunaan parti pun, kenapa berahsia hingga orang no.2 pun tak tahu? Kenapa tak disimpan oleh Bendahari parti.. apakah bendahari hanya pak pacak & tunggul saja...???

      Padam
    2. Kepada ahli-ahli Umno, ini adalah amanat Presiden parti mereka sendiri di dalam tahun 2012:

      “Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012.

      Adakah Presiden UMNO seorang hipokrit? Bukan kita kata, bukan kita mengada-adakan cerita, tapi ini adalah kenyataan benar dan direkodkan. Najib sendiri kata, 'dana politik dalam akaun peribadi adalah amalan rasuah'.

      Tidak kira ianya wang RM42 juta atau RM2,600 juta, tidak kira ianya duit untuk dana politik dan pilihanraya atau ‘derma’ untuk kepentingan parti, jika wang tersebut masuk ke dalam bank akaun peribadi dan tidak masuk ke dalam akaun rasmi parti, Najib Razak berkata ianya akan mengalakkan rasuah dan penyelewengan.

      Sekadar peringatan kerana ada suara suara sumbang mengatakan bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Ya, dana politik tidak salah jika ianya telus dan direkodkan di dalam akaun rasmi parti. Tetapi apabila wang dimasukkan ke dalam bank akaun peribadi, maka ianya menjadi kesalahan. Lebih lebih lagi, tiada seorang pun pegawai atasan di dalam parti UMNO tahu menahu mengenainya sehinggalah perkara tersebut bocor dan menjadi pengetahuan umum.

      Padam
    3. Itu sumbangan peribadi dan bukan sumbangan politik. tetapi kalau penerima guna untuk hal apa sekali pun itu sudah jadi hak dia dan kita tidak ada hak boleh soal. ingat sudah jadi duit peribadi.

      Padam
    4. Si Arul Kandasamy pun baru2 ini dah give up & berkata dalam satu wawancara akbar....

      "Penat... Saya Dah Melakukan Lebih Dari Apa YG Sepatutnya Di 1MDB Kata Arul - 1MDB Pinjam 800j Duit SOSCO Tak Ganti Lagi".

      Amacam...masih nak mengampu Najib lagi ke...???

      Padam
    5. Kami lebih rela dipimpin oleh Mamak Muslim daripada Melayu Liberal budak suruhan Zionis Yahudi, USA, & UK.

      Telah tercatat dalam sejarah, selain bangsa Arab, pedagang Malabar & Gujerat dari benua India turut berdakwah mengislamkan umat Melayu di nusantara termasuk kerajaan Melayu Hindu Melaka di zaman pemerintahan Parameswara. Sebab itu bendahara ketika itu dipanggil oleh Sultan "Mamak Bendahara".

      Bukankah kita semua ketahui British & USA adalah budak suruhan Zionist Jew, dalang kepada Ad Dajal pembawa fitnah & kemusnahan. Dari awal lagi saya sudah terhidu penyimpangan Najib bila dia menyandar & mengguna pakai khidmat sykt yahudi Apco & Goldman Sachs.

      Great Britain satu masa dulu adalah the world ruling state (kuasa dunia) & peranan itu kini diambil alih oleh USA. Kejatuhan peradaban Al Khulifah empayar Islam terakhir pd 1917 di Turki adalah titik mula negara teluk & Arab dijajah oleh kuasa barat British. Semenanjung Arabia bertukar menjadi Saudi Arabia & pihak British telah melantik keluarga Saud sebagai raja baru tapi tetap di bawah pengaruh & kuasa British. Dunia Arab dipecah belahkan hingga timbullah kerajaan baru seperti Kuwait, Qatar, UAE, Abu Dhabi melalui konsep 'Divide and Rule'.

      Kemudian pihak British mewujudkan negara Israel dgn merampas bumi hak kepunyaan Palestin. Kuasa dunia kini diambil alih oleh USA atas percaturan zionis & dajal. Oleh yg demikian, saya berpendapat mana2 pihak yg bersekutu dgn British & Amerika adalah tidak layak menjadi pemimpin tanah air tercinta kita dan sekali gus dianggap petualang bangsa.

      Malang sekali semua ayam2 tambatan Tun Mahathir seperti Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi & Najib Razak gagal menyedari hakikat ini yang awal-awal lagi telah diwahyukan dalam Al Quran & sabda Rasulullah saw dlm hadith2nya berhubung kait dgn ilmu eschatology atau ilmu akhirul zaman.

      Ingat...Arab Dogol keluarga Saud bukan pemimpin mutlak mengikut takrif khulifah. Mereka menobatkan diri mereka tidak sebagai khalifah tapi raja (king). Mereka adalah raja boneka (puppet king) buatan rejim Zionis, Amerika & British yg diketuai oleh Sir Lawrence of Arabia. Saya pernah memulis thesis ini semasa menuntut dulu. Sebab itu, saya tak ambil pusing pun kenyataan dari Menteri Luar Saudi tempoh hari. Keluarga Saud terkenal hidup penuh dgn glamour & berpoya-poya, ada yang dah murtad pun.

      Padam
  7. Kematian adalah bermula satu kehidupan tanpa nokhtah.

    BalasPadam
  8. Yang salah jika penjawat awam menerima imbuhan dari luar dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Tak kira la sapa penjawat awam tu. Tak kira la berapa banyak imbuhan tu. Tak kira la untuk apa imbuhan tu. Tak kira la untuk sapa imbuhan tu. Memang dah salah. Pusing2 mcmana pun, tetap salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. CEO 1MDB Arul Kanda dlm wawancara akbar mutakhir turut meluahkan beberapa perkara yang mana sekaligus mengesahkan cakap2 orang awam selama neh bahawanya 1MDB sememangnya satu bisnes yang bermasalah sejak mula. Arul hanyalah dilantik bagi menyelesaikan masalah. Sekarang disebabkan masalah tersebut terlalu berserabut selepas berjaya melakukan beberapa proses tambahbaik dia pun cadang nak angkat kaki dari 1MDB. Najib.. Najib. Apa yang ko dah buat neh gilee.. pinjam itu bayar ini, pinjam ini bayar itu, adakah macam neh caranya kau berbisnes? Tak faham aku.

      Langsung tak faham kenapa AG Pak Pandir masih terus melindungi Penyangak Terbesar dalam abad ini? Mungkin AG Pandir pun turut dah dibeli dgn suapan juta2. AG Pandir wajib disingkirkan...!!!!

      Adenan Satem pun faham & terima hakikat majoriti warga Bumi Kenyalang tak suka tingkah tembolok serakah Najib laki bini. Parti Bangsa Sarawak kemungkinan besar akan hilang majoriti sekiranya gambar muka suwey penyamun itu digandingkan dgn PBS.

      Padam
  9. Semua parti bermatlamatkan baik. Hanya pemimpinnya saja yg tak betul. Tambah buruk lagi bila ada inner circle yg sering memberi nasihat bermuka-muka & mengampu. Ibarat kereta, bila berlaku kemalangan, pemandu yg bersalah kerana kecuaian, tak ikut peraturan, ego, tak ada maintenance dsbnya.

    BalasPadam