Rabu, 13 April 2016

LAYANAN BERBEZA SPRM TERHADAP LIM GUAN ENG DIPERSOAL - DATUK HUAN CHENG GUAN


Memang tidak dinafikan, cara SPRM membuatkan persoalan demi persoalan yang bermain difikiran rakyat Pulaup Pinang khususnya, manakan tidak, bila terpalit isu berat kepada Lim Guan Eng tidak nampak kegarangan SPRM dalam menyiasat skandal yang memeningkan Lim Guan Eng itu sendiri.

Malah dikatakan bibit-bibit persoalan tidak telus sudah bermain dikalangan rakyat kerana sebelum ini siasatan 1MDB bukan main cepat tanpa ada rasa was-was. Tetapi isu banglo Lim Guan Eng ini ketika bukt-bukti sudah terbongkar, lesu benar cara SPRM menyiasatnya, mengapa? Persoalan ini yang masih menjadi tanda tanya.


KES GUAN ENG - LAYANAN BERBEZA SPRM DIPERSOALKAN

KUALA LUMPUR 11 April - Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoal ‘layanan’ berbeza yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berbanding ketika suruhanjaya itu menangani isu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, dalam kes penjualan tanah di Taman Mang­gis dan pembelian banglo oleh Guan Eng, gerak kerja SPRM dilihat begitu perlahan tetapi ketika isu dana RM2.6 bilion dilaporkan media antarabangsa, tindakan pantas dengan segera diambil oleh suruhanjaya itu.

Katanya, selepas akhbar The Wall Street Journal melaporkan mengenai RM2.6 bilion pada 3 Julai, pasukan petugas khas segera dibentuk dan serbuan ke atas SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana dibuat pada hari yang sama, sebelum langkah membekukan enam akaun bank dikuatkuasakan pada 6 Julai.

Bagaimanapun jelasnya, dalam isu Guan Eng, walaupun pendedahan dibuat di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2016, SPRM hanya mengeluarkan kenyataan akan membuka kertas siasatan pada 19 Mac dan sehingga kini tidak diketahui sama ada segala dokumen berkaitan penjualan tanah di Taman Manggis serta pembelian banglo itu sudah dirampas atau belum.

“Kalau dalam kes RM2.6 bi­lion melibatkan Perdana Menteri, SPRM cuma mengambil masa tiga hari sahaja untuk menyerbu SRC International, Ihsan Perdana dan Gandingan Menteri sebelum enam akaun bank berkaitan dibekukan, mengapa dalam kes melibatkan Guan Eng ini kemajuan siasatan SPRM dilihat begitu perlahan?

“Jadi kita hendak tahu mengapa? Apakah Guan Eng sudah dipanggil? Jika belum kenapa SPRM berle­ngah. Kalau dalam kes RM2.6 bilion, enam akaun bank dibekukan, bagaimana dengan kes Guan Eng? Mengapa sehingga kini tiada suspek ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng terpalit dengan kontroversi selepas beliau didedahkan membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Jelutong, Pulau Pinang pada harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasa hartanah di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Lebih menimbulkan kontroversi apabila pemilik banglo itu, Phang Li Khoon, turut dikaitkan dengan individu dalam sebuah syarikat yang berjaya membeli ta­n­ah di Taman Manggis, yang sebelum ini diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) tetapi kini dirancang pemaju untuk dibina hospital swasta dan hotel.

Dalam perkembangan berkaitan, Cheng Guan mempersoal mengapa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM tidak menegur Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan mempertikaikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tetapi pantas menolak apabila debat terbuka mahu dibuat dalam isu melibatkan Guan Eng.

“Jika jawatankuasa ini pun tidak mampu bertindak sehingga dilihat bebas, saya fikir lebih baik jawatankuasa ini dibubarkan sahaja,” katanya.

 http://www.utusan.com.my/berita/politik/kes-guan-eng-layanan-berbeza-sprm-dipersoal-1.244665

4 ulasan:

  1. SPRM ni macam dah rosak. Banyak sangat makan dedak pembangkang ke? Camna pulak dengan gaji yg kerajaan bayar? Makan baji buta ke? X mahu kerja berhentilah...

    BalasPadam
  2. Kalau lain-lain jabatan rasuah repot kat sprm... Kalau sprm rasuah repot kat siapa?... Kalau lain-lain jabatan rasuah denda 10x suapan... Sprm rasuah RM20k denda cuma 3k je hahaha...

    BalasPadam
  3. SPRM dah jadi suruhanjaya untuk siasat salah laku melayu saja..jgn sampai semua melayu gelar SPRM SIAL dan bangsat sudah

    BalasPadam
  4. Lim gone end: manyak syok ITU phang...hari2 may spins..haiyak

    BalasPadam