Selasa, 5 April 2016

LIM GUAN ENG SUDAH MATI AKAL UNTUK MENIPU?

Nampaknya satu persatu rahsia kebobrokan serta dokumen sulit berkaitan tanah taman manggis dibongkarkan.

Dikatakan, ramai mempersoalkan Lim Guan Eng yang berdolak dalih dalam memberi jawapan perihal skandal yang terpalit kepada dirinya.

Adakah sudah masanya rakyat Pulau Pinang hambat tokong Guan Eng ke tempat asalnya, Melaka.
Malah orang Melaka juga sudah naik menyampah dengan tindak tanduk pemimpin rakus sepertinya.
Adakah ini salah satu impak pecah belah parti Dap? Kita tunggu.

LAGI ISU GUAN ENG DIDEDAHKAN

Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini mendedahkan tiga syarikat yang membida tanah Taman Manggis di Pulau Pinang, didakwa turut menimbulkan kontroversi.
Huan berkata berdasarkan kepada penyataan rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkaitan penjualan tanah Taman Manggis kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC), hanya tiga syarikat menyertai tender itu pada peringkat awal berikutan syarat ketat digariskan, mereka perlu memiliki pengalaman menguruskan pusat perubatan pakar.

Permohonan Cadangan (RFP) dibuat kali pertama pada 10 Ogos 2009 dan hanya tiga syarikat menyertainya iaitu:

United Overseas Empire Sdn Bhd
GM HealthCare Sdn Bhd
Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd

Bagaimanapun, ia dibatalkan pada 10 September 2009 selepas wakil ketiga-tiga syarikat itu tidak muncul di Taklimat dan Lawatan Wajib, menyebabkan melanggar syarat pemerolehan.

Satu lagi RFP dibuat bagi tujuan sama pada 16 Februari 2010. Kali ini, empat syarikat mengemukakan bidaan termasuk sebuah lagi syarikat, Ranting Setia Sdn Bhd (Ranting Setia).

“Dan seperti kita sedia maklum, syarikat yang memenanginya ialah KLIDC, yang dimiliki secara majority oleh bos kepada Phang Li Koon, Datuk Tang Yong Chew.

“Namun, siapakah tiga syarikat lagi yang menyertai bidaan itu dan adakah mereka memiliki pengalaman mengurus pusat perubatan pakar sebagaimana syarat ketat digariskan kerajaan negeri dan mempunyai keupayaan kewangan?” tulis Huan di blognya, datukhuan.blogspot.com

Pendedahan terhadap tiga syarikat itu, United Overseas Empire Sdn Bhd (UOE), GM Healthcare Sdn Bhd (GMHC) dan Ranting Setia Sdn Bhd (RSSB) berikutan direkodkan sebagai pembida kepada tanah dimenangi Kuala Lumpur International Dental Sdn Bhd (KLIDC).

Tanah Taman Manggis diselubungi kontroversi berikutan didakwa sudah diperuntukkan bagi membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Huan kemudian memperincikannya, lengkap dengan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) status ketiga-tiga syarikat terbabit:

UNITED OVERSEAS SDN BHD

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap syarikat UOE mendapati ia hanya diperbadankan dua hari selepas tarikh Taklimat Wajib dan Lawatan Tapak (TWLT) dibuat pertama kali pada 10 Ogos 2009.
Menurut Huan, syarikat ini didakwa kini tidak lagi berfungsi selepas menyertai tender terbuka itu dan tiada sebarang perolehan pada tahun kewangan 2010 dan tidak pernah lagi mengemukakan penyata kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tempoh enam tahun.

Status syarikat itu kini dikategorikan sebagai bubar.

GM HEALTHCARE SDN BHD
Syarikat ini pula, menurut Huan, diisytihar bankrap sejak Jun 2009 dengan nilai aset negatif dan tidak lagi mengemukakan penyata kewangan bagi tempoh enam tahun sejak 2010.
“Penerima syarikat ini dilantik pada 2011 dan ia kini disenaraikan sebagai sudah gulung tikar,” tulisnya melalui blog datukhuan.blogspot.com.

RANTING SETIA SDN BHD
Huan turut mendedahkan, syarikat ini kini dalam status dorman dan mendakwa ia tidak pernah mengemukakan penyata kewangan kepada SSM sejak 2009, meliputi tempoh tujuh tahun.
“Malah, penyata kewangan terakhir dikemukakan adalah pada 2008 dan ia kini berstatus ditutup,” tulisnya.
Huan berkata adalah pelik, selepas menyertai tender yang ketat itu, ketiga-tiga syarikat terbabit gagal meneruskan operasi mereka dan mengemukakan penyata kewangannya.

“Dan ketiga-tiga syarikat terbabit berakhir dengan dibubarkan, gulung tikar dan ditutup.
Secara sinis, Huan menulis, ia mungkin berikutan fengshui yang tidak baik atau prejudis budaya bagi ketiga-tiga syarikat mengemukakan RFP bagi bidaan ini.

Sindiran Huan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini, pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berikutan fengshui tidak baik selepas Lim Guan Eng menyatakan harga beliannya lebih rendah daripada pasaran kerana tiada kolam renang.

Ia kemudian disambut pula Ahli Parlimen DAP bagi Ipoh Barat, M Kulasegaran yang mendakwa pembelian banglo di bawah nilai pasaran itu adalah berikutan ‘prejudis budaya.’

Setiausaha Publisiti DAP, Ng Wei Aik pula dalam mempertahankan tindakan Guan Eng berkata, Ketua Menteri itu bukan penilai hartanah sebaliknya hanya seorang akauntan yang turut menunjukkan pelbagai jawapan tidak konsisten antara mereka.

“Hanya KLIDC melepasi proses tender itu namun syarikat itu yang memperolehi pendapatan berjuta ringgit pada 2010-2011, tiba-tiba menjunam kepada kosong bagi penyata kewangan terkini.
“Tetapi itu cerita lain yang akan saya tulis nanti,” tambah Huan dalam blognya.

Huan juga mendesak pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP agar mengamalkan ketelusan dalam tender terbuka dan bukannya RFP berpilih dan mengumumkan cadangan keempat-empat syarikat terbabit.
“Ia bagi membolehkan rakyat memahami mengapa ada fengshui tidak baik terhadap mereka akibat daripada bidaan ini,” tulis Huan menyindir langkah kerajaan Pulau Pinang yang bersikap rahsia.

Sumber : http://www.mynation.news/eksklusif-tiga-syarikat-bida-tanah-taman-manggis-syarikat-hantu/

 

2 ulasan:

  1. Don't worry Raja Bomoh is on the way to assist LGE. Pak Lebai PAS pun boleh mula berdoa kesejahteraan LGE Khalifah Umar Abdul Aziz.

    BalasPadam
  2. Istilah baru skrg....
    Klu tak menipu tu..bukanlah cina dap.

    CAT...ptuiiih

    BalasPadam