Jumaat, 8 April 2016

NAJIB TETAP BERSALAH WALAU DIBUKTIKAN TIDAK BERSALAH KATA TUN MAHATHIR


Sememangnya manusia bernama Mahathir tidak akan puas hati, malah tidak akan mengaku kalah walau apa pun terjadi, setelah Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak menganggap Perdana Menteri Najib Razak terlibat secara langsung diatas tuduhan tidak berasas berkenaan 1MDB sebelum ini.

Apa lagi Mahathir mahu? setelah puak radikal yang menjadi pentaksubnya semakin gila dalam menyerang krelebiliti Najib Razak, malah boleh dikatakan cara serangan puak pentaksub Mahathir sudah ke level gila, mati akan, terdesak, nak mampos serta baik jadi orang sewel selamanya.

KESIMPULANNYA PERPERANGAN MEREKA SUDAH KALAH.

NAJIB TIDAK PERNAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN URUSAN 1MDB, TEGAS TIMBALAN PENGERUSI PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara tidak menganggap Perdana Menteri Najib Razak bertanggungjawab terhadap salah urus tadbir (1MDB) kerana Perdana Menteri hanya bertindak selaku penasihat.
Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata, ketika PAC menjalankan siasatan ke atas 1MDB, ianya telah diketahui yang Najib tidak terlibat secara langsung di dalam pengurusan syarikat.
Tan, Ahli Parlimen Kepong dari DAP, berkata pembuat keputusan sebenar adalah pengurusan dan ahli lembaga pengarah.

“Mereka inilah yang perlu disiasat - itu yang sepatutnya dilakukan,” kata beliau selepas ditemubual oleh wartawan di lobi Dewan Rakyat.

“Secara undang-undangnya, bagaimana anda ingin mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak melakukan apa-apa” tambah beliau sambil merujuk kepada Najib.

“Dari siasatan kami, kami mendapati beliau (Najib) tidak terlibat secara langsung. Namanya hanya muncul di dalam panel penasihat,” jelas Tan.

Ahli Parlimen Kepong itu juga berkata undang-undang di Malaysia memegang prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

PAC, di dalam laporannya hari ini menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi terhadap kelemahan pengurusan syarikat.

Di dalam laporan itu, panel berkata ahli lembaga pengarah 1MDB gagal melaksanakan tanggungjawab mereka kepada syarikat dan pemegang saham dengan membenarkan pengurusan membuat keputusan yang tidak selari dengan amalan perakaunan yang baik.

1MDB kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di beberapa negara, dengan Luxembourg negara terbaru memulakan siasatan terhadap firma pelaburan itu atas dakwaan penggubahan wang.

http://m.themalaymailonline.com/…/najib-was-never-directly-…

33 ulasan:

  1. Bila pulak siasatan ke atas penyelewengan Beratus ratus billion kepada keluarga dan kroni yahudi kerala ni akan bermula?

    Anak betina masing berjuang demi kristian dan LGBT lagi kah?

    Balik kerala pun orang kerala tak nak terima kelurga gila dan rakus macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai skrg meragukan apakah pegangan Akidah Marina Mahathir. Apakah Mahathir rasa duit lebih berharga dr Aqkidah anaknya?

      Padam
    2. betul tu bro..
      macam mana anak mamaktun boleh jadi billioaire. dari mana kekayaan tu dtg? Mukriz juga kekayaannya luar biasa sbb itu dia tk endahkan negeri Kedah semasa jd MB Kedah..secara part time.
      kes2 lama melibatkan Tun mamak seperti kes PERWAJA disenyapkan begitu shj. mendiang Eric Chia pernah nyatakan sesutau semasa di mahkamah seolah2 mahu beritahu ada tangan lain yg arahkan dia.??

      Padam
    3. 9:52 & 10:51...

      Tak baik kata begitu. Dengar sini baik2...

      Bercakap tentang Marina Mahathir, itu bukan salah salah ibu mengandung atas sebab dosa & iman tidak boleh diwarisi..soalan kubur sendiri kena jawab. Kita kena ingat para nabi & rasul pun punya anak & anggota keluarga yg kafir & mungkar, inikan pula Tun Dr Mahathir. Contoh kisah nabi Nuh dgn anaknya, nabi Ibrahim dgn ayahnya, nabi Lut dgn istrinya & nabi Muhammad s.a.w. dgn pamannya Abu Jahal & Abu Lahab. Saya syorkan anda jgn pakai tembak sembarangan, dikhuatiri anda akan berdosa kerana mengumpat. Ingat tu pesan Tok2 guru kita.

      Salam hormat & salam mu alaikum.

      Padam
    4. Mahathir dah tau ke apa yg abang tulis ni? kalau tak elok bagi ceramah kat dia ...

      Padam
    5. 9:52

      Anda berkata:

      "Bila pulak siasatan ke atas penyelewengan Beratus ratus billion kepada keluarga dan kroni yahudi kerala ni akan bermula?"

      Jawapan saya:
      Jgn jadi macam NATO asyik menyalak aje, pergilah buat saman, kalau berani.

      Apa kaitan TDM dgn Yahudi? Sebaliknya, Rata2 duniapun tahu, Yehudi Zionist berfalsafahkan "By Sword or Debt to enslave & conquer a nation'. Malang sekali, oleh sebab ikut telunjuk Rosmah yg mengejar kemewahan melampau & kemaruk 'Cash is King', Najib menyimpang & khianat pd agama, bangsa & negara. Najib pd 2009 telah mengundang & memberi kebenaran puak Yehudi Zionist Apco (consultant) & Goldman Sachs bertapak & beroperasi di Malaysia bermakna Najib. Sekali gus, Najib telah membawa masuk musuh Islam ke dalam kubu/kota negara. Maka mudahlah Yehudi Zionist menyusup dari dalam memporak peranda negara dgn niat untuk penjajahan di bawah kekuasaan mereka kerana beholden (termakan budi) hutang & bunga riba menimbun-nimbun.

      Lagi satu yg anehnya, dari sumber mana anak tiri Najib, si Riza Aziz cekau modal ratusan US$juta bikin filem di Hollywood, dan juga beli apartment2 mewah di Beverly Hills & New York? Adakah ayah kandungnya seorang billionaire? Atau ibunya, Rosmah itu seorang usahawan berpendapatan ratusan US$juta setahun, sedangkan kita tahu dia fulltime housewife kpd PM saja. PM kita pun hanya mendapat gaji RM22,826 sebulan saja. Adik beradik Najib pula membantah bahawa Tun Razak ada meninggalkan harta kekayaan menimbun-nimbun. Sendiri kena fikir.

      Padam
  2. KITA TUNTUT PAC MASUK SIASAT PROTON. kenapa Tun M lari segera dari Proton secara tiba2?

    Kasihan Proton. Nasib Proton sepatutnya cemerlang kalau semasa dia jd PM dulu dia tk lantik Mahaleel si rakan perompaknya membentuk circle kroni2 yg cukup penyamun.

    Mereka jadikan proton lubuk merompak wang rakyat di kala keta2 import di naikkan duty 200%

    Proton hanya mula dipulihkan semasa di bawah Khazanah 2004, malangnya selepas DRB ambil alih proton semakin gelap.

    Tun Mamak cuba memaksa Krjn terus kasi duit billion. sedangkan tujuan Khazanah lepaskan Proton dr GLC kerajaan setelah dirawat 6 tahun tu ialah supaya mula bergerak sendiri.

    Tp malang berganda Tun Mamamk rosakkan Proton sekali lagi semasa jd Pengerusi. Dia kacau habis2an dr bab strategic planning sampailah bab model kereta.

    Susah nk ckp dilemma Proton sbrnya disbbkn Tun Mamak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10:52....

      Saya sokong penuh tapi jangan melalak kosong saja. Sila buat laporan polis dulu dan diikuti tuntutan saman terhadap Tun Mahathir mengikut landasan undang2 supaya dia diadili di mahkamah. Buat apa seperti Mahathir, Khairuddin & Anina buat tempoh hari...hantar saman pd Najib bukan menyalak & menyenyeh di portal2. Jgn seperti NATO (No Action Talk Only). Jgn jadi seperti Najib, fobia dgn Mahkamah hingga ke hari ini tak berani saman malu ke pihak AWJ, ABC dll. Hanya berani guna kuasa polis tangkap & soal Khairudin & Tun Mahathir.

      Padam
    2. baguslah abang othman komen, bernas dan berfakta betul. hakim pun boleh tercengang baca ni ...

      Padam
    3. Hakim pun tercengang tu rare ekeke

      Padam
  3. bagus..makan dedak byk2..sokong je PM kesygan korang tu..kesian kat bekas CEO 1MDB sbb kena jadi kambing hitam..duit dah habis banyak utk tolong 1MDB bayar hutang..peruntukan utk kementerian2 semua kena potong..pilih pemimpin yang boleh kayakan rakyat..bukan kayakan diri sendiri..tahniah saudara2 semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanjing RBA DAPigs dah mula menyalak....hina nya kamu...di dunia ni jer dah nampak hina...apatah lagi nanti di sana....

      Padam
  4. Dgn selesainya laporan audit dari PAC maka dgn ini di istiharkan Jibby & 1mdb suci murni..kah..kah..kah..42b hangus eh bukan 50b...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senyumlah cai..akan dpt dedak baru..

      Padam
  5. betul dan benar DSN mmg bersalah dgn TDM sebab tak ikut nafsu dia .. nafsu haloba dengki khianat ... go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laporan PAC semalam telah membuktikan bahawa Arul, Najib dan semua gerombolannya yang lain adalah PENIPU BESAR sebab dari awal dulu mereka mengatakan 1mbd ok sahaja. OK ape kebendenya..??? Laporan PAC menunjukkan sebaliknya.

      Walaupun dengan hati yg amat berat saya terpaksa bersetuju dgn laporan PAC PM Najib tidak secara langsung (not directly) terlibat dgn kesalahan2 yang dilakukan oleh 1MDB,
      Akan tetapi......,
      Menteri Kewangan haruslah dipertanggung-jawabkan sepenuhnya kerana 1MDB adalah di bawah naugan & kuasa Kementerian Kewangan.

      Shahrol mungkin bukan Kambing Hitam saja tapi juga KAMBING BANDUT dalam kes ini.

      Persoalan besar....macam mana Kambing Bandut yang tak cekap & tak amanah ini diberi kepercayaan & kuasa oleh Najib, bukan saja di 1MDB tapi juga.....

      1. PEMANDU’s Director of Oil, Gas & Energy and Financial Services’ National Key Economic Areas (NKEA),

      2. He too handle the Government’s Role in Business Strategic Reform Initiative (SRI).

      3. He is also the President and Chief Executive Officer of Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC).

      Takkan Shahro sorang je diperslahkan, sedangkan beliau dgn Najib cukup akrab (orang kepercayaan).

      How come..how come..how come..........???????

      Thus, the game is NOT over yet, pal.

      Padam
    2. Ekoran dari Laporan PAC yg dibangga-banggakan oleh puak Najib dgn sendirinya jelas menunjukkan perlantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan ‘tindakan kurang bijak & bengap’.

      Najib adalah orang bertanggung-jawab memberi nasihat termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong pun perlu akur dengan nasihatnya. Mana mungkin untuk Lembaga Pengarah 1MDB seperti Sharol berani2nya ingkar nasihat atau arahan Najib? Apabila struktur tadbir urus syarikat ini mengarut, maka kita tidak boleh menghentikan orang ramai daripada membuat sebarang tuduhan. Kuasa dan pengaruh yang dimiliki sebagai Penasihat oleh Najib dalam 1MDB perlu disiasat untuk menentukan sama ada beliau (Najib) bertindak sebagai ‘pengarah bayangan’ atau biasa dipanggil 'tangan ajaib'.

      Perlu diingat jika 1MDB mempunyai hutang mencecah RM50 bilion, bagaimana kita hendak tahu jika ada lagi GLC di peringkat negeri dan Persekutuan yang menanggung banyak hutang atau hutang sekadar satu peratus.

      Saya ulangi...laporan PAC tidak meletak kesalahan kepada Najib kerana Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung dengan segala kelemahan 1MDB.

      Saya harap anda semua FAHAM maksud ayat 'tidak terlibat secara langsung' di perenggan terakhir ulasan saya itu.

      Padam
    3. Baguslah abang bagi ulasan (tapi saya tak ada masa nak baca), boleh jadi penasihat pada Mahathir tu, dia baru aje belah dari DRB-Hicom krn dah tau dia dah tak boleh nak gasak lagi duit Proton.

      Bagi nasihat pd dia bang, drp sibukkan Najib sampai sakit jantung dan sakit jiwa nanti.

      Padam
    4. Saya juga nak tambah ulasan dari seorang teman....

      "Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Tan Seng Giaw itu ialah ulasannya mengenai perjalanan 1MDB dengan tidak mengambil kira peranan Lembaga Penasihat.

      Kenyataan di atas oleh bekas CEO 1MDB membuktikan bahawa Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat memang ada peranan, malah besar peranannya iaitu:

      Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

      Dan memang benar kata TDM, bekas CEO itu tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

      (Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu. Jadi mengapa letakkan kesalahan hanya kepada CEO tersebut? Apatah lagi hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion...."

      Padam
    5. Tak payah gila mengutuk cai....
      Anak2 kita yg beberapa org tu pun belum tentu boleh dipercayai wlpun kita rapat dgn mrk sejak lahir.
      Jadi sblm sumpahan kutukan tu kena balik pd kita....baik diam dan cuba bersangka bail.
      Klu tak puas hati jugak...biar 3 org yg saman najib dimasukkan dlm anggota PAC.

      Padam
  6. makin mnjadi-jadi Mahathir ni dgn keinginan yg tidak bertepi dihujung-hujung usianya ye ...

    dia dan kroninya dah gasak proton sampai lunyai, bila nampak dirinya dah tak berkuasa nak arah-arah kerajaan bagi bantuan, terus cabut lari .. apa punya pemimpin mcm ni, setaraf dgn KM PP aje.

    Baguslah kerajaan dah pun luluskan bantuan RM1.5b kpd Protun, lagi pun Syed Mokhtar bukan jenis spt Mahathir, eloklah kerajaan bantu utk pulihkan DRB-Hicom.

    BalasPadam
  7. http://www.pisau.net/doktor-ini-sekali-lagi-dedah-kemana-perginya-wang-gst-kenapa-di-biarkan-rakyat-di-tipu-lagi/

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko baca tajuk aje ke?

      Padam
    2. Wang yg hilang zaman mahdey ada puak nie berani nak tanya??!!!

      Padam
  8. Encik Othman Ahmad.
    Saya nasihat supaya abaikan mereka2 ini..mereka ini sudah menghidapi penyakit Wahn..

    BalasPadam
  9. En Othman kalau dah banyak sangat bukti dan hujah pergi report polis lah. Apa pasal melalak sakan diruangan yg orang tak kenal awak ni.Berani lah kerana benar ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak perlu lagi buat saman kerana Tun Mahathir dah pun buat. Kini kini nak lihat pihak berwajib akan ambil tindakan susulan atau dikhuatiri buat tak dekk aje untuk melindungi Najib.

      Padam
  10. TUN M BANYAKKAN2 DUDUK KAT MASJID. BUKAN MASA BAGI TUN BERSUSAH PAYAH CARI KESALAHAN NAJIB. BIARKAN ORANG LAIN BUAT KERJA INI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak agak usia tun ni bolih jadi macam nabi hud kot..patut nya makin tua banyak kan beribadah dan buat kerja kebajikan..ini tidak makin tua makin rancak pula nafsu..taubat la tun..bukan lama lagi usia tu...

      Padam
    2. 11.52 @ Kejora Liberal..

      Kenapa masih membuat komen di sini & sering juga di blog2 lain seperti Putra Merdeka, Kluangman, dll, pakai Tanpa Nama/Anonymous. Anda hanya berani buat tak berani tanggung. Jika kamu anak jantan & pejuang kebenaran, apa nama sebenar kamu supaya kamu dipertanggung-jawabkan bukan seperti baling batu sembunyi tangan. Walau kamu berada di manapun, bau hapak mu yg menyerlah hangit memudahkan saya mengenali anda.

      Padam
    3. 11.52 @ Kejora Liberal..

      Saya ambil kesempatan di sini nak ingatkan bahwa kamu masih berhutang tidak menjawab soalan2 saya terdahulu di blog2 lain & kamu tgerus melarikan diri. Nah sekarang saya paparkan semula sekiranya kamu terlupa. Sila jawab:-

      1. Anak Rosmah (si Reza) mana dapat dapat duit ratusan juta US$ bikin filem lucah & beli apartment2 mewah di kawasan2 elit Los Angeles, New York, USA.
      2. Dua penyangak SRC belaan Najib & Rosmah kenapa dilindungi & dibiarkan calibut luar negara?
      3. Kenapa Si Jho Low pula tidak disoal siasat oleh KP & AG terhadap si Tembam itu berpesta joli dgn duit 1mdb tapi rakyat menanggung beban gst & tanah pusaka reserve Melayu digadai jual buat langsai hutang riba haram tajaan yahudi Goldman Sachs.

      4. Bukan main lagi kelmarin kamu mentohmah Tun Mahathir klepet derma mangsa Bosnia, Palestine & Melayu Thailand. Berdasar hujah2 kamu yg secara rambang membuat tohmahan berat itu sila perincikan maklumat itu dari siapa & bila? Juga nama penderma beserta jumlah & tujuan derma itu. Saya harap anda faham bahasa Melayu.

      5. Kamu ada link atau bukti si Gusto itu upahan Tun Mahathir? Jika ada, saya tuntut kamu tunjukkan buktinya supaya kamu juga tidak kelihatan pembohong seperti pm Najib.

      Apa maksud kamu menyatakan "Anak pompuan liberal dia dah beruban pun.. Maknya masih maintain curly black hair" itu? Kamu kena ingat, sedangkan para nabi & rasul pun punya anak & anggota keluarga yg kafir & mungkar. Contoh kisah nabi Nuh dgn anaknya, nabi Ibrahim dgn ayahnya, nabi Lut dgn istrinya & nabi Muhammad s.a.w. dgn pamannya Abu Jahal & Abu Lahab. Inikan pula insan seperti Tun Mahathir, guna otak lah.....!!!

      Dengar sini baik2. Tun Mahathir adalah satu2nya pemimpin yg konsisten pendiriannya terhadap puak Yehudi Zionust. Siapa yg lantang di perhimpunan bangsa2 bersatu di New York mengutuk kekejaman Israel & USA, malah menuntut President G Bush dihadapkan ke Tribunal Antarabangsa kerana serangan ke atas Iraq? Siapa pemimpin dunia berani memboikot buatan UK dgn slogan 'Buy British Last'? Siapa berani menyelar OIC sebagai 'Oh I See' kerana kemunafikan negara2 teluk/Arab yg pro barat/USA? Siapa pemimpin ASEAN yg tidak mudah tunduk & berani memboikot persidangan APEC anjuran USA? Siapa pulak yg menjilat presiden USA bagai nak rak seenaknya bermain golf sedang negara ketika itu ditimpa bencana banjir. Tun Mahathirkah yg mengundang President USA ke negara ini? Siapa yg berani menghantar istrinya mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza ketika Israel menyembelih warga Palestine kalau bukan Tun Mahathir yg menghantar Tun Hasmah... Najib/Rosmah beranikah?eral...

      Padam
    4. 11:52 @ Kejora Liberal...

      Your stinking smells cannot escape my natural instinct to unveil your play-acting, why you stupid fool!
      Cukup2lah hidup dalam kepura-puraan dan menabur fitnah tanpa bukti. Untuk mu & pm Najib.....

      Tedung mati tinggalkan bisa
      Harimau mati tinggalkan belang
      Mahathir berhenti tinggalkan jasa
      Najib pergi menimbun hutang

      Pahlawan sejati bila melangkah
      Tak takut mati walau disergah
      Membujur lalu melintang patah
      Selagi pembohong tak jatuh rebah

      Tidak seperti pahlawan itu
      Mendabik dada saman tak mahu
      Bila ditanya jawab merapu
      Nothing to hide langkah seribueral...

      Padam
  11. Setelah dikaji chronology dari awal hingga akhir, saya dapati ada satu sesuatu yg saya terhidu bau bbusuk dan saya cukup yakin ianya datang dari orang yang sama menyamar sebagai Tanpa Nama.

    Saya harap dia sahut cabaran2 saya yg saya sebutkan dalam blog sekiranya dia memang pejuang kebenaran tulen.


    BalasPadam