Ahad, 17 April 2016

SERANGAN ALA OPERATION VALKYRIE VERSI CYBER MEDIA?

Melihat situasi yang agak janggal apabila dikatakan segerombolan cyber media pro bn menyerang entiti batallion yang sama kerana tidak berpuas hati. Malah serangan ke atas orang tertentu, iaitu ketua unit media tertentu menjadi tanda tanya pemain media pro BN yang lain.

Ini kerana isunya "dana" kepala media mungkin.

Masalahnya serangan peribadi yang keterlaluan kepada musuh yang ditujukan untuk terus menjatuhkan reputasi serta maruah orang yang diserang itu.

Pasti ada agenda tertentu perihal ini berlaku.

"Keluarga, Anak Dan Isteri Saya Dimalukan’

KUALA LUMPUR – Presiden Nadi Rakyat, Rafi Awang Kechik mendakwa kecewa apabila dihina dan diaibkan di laman media sosial oleh blogger Parpukari yang dikenali sebagai Mohamad Salim Iskandar.

Rafi ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata, tindakan mengunakan akaun Facebook palsu untuk menghina, mengeji dan mengaibkan diri dan keluarganya itu perlu dihentikan segera.

“Saya turut memaklumkan kepada pihak polis mereka yang bertanggungjawab membuka fake akaun (ID palsu) ini di dalangi oleh orang yang bernama Salim Iskandar atau (dikenali sebagai) Parpukari.

“Semua bukti telah diserahkan kepada pihak polis dan saya harap dia (Salim) akan beri kerjasama apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti (kerana) saya hendak hentikan kegilaan yang dia buat itu” katanya sejurus selepas membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Ahad.

Rafi turut berkata tahap kesabaran dirinya ada hadnya kerana takut akan mengambil tindakan sendiri sekiranya perkara seperti itu berterusan.

“Saya membuat laporan ini kerana takut mungkin akan mengambil tindakan sendiri kerana ia mungkin lebih daripada itu.

“Sekurang-kurangnya bila saya membuat laporan polis pada hari ini, kita akan bertemu buku dengan ruas” katanya lagi.

Dalam pada itu Rafi turut mendesak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk segera menjalankan siasatan terhadap semua akaun palsu yang turut digunakan untuk menyerang dan mengaibkan pemimpin negara.

“(Pengerusi) SKMM perlu berfungsi dengan lebih baik kalau tak boleh letak jawatan supaya boleh digantikan dengan orang yang lebih memahami kehendak rakyat yang terbeban dengan ‘fake-fake’ akaun yang digunakan untuk memalukan dan mengaibkan orang ini.

“Pada saya orang yang buat fake akaun ini mengambarkan moral darah dagingnya yang sebenar, kalau boleh saya sifatkan sebagai tak bertamadun yang lahirnya tidak diazan dan diqamatkan” ujarnya pula.

Beliau turut menegaskan akan mengumpulkan data semua mangsa yang telah menjadi akaun palsu ini untuk diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab. – SuaraTV

4 ulasan:

  1. Kepala bom,
    VALKYRIE..apa maksud?
    Maksudnya parpukari yg suka maki hamun org nak rampas kuasa lah?

    Kuasa apa?

    Tolong fahamkan maksud VALKYRIE sebelum tulis tajuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua,
      Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan
      Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 750juta saya sters hamper bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya jumpa situs angka togel dan pesugihan AKI DARMO, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi AKI DARMO kata PARAH MEMBER AKI. pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 3 Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 3.M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi AKI DARMO DI 082 = 310 =142 =255 situsnya http://sporttoto4d.blogspot.co.id agar di berikan arahan. Toh tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sama baik, jika ingin seperti saya coba hubungi AKI DARMO pasti aki bantu

      Padam
  2. Semoga beliau sedar akan tindakan yang tidak bertamadun itu hanyalah tidak mendatangkan apa apa

    BalasPadam
  3. Semoga beliau sedar akan tindakan yang tidak bertamadun itu hanyalah tidak mendatangkan apa apa

    BalasPadam