Isnin, 4 April 2016

STRATEGI MUHYIDDIN UNTUK TUMBANGKAN NAJIB HANYUT DIBUAI MIMPI BASAH

Semua sudah sedia maklum, sudah setahun lebih gerakan "Undur Najib"
yang pada awalnya sangat nampak berjaya, nampak angkuh, nampak hebat dan nampak tanpa belasnya.

Tetapi dalam memahami "art of war politik" seninya nan halus, mulus, cermat, melakukan pertahanan kepintaran, tidak negatif, tidak membalas idea rakus pihak lawan, hanya menggunakan idea cukup cerdik dan taktikal dalam meranapkan musuh politik yang gelojoh. Itulah yang digunakan DS Najib. Cara air melawan api, ikhlas melawan angkuh, budiman melawan radikal. Jawapannya sudah nampak. Malah musuh duri dalam daging, musang berbulu Ayam ditumpaskan sehingga musuh politiknya sudah ketandusan idea, mati akal.

Muhyiddin, Tun Mahathir, Mukhriz Serta balaci-balaci radikalnya sudah gagal dengan sangat teruk.

#RespectMyPM

TERSALAH PERCATURAN POLITIK, MENJADI IGAUAN SEUMUR HIDUP.

Rumah Belum Siap Pahat Kena Curi.

Selepas menyedari gerakan anti Najib kurang berjaya ketika kesemua saluran politik untuk menjatuhkan DS Najib gagal dan tertutup.
Penyokong Tun Mahathir yg terdiri daripada kumpulan belakang tabir mula menuding jari kepada Muhyiden sebagai punca mengapa gerakan jatuhkan Najib tidak berjaya .

Mereka mendakwa Muhyiden sangat lembab dan gagal bertindak sewajarnya. Muhyiden gagal memanipulasi isu ketika momentum sokongan rakyat begitu memuncak pada awal krisis.

Walhal muhyidenlah yang mula mula mencetuskan konflik dengan DS Najib dengan kenyataan kenyataan yang mengambarkan kononnya ada penyelewengan didalam IMDB.

Salah seorang bloger pro Tun Mahathir menyifatkan Muhyiden sangat lemah dan asyik mengeluh diawal pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Muhyiden sepatutnya mengunakan sebaik mungkin waktu emasnya itu ketika simpati rakyat cukup kuat.
.
Ternyata Muhyidin bukanlah politikus hebat yang bijak mengunakan peluang
Muhyiden sebenarnya anti klimaks.
Disaat lawannya lemah,
Muhyiden mengendurkan serangan dan disaat Najib terlalu kuat Muhyiden mengandakan asakan..
Cara Muhyiden tidak mungkin tumbangkan najib

Lebih melucukan apabila bloger tersebut membandingkan Muhyiden dan Anina Sadudin dan menyifatkan Anina Sadudin lebih berani dan bersunguh sunguh apabila bertindak menyaman Najib, walau pun saman tersebut ditolak oleh mahkamah dengan kos. Berbanding Muhyiden yang dilihat teragak agak untuk menentang DS Najib ketika sokongan rakyat begitu kuat ketika itu..

Salah seorang perancang kepada kempen anti Najib turut menyatakan keputusan Muhyiden Yasin untuk bercuti diluar negara ketika dia sepatutnya bermati matian berkempen dan meraih simpati rakyat disaat sokongan rakyat begitu memuncak menjadikan usaha yang dibuat tidak berjaya apabila momentum sokongan mula kendur.

Muhyiden juga gagal memujuk pemimpin didalam UMNO untuk bersamanya dan amat mengaibkan apabila seorang yang berjawatan Timbalan Presiden gagal meraih sebarang sokongan seperti yang diharapkan.

Keadaan ini cukup membezakan antara Muhyiden dan Anwar walau pun jawatan kedua duanya didalam UMNO adalah sama.

Anwar sewaktu dipecat oleh Tun Mahathir sebelum ini telah bangkit dengan cukup berani mengutip simpati rakyat kepadanya yang begitu memuncak ketika itu.
Malah ramai pimpinan umno termaasuklah beberapa menteri dan ketua ketua Bahagian secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar.

Walau pun ditahan dan dilokap semangat Anwar tidak pernah kendur. Orang orangnya memainkan peranannya secara cukup berkesan.

Anwar juga mampu meraih sokongan pemimpin pemimpin UMNO Cawangan sehingga banyak cawangan UMNO gagal mengadakan Musyurat dan ada yg dibubarkan...

Kebijaksanaan Anwar memanipulasi keadaan sehinggakan UMNO berada didalam keadaaan cukup lemah ketika laungan reformasi dilaungkan.

Anwar juga berjaya menghimpunkan ratusan ribu penyokong ketika himpunan di kuala Lumpur kali pertama diadakan dan keadaan jauh membezakan dua bekas Timbalan Perdana Menteri itu walau pun punca pemecatan hampir sama iaitu cuba menyingkirkan ketua.

Lebih mengkagumkan apabila Anwar mampu mengheret Al Gore Naib Presiden sebuah parti politik di Amereka untuk turut melaungkan perkataan "reformasi" disebuah majlis rasmi kerajaan di Kuala Lumpur dihadapan Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ketika itu..

Satu tamparan cukup kuat terhadap Tun Mahathir dan kehadiran Al Gore lambang pengiktirafan antara bangsa keatas perjuangan yang dicetuskan Anwar.

Kebolehan Anwar dalam memanipulasi isu ibarat langit dan bumi berbanding Muhyiden Yasin walau pun sama sama berjawatan Timbalan Presiden

Ramai penyokong "anti Najib" menyalahkan muhyiden sebagai punca mengapa gerakan menjatuhkan Najib hampir pasti akan gagal ketika ini ..

Lebih malang masa depan mukriz didalam politik cukup malap sehinggakan Tun Mahathir terpaksa berada dibarisan hadapan dan membuat keputusan terdesak ketika pilihan sudah tidak ada..

Bersekongkol dengan pembangkang termasuklah DAP merupakan langkah paling silap diambil oleh Tun Mahathir ketika
penyokong Najib berada dalam keadaan cukup defensif.

Mereka mula bangkit untuk pertahankan parti dan Presiden selepas melihat persekongkolan Mahathir dan Lim Kit Siang.
Malah ahli ahli UMNO yang satu ketika berada didalam keadaan keliru dan berbelah bagi mula kembali menyokong UMNO, sekali gus menyokong Najib selepas Mahathir dan Lim Kit Siang mula berkerjasama.
Mahathir sudah tidak lagi releven pada penyokong UMNO waktu ini.

Nasib Mukhriz dan Muhyiden bakal ditentukan pada mesyuarat MT yang akan datang dan keputusan MT tidak sukar untuk diramal.
Bagi penulis tiada apa lagi keputusan yang boleh dipertimbangkan oleh MT berasaskan apa yang telah dilakukan oleh kedua dua pememimpin itu kecuali PEMECATAN..

Gerakan menjatuhkan Najib juga sudah terpesong dari matlamat sebenar.

Berasaskan tindakan yang dibuat oleh Tun Mahathir waktu ini tiada siapa boleh menafikan bahawa pada waktu ini Tun Mahathir sedang berusaha untuk kalahkan UMNO/ BN pada PRU akan datang dan bukan lagi untuk menjatuhkan Najib..

Mahathir, Muhyiden dan Mukriz sudah tidak lagi releven dalam politik UMNO masa kini. Mereka sudah tersasar arah. Dari sebuah perjuangan untuk bangsa dan agamanya kini bertukar menjadi suatu misi untuk menjadikan Mukriz Perdana Menteri.

Sumber blog

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/04/rumah-belum-siap-pahat-kena-curi.html?m=1

6 ulasan:

  1. Nak tanya sikit..boleh?

    Kenapa zejak akhir2 ini..ramai blogger pemakanndedak dan cai najib sering mwnyebut anwar dan membandingkan tun mahathir dan anwar?

    Apakah najib ada plan nak bebaskan anwar ke? Utk balance up support najib yg dah hilang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gila mewahkan waris/kroni n gila liwat jantan dah tak ada dlm kamus umno/bn.
      Klu anwat bergabung dgn mahdey pon....mmg meletop.Tapi meletop lalu hancur.....hehehe

      Padam
  2. pemakan dedak mamak kerala tak ada niat kearah itukah?...takkan soalan diajukan kepada Najib aje!!

    BalasPadam
  3. Nak jawab 406. Anwar tu jenayah LIWAT maksudnya taram juboq. Perlukan dibawa kedepan dalam pertembungan politik semasa.

    rakyat tak perlukan seorang penjuboq untuk memimpin. Cuma pengtaksub LGBT sahaja yang teruja teringatkan Si Anwar.

    Najib bukan bodoh macam Madey dok pi minta support dengan Anwar macam dia pi dok salam dengan Kit Siang.



    BalasPadam
  4. Buruk-buruk DAP dan ahli2nya telah ditakdirkan mereka tetap warganegara Malaysia yang sah. Najib pula pegadai negara kepada negara luar, termasuklah Yahudi Amerika. Najib bukan sekadar musuh negara malah kini jadi musuh dunia yang nyata malah sedang diperhatikan dengan penuh minat oleh pihak yang ingin ambil kesempatan. Najib perosak agama, bangsa dan negara. Musuh utama, terlalu ramai yang telah dizalimi oleh beliau sekeluarga. Najib umpama ular tedung sela kepada putih yang tertera simbol CASh is KIng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org sewel jer yg percaya dakyah puak pakatun...
      Yang bagi duit dgn najib ialah raja Arab.Dapigs n pukiR pula dpt dana dpd yahudi siap dgn syarat2 utk gadaikan negara klu dpt putra jaya.Ptuuuiiihhhh
      Patutlah billboard tokong n gay tua cukup besar di merata2 tempat krn banyak dana....hehehe

      Padam