Isnin, 11 April 2016

TAKTIK SENI POLITIK APAKAH YANG BERMAIN DIKEPALANYA?

Pada ketika Umno dilanyak sangat teruk pada tahun 2007-2008, zaman Pak Lah menjadi PM, ketika Anwar Ibrahim sudah nampak taringnya untuk menerajui kerajaan perseketuan pada PRU12 yang lepas, dimana Umno banyak hilang kerusi, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang.

Pada ketika itu wave anti Umno sangatlah ligat, sehingga diceruk mana pun orang berkata-kata hanyalah perkara negatif yang melampau.

Gelombang Anwar menjadi kuasa baru ketika itu dapat dirasakan dengan sinis-sinis mulut ke mulut.

Pada ketika pembangkang nampak semakin kuat, Ezam masuk Umno pada tahun 2008.

Katanya untuk menyelamatkan keadaan politik Malaysia, nak lawan cara kotor Anwar Ibrahim yang sangat licik untuk menerajui Malaysia walaupun realitinya pembangkang tidak dapat menawan Putrajaya pada pru12.

Pada ketika itulah kita boleh nampak apakah jalinan halus yang nak dilakukan oleh Mohamad Ezam Mohd Nor ini. Pemimpin atasan Umno pada masa sekarang. Berhati-hatilah dalam mempercayai bekas-bekas pembangkang yang mungkin nak cari makan di dalam kerajaan BN.

Nak tanya, dedak gred A habis dah ke Ezam?

Ezam akan masuk Pkr dalam jangkamasa terdekat?

KUALA LUMPUR – Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV berkata, Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur,” katanya sebentar tadi.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga, antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘check dan balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

“Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukkan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah” katanya lagi.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.

Pihak kami masih sedang berusaha untuk menghubungi Ezam bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini. – SuaraTV

8 ulasan:

  1. trojan horse merata rata,
    seni dlm politik tahap tinggi
    pembangkang dh tak bersatu,
    dlm parti sendiri duk hentam sesama sendiri,
    tun M ketua trojan horse,
    dsn senyum jerr

    BalasPadam
  2. Saya kenal Ezam,walau pun dah agak lama tak jumpa tapi kalau nak kata dia akan masuk PKR semula dan tuk sokong kem WA rasanya agak mustahil Kerana dia pernha cakap pada saya,dalam PKR yg paling dia tak suka ialah WA,kerana langsung tak memabantu dalam apa hal sekali pun.Kalau dapat sponser dari luar pun WA tak beri sapa-sap ,walau pun tahu penyokong keliling dalam kesusahan dan kesempitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah ikut ceramah dia.
      Harap berita ini kbr angin.
      Tak mgkin dia nak jadi mcm mahdey yg semakin memalukan dirinya demi kuasa dan Wang.

      Padam
  3. UMNO sudah menyusui kera di hutan. Kalau dah namya kera tentulah loncat sana loncat sini rosakkan tanaman orang. Rakyatlah yg perlu buat keputusan halau kera tu jauh2.

    BalasPadam
  4. Perghh...mudah sungguh bersangka2..
    Terbaru...ezam telah menafikannya..

    BalasPadam
  5. Pengalaman bersama anuar mana boleh dilupakan. Samalah dengan rafizi dan azmin.

    BalasPadam
  6. Kritikan itu mungkin memberi dia kesedaran. Anyway jika x jadi alhamdulillah. Tapi jngn jadi musang berbulu ayam pulak.

    BalasPadam