Rabu, 25 Mei 2016

AZMIN DALAM PERSIMPANGAN DIHIMPIT MASALAH BESAR!!

Azmin sudah pening, malah kepeningan dia sudah ditahap level teratas, keadaan yang sangat kritikal melanda dirinya kerana desakan kiri dan kanan rakan pakatan, Pan dan Dap melanyak Azmin supaya memecat exco Pas sekiranya kerusi Sg. Besar tidak diberikan kepada Pkr atau Pan, malah desakan supaya Pas tidak bertanding di Sg. Besar juga diperkatakan.

Pas juga sudah memberi kata dua, kerusi Sg. Besar mereka akan bertanding, tidak ada kompromi sama sekali dengan ugutan dari pihak Pan atau Dap atau Azmin sekalipun, teka teki mudah, Pan nak bertanding kerana undi cina di Skinchan akan menyelamatkan mereka, Pas sudah yakin untuk merampas kerusi kepunyaan BN sejak 2004 dahulu.

Apakah Azmin sudah tersepit di hulu pedang sehingga tidak mampu memberi satu jawapan memuaskan kepada rakan pakatan? Di sini Pan dan Dap mengasak, di sana Pas pun menaji, lama-lama Azmin akan terkulai dalam situasi menjengkelkan.

Malah pendedahan Rafizi berkenaan skandal pentadbiran Azmin juga memberi kesan, adakah ini tanda-tanda parti pembangkang akan berkubur bersama keangkuhan mereka. Kita tunggu

Kanan Kiri Tolak, Azmin Hilang Punca
 
AKHIRNYA Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terbukti memang tiada kekuatan untuk memecat tiga exco Pas di Selangor setelah kata dua yang diberikan Menteri Besar Selangor itu tamat semalam.

Setelah kata dua itu tidak dipedulikan oleh Pas yang terus berkeras meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, apa lagi Timbalan Presiden PKR itu sedang fikirkan?

Bukan fikirkan lagi, malah keadaan semakin berserabut setelah `deadline’ itu tamat dengan Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan menyegerakan mesyuaratnya untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili pakatan itu dalam dua PRK tersebut.

Kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, persoalan dua PRK itu akan melibatkan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan kerana itu bukan kehendak pakatan harapan.

“Sukar bagi PKR untuk bertanding menentang Pas dalam PRK ini. Oleh itu, Amanah bersedia mewakili pakatan dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk Amanah mewakili pakatan harapan di Sungai Besar,” kata Khalid.

Ugutan Azmin terhadap Exco-Exco Pas semua maklum hanya retorik dan cakap-cakap kosong sahaja. Ini kerana kalau dia mahu berbuat demikian, tindakan itu sudah dilakukan tahun lepas lagi apabila berlaku pertelingkahan antara DAP dan Pas.

Pada November 2015, seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil Pas yang berjawatan dalam pentadbiran.

Kata dua yang dilontarkan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong itu menegaskan jika tidak, DAP akan mengundurkan diri daripada kerajaan negeri itu.

"Kami perlu bagi tempoh masa (Menteri Besar) Azmin Ali untuk selesaikan krisis sekarang, memecat wakil atau ejen Pas daripada Kerajaan Selangor.

"Saya seru memecat ejen atau wakil di kerajaan Selangor. Senang saja Pas t mengingkari dasar pakatan. Kita tidak bekerjasama dengan Pas lagi.

"Apa maknanya kerja dengan Pas lagi," katanya semasa perbahasan pada konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya waktu itu.

Namun Azmin tidak ambil tindakan pun. Semalam, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menegaskan, pihaknya yang masih menunggu perkembangan tindakan pemecatan oleh Azmin. Bagaimanapun, soal bertanding di kedua-dua PRK itu, Pas muktamad.

“Ya, Pas akan bertanding, tentang calon, Jawatankuasa Pilihanraya Pas akan beritahu nanti,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Zuhdi Marzuki ketika ditemui menegaskan bahawa Azmin tidak ada hak untuk memecat tiga orang exco Selangor tersebut.

“Kena ingat, Pas tak makan ugutan, tengok Presiden kita pun tak takut diugut, kita sudah biasa ada kerajaan, kita sudah biasa tak ada kerajaan, kita memang tak takut dengan ugutan.

“Dia hanya boleh mendapat perkenan dari Sultan Selangor, tapi dia tak boleh pecat, selagi tak dapat perkenan Sultan, dia tak boleh pecat,” ujarnya.

KLXPRESS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan