Rabu, 4 Mei 2016

GILA KUASA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Apabila sang perosak bercerita perihal menyelamatkan Malaysia, alangkah kelakarnya bila generasi hari ini tidak tahu sebenarnya si wajah kejahilan yang hanya inginkan sesuatu yang sudah lama dipendam.
Kuasa bukan tidak pernah dipegang, apa lagi yang dia inginkan?
Adakah dia memang ingin melihat kerosakan secara total terhadap bangsa dan agamanya?
Sudah-sudahlah... Bertaubatlah wahai mantan. Bertaubatlah.
SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?
1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat senaraian di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah banyaknya. Semua orang tahu...
2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...
3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...
4. 22 tahun atas nama penswastaan, hanya beberapa syarikat terpilih untuk melaksanakan projek besar berskala mega. YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang, Ting Pek Khing, UEM. Inilah kroni-kapitalisme. Di era itu belum ada media sosial yang boleh menghebohkan agenda pakatan menfaraidkan segala harta negara. Namun ia bukan lagi rahsia di zaman ini. Ia 'open secret' yang diketahui umum!
5. 1MDB muncul. Semua syarikat geregasi 'peliharaan' Tun M itu seakan diam menyepi. Monopoli yang dikuasai selama ini seolah dipecahkan. Harta negara kini dialirkan untuk nikmat semua usahawan, bukan hanya kepada dua tiga kerat suku sakat yang kononnya dianggap pakar dalam segala.
6. Lantas bila BR1M diagihkan, Tun M mendakwa ia adalah 'dedak' dari Najib untuk rakyat. Walhalm ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi 'dedak' yang beliau tabur pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.
7. Walau sedikit agihannya, namun meluas. Di anggar seramai 7 juta orang penerima paling tidak merasa, mendapat nikmat yang diberi sama rata. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu pening kepala memikirkan soal kos anak sekolah di awal tahun.
8. Segala perancangan Tun M menemui jalan buntu. Usaha politik 'dinasti', mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik.
9. Tapi 1MDB pula dijadikan sasaran. Hasrat menaikkan Muhyiddin sebagai 'transit' PM terbantut bagi membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Menteri Perdana selanjutnya.
10. Muhyiddin kerana ketidaksetiaannya menjadi 'api dalam sekam' dan bagai 'gunting dalam lipatan', kemudian disingkirkan, maka terputuslah 'talian hayat' Tun M dalam kabinet yang memalapkan impian peribadi.
11. Agenda besar untuk menobatkan Mukhriz ke arus perdana kepimpinan melalui jalan halus bermula 2013. Namun dengan takdir Allah, jawatan Naib Presiden yang ditandingi gagal dimenangi ketika itu.
12. Pada 2004, tatkala Pak Lah mengemudi PRU ke-11, segala percaturan calon di Kedah dikemudi Mahathir sendiri. Sekali lagi pada 2008, Tun M menggunakan alasan BN tewas di 5 negeri sebagai justifikasi untuk Pak Lah berundur. Meski dalam masa yang sama Pak Lah diasak agar Mukhriz dilantik ke jawatan kabinet, walhal Khairy menantunya yang lebih menang bergaya dan berada di puncak jawatan Ketua Pemuda tidak pula diberi laluan.
13. PRU 2013, Tun M menggunakan formula yang sama. Najib diasak agar Mukhriz dilantik kejawatan MB. Sungguh pun ketika itu 'Jeneral Perang' adalah Ahmad Bashah, namun atas dasar akur dan patuh pada pucuk pimpinan, beliau sekali lagi redha atas ketentuan Allah.
14. Tapi setelah 3 tahun tempoh diberi, Mukhriz lebih gemar bersantai dan bersenang lenang dengan sikap politik glamour dan kendiri 'selfie'nya. Entah kurang jelas, agenda pembangunan ekonomi, peluang untuk anak muda mahupun misi segar yang boleh meletakkan Kedah setanding dengan negeri lain bagaikan kabur dari pandangan.
15. Benarlah kata-kata hikmah, kebijaksanaan, kepimpinan dan iman tidak boleh diwarisi. Ianya perlu digilap, dilatih dan tidak mudah datang dengan sendiri.
16. Tatkala gerak kerja UMNO Kedah juga lembap, sebaliknya segala harta dan  hasil mahsul anak syarikat negeri dikatakan puas diagih sesama pegawai Mukhriz yang 21 orang jumlahnya. Walhal, ramai antara mereka ini tidak pernah pun berbuat apa jasa pada Kedah, telahan lagi banyak yang datang dari luar. Tapi Mukhriz terus mendabik dada, kononnya dia 'berjaya' di Kedah.
17. Sehingga kini, tiada apa legasi yang boleh dibanggakan. Tidak setara sama sekali dengan kepimpinan Osman Aroff, apatah lagi Syed Razak malah jauh lebih rendah prestasinya berbanding jasa arwah Ustaz Azizan.
18. Lantas apabila Mukhriz digantikan, dan Ahmad Bashah mengangkat sumpah selaku MB tanggal 4 Februari Mukhriz kelihatan seperti orang "gila talak". Bara dendam di dada Mahathir pula kelihatan kian parah.
19. Maka bermulalah gerakan 'Selamatkan Malaysia' acuan nafus politik mereka. Deklarasi Mahathir-Kit Sang diuar-uarkan, kononnya tanda solidariti menentang kepimpinan 'zalim' lagi 'menindas'.
20. Walhal, 22 tahun segala akta diperalatkan demi legasi kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu persatu, walau berpotensi. Anak-anak 'diktator' itu kaya-raya, mungkin 'berkat' menggunakan alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana.
21. Kini mereka melolong dan menjerit 'Selamatkan Malaysia'? Siapa yang mahu mereka 'selamatkan' sebenarnya? Keluarga mereka? Syarikat kroni? Dinasti politik? Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan berdaya saing.
22. Di saat orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai 'Selamatkan Malaysia'?
23. Kata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya Mahathir dan anak-anaknya yang lebih.. Sudahlah..Dah Lama Daaaah...!!!
- [truncated by WhatsApp]

13 ulasan:

  1. hang ni beranak taun bila? tak kan la hang tak terasa kos hidup lipat ganda la ni.dulu zaman tun M hang tak pernah rasa pasai mak pak hang yang tanggung.pi tanya depa beza la ni(zaman brim)dengan zaman 80-90 an

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang ni bodoh la....
      Zaman mahdey kutty...zaman telefon gayut...
      Skrg dah zaman smartphone lah...

      Klu hang nak rasa hidup zaman mahdey...pi hijrah ke afrika..
      Klu nak dekat sikit...sulu,filipin ka...
      Simpan sikit2 bodoh hang tu cai...bukan negara kita saja cai

      Opsss..mtk maaf..jgn marah

      Padam
  2. Dia ni nak cerita pasal kekayaan anak-anak Tun Det.
    Diaorang dah meniaga more than 30 years in OIL & GAS
    time rega OIL & GAS mencanak. Mukhriz pun dah jual semua sahamnya semasa harga LOIL & GAS tengah mencanak. Jadi, tak heranlah kalau dia sekarang duduk goyang kaki sambil drive lambogini or Porche.
    Ko yang dengki apasal.......?????
    Lainlah kalau syarikat-syarikat tu tanggong hutang
    berpuluh billion macam 1MDB dan pekenakan rakyat
    dengan GST untuk bayar utang tu.
    Zaman Tun Det, walaupun dia baiout banyak syarikat,
    tapi hidup rakyat tak menderita macam sekarang.
    Subsidi minyak, minyak makan, tepong, beras, gula,
    tol semua ADA.
    Beribu-ribu pelajar dihantar obersea dengan biasiswa.
    Zaman NAJIB, ADA................????
    Jadi, gtak payahlah buang karen nak buruk-burukkan Tun Det dan bakar api kemarahan kerana anak-anak dia kaya raya. U are out of the leage, boy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minah...ada org kesah dgn kekayaan anak mahdey kutty mamak Kerala tu selama ini?????
      Cuma rakyat malu krn sesetengah kekayaan tersebut dtg dpd salahguna kuasa dan rasuah...:)
      Dh bankurap...arah petronas beli saham dan jual balik murah.Bailout dikumpul melebihi rm100billion dan seposen duit rakyat tak dpt balik Minah oi...
      Perjanjian konsesi tol berat sebelah.Konon pgswastaan nak jimat wang kerajaan tapi naik tak sudah2.Pghujungnya wang kerajaan jugak kluar utk bagi subsidi.
      Blm lagi cerita hal ipp dan jual tanah rakyat dgn kroni sgt murah dan beli balik 10x ganda.Hebat!!
      Bbrapa bulan lepas kroni pakatun cdg swastakan farmasi hsptl dan Klinik kerajaan ikut cara amerika.Mujur kerajaan tak layan.Klu tak...berbeli rakyat segala ubat hspital n Klinik kerajaan.Tak ada lagi byrn perkhidmatan rm1.
      Minah...ttg tajaan pelajar kluar negara...sabar2 lah Minah oi.Tunggulah ringgit dh kukuh semula.Aku pon bekas student jpa kat amareka dan tahu sukarnya nak hidup klu RM msh rendah.Tambah klu bapak aku bukan kaya mcm mamak Kerala yg jd pujaan dan keldai tunggangan apek siang....hehehe

      Padam
    2. Kalu sure salah guna kuasa & rasuah saman je la Tun. Tok seh sembang kencang dlm blog.

      Padam
    3. Kalu sure salah guna kuasa & rasuah saman je la Tun. Tok seh sembang kencang dlm blog.

      Padam
    4. Bob...kdg2 ko rasa malas nak melayan karenah org tua mcm mahdey tu.
      Makin dia menyalak...makin aib dia terbuka.
      Yang penting bukan najib yg gila nak bergaduh dgn dia.Biar rakyat yg pernah ditindas oleh ISA dan dimalukan suatu ketika dulu memerangi puak legasi 22tahun dpd terus bertapak di putra jaya.
      Klu segala tuduhan tersebut salah...mahdey samanlah penulis2 buku dan pihak yg berani mendedahkan salahlaku dia.ADA BERANIKAH DIA?
      Sedangkan dlm satu majlis deklabasi rakyat...soalan2 yg dikemukan oleh kucing kurap aka gelaran mahdey kpd cg bard tak mampu mahdey jawab.
      Senang mcm nie jer lah...org dh malas bergaduh dgn dia.Dia jer yg giler nak bergaduh demi lubuk emas waris dan kroni2 dia.

      Padam
  3. Tapi yang Pasti Blogger ni GILA BABI ANAK HARAM BODOH NAK MAMPOS!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar2 lah cai....
      Yang babi adalah pakatun...
      Dah kaya raya masih galak nak selamatkan lubuk emas Anak dan kroni2 mrk....
      Tu yg sebenarnya gila babi cai...
      Peace yo!!

      Padam
  4. Blog GobloG pemakan dedak SIAL!!!

    BalasPadam
  5. Memang Blogger Pemakan dedak ni Bongok serupa AhJibNgok!!

    BalasPadam
  6. Biasalah bahasa puak2 pembangkang ni mmg kasar, dah biasa

    BalasPadam