Isnin, 6 Jun 2016

CALON PAN YAKIN DAN PASTI UNDI SOLID PENGUNDI CINA KEPADA MEREKA

Belum apa-apa sudah hanyut dilamun mimpi, belum apa-apa sudah terlalu yakin bahawasanya parti Amanah sudah mampu menawan Sg Besar.

Calon Amanah, Ustaz Azhar memberi ceramah di Skinchan malam tadi selepas menyelesaikan solat tarawih, agaknya kerana terlampau teruja dengan pengundi cina, maka keyakinan tehap tertinggi sudah terpahat dijiwa mengatakan Amanah mampu memenangi dengan undi popular pada PRK Sg Besar nanti.

Mengikut pengiraan, 50% sahaja mengatakan pengundi cina percaya dengan Amanah, juga harapan sukar juga untuk pengundi cina memberi undi kepada Pas.



Ketika Pas juga masih tercari-cari keyakinan, malah menyahut saranan akar umbi dengan maksimum, mengatakan mereka juga mampu mengambil hati pengundi cina walaupun sudah tidak berkawan rapat dengan Dap.

Ura-ura mengatakan Pas nampak goyang ketika Amanah sudah mengerakkan jenteranya di Sungai Besar juga menunjukkan tidak mungkin Amanah dan Pas itu mampu bersatu. Malah dirisaukan bergasak bila bertemu depan-depan.

Adakah dengan satu undi kepada pembangkang, kepercayaan orang Sungai Besar boleh diberi dengan janji bertelagah sesama mereka?

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan