Rabu, 8 Jun 2016

DAP TERPAKSA GUNA TAKTIK RADIKAL DAN EKTRIMIS DI SUNGAI BESAR?



Melihat sepanduk yang agak keterlaluan di pasang di Sg Besar hari ini, memungkinkan satu perkara yang Dap terpaksa gunakan. Guna cara kotor untuk menang apa saja perperangan.

Cara biasa takkan jalan untuk kenakan Pas atau BN, sesuatu perlu dilakukan, malah dengan naikkan billboard kecil sengaja mengaitkan Najib dan Haji Hadi dengan rasuah, malah tuduhan perihal 42 billion hilang yang sudah dijawab oleh 1MDB, mengaitkan usul hudud, sangat keterlaluan.

Malah menjentik isu perkauman juga menampakkan taktik radikal dan jumud idea yang terpaksa digunakan oleh Dap. adakah Pan tersenyum lebar dengan idea ini dimasa umat Islam berpuasa di bulan ramadhan?

Bagi penulis, dalam perperangan kotor, antara ia berjaya atau tidak terpulang dengan keadaan peluru keji itu dilempar, sekiranya bulan ramadhan dengan bangga gila parti Dap dan Pan menyerang keterlaluan begini, boleh nampak Dap sedang terdesak untuk memenangkan khadam mereka, Pan.

Biar mereka menanam kebencian, taktik begitu selalunya gagal secara total bila umat Islam sedang berpuasa. Malah mungkin dikalangan penyokong Pan juga terkejut dengan idea ini, mungkin.

Falsafah perang cina pernah berbicara, "usah gusar dengan kekuatan musuh, tetapi gusarkan kelemahan kita yang biasa dilakukan"

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan