Selasa, 7 Jun 2016

LIM KIT SIANG TIDAK YAKIN DENGAN KEMAMPUAN PARTI AMANAH

Agak mengejutkan bila Lim Kit Siang secara semberono mengecilkan kemampuan Parti Amanah yang dikatakan lebih hebat dari Pas.

Mungkin kerana sudah jelek dengan ayat-ayat manis yang sentiasa digunakan pemimpin Amanah yang mengatakan parti itu mampu melumpuhkan Pas dalam masa beberapa bulan sahaja.

Dalam memahami kemelut perang saudara antara Amanah dan Pas. Pertelagahan itu menunjukkan wajah sebenar sekiranya mereka diberi kuasa, mereka mampu bergasak sama sendiri sahaja tanpa bersatu dalam satu unit.

Pas sudah tentu akan berjuang habis-habisan melanyak Amanah, mungkin nak membalun Umno modalnya tidak sama macam era Pru13 dulu.

Asal ada modal nikmat menghentam pru13 lalu, tanpa rasa was-was mereka gunakan dengan hati yang terkesima. Itu Pas dahulu, zaman asal boleh, janji menang. Sekarang Pas terpaksa berperang sesama sendiri dari membiarkan Amanah mengawal selia akar umbi ahli Pas.

Dikatakan juga cara Amanah menghijack lokasi bendera Pas dipasang agak mengeruhkan lagi suasana di Sg. Besar. Mana tidaknya di mana ada bendera Pas disitulah dipasangnya bendera Amanah.

Jadi memang agak senak otak bagi Dap kerana aura YB Budiman bukan calang-calang di Sg Besar, malah Lim Kit Siang juga pening melihat gelagat calon Pan di Sg Besar, betul atau tidak tidak dapat dipastikan lagi.
Ayat mudah nak faham, orang luar tidak sama sekali akan berkhidmat dengan baik untuk orang Sg Besar.

Jadi mana lebih Bagus?

BN atau Amanah atau Pas?

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB
  
 

1 ulasan:

  1. Alaaa....kim siang nak minta simpati daripada org Sunagi Besar.... Dh pernah berlaku dah kat penang... beberapa hari sebelum PRU11, tokong besaq cakap puji BN melangit kononnya BN adalah gajah, DAP adalah semut...akhirnya DAP perintah Penang kasi hentam ME LAYU Penang kasi lunyai...

    BalasPadam